Friday, February 22, 2013

Bunga Merah Punya - TV9


ost - Bunga Merah Punya
lagu - Merah
by - Zulhuzaimy

Indah harumnya bungaku

merah dikelopak madu
tanya hati siapa mahu
bila cinta diam membisu

kau bunga yang penuh durinya

ku selalu memuja...

biarpun terluka diriku

namun bungaku tetap dihati
selalu...

Kasih adalah satu rasa, sayang juga adalah satu rasa dan cinta adalah satu rasa yang lain. Mana mungkin kesemunya boleh digabungkan. Tapi ianya akan tercantum bila adanya rasa rindu dan cemburu. Benarkah begitu?

Merah seorang remaja 20an yang mencari rezeki dengan menyanyi dan bermain gitar bersama tiga lagi temannya Ajit, dan Itam. Kopitiam milik abang Cu menjadi tempat mereka ‘perform’. Di atas kopitiam adalah bilik sewa yang disewa oleh Bunga.

Rutin harian Bunga adalah membeli sekuntum bunga ros yang dijual oleh seorang budak perempuan, Niki yang lalu di hadapan kopitiam sebelum dia ke tadika untuk mengajar setiap pagi. Setiap pagi juga Bunga akan sarapan di kopitiam Abang Cu sambil mendengar petikan gitar dan nyanyian dari Merah dan kawan-kawannya.

Bunga memikul amanat Tok Baen untuk mencari Merah sejak merah melarikan diri dari rumah ketika berumur 10 tahun kerana merajuk dengan Tok Baen. Bunga masih ingat akan Merah, tapi tidak Merah.

Untuk mengetahui kesudahan cerita ini, jangan lupa saksikan setiah hari Khamis jam 8:30 malam di TV9 (jarang gila saya menonton tv 9)


Saya tak gerenti drama ini akan bagus atau tidak hingga kepenghujungnya, tapi untuk episod pertama yang saya saksikan semalam...saya terus jatuh hati... mungkin kerana saya sememangnya sukakan drama yang berlatar belakangkan kampung, kisah keriangan kanak-kanak... keindahan pemandangan.... sulaman lagu-lagu latar yang enak dipendengaran.... gabungan kesemua elemen di atas sudah cukup menarik perhatian saya....



+++++++

Pandangan saya terhadap Suhan Movie & Trading Sdn. Bhd. sekarang sangat jauh beza berbanding awal-awal kemunculannya dahulu.Saya masih ingat lagi drama-drama 'korporat'(keparat) yang sering disajikan oleh Suhan Movie yang boleh dikatakan semuanya hampir sama ceritanya dan sangat membosankan.Teraju utama setiap drama-drama Suhan dah tentunya la 'empunya' kampeni kan... eheh!


Tapi setahun dua kebelakangan ini Suhan Movie sudah bijak menarik dan mencuri hati-hati peminat-peminat drama melayu di tv dengan memberi variasi kepada setiap drama-drama terbitannya.Sekarang ni kalau ada drama baru dan terbitan Suhan Movie, pandangan saya sudah tidak skeptikal seperti dulu lagi.


Meski saya tidak punya banyak waktu buat menonton drama-drama di tv... tapi beberapa drama terbitan Suhan yang berjaya saya ikuti dan saya menyukai antaranya Asmara 1,2 ,Trilogi Cinta 1,2, Begitukah Cinta, Cinta Elysa, Gelora Di Hati Sara, Setia Hujung Nyawa dan yang terbaru ini Bunga Merah Punya... antara yang berjaya mencuit minat saya untuk ikutan menonton.Dan kalau saya termiss mana-mana episod saya usahakan menonton secara online.Yang saya senaraikan di atas merupakan serpihan-serpihan kecil antara drama-drama melayu yang menarik, dan saya yakin ada lagi yang bagus-bagus.


Untuk orang-orang yang agak skeptikal dengan drama-drama melayu, berilah sedikit ruang untuk menghayati.Meski bukan semua yang bagus, namun di celah-celah ketidakbagusan itu masih ada yang mampu menarik perhatian.Saya yakin drama rantaian melayu sekarang ini semakin hari semakin baik.Malah terlalu baik berganda jika dibandingkan dengan sinetron-sinetron beratus episod yang disiarkan oleh stesen tv.


