Friday, June 17, 2011

Sebuah Pertanyaan Tentang Cinta

CINTA

buat sesetengah orang, ia terlihat sangat indah...
buat sebahagian orang pula...
tiada apa yang lebih menyakitkan kesan daripada memiliki rasa itu
lalu, cinta itu seperti apa rasanya....?
apakah ia keindahan yang menyakitkan?!

benarkah manusia tidak bisa hidup tanpa cinta?
benarkah manusia tanpa cinta itu umpama 'irama tanpa lagu'?
benarkah cinta itu bisa melengkapi sebuah kehidupan?
benarkah cinta itu membuat manusia yang sakit menjadi sihat?
benarkah cinta itu membuat manusia lemah menjadi kuat?
benarkah cinta itu membuat manusia murung menjadi ceria?

tapi,

bukankah cinta juga membuat manusia cerdik terlihat bodoh?
bukankah cinta juga membuat manusia bahagia menjadi sengsara?
bukankah juga cinta bisa membuat dunia terbalik....?
Iya... hanya gara-gara cinta...-

jadi kenapa hidup menuntut kita untuk memiliki rasa cinta itu?
kenapa juga hidup dikatakan tidak sempurna andai tidak memiliki rasa itu?

aku manusia yang sejak dulu meletakkan dinding kebal mendepani diri aku....
satu benteng tebal yang tidak bisa dilihat dengan mata kasar sesiapa...
sejujurnya, aku manusia yang sukar untuk memiliki sebuah kepercayaan pada cinta,
mungkin kerana disepanjang kehidupan ini, aku melihat terlalu banyak kemusnahan jiwa dan emosi hanya disebabkan oleh rasa cinta... sebuah rasa yang sering manusia agung-agungkan itu....-

terlalu banyak kemusnahan yang pernah berlaku di depan mata aku.. hingga cukup untuk membuatkan aku menjauhi rasa itu sejauh mungkin...-
aku berlari saat rasa itu mengejar....
aku bersembunyi saat rasa itu menjengah....
aku memejam mata saat terpandang rasa itu mendatangi....
hanya kerana aku tidak mahu memiliki 'rasa' kemusnahan itu melilit jiwa aku.

aku membiarkan rasa dan fahaman itu menebal dalam diri
bersarang dan bergumpal dalam hati.... hingga membentuk simpulan yang sangat berselirat.
hingga sukar untuk dirungkaikan...-
sehingga tanpa sedar menjadikan aku sebagai manusia yang memandang 'RASA' itu tanpa rasa.

Ini fahaman yang aku bina seiring tempoh aku membesar dan menjalani penghidupan di atas bumi ni.Tolong jangan menyalahkan aku seandainya fahaman ini terlihat salah di mata kalian.Percayalah lingkungan membentuk siapa diri kita... dan mungkin lingkungan antara kita berbeza..-

NAMUN SESUATU YANG SAYA YAKINI KINI ADALAH....- Memiliki rasa itu tanpa meletakkan 'RASA' pada rasa itu adalah hal yang salah.Tuhan menganugerahkan rasa itu untuk dimiliki oleh setiap manusia.Salahnya adalah manusia itu sendiri kerana gagal memahaminya...

*buat KAMU, tolong yakinkan aku bahawa rasa itu benar-benar ada.... kamu membuatkan aku kembali yakin untuk memiliki rasa itu setelah sekian lama aku berlari tanpa henti meninggalkannya.Keyakinan itu sangat penting buat aku... ia akan membentuk kembali sebuah kepercayaan yang sudah lama lebur bersama waktu...-

Thursday, June 16, 2011

Sebuah Kisah Cendera Jiwa

Kisah Ini berlaku beberapa tahun yang lalu... waktu itu saya masih bersama daerah AKUNGANTARO.Waktu itu akungantaro masih gah berdiri dalam dunianya yang tersendiri.... tapi disebabkan geocities 'gulung tikar' makanya daerah itu terpaksa saya tutup tanpa rela.Di situ saya membesar dan mengenal dunia blog.... selama hampir 10 tahun.

Ketika itu, aktiviti berblog masih belum popular...kewujudan blogger hanya boleh dibilang dengan jari waktu itu.Hanya selepas beberapa tahun selepas itu barulah para blogger tumbuh seperti cendawan..... sejujurnya saya sangat seronok menjadi antara yang terawal memiliki blog.

Tahun 2008 menyaksikan detik sedih dimana geocities yang selama ini menjadi tempat saya menguplod blog saya terpaksa 'gulung tikar' atas sebab yang saya sendiri tidak ketahui.Bayangkan betapa kelam kabutnya saya kerana diberi tempoh hanya sebulan untuk menyelamatkan segala cacatan-catatan yang telah saya letakkan di geocities sejak 1999-2008.

Saya masih ingat lagi waktu itu... hanya tinggal saya seorang yang masih setia menggunakan geocities sedangkan semua orang sudah beralih kepada blogspot.

Kenapa saya begitu setia?

Well, saya memang seorang yang setia pun... huhu!! actually saya sayangkan geocities itu kerana di situ saya bebas berkarya and all the design yang ada situ 100% ciptaan saya sendiri.Saya boleh buat apa saja di situ.Hal itu tidak bisa dilakukan di blogspot.Kerana semua templete telah tersedia.U can't make ur own design... dah la tue, nak letak lagu as a background music pun sampai sekarang TETAP tak boleh.Dulu saya menganggap blogspot hanya tempat untuk orang-orang yang malas.Kerana mereka hanya menulis dan semuanya telah tersedia... tinggal masukkan entry saja.

Kalau anda perhatikan, dibahagian ARKIB PENGKISAHAN... saya sudah register dengan blogspot sejak tahun 2007 lagi.Saat mendengar ura-ura yang geocities akan 'gulung tikar'... .tapi 2 tahun saya tidak menulis.... kerana apa?

Kerana blogspot membataskan kreativiti saya.. saya tak berhak membuat apa-apa mengikut kehendak saya sendiri..... Dan selepas 2 tahun barulah saya perlahan-lahan mula menulis kembali..... saya akhirnya mengaku kalah dan menerima blogspot seadanya.

WUT TO DO kan?! Di blogspot saya terpaksa bertatih semula.Melupakan bahawa saya adalah MEER TARO.Menapak dari anak tangga pertama semula.Menjadi orang baru semula....(hate this!) lepas nie kalo blogspot pun akan 'gulung tikar' jugak.... tak tau nak kata apa dah! balik kampung tanam jagung la jawabnya!

Tapi sekarang ni, blog sudah menjadi medium kedua... bukan lagi keutamaan seperti dulu.Dan yang berada dipuncak sekarang adalah facebook.And to be honest..... saya bangga jugak kerana menjadi antara yang terawal memiliki facebook.Waktu saya berhenti menulis blog di AKUNGANTARO, facebook baru muncul... sebelum tu saya tidak pernah memiliki myspace, friendster ataupun yang seangkatan dengannya.Tapi saya dipujuk orang seorang sahabat blog bernama WALID untuk sign up facebook.Dan siapa sangka... sejak dari sehari ke sehari... facebook menjadi satu medium terpenting hingga semua orang seperti menjadi satu kewajipan untuk memilikinya...- ;)

Tapi, secara jujur..... facebook dan blog sangat berbeza.... feel yang sangat beda! kerana itu saya tidak pernah mengwar-warkan di facebook mengenai kewujudan daerah ini.Komuniti blog dan facebook sangat berbeza.
Apa-apapun, saya menulis kembali kerana saya ingin menulis... bukan atas sebab lain.Dan saya takkan sesekali menulis sesuatu mengikut kehendak orang yang membaca... kerana saya menulis atas rasa ingin menulis sesuatu....- DATS ALL!




Owh ya... gambar-gambar yang memenuhi entry ini sememangnya tiada bersangkutan dengan cerita di atas.Ini adalah cendera jiwa yang pernah saya buat khas untuk pembaca-pembaca blog akungantaro beberapa tahun yang lalu.Sebagai satu tanda kenangan bahawa AKUNGANTARO pernah wujud di dunia maya ni.... agaknya mereka masih menyimpan tak ek kenangan ni? eheh!


*Sebentar tadik saya try google setelah sekian lama tidak mencari.... masih ada rupanya yang tersisa untuk dikongsi di sini, buat kenang-kenangan :- buat penulis, sori yer saya publish entry anda di sini ;)
Nombor 1
"kalau di tanya macamana aku boleh terjebak ngan dunia blogging ni senang ajer aku nak jawab.. sebab korang lah..!! ahahaha yer laa selama ni aku duk baca orang lain punya ajer.. terpanggil plak aku nak menulis kat dalam nih... lambat menerima teknologi pon ader gak aku nie.. ahahaha diantara blog2 yang aku sering masuk dan aku seing ikuti perkembangan terbaru pasal diri dia.. walaupon aku tak penah kenal siapa diorang ..dan diorang pon tak penah hingin nak tahu pasal diri aku... ahahahah well, penulisan diorang tuh buat aku kagum seketika.. membuka mata (walaupon mata aku ni sepet) dengan segala apa yang berlaku kat dunia sekeliling aku nih.. "


"kalau tak silap aku link nih cyberpen yang kasik masa aku YM ngan dia tak lama dulu.. eh dah lama dah (cyberpen, ko ingat tak lagi dia nih?)... emmm aku suka gila masuk 'umah' dia.. rasa cam nyaman ajer.. tenang mata memandang.. dari dia botak sampai lah skang ni dia dah berambut ala2 rebonding gitu..ahhaha aku paling suka cara penulisan dia.. gambor2 yang dia amik.. dan peberet aku ialah citer si TARO dia tuh.. comei ajer aku rase kalau ada dak laki2 yang suka tido ngan anak patung otomen dia.. ihihi errr kalau la dia tahu aku komen pasal dia nih sure dia kembang idung ..hahaha"


Nombor 2

"jejer.. aku ke yg introduce ko ngan blog akungantaro tuh...? lupa le aku. Tapi aku mmg suka melepak kat akungantaro tuh...skang ni sesekali jek aku masuk..sbb bz ngan keje."

Nombor 3

"Sejak kebelakangan ni aku slalu bace blog AKUNGANTARO..hihi..sangat jiwang lelaki ini.mula2 bace blog ni aku sangat tergezut rupenye TARO itu adalah otroman taro (bantal peluk masa kecik dia).
adelar sket persamaan dengan aku,suka gune otraman taro.tapi otroman taro yg slalu aku sebutkan atau wat kan perumpamaan tu bukan otroman aku pn.tp cume bantal peluk teman aku tuh hehe..dulu dia yg suke gune perkataan “otroman” tuh sampai aku pn terikut-ikut…maklumlar aku bukan orang yang layan kartun masa kecik. Kartun yg aku ingat pn, cuma Doraemon jer..tu pun dulu2 time tgk doraemon slalu Nyah (akak 2nd aku) marah..aku pn tak ingat apsal dia marah sgt tgk kartun tuh…agaknya setiap kali dia balik masa weekend, aku duk mengadap citer tuh jer. Eh,citer pasal aku plak..td aku nk citer pasal blog akungantaro sebenarnye..hehe.. Satu benda yg aku suka kt blog akungantaro ni..sbb dia byk gmbo2 yg besh..suka aku dgn gmbo2 yg dia tgkap tuh..walaupun agak berjiwa-jiwa..tp, besh ape…hihi.."



Nombor 4
"Hilmy berkata...
Saya ada terbaca dalam blog zack (budakistana.blogspot.com) awak xda blog terbaru meer (akungantaro.cjb.net)... untuk pengetahuan awak, meer dah kembali berblog , cuba la lawati http://sayapkecilku.blogspot.com ..dan hayati kesinambungan pengembaraan meer dan taro ;)"

Nombor 5

"Ternyata kisahnya bernuansa politik. Sebetulnya satu persembahan teater satira politik. Ana hanya mahu meneguk sesuatu yang baharu. Juga ada Meer Akungantaro dan Rudy Bluehikari: dua nama yang berbekas dalam ingatan semasa kecil, sekitar belasan tahun semasa baharu berjinak-jinak dengan internet. Dua nama yang tidak asing dalam dunia blog. Tidak sangka ana akan bertemu mereka dengan cara begini!"


Nombor 6

"Aku suka jenguk2 blog milik Meero ni pasal blog dia ni lain dari yang lain. Kalau blogger lain akan menggunakan Blogspot atau WordPress sebagai tapak blog, tapi Meero masih menggunakan Geocities untuk blognya tu. Lagipon, gambar2 kat blog Meero tu cantik2 belaka. Kalau tak caya, pi laaa jengok2 blog Akungantaro milik Meero tu."


Tak sangka saat menggogle masih banyak lagi rupanya yang bisa saya ketemu yang ada ketika bisa membuat saya tersenyum... tapi diantara semua yang di atas, kisah di bawah yang paling terkesan di hati saya :

Nombor 7

sedey rasa hati bila mendengar luahan rasa teman blog yang mula-mula menjejak ke daerah itu dan sedang menyiapkan diri untuk meninggalkan segala kenangan lebih sepuluh tahun ke sebuah daerah lain... mungkin lebih indah.. dia meluah rasa serta berkarya sehingga aku yang keras hati ini perlahan-lahan mula belajar berkias dan menjadikan setiap karyanya ispirasi hidup.. pemikiran dan kesabaran dia menempuh hidup adalah pengajaran untuk aku.. dari selangkah demi selangkah aku mulakan blog ini walaupun KaryaKuKayu!


Kata dia...."Di saat orang lain berpusu-pusu memilih blogspot, hanya tinggal saya yang masih setia bersama GEOCITIES... eheh!! rasa-rasanya hanya tinggal saya seorang agaknya yang masih setia menjadikan ia sebagai rumah tumpangan DAERAH ini.Saya masih ingat lagi, saya pernah katakan bahawa saya hanya akan berhenti menulis bila GEOCITIES tidak lagi bernyawa.Agaknya, mungkin waktunya sudah tiba... sejak beberapa bulan lalu... GEOCITIES telah menulis sepucuk surat perpisahan untuk saya... isi suratnya menyatakan bahawa ia akan berhenti daripada memberikan perkhidmatan RUMAH TUMPANGAN kepada saya.Saya tertanya-tanya, kenapa saya tidak dikecualikan... apakah kesetiaan saya selama ini hanya berakhir dengan sia-sia....?!!Tapi perlahan-lahan saya jadi paham.... sepatutnya saya sudah harus menjadi terbiasa dengan hal-hal seperti ini.Apa yang bernilai sangat dengan erti sebuah KESETIAAN??.Bukankah selama ini dalam apa jua hal yang berlaku... kesetiaan saya seringkali diragui.... kesetiaan mungkin sudah tiada nilainya lagi pada waktu ini.Sejak beberapa bulan lalu... habis waktu kerja saya akan cepat-cepat bersiap untuk pulang.Kalau sebelumnya, saya akan lepak di office mendengar lagu sambil mengupdate DAERAH ini.Kadang-kadang saya seperti tidak tahu nak buat apa selepas tamat waktu kerja kerana selalunya 2-3 jam saya akan habiskan waktu saya di DAERAH ini... tapi... saya harus mulai belajar bagaimana untuk membiasakan diri dengan keadaan ini nanti....-Saya tidak pasti sama GEOCITIES akan mendelete semua pengkisahan-pengkisahan saya di sini sejak 10 tahun dahulu.Memadam semua memori-memori yang pernah saya cipta di sini... atau pun ia akan mengekalkan daerah ini... terpulanglah... saya sudah tidak berhak untuk bersuara apa-apa.Mungkin betul kata orang... kadang-kadang diam adalah hal terbaik untuk dilakukan.Seperti mana saya bisukan suara saya sejak beberapa bulan ini untuk segala macam hal yang sangat menyakitkan....-Andaikata selepas ini saya tidak lagi berkisah ini... saya harap anda semua tetap merasa gembira kerna pernah melewati daerah ini dan meluangkan waktu sejenak menikmati apa yang ada di sini.Meskipun tidak terlalu istimewa... namun cukuplah andai ia bisa meninggalkan kesan."bila lagi aku akan membaca tiap ketikan jari membina perkataan lalu ayat yang sangat menyentuh dan memahami aku ini pun aku tak tahu... selamat jalan AKUNGANTARO!Mungkin tak ada orang percaya bila aku kata blog dia umpama DEJAVU! Untuk aku bila mana aku yang pusing dek kerenah manusia yang merunsingkan, ini ke DAERAH dia dan di situ aku membaca, menenal dan belajar erti sebuah kedewasaan dan hati adam yang sukar dimengertikan...... KU KENALI ADAM!


Sekurang-kurangnya 'kehilangan' akungantaro ada meninggalkan kesan pada yang pernah membacanya....- thanx guyz, anda adalah antara kenangan terindah waktu saya bersama akungantaro :)


*saya tau, selama ini akungantaro dikenali dengan foto-fotonya yang bisa menyentuh jiwa sesiapa yang melihatnya... pandangan itu bukan hanya sekadar dari mata... tapi juga mata hati... dan ini bukan kata-kata saya.... tapi kata-kata daripada orang yang pernah bertamu di akungantaro..... kalau tidak, masakan foto-foto di situ digunakan sebagai wallpaper desktop, wallpaper hp.... pelengkap entry blog masing-masing.... bahkan ada digunakan sebagai slide untuk presentation paperwork student..... itu belum lagi dikira foto-foto yang diambil tanpa kebenaran untuk digunakan.well saya pernah terjumpa hasil foto saya dalam sebuah videoclip ciptaan sendiri yang dipublishkan diutube.




Apapun...itu semua antara kenangan-kenangan terindah bersama AKUNGANTARO.... dan, kalo akungantaro masih bernafas.... april lalu genaplah ia berusia 12 tahun.... satu kenangan terindah :)

Wednesday, June 15, 2011

Burung Yang Kembali Ke Sarang part 2


Dua minggu lalu my family datang ke rumah.... FOR THE FIRST TIME!

Saya rasa sangat seronok bila all my family members dapat tengok the other side of me.Saya bukan mengharapkan pujian untuk mereka katakan rumah saya cantik.... tapi paling mengembirakan buat saya bila akhirnya mak menyedari bahawa saya semakin banyak berubah... of kos la ke arah yang semakin baek.Dari seorang yang malas kepada seorang yang rajin, daripada seorang yang dahulunya sering bikin sepah kini menjadi seorang yang sangat pembersih...hehe!

Untuk seorang anak, apalah sangat yang diharapkan untuk didengar daripada orang tua... cukuplah sekadar mereka beritahu bahawa mereka tumpang hepi buat kita~ wink!