One more thing, sekarang ni dah menjadi satu trend kan sejak kejayaan Ombak Rindu, rata-rata ramai melahirkan filem atau drama adaptasi novel.... 


KITA ADA BANYAK DRAMA CINTA, TAPI BAGUS ATAU TIDAKNYA SESUATU KISAH CINTA ITU TERLETAK KEPADA KEKREATIFAN PENGARAH UNTUK MENGADUN SEMUA ELEMEN DAN MOMENT CINTA HINGGA MEMBUAT IA TERLIHAT SWEET N TOUCHING...



Thursday, February 21, 2013

Sehangat Asmara - Mustika HD


Saya hanya menonton 3 episod penuh drama Adam dan Hawa di permulaan cerita yang akhirnya menyimpulkan bahawa drama itu tersangatlah LEMBS...cerita yang dah boleh difahami dalam hanya 5 minit tapi di panjangkan hingga menjadi 1 episod.... ntah apa-apa! mujurlah slot drama ini cumalah setengah jam.Kalaulah berdurasi 1 jam... mungkin orang yang tiada ketahanan jiwa boleh muntah hijau.

Ok, berbalik kepada drama Sehangat Asmara yang menggantikan slot cerita Adam dan Hawa yang telah pun masuk episod ke-15 (semalam).Saya berpeluang menonton drama ini sejak episod pengenalan.Dan sehinggalah semalam di episod yang ke 15, saya cuma termiss menonton 1 episod.

Sebenarnya ada ketidakpuasan yang ingin saya suarakan pada episod semalam (episod 15.Juga episod 14).Kalau ada yang menonton Sehangat Asmara di episod ke 14/15, berikut adalah ketidakpuasan saya :

  • Kamalia Najwa(kay) pengsan, dan kemudian disahkan mengandung.Sewaktu dia tidur, sahabat baiknya telah menghubungi ibu Kay dan memberitahu bahawa Kay telah mengandung.Kemudian apabila Kay terjaga dari tidur dia mendapati dirinya telah berada di Kuala Lumpur.Di rumah ibubapanya.Sangat menghairankan bukan.Macam mana boleh Kay berada di rumah parents dia? oklah kita terima situasi itu, mungkin waktu tu Kay pengsan dan dibawa balik oleh parent dia sewaktu dia tak sedar(tapi bukan dia tidur je ke?) 
  • Ok lah kalo kita assume yang parent Kay bawak dia balik waktu dia tak sedar (kenapa saya katakan WAKTU DIA TIDAK SEDAR adalah kerana waktu dia terjaga dia sendiri terkejut yang dia berada di rumah parent dia.Kalau dia balik dlm keadaan sedar takkan dia nak terkejut camtu plak kan? errrm) then bagaimana plak di episod semalam ada dua kotak barang kay berserta barang-barang milik Zainal Arif?Macam mana plak si Kay ni bawak balik Malaysia kalo dia tak sedar? 
  • Kisah dicepatkan di dalam episod 15 dengan memaparkan si Kay telah mengandung, melahirkan, dan anak telah pun membesar.(saya terima scene ini, walopun saya sangat berharap agar dapat melihat bagaimana Kay belajar menghadapi kesendirian hidup tanpa Zainal Arif, insan yang sangat dicintainya itu.Bagaimana dia belajar menerima kenyataan bahawa insan yang disayanginya itu telah menghilang tanpa sebarang khabar - bukankah scene begini lagi penting jika dibandingkan menghabiskan hampir 14 episod dengan scene2 di Australia yang tah pa per... 
  • Kemuncak ketidakpuasan hati yang paling ketara semalam adalah, tiba-tiba Kay mendatangi bapanya dengan memberitahu bahawa Zainal Arif sedang dalam proses untuk mendapatkan hak penjagaan anak mereka.WHAT THE FFF.....!! apakehalnya citer ni? dorang tak tau ke...moment kemuncak paling penting dalam cerita ini adalah pertemuan antara KAMALIA NAJWA dan ZAINAL ARIF... kenapa scene penting ni tak dihighlight kan? kenapa tau2 je si Kay cakap yg mereka dah pun berjumpa... siap berhubung telefon bagai? apa ni? APA??!!
Saya harap saya silap, saya harap saya terlepas pandang beberapa scene penting pada episod 14/15 yang menyebabkan saya tidak memahami