Tapi, mak langsung menasihati saya saat saya memberitahu masih ada banyak barang dan keperluan untuk saya tambah dalam rumah.Mak beritahu tak perlu membazir duit... mak minta saya menyimpan untuk hal yang lagi penting...APALAGI!! kawen larr!! saya sengih jaaa~

Akak pun tiba-tiba turut menyampuk... "haa btol tu, kalo hang dah beli semua benda, nanti bini hang masuk cuci kaki je laaaa...tak aci la lagu tue! hidup sama-sama... patut kongsi sama-sama.. baru adil!"

Tudiaaaa~ skali kena syarahan la pulak... huhu! btol juga kata my sis tue... tapi, kalo berumahtanggan itukan sudah menjadi tanggungjawab suami untuk menyediakan semua itu kan? TAPI rasa saya alangkah bagusnya kalau isteri pun ada inisiatif untuk bersama-sama suami dalam hal ni.Perkahwinan itu kan dalam erti kata lain adalah PERKONGSIAN HIDUP.Sepatutnya berkongsi la kan? am i right about dis? errkkk!! pendapat masing-masing la kan? eheh!


Sebenarnya saya cuba menghindar tanggapan 'typical rumah bujang' yang sering melekat difikiran orang.Tanggapan bahawa rumah bujang hanya ada sebiji tilam dan bantal busuk beserta sehelai tikar sudah tidak boleh digunapakai lagik.... orang bujang sekarang pun sudah punya citarasa sendiri dalam mendeko-deko rumah.Tak perlu secara berlebihan... ikut kemampuan dan keinginan lah.... tak perlu barang-barang mahal andai kita tahu mix and match itu sudah memadai kot bagi saya.

Apatah lagi saya plak jenis 'home type person'. Of kos saya inginkan sebuah rumah (walopun kecik) sentiasa kemas dan ada semua keperluan.Bagaimana saya ingin menghabiskan masa di rumah seandainya rumah berselerak dan tidak terjaga.Dan kerana hal itu juga lah saya memilih untuk tidak lagi mempunya housemate.Biarlah saya tinggal sendirian.Itu lebih menyenangkan.

BOSAN?!

Taklah... saya rasa okey je... apa yang bosan pulak.Paling penting ada privacy buat kita.Lagipun saya sudah serik berkongsi rumah.Lebih banyak keburukan daripada kebaikan.Dan saya bercakap ni based on my previous xperience lah... waktu saya tinggal di RKPP saya pernah ada housemate yang sangat pengotor... guna barang-barang saya tanpa kebenaran.... dah tu tak pernah nak 'top up' bila barang dah habis... sangat sakit hati ok! bila dia pindah.... masuk pulak housemate baru lelaki yang sebenarnya tak nampak sangat macam lelaki.Mulanya saya ingatkan oklah... sebab orang-orang jenis macam nie dorang bab-bab kebersihan ni lebih detail skett... rupanya salah perkiraan saya.... SAMA jugak dengan ex-ex housemate yang terdahulu.

Mungkin sejak 12 tahun lalu saya agak tidak bernasib baek kot dalam memiliki housemate seperti yang saya harapkan.Kenapa saya katakan tidak bernasib baek? sebab pernah di sebelah rumah saya di RKPP dulu ada sekumpulan budak-budak bujang yang menyewa di situ.Saya tengok dorang idop dalam satu rumah ok je... boleh pulak bila tiba hari cuti sama-sama kumpul kat depan rumah bersihkan rumah..... ermmmm.... saya ada juga memikirkan kalo-kalo saya yang menjadi punca pada hal-hal sebegitu.... tapi sumpah saya tak jumpa kat mana silapnya... saya anggap itu semua bukan rezeki saya kot...eheh

Tadaaa!!! ini bilik yang saya siapkan kalo-kalao ada teman yang ingin datang bermalam.Sangat simple kan? eheh! Actually saya baru siapkan bilik nie pada awal bulan mei lalu, itupun setelah housemate merangkap opismate berpindah bulan lalu.Sebelum ni saya tak dapat buat apa-apa kerana bilik ni penuh dengan barang-barang orang.So sekarang saya sudak memiliki hak 100% untuk mencantikkan bilik nie.


Ehem.....Ini kamar pemilik rumah....tudiaaa sempoi gilaaa kan!! sangat simple~ jangan tanya pasal katil ye... saya memang tak suka katil.Konon pada mulanya saya nak buat ala-ala japanese style lah.. huhu... last-last jadi la style suka suki! paling saya suka bila tutup tingkap dengan langsir dan bilik ni menjadi gelap... warnanya memang membuatkan mata saya cepat mengantuk... disebabkan ruang bilik ini sangat terhad... takperlu kot meletak terlalu banyak barang... nanti sempit a.k.a nampak serabut plak.


So dats all for now.... end of cerita ceriti tentang burung yang kembali ke sarang.... dan saya rasa... burung tu semakin hepi dengan sarangnya kini....


Cuma buat masa ni, dia masih sendiri di dalam sarang.... siapa tahu kan... sedikit waktu lagi... dia akan kembali mempunyai pasangan burung... yang pasti bukan burung yang hanya setakat mejadi 'housemate'.... tapi,


SOULMATE!

Tuesday, June 14, 2011

Burung Yang Kembali ke Sarang part 1

June 2011 genaplah setahun saya tinggal di KPT... saya tidak pernah menyangka akan kembali lagi ke situ.11 tahun lalu saya pernah hidup di situ.Ia ibarat 'seekor burung yang terbang jauh mengembara dan akhirnya telah kembali semula ke sarang'.

Cuma bezanya kini burung itu tidak lagi lemah seperti dulu.Sepanjang pengembaraan dia selama hampir 12 tahun terbang menjelajah ke segenap ruang angkasa... dia melihat kehidupan ini dari sudut pandang yang berbeda dari dulu.Kerana dari atas, bila dia melihat ke bawah..... barulah pelahan-lahan dia mengerti bahawa kehidupan ini sebenarnya terlalu banyak liku-liku suka dan duka.

Saya masih ingat 12 tahun yang lalu saya meninggalkan KPT dengan penuh kisah tragik.Saya masih ingat kisah 6 bulan di BD.Dan saya juga masih ingat kisah-kisah di BC.Sekecil zarah pun saya tidak pernah melupakan apa yang pernah berlaku pada kehidupan saya dulu.... semua itu membentuk siapa diri saya sehingga hari ini.Kalau 11 tahun lalu saya pernah menangis dengan mengatakan bahawa Tuhan tidak pernah bersama saya..... tapi kini saya mulai sedar, mungkin Tuhan mahu mengajar saya untuk menjadi lebih kuat.Dan kekuatan itu bukanlah hal yang boleh dibina dalam masa sehari.... ia dibentuk dan terbentuk perlahan-lahan dalam diri.... 12 tahun lalu mungkin saya terlalu naif dalam kehidupan.... tapi perlahan-lahan saya belajar semuanya sendiri... jadi untuk hal-hal tertentu, jangan tanya saya kenapa dan mengapa... proses pembelajaran itu telah membentuk dan menjadikan siapa diri saya yang sekarang.


Daripada KPT saya berpindah ke RKPP...lama saya tinggal di situ.Dan di situ saya mengenal dengan pelbagai jenis manusia....yang cerdik, yang bengap.... yang lelaki tapi tak serupa lelaki... yang perempuan nampak seperti belum kawin tapi lelaki sering masuk keluar bilik...dan bermacam jenis lagi jenis manusia.Seriesly...inilah pengalaman pertama saya melihat bahawa manusia ni punya bermacam-macam jenis watak.Saya banyak mengenal kehidupan berbeza ini dari RKPP.Tapi, orang selalu cakap.... "kita adalah siapa kawan-kawan kita" atau dengan bahasa mudah, kalau nak tahu siapa kita, kena lihat siapa kawan-kawan kita....- bagi saya pendapat tu agak salah... takpun ia hanya digunakan sebagai satu alasan untuk menutup salah sendiri.Sejak di RKPP saya berkawan dengan bermacam jenis orang.... but at the end, saya masih lagi saya yang biasa.... mungkin sejak dulu saya memang tidak suka diri saya dipengaruhi sesiapa.Semuanya harus berlaku atas kehendak diri dan bukan disebabkan orang lain.

Dan setelah bertahun saya tingal di RKPP saya mengambil keputusan untuk berpindah.Actually disebabkan tuan rumah ingin menetap kembali di situ.So takder pilihan kenalah berpindah kan... eheh!

Daripada RKPP saya kemudian tinggal di FTTH.Di situ saya tinggal bertiga.Tidak lama selepas itu dua orang rakan ini berpindah.... dan saya tinggal sendiri.Tidak lama selepas itu saya menerima seorang teman rumah baru.Tapi kehidupan di FTTH tidaklah seindah yang cuba saya gambarkan dalam hari-hari saya meniti kehidupan.Terlalu banyak cerita pelbagai rasa di situ.Tidak perlulah saya menyingkap semua kisah-kisah itu, cukup andai saya katakan cerita di situ cukup membuatkan saya mengambil keputusan untuk keluar dari situ.


Genap setahun saya di FTTH, saya di tawarkan untuk kembali menetap di KPT. Tanpa memikirkan terlalu banyak hal, saya bersetuju....


Dan akhirnya jun 2010 saya telah kembali ke KPT.Setelah hampir 12 tahun 'melarikan' diri daripada daerah itu.Kini, jun 2011... sedar tak sedar genap setahun saya telah berada di KPT.Mulai hari pertama saja menjejakkan kaki semula ke situ, saya telah berjanji pada diri sendiri untuk tidak lagi membenarkan diri saya mengulangi semua kisah-kisah 12 tahun lalu.Bukan serik, malah jauh sekali untuk menyesal kerana semua yang berlaku itu ada hikmahnya.... saya mungkin tidak sekuat sekarang menghadapi kehidupan seandainya saya tidak berhadapan dengan semua kisah-kisah itu.


Sejak kembali ke KPT saya cuma mahu menjalani hidup seminimal mungkin... merasai betul-betul keindahan kehidupan yang tidak saya perolehi hampir 12 tahun ini.... tidak keterlaluan andai saya katakan.... setelah hampir 12 tahun berlalu... saya terpaksa memulakan kembali kehidupan pada anak tangga pertama semula.Cuba membentuk kembali kehidupan seperti apakah yang saya inginkan.....



Saya menyimpan terlalu banyak cerita sedih dan rasa sakit sepanjang tempoh 12 tahun ini.....Dan rasa ini takkan ada seorang pun yang akan faham.... saya cuma ingin jadi manusia yang bebas daripada cengkaman rasa-rasa itu.... dan saya telah berusaha sekuat yang boleh untuk menjauh dari hal-hal yang bisa menjebakkan saya kembali pada keadaan seperti itu.Manusia boleh menghukum dan menilai seseorang berdasarkan apa yang dia lihat.... tapi manusia sering lupa bahawa merasai itu tidak sama seperti melihat.... kamu perlu merasai sesuatu untuk mengetahui sesuatu.


Saya melihat kehidupan sepanjang 12 tahun ini seperti roller coster.... tapi saya tidak menyesal untuk merasai semua pengalaman-pengalaman itu..... kerasa semua itulah yang menjadikan siapa saya hari ini.


*Ini bukanlah sekadar cerita pindah rumah sahaja... ia lebih daripada itu.... ia cerita tentang sebuah KEHIDUPAN -

Monday, June 13, 2011

Hari Minggu Yang Bisu

Malam minggu bagi sesetengah orang, banyak dihabiskan dengan hangout diluar... lepak bersama teman atau dalam erti kata lain malam 'bersosial' ... tapi, tak semua begitu.Andai tiada aktiviti yang menuntut untuk berada di luar, saya lebih gemar menghabiskan waktu di rumah.

Bosan? taklah.... ok je... kat rumah pun ada je aktiviti yang boleh dibuat.Lainlah kalo kita cuma mencari alasan je.Eheh!Disebabkan malam minggu baru lalu saya sangat berkelapangan di rumah, saya pun masuk ke dapur mencuba-cuba resepi.

Saya terasa nak buat buat pancake.Actually ni la first time saya try.Seumur hidup tak pernah pun buat.So menjadi atau tidak belakang kira.Yang penting ada usaha untuk mencuba.haha!Berbekalkan resepi yang hanya bisa didapatkan di 'hujung jari' saya pun dengan penuh teruja membikin pancake.


Tadaaaaa!!!


Bangga giler ok sebab menjadi walaupun nampak macam hangit jer! ahaks! of kos la... namanya pun percubaan.Makan dengan chocholate syrup memang bes! malatop pom pom bunyik dia! hoho.Jangan tak percaya, saya telah habiskan sepinggan pancake tu seorang diri okeh! huhu tapi sebelum makan, tak bes la kalo tak layan movie, betul tak? dah nama pun malam minggu.... so waktu ni la boleh rehat-rehat minda bermarathon movie.


Saya ada 3 drama bersiri jepun dan 1 animasi korea yang baru saya beli... semangat macam nak layan semua drama jer.... tapi last-last saya pilih drama winter sonata versi kartun.Jenuh nak tengok sampai 26 episode satu malam.... sudahnya saya layan jelah setakat mana yang termampu.


Sambil feeling-feeling sedih layan drama winter sonata versi kartun sambil makan pancake cecah chocolate syrup sowang-sowang sangat mendamaikan..... :)




Friday, June 10, 2011

PREMA YIN - MARILAH

Kesian mv ini dikecam teruk oleh kebanyakkan orang.Yang bimbo pasal video directing pun time ni la sebok nak tunjuk taring menghentam seolah-olah diri hebat.Manusia ni memang macam tu kan... bila bab mengkondem orang memang nombor satu.It's like u mengamok bila longkang kat rumah u tersumbat, but at the same time u sendiri yang buang sampah tu.Lepas tu, u pun 'melalak' (merujuk kpd bahasa gambit) mengatakan majlis bandaran tak buat keja... HELLOOO!!

Soal seksi or lucah or 'SENI' tu setiap mata yang memandang ada penilaian tersendiri.It's like when u cakap u tak suka orang mata sepet,sebab mata kecik... but for certain people... sepet tue menawan.... got it?

Tengok mv britney spears yang dah terang-terang bogel tu buleh pulak... kalo u kata dah si britney tu kapir.... so WTH... si prema ni pun non muslim... abih u yang tengok tu... u MUSLIM kannn??!

Actually it's not me to judge this kind of thing... apa yang saya nak cakap sebenarnya, lagu nie bes per.... saya ada baca beberapa komen yang mengatakan lagu nie murahan.... ye ke?

For me, music arrangement for this song so so much better for malaysian industry.... murahan kat mana eh? susunannya kedengaran kemas.Janganlah hanya kerana u tak suka dia tergolek-golek kat lantai terus u cakap lagu nie pun murahan..... lagu omputeh yang dah terang-terang mencarut pun u boleh suka.... wth!

Cuma bagi saya kekurangan paling ketara dalam mv ni adalah si prema kelihatan TERLALU BERUSAHA untuk tampak seksi dalam mv ini, sedangkan bagi saya kemampuan dia terbatas.Liuk lentok badan dia terlihat kaku dan keras.... dan TERLALU berusaha itu yang menampakkan kejanggalan.... dan satu lagi, kalo ditiadakan scene berbaju hampir serupa kulit tu alangkah lebih cantek mv nie.

Setakat menari kat dapur tue bagi saya biasa la.... orang tua-tua zaman dulu pun ada per nyanyi kat dapur... orang-orang zaman skang menari la pulak kan... it's like bapak kencing berdiri anak kencing berlari.... hahaha!!

Kalao mv ini diarahkan oleh non muslim and pelakon lelakinya pun non muslim.... rasanya takderlah kontroversi sangat kot.Bagi saya senang je.... tak suka tak payah tengok! eheh

Thursday, June 9, 2011

Forteen BERDUA BERSATU

kenapa cinta kita
selalu saja diduga
bagai ada tak merestu
kita berdua bersatu

atau mungkin kau dan aku
ditakdir untuk berpisah
walaupun melawan arus
kita berdua bersatu

seringkaliku mendengar
patah tumbuh hilang berganti
tetapiku tidak mahu
cinta selain darimu

jika denganmu salah
kutak mahu yang benar
jika denganmu rebah biarlah kutercalar
walau dilanda badai
kusanggup kerna ku mampu
kita berdua bersatu

jika denganmu kabur
kutak mahu yang jelas
jika denganmu hanyut
biarlah aku lemas
walau dilanda ribut
kusanggup kerna kumampu
kita berdua bersatu

BESTKAN LAGU NIE? finally ini lirik penuh berdua bersatu by forteen! enjoy k!

Thursday, May 19, 2011

Mucci-Mucci Dan Kisah Sedih

Saya ingin bercerita tentang satu kisah sedih diantara saya, mucci-mucci dan budak jahat.... sebelum itu, untuk yang tidak pernah tahu, mucci-mucci adalah patung mashimaro kesayangan saya.

Seingat saya, hanya cuma beberapa kali saja saya memeluknya saat saya berasa rindu untuk memeluknya.... selebihnya saya cuma melihat dengan penuh rasa rindu... bukan tidak ingin memeluk, tapi saya takut andai tanpa sengaja saya mengotori mucci-mucci...-

Tapi insiden beberapa minggu lalu sewaktu budak jahat tanpa semena-mena telah menyepak mucci-mucci hingga terkena pinggan yang berisi buah mempelam adalah insiden yang sangat tidak bisa saya lupakan.Saya tahu dia tidak sengaja... saya tahu dia mengacah-acah... tapi kenapa perlu beraksi sebegitu... and me as the owner pun tidak pernah bertindak kejam seperti itu...apatahlah lagi untuk saya membiarkan orang lain berbuat begitu!

Saat itu saya sedang mengawal rasa marah, rasa sedih, rasa sakit hati, rasa ingin menangis... semua berkumpul menjadi satu hingga saya tidak bisa berbuat apa-apa.... mujur saya diberi akal untuk lebih 'panjang' berfikir..... sudahnya saya bertindak sewaras mungkin tanpa dipengaruhi emosi melulu.

Alhamdulillah, meski kat bahagian bawah masih ada sedikit kesan kuning buah mempelam walaupun sudah dibersihkan... namun tidaklah terlalu banyak kesannya yang tertinggal.

Mucci-mucci adalah pemberian seseorang.

Kenapa saya terlalu menjaga...??

...kerana itulah satu-satunya kenangan dan tanda ingatan yang ada untuk saya...-

Jangan lagi siapa berani menyentuhnya... -






**owh ya, saya bukan ASMARA yang sanggup membakar gambar zalia hanya kerana melati menyuruhnya... (motip bandingkan dengan drama ASMARA.... fefeeling asmara kejap! :P haha)

"kau suka aku, maka kau harus menerima cerita masa laluku....dan inilah kisah laluku"

Wednesday, May 11, 2011

Asmara 2 Episod 10

Warghhhh!! saya tertipu episod lepas... mati-mati saya ingatkan suhana betul-betul dah mengaku kat Asmara yang dia adalah zalia... rupanya itu hanya igauan mimpi asmara je.... hampehhh!! time tu dalam hati asik berkata 'tak tragisnya pertemuan kembali dorang' ...takat peluk je.... atleast kasi la kaw kaw nyer dramatik scene untuk pertemuan tu.... sebab bagi saya, itu kemuncak yang paling orang sangat-sangat tunggu...last-last mimpi rupanya...- haishhh

Owh ya, korang percaya tak, Asmara takkan bahagia hidup ngan Melati tue.... ni saya kasi contoh...-

Gabungan nama dorang tak sepadan langsung....

MELATI+ASMARA = MELARA
ASMARA+MELATI = ASMATI

Kompem nanti hidop dorang akan melara...pehtu dedua mati katak camtue saja akibat ketidakbahagiaan tu... haishhhh!

Jadi... sila sokong ASMARA ngan ZALIA yer...

ASMARA+ZALIA=ASMALIA
ZALIA+ASMARA=ZAMARA

Kot nanti nak buat nama anak pun sedap jugak kan? compare ngan ASMATI ngan MELARA tu kan?

HAHAHAHA matila MELATI tu, meroyan nakkan asmara... sedangkan semua orang dah tau yang ZALIA adalah SOULMATE ASMARA...



++ maaf yer penyokong Melati...


sekian

Monday, April 25, 2011

Kisah Hati - Alyah


kisah hati
by alyah

hatiku hatimu
menjadi satu cinta
ku rasa hadirmu
menyempurnakan aku

tapi cinta bukan milik kita
semua harus berakhir

cinta kau dan aku
takkan mungkin bersatu
untuk saat ini di dunia ini
mungkin kita bersama
nanti di atas sana
biar ku setia menjaga cintamu
selamanya

tapi cinta bukan milik kita
semua harus berakhir

cinta kau dan aku
takkan mungkin bersatu
untuk saat ini di dunia ini
mungkin kita bersama
nanti di atas sana
biar ku setia menjaga cintamu

cinta kau dan aku
takkan mungkin bersatu
untuk saat ini di dunia ini
biar ku setia menjaga cintamu
selamanya

Hari jumaat lalu, seorang teman bertanyakan saya apakah sudah menonton musik video terbaru alyah berjudul Kisah Hati.Saya pun terus membuka youtube.Nampaknya masih belum ada yang mengupload video klip tu.Mungkin video tu masih terlalu baru.Teman saya pun cuma sempat tengok mv tersebut sewaktu di tayangkan di MHI.

Sekonyong-konyong cerita pagi sabtu lalu, sebelum saya keluar breakfast sempat saya online sekejap.Nampaknya sudah ada yang upload lagu tersebut ke utube.Saya pun ushar la sekejap.

Wahhh saya suka la mv ni!

Tak perlu untuk membandingkan mv ini dengan mv dari negara jiran.... tapi disebabkan peminat lagu-lagu kat malaysia ni sudah lama KEBULURAN musik video yang cantek daripada artis tempatan, makanya dapat melihat buah tangan terbaru Mr. Ghaz ini kiranya sudah cukup memadai dan dapat mengenyangkan jiwa dan mata buat seketika.

Ada beberapa shot yang bagi saya sangat menarik dan sangat mengena dengan citarasa saya, mungkin kerana saya pun sering menggunakan stail sebegitu.

Part yang paling saya suka dalam musik video ini sudah tentunya part jalan raya yang pengambarannya dilakukan di ladang tebu chuping di perlis.Sangat dramatik.... alyah sangat cantik dengan baju merah cili berlari tanpa mengenakan kasut... dengan keadaan jalan yang lengang dan diimbangi dengan bantuan cahaya sangat memikat.Lagi satu part akhir lagu ini.... saya suka sangat suka dengan shot tu.... wallah~

Ermmmm... tetiba saya jadi teringat perjalanan saya bersama 3 orang rakan blogger Ajid, Nett dan Syida ke ladang tebu 2 tahun lepas.... Nett ngan Syida berpose-pose di ladang tebu menggunakan khidmat photographer En. Ajid. Dan saya cuma sebagai pemerhati je...

Sewaktu tengok jalan raya di kawasan ladang tebu tu saya sudah pun bermain dengan imajinasi...Sayang sekali, MY PERSONAL PHOTOGRAPHER tak ikut serta.

Insyaallah, saya akan ke sana lagi nanti...

Owh ya, terlalu excited bercerita mengenai mv kisah hati, terlupa pula saya nak komen pasal lagu tu ... erm lagu kisah hati ni ok la jugak sedapnya... dengan bantuan mv yang cantik, insyaallah lagu nie akan cepat disukai... sebab orang akan dapat merasai 'feel' lagu ini melalui MV ni...

Dan saya juga pasti, lagu ni akan cepat menjadi lagu tema untuk drama-drama kat tv3... huhu~


Friday, April 22, 2011

Aku, Senja dan Tuhan

Sedar tak sedar sudah 11 tahun saya menjadi anak rantau.Semalam, genaplah tempoh 11 tahun saya mendiami bumi penang ini.... pantas sangat rupanya waktu berlalu...- banyak erti kehidupan saya pelajari dalam tempoh 11 tahun ini...baek suka mahupun duka.

Jatuh bangun dalam kehidupan saya lalui semuanya sendirian.Sesekali saya teringat-ingat zaman 'kelam' saya dulu... bila dikenang-kenangkan kembali saat ini buatkan saya sangat menghargai kehidupan yang saya lalui kini.

Betullah kata orang-orang... kehidupan itu adalah pembelajaran percuma yang tidak bisa kita peroleh dari mana-mana sekolah... kehidupan mematangkan kita... kehidupan membuatkan kita kuat.... tapi kehidupan juga boleh memusnahkan kita sekiranya kita memilih jalan yang salah...-

Dulu saya sering merasakan diri saya lemah disaat saya tidak mampu melakukan apa-apa yang boleh membuatkan saya tegak berdiri...- saya sering menangis dan bersedih memikirkan kenapa Tuhan memberikan sebuah pembelajaran yang sangat sukar saya tempuhi.... tapi saat ini, bila mengenangkan semuanya kembali... saya cuma mampu tersenyum dan sesekali menjadi malu pada Tuhan kerana tidak pernah cuba memahami ujian yang dikenakan kepada saya...- semua itu menjadikan saya semakin kuat dan berani menempuh kehidupan kini... tapi kalo boleh biarlah untuk waktu-waktu ke depan saya masih tetap juga kuat menghadapinya...-

Semua ini membuatkan saya sedar bahawa setiap apa yang berlaku pasti ada tujuannya...- kalo pun bukan hari ini kita bisa melihat hasilnya... tapi nanti satu saat kita akan menyedarinya sendiri bahwa apa yang ditentukan buat kita, itu adalah yang terbaik buat kita...-

Saya semakin berjaya melupakan sisi-sisi gelap yang pernah saya lalui.... saya juga semakin berani mencabar diri untuk menghadapi sesuatu hal yang selama ini saya gentar menghadapi sendiri... semua itu saya lakukan demi tuntutan sebuah kehidupan.....

Apapun kehidupan ini masih panjang dan perlu diteruskan.... untuk apa mengenangkan hal-hal bisa membuatkan kita terpuruk dalam kesedihan...-Kita masih punya beribu cara yang bisa membuatkan kita bahagia dan gembira..- mungkin cara kita berbeda, namun matlamatnya tetap satu...-

Tak perlu kita membanding-bandingkan kehidupan kita dengan orang lain... pemaknaan bahagia itu sendiri menurut setiap orang adalah berbeda.... makanya kita perlu memaknainya mengikut kehendak dan keinginan kita...-

Tuhan, aku sedang menikmati erti bahagia yang Kau berikan saat ini... izinkan aku untuk terus menikmati rasa manis ini selama mana yang masih bisa Kau berikan...-

Syukur aku panjatkan kepada-Mu Tuhan diatas semua pelajaran selama tempoh 11 tahun aku merangkak dalam mengenal erti kehidupan ini...-

Thursday, April 21, 2011

Char Koay Teow Penang

Setiap hari minggu saya memang sering ke k4, membeli barang-barang keperluan dapur.Ermm.... sejak saya berazam untuk kurang 'makan luar' alhamdulillah dapur saya semakin berasap...hehe

Berbanding pergi ke pasar basah, saya lebih gemar lagi pergi ke k4 atau Tecso..bukan apa, saya kurang gemar keadaan pasar yang tidak begitu indah dan berbau dan kotor... saya tak suka berjalan di lantai yang basah melekit dan berbau hanyir... erghhh!!

Saya sebenarnya bukan lah seorang pemakan sayur... tekak saya agak memilih sayur yang boleh untuk dimakan.Setakat ini sayur yang saya mampu makan cumalah kangkung.... lobak or sawi or bayam or apa jenis daun berwarna hijau lain tidak la mampu untuk saya jamah... teman saya bilang saya cerewet... saya rasa, itu bukan cerewet... itu menyenangkan.... bayangkan, kalo saya berkahwin... isteri saya tak perlu bersusah payah memerah orang berfikir nak memasak itu ini... cukup kalo sekali sekala disediakan kangkung goreng belacan jer.... haaa kan mudah tu... :P

Bab makan saya memang tidak cerewet, tapi saya ada banyak jenis makanan atau hidupan yang tekak saya tidak boleh menerimanya.Contohnya makanan laut, kalau dulu saya cuma makan ikan... dan ikan tu haruslah ikan yang kecil-kecil je... ikan-ikan besar memang saya tak boleh makan... dan ikan tu mestilah segar... kalo after goreng pun masih berbau hanyir... saya sanggup makan nasi berlaukkan telur je.

Sekarang, saya sudah mampu untuk makan udang dan jugak ketam dan juga sotong, tapi tekak saya masih belum boleh menerima makanan laut lain seperti segala jenis kerang-kerangan.... bayangkan sampai sekarang saya masih dok berimaginasi bagaimana orang mampu untuk memakan kerang rebus.Maunya saya muntah hijau kalau saya dipaksa makan kerang rebus.

See... ini bukan kategori cerewet kan? sangat mudah je selera saya... fevret saya pun cumalah sambal tumis ikan bilis... hahaha!! sangat simple kan?! :P

Hari minggu lalu sewaktu berjalan-jalan di bahagian basah k4, saya melihat 'segunung' cili hijau yang tersangatlah segarnya.Kehijauannya sangat memukau mata saya.... hingga memaksa kaki saya untuk menapak ke arahnya...huhu tanpa berbasa basi lagi saya pun membungkus dengan rakus.Pulang rumah, saya kembali berfikir apa yang perlu saya buat dengan cili hijau tersebut.Bukan sikit... disimpan je nanti rosak rugi je.Makanya sekonyong-konyong idea pun tercurah... huhu


Saya memang hantu jeruk.Apatah lagi kalo jeruk cabai.... perghh!! memang sodap! pepagi makan ngan nasi goreng pun tersangatlah gempaknya... dicampur skett dengan kicap.. walawei..mantobblah!

Semalam, pulang kerja meski tiada program bes di tv, saya merajinkan diri untuk memberasapkan dapur, huhu... tetiba saya teringin sangat nak buat char koay teow.Selama ni, setakat koay teow goreng biasa tu selalu la juga saya buat.

Nak buat char koay teow nie sebenarnya bukan mudah.Semuanya kena serba pantas.Tak boleh lengah-lengah.Lepas tue memasaknya pula harus dalam porsi satu orang makan.kalo buat banyak-banyak memang takkan menjadi.Memandangkan cumalah saya seorang yang akan membelasah char koay teow malam tadi, jadi senanglah kerja saya.Tak perlu ke pasar, sebab stok bahan memasak memang sudah tersedia dalam peti es....

Jadi berbekalkan pengamatan saya terhadap pakcik yang buat char koay teow kat food court seberang jaya tu... saya pun memulakan langkah untuk mencuba sendiri.Saya mempersiapkan semua kelengkapan supaya tidak kelam kabut nanti.

Dalam masa yang sangat pantas saya berjaya jugak menyiapkan char koay teow... dan char koay teow ni sangat sedap dimakan waktu panas-panas.... huhu walaupun mungkin tak sesedap kat kedai... tapi kiranya saya berbangga jugalah kerana buat pertama kali mencuba... fizikal masakan tu takder jauh beza sangat pun daripada kedai punya... syabas yer MM


Next time kita try resepi lain plak... :)


**CKT kalo makan dengan jeruk cabai pun memang sangat mantob! huhu


Wednesday, April 20, 2011

ASMARA 2 Episod 7

Seharian di pejabat semalam entah kenapa saya rasa teringin sangat nak makan bubur nasi...mungkin sebab saya skip lunch time, mungkin juga kerana saya sarapan pagi terlalu awal dan semua-semua alasan itu membuatkan saya lapar agaknya kot... biasalah, kalau perutnya mula berdendang... macam-macam keinginan pelik terlintas di fikiran.Dan pastinya keinginan yang terbit semalam ialah bubur nasi.So demi melunaskan keinginan (orang kata tak baek mengenepikan keinginan sendiri, huhu) makanya tadi malam saya pun nekad membuat bubur nasi.

Apatah lagi malam selasa... malam yang sangat best untuk menonton tv.Citer pe yang best? of kos la ASMARA 2 yang semakin hari semakin kababoom! hingga buatkan saya terpaksa mengenepikan hal-hal lain kerana tidak ingin termiss walaupun 1 episod.... hahaha over kan?!!


Asmara Episod 7 :Nenek Asmara masih lagi risau tentang keselamatan Adam memandangkan dia sering melihat ada kereta yang sering berhenti di depan rumahnya.Dia mengesyaki bahawa pengintip tersebut merupakan orang upahan Sahlan.


Melati pula masih lagi tidak senang hati memikirkan wanita yang sering dia terserempak yang menyerupai Zalia... dan keadaan bertambah rumit bila satu hari Zalia dengan tiba-tiba menyapa Melati.Dalam keadaan panik itu Zalia telah memperkenalkan dirinya sebagai Suhana.Namun Melati sukar untuk mempercayai bahawa itu bukan Zalia.Hal itu segera disampaikan kepada Asmara yang sejak sekian lama tidak mempercayai kata-kata Melati.

Sahlan masih dengan perancangan jahatnya untuk mengambil kembali Adam yang berada dalam jagaan Nenek Mah.Dia kemudian telah mengajak Rahayu untuk mengikutnya menjenguk Adam.Rahayu yang ternyata gembira dengan hal itu bersetuju mengikut Sahlan ke rumah Nenek Mah.

Nenek Mah pada mulanya sangat keberatan untuk menjemput Sahlan dan Rahayu masuk, namun setelah dipujuk-pujuk akhirnya Nenek Mah sedikit mengalah.

Zira masih dengan perancangan jahatnya untuk menggoda Asmara meskipun dia mengetahui Asmara itu adalah abang tirinya.Namun perancangannya semakin menjadi-jadi apabila dengan tidak sengaja dia terdengar perbualan auntynya yang mengatakan bahawa dia cumalah anak angkat.

Zira kemudiannya melarikan diri ke rumah Asmara dengan alasan dia bergaduh dengan abang dan makciknya.Dia mengambil kesempatan itu untuk mendekati Asmara.Sikapnya itu menimbulkan rasa kurang senang Asmara.


Kerana takut Zalia pergi menemui Melati dan Asmara secara curi-curi, Sahlan mengambil keputusan untuk mengurung Zalia.Tindakan itu membuatkan Zalia semakin memberontak.Lantas mengambil keputusan untuk melarikan diri...Bagaimanakan kisah seterusnya... bersambung di episod 8


Warghhh!! saya semakin sukakan drama ni laa... tatau kenapa!! susah saya nak sukakan drama melayu... tapi sangat beza la dengan drama nie... adess!



Tuesday, April 19, 2011

Angin, Bawa Aku Pergi

Hurmmm agak lama saya tidak berkisah di sini... dihambat dengan kesibukan kerja sesekali membuatkan saya tidak mampu memperuntukkan ruang untuk menulis... walaupun sedikit... terkadang ada cerita ingin dikisahkan... tapi bila stress kerja dan dihambat dengan emosi yang sesekali up and down.... membuatkan saya lebih senang memilih untuk berdiam seketika.... mungkin kerana saya sudah semakin matang (hohoho!) dan semakin bijak untuk mengatur kata agar tidak simply berchurhat di sini seperti di AKUNGANTARO dulu... well tiap manusia itu berubah mengikut peredaran waktu right?!

Foto di atas adalah foto beberapa minggu lepas sewaktu saya pulang kampung... entah kenapa saya sangat suka dengan foto ni.... serasa beberapa gundah yang melekat ditangkai jantung melenyap buat seketika.....

Terkadang, entah kenapa yah kita gemar memilih untuk berlari dari semua hal yang terkadang tidak mampu kita lewati... kita lebih memilih untuk melarikan diri daripada mendepani hal itu sendiri... mungkin juga kerana kita merasakan kita belum mampu atau masih belum kuat untuk menghadapinya... apatah lagi bila sendirian....

Terkadang kenyataan itu memang pahit... tapi sepahit apapun, kenyataan tetap kenyataan.... bersedia atau tidak, kita harus juga menghadapinya....

Bagaimana caranya itu berbalik pada kita..... tidak salah kalao berlari.... berlarilah... cuma jangan terlalu laju... kelak kalo jatuh kita takkan merasai kesakitan yang kuat....-

Ermmm... entah kenapa terkadang saya merindukan SAYA yang dulu.....

Wednesday, March 16, 2011

Angin, Bawa Aku Terbang



Hidup ini andai dipenuh dengan pelbagai warna... kelihatannya begitu indah, right? jangan hanya memilih satu warnamu.... kelak kau akan terlupakan bahwa masih banyak lagi warna yang bisa membuatmu bahagia...

Kehidupan ini juga andai dipenuhi dengan pelbagai cerita dan kisah... pastinya akan membuatkan hari-hari yang kita lalui menjadi menarik, right?

Masih banyak ingin aku lakukan... masih banyak warna yang ingin aku warnai pada kehidupan ini.... aku tidak ingin sampai nanti satu saat aku menyesali kerana membiarkan warna-warna ini menghilang dari hidupku...-

Ada ketika aku ingin seperti belon yang ditiup gas dan terapung diudara... meringan dan bisa melayang ke mana pun yang aku ingin pergi, tapi... belon itu juga tipis... bisa pecah andai kita tidak berhati-hati...-

Sama seperti kehidupan, andai kita berada dilingkungan yang betul.... insyaallah akan betul juga jadinya kita nanti...-

Tapi, bagaimana kita bisa tau adanya BETUL, andainya tak punya SALAH right?!

Monday, March 14, 2011

Filem Sang Pemimpi

Malam sabtu lalu saya diundang sahabat menonton Hikayat Merong Mahawangsa,pertama kali buat dia...dan tontotan kali kedua buat saya...selama dua hari berturut-turut.. haish!! tak sampai hati untuk saya menolak ajakan orang.

Selesai menonton HMM dan berbicara sedikit sebanyak berkongsi pandangan dan pendapat di 'Kassim Mustaffa' sambil pekena roti canai dan teh tarik, sahabat mengajak saya ke kedai DVD kat BM.Kebetulan tiada rancangan apa-apa setelah itu, saya pun bersetuju saja, memandangkan saya pun belum pernah ke situ...ermmm.... kalo pergi confirm akan terbeli jugak nanti.Kat rumah pun hampir 20 keping dvd yang masih menunggu giliran untuk ditonton.Adessss!!

Sampai saja sana... wow! heaven sangat!

Beberapa movie yang saya dambakan selama beberapa waktu ni ada ditemui di sini.Sudahnya 6 keping dvd lagi saya beli.Menjadikan semuanya 26 keping yang harus saya tonton nanti.huhu! Cerita bagus tak rugi kalau beli.Boleh buat koleksi.

Tuhan juga menemukan saya akhirnya dengan SANG PEMIMPI yang saya dambakan selama ini.Tinggal sekeping je.Ermmm... rezeki saya barangkali... (^v^)

Sampai rumah jam sudah pun menghampiri 2.00 pagi, bagai dironta-ronta... saya akhirnya terus memainkan filem ini di layar tv....Mata yang pada mulanya mengantuk, terus terasa segar....

Selesai menonton Sang Pemimpi.....tiada kata paling sesuai untuk menggambarkan filem ini kecuali SUPER HEBAT! Air mata saya tidak henti mengalir dari permulaan cerita hingga ke pengakhirannya... seriesly filem ini sangat sarat dengan emosi! hinggakan pada setiap babak saya bagaikan tak mampu menganggung rasa... keriangan... kesedihan.... keterujaan kesemuanya bergolak dan dan berkumpul menjadi satu.

Saya tidak merasakan pergolakan emosi sebegini hebat sewaktu menonton naskah Laskar Pelangi dahulu.Tapi Sang Pemimpi berjaya membawa saya mengembara jauh hingga ke dasar emosi paling dalam.Menyentuh satu rasa yang tidak saya rasai pada Laskar Pelangi.

Keterlaluankah saya menerobos ke dalam pengkisahan ini?

Bagi saya, sosok manusia bermana Arai adalah dambaan semua orang yang ingin punya sahabat.Manusia sepertinya bisa meniup kata menjadi cita... menghembus mimpi menjadi realiti...-

Menonton filem ini seperti memberi saya satu kesegaran jiwa yang sukar untuk saya jelaskan.Paling saya pasti, melihat Arai, mendengar kata-katanya... saya seperti kembali bersemangat untuk BERMIMPI lagi.Telah lama saya buang mimpi-mimpi saya...telah lama saya hidup dan cuba meyakini akan suatu kenyataan yang sukar untuk saya jelaskan.

Paling saya tersentuh dengan kata-kata Arai bila dia mengungkapkan kata :

"tanpa mimpi,orang-orang seperti kita akan mati"

Menonton filem ini juga membuatkan saya melihat kembali diri saya sedalam-dalamnya... merenung dan berfikir tentang kehidupan yang tlah saya jalani selama ini... mengingatkan tentang mimpi-mimpi... mencari kembali suara hati yang telah lama padam akibat terlalu lama memusuhi mimpi...-


Saya telah berjaya memecahkan rekod peribadi menonton sebuah filem 7 kali dalam masa satu hari.Dan ketujuh-tujuh kali itu jugalah saya ditemani air hangat dibirai mata...! Ia bukanlah filem sedih... namun bila menontonnya, kau akan bisa menangis meski pada saat mereka sedang tertawa... ia sarat dengan moment-moment yang mengharukan..-

Mungkin bagi sesetengah orang lebih menggemari SANG PEMIMPI versi novel kerna bisa lebih berpetualang dengan imaginasi... namun bagi saya, kedua-duanya punya keistimewaannya yang tersendiri.Sang Pemimpi adalah Terjemahan novel ke filem yang bagi saya berjaya dalam kelasnya yang tersendiri.

Kisah Cinta Arai dan Zakiah Nurmala mungkin sekadar sub-plot dalam filem ini.... tapi meninggalkan kesan yang sangat mendalam buat saya.Paling saya akan ingat adalah scene bermain gitar sambil mengalunkan lagu FATWA PUJANGGA dalam rendisi yang sangat memikat!
Satu lagi scene sewaktu Zakiah Nurmala melambai tangan pada Arai pada hari Arai dan Ikal akan berangkat ke Jakarta.Meski scene itu cuma sebentar, namun sangat mengesankan! hingga saya seperti baru tersedar kembali bahawa jatuh cinta itu sememangnya sangat INDAH rasanya...-
SANG PEMIMPI mengajar kita tentang mimpi....mimpi itu bukan satu kesalahan.... bermimpilah setinggi mana yang kamu mahu, tiada yang mustahil pada mimpi itu andai kamu susuli dengan usaha!

Menonton filem ini membuat saya kembali percaya pada mimpi

Friday, March 11, 2011

Rango dan Hikayat Merong Mahawangsa

Beberapa minggu lepas saya udah janjian sama teman mau menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa.Ekceli bukan hanya beberapa minggu lepas je... rasanya since tahun lepas pun dah janjian dah... nak pi menonton filem tersebut yang merupakan filem melayu wajib tonton 2011.Tapi sebelum menonton filem tersebut, saya mengusulkan kepada teman untuk menonton Rango terlebih dahulu.Selalunya kalo menonton kartun diwayang, saya hanya menonton seorang jer sebab teman-teman saya bukan 'kaki animasi'.So malam tadik maraton movielah kiranya.

Apa yang boleh saya katakan tentang Rango? ermmm..... sangat BESSSSSSSSSSSSSSTTT!! kalo sebelum ini kita dihidangkan dengan watak-watak comel... yang cantik...kisah-kisah lucu dengan gambaran-gambaran yang cantik dan menarik... Rango membawa kita meneroka satu dimensi berbeda daripada animasi-animasi terdahulu.Wataknya-watanya terlihat menakutkan....

Apa yang membuatkan saya sangat kagum dengan filem Rango ini adalah penelitian yang dibuat terhadap semua karektor.Tekstur kulit, perincian bulu pada kulit binatang-binatang dalam filem ini sangat detail...sejujurnya saya geli dan loya melihat kesemua watak-watak binatang dalam filem ini.. melihat Rango si Cicak yang kulitnya menggerutu itu sudah pun membuatkan bulu roma saya meremang.Apatah lagi tikus, sisik ular dan macam-macam lagi... dibuat dengan sangat terperinci.... memang tahniah lah kepada pembikinnya.


Menonton filem ini, tanpa sedar membuatkan saya sama-sama ikut berpetualang bersama si Rango merentasi gurun pasir yang sangat sepi itu.Saya suka elemen 'mexico' yang ada dalam filem ini.Juga suka dengan burung(apa jenis burung ntah!) yang sering mengiringi si Rango dengan bermain musik.Memperincikan lagi emosi yang sedang si Rango rasai saat tu.Cerita ini mungkin kurang sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak.Kerana menurut saya tiada elemen yang sering kita lihat pada animasi-animasi sebelum ini.

Cuma satu je yang saya sedikit terkilan..watak ikan mainan si Rango itu munculnya hanya sebentar... seharusnya petualangan si Rango paling besh kalo dia bertemankan ikan mainannya itu sehingga ke akhir cerita... tapi, seperti yang saya katakan tadi lah, tiada elemen seperti animasi-animasi terdahulu.Secara kasar, cerita ini mengangkat isu AIR sebagai permasalahan, di mana air adalah satu sumber terpenting dalam kehidupan....

**Ermmmm... balik menonton wayang semalam, rumah tingkat 4 blok saya 'kebanjiran' .setahu saya rumah tu kosong, macam mana air boleh melimpah-limpah keluar dari rumah tu.Dan takder saper-saper nak take action ke tadi siang? ermmm....SANGAT MEMBAZIR! balik keje petang nie kalo masih tak berubah jugak, biar saja je lah yang take action... boleh saya fefeeling jadi Si Rango tu.. huhu!!

Menonton Rango pada jam 6:40 petang, seterusnya pada Hikayat Merong Mahawangsa pada jam 9:30 malam.5 minit terlambat kerana kuar dinner...huhu!!

Ermmm apa yang saya nak cakap tentang filem ni eh? Oh yaaa... saya dan teman terpaksa duduk baris ke 5 dari hadapan... sakit tengkuk jugak la sebab terpaksa mendongak! dan... untuk pertama kali saya melihat panggung penuh sampai ke baris yang ke depan bagi filem melayu(macam manalah orang yang paling depan tu tgk filem tu yer, maunya berpinau bijik mata).

Saya harap untuk hari-hari yang seterusnya, panggung masih akan penuh jugak dengan orang.Atleast 8 juta yang diperuntukkan untuk membuat filem ini berbaloi bagi KRU supaya next time dorang akan berusaha LEBIH gigih untuk membikin filem-filem lain yang bermutu dan keluar dari norma kebiasaan filem-filem melayu biasa.

Menonton filem ini saya tidak meletak sebarang tanggapan yang terlalu tinggi, apatah lagi untuk membuat perbandingan dengan filem-filem berskala besar dari hollywood.Memang beza antara langit dan bumi lah kalo dihitung..

Tapi, kalopun saya membuat sedikit perbandingan pun.... saya cuma akan bandingkan mungkin dengan filem-filem daripada Thailand.... sebab industri dorang pun kurang lebih seperti kita... ataupun dorang punya 'UP' lebih sket..eheh!...sedangkan kita baru keluar satu filem seperti ini, kiranya tak perlu mempersoalkan secara berlebihan lah yer....-

Apa yang boleh saya katakan, trailernyer lebih hebat!

Yang paling tidak saya gemari dalam filem ini ialah 'voice over' yang dipakai dalam menggambarkan perjalanan cerita dari babak ke babak...suara siapa lah tu agaknya.... very annoying! sangat dbuat-buat intonasi seperti itu.... bunyi sangat kelakar kat pendengaran saya.Cara dia bercakap seolah-olah sedang bercerita kepada kanak-kanak berusia 5 tahun perihal kisah sang kancil dan kura-kura...eiouuuuu!!

Filem epic selalunya akan memerlukan sangat ramai pelakon extra... dan saya juga mengakui, orang-orang malaysia ni susah nak jumpa orang-orang yang berbadan sasa... alih-alih kerimping kering jer yang ramai... tapi itu bukan persoalannya.... saya seperti melihat pelakon pelakon extra tu tak disaring bebetul.... saya tidak nampak kesungguhan dan semangat dorang sewaktu berperang... ada yang muka poyo... ada yang muka kelakar... ada yang muka bosan waktu tengah mendengar si merong tengah memberi kata-kata semangat untuk berperang.... ada yang time rebah ramai-ramai kelihatan yang seperti senyum.... bagi saya menda-menda sebegini walaupun hanya sampingan tapi ia antara faktor terpenting jugak kerana elemen peperangan dijadikan antara fokus utama...

Satu lagi, kenapa dorang tak buang je babak or reshoot watak si Jehan Miskin yang seperti nak jatuh sewaktu berdiri atas sampan sewaktu mendengar amanat si merong! bagi saya time seperti itu harus ada penonjolan unsur 'keterujaan' kerana mereka sedang bersiap untuk berperang! dan seharusnya si jehan miskin harus berdiri gagah di atas sampan dan bukan bergoyang-goyang seperti nak jatuh je....(ato dorang mmg saja nak buat unsur lawak?)

Takpela.... tak perlu mempersoalkan terlalu banyak..... usaha dan inisiatif untuk membikin karya agung seperti ini pun sudah kira patut dibanggakan....seperti Yusri penah cakap lah, filem itu dibuat 2 tahun lepas, dan kalo masih punya ruang, dia pasti akan perbaiki banyak lagi kelemahan yang ada....-

Apapun selesai tayangan, semua orang bertepuk tangan dalam panggung... saya pun ikut tepuk tangan jugak.....sekurang-kurangnya kita punya filem seperti ini.... Tahniah untuk KRU...-

** dalam kereta sepanjang perjalanan pulang, teman menegur saya..kenapa asik bercerita tentang Rango..... baru saya tersedar.... saya lebih banyak mengingati Rango hingga terlupa bahawa semalam rupanya menonton 2 movie... adess!

Apapun, sila bagi sokongan pada filem malaysia ok ;)

Monday, March 7, 2011

Kekasihku Seru Asmara Trilogi Cinta


Sejujurnya sudah lama saya tidak mempunyai drama melayu feveret, yang membolehkan saya follow setiap minggu.Kali terakhir drama melayu kegemaran saya ialah Kekasihku Seru, drama seram yang bagi saya cukup seram, dan sehingga kini belom ada satupun drama seram melayu yang berjaya mengatasi keseraman Kekasihku Seru.Bagi saya, beza Kekasihku Seru daripada drama-drama seram melayu yang lain adalah cara penonjolan elemen seram tersebut.Kekasihku Seru tidak 'menyergah' penonton untuk menjerit ketakutan.... bagi saya elemen 'sergahan' bukanlah tindakan bijak... memang penonton akan menjerit, tapi hanya kerana terperanjat.Rasanya Mak Limah jual nasi lemak kat gerai seberang jalan pun kalo tetiba dia sergah pun of kos kita akan terperanjat RIGHT?!

Kekasihku Seru keseramannya wujud pada mood cerita itu sendiri.... sehinggakan ada ketika saya seperti dapat merasakan kewujudan WARIS dibelakang saya..... watak Waris lakonan Hairie Othman tidak memerlukan kostume berlebihan, hanya cukup berpakaian hitam dan memakai 'contact lens' namun melihat dia membuatkan kita merasa sangat gerun.... sudah 3 kali saya menonton drama bersiri ini.Dan ketiga-tiga kali itu juga saya sentiasa merasa resah..... hingga bisa mengigau dalam mimpi...-

Saya sangat berharap Kekasihku Seru akan ada kesinambungan...memandangkan pengakhiran cerita itu kelihatan agak tergantung.... namun sehingga ke hari ini saya tidak mendengar ura-ura yang kisah ini akan bersambung.... - Mira Mustaffa kekeringan idea kot.... eheh!
Ini drama kedua yang menjadi fevret saya.Seriesly saya tak tau kenapa saya suka sangat dengan drama ni... saya rasa drama ini dihadirkan dengan pakej yang agak lengkap... ada lagu tema yang sedap... pelakon yang bagus dan juga jalan cerita yang menarik.Saya memang pernah melihat Shaz Jazle dan Faezah Elai berlakon dalam drama-drama lain..... tapi bagi saya lakonan Shaz Jazle dalam drama ini paling memberi kesan.Hingga membuatkan saya terlupa dia pada drama-drama lain.Watak Asmara sangat sesuai buat dia...


Seriesly sebelum menonton drama ini saya memang pernah mendengar lagu sixth sense berjudul 'menyesal' yang menjadi lagu tema drama ini, tapi sekadar mendengar begitu je... tapi sejak lagu tersebut menjadi lagu tema drama drama ini, langsung membuatkan saya meminati lagu tersebut..... mendengar intro lagu tersebut saja sudah membuatkan saya mengingati drama asmara ini....-


Trilogi Cinta? Rosyam Nor? hohoh nie first saya betul-betul follow drama yang rosyam nor berlakon.... ekceli saya tidak tahu pun bahawa drama ini adalah adaptasi novel sehinggalah membaca artikel tentang drama ini di sokkabo... kalau sesebuah drama itu bagus, tengok pada permulaan cerita pun kita dapat merasai akan 'feel' tu.

Dulu saya tak suka fauziah ghous, sebab bila saya tengok lakonan dia, saya akan selalu teringat watak pembantu rumah 'terencat akal' yang dia bawa untuk drama arahan razak mohaideen kat tv9 dulu.Sangat meloyakan tekak bila mengingatkan bagaimana razak mohaideen boleh tergamak mewujudkan satu watak pembantu rumah yang seperti manusia terencat akal a.k.a bodoh a.k.a bangang... nak kata watak itu kelihatan komedi, takder langsung saya rasa kekomedian tue... melainkan rasa sakit hati dan menyampah yang teramat sangat...perasaan menyampah itu bukanlah membuktikan bahawa lakonan fauziah ghouse sebagai pembantu terencat akal itu berkesan, tapi menyampah kenapa dia sanggup melakonkan watak itu yang bagi saya sungguh memalukan untuk dilakonkan.

Dan setelah sekian lama... akhirnya watak NORJINAH lakonan fauziah ghous dalam drama Trilogi Cinta berjaya membuat saya melupakan watak pembantu rumah terencat akal ciptaan razak mohaideen yang begitu memualkan itu.Tahniah kepada fauziah ghouse.Gandingan buat pertama kali Fauziah Ghous - Rosyam Nor - Amyza Adnan nampaknya berjaya.Dan pastinya juga drama ini mempunya lagu-lagu tema yang sangat best.Saya baru perasan yang lagu duet Siti Nurhaliza ngan KD dalam Trilogi Cinta itu sedap rupanya... sangat kena dengan mood drama tersebut.

Nampaknya tak sia-sia tv1 mempromo habis-habisan drama ini... kerana akhirnya ramai yang ikut menonton.Dan yang paling saya sukar nak percaya, Asmara dan Trilogi Cinta adalah dibawah terbitan SUHAN MOVIE yang dimiliki oleh Rosyam....

Tahniah kepada Rosyam yang pada saya telah mula berjaya menerbitkan drama bagus.Khabarnya Begitukah Cinta yang dimainkan pada slot Akasia sekarang ini pun terbitan Suhan Movie jugak.Saya baru berpeluang menonton beberapa kali.... Ntahlah, saya dapat rasakan Suhan Movie sudah semakin kreatif dalam menerbitkan cerita...- syabas..!

Yang pastinya, malam ini.... ASMARA 2 akan mula ditayangkan.Saya tak berani nak gerenti samada kisahnya akan lagi bes atau tak dari yang sebelumnya... sama-samalah tengok macam mana nanti...-

Friday, March 4, 2011

Aku,Senja & Rindu Yg Tak Pernah Hilang


"Dulu, saya pernah janji yg saya takkan bt awak sedih.tp saya pernah langgar janji yg sy cipta.tp kesedihan awk adlh kesakitan bg sy.sy xnak awk sedih.tp sy takut nak berjanji lg.sy hanya blh janji yg sya akan bt awk gembira spt yg sy rasa"+01798**** - 21 nov 2008 10:50 pm

...kamu lihatlah betul-betul....apakah saya gembira waktu ini?bagaimana bisa saya gembira...andai bahagia itu kamu tidak kembalikan...- ia masih ada bersama kamu! pulangkan pada saya... pliss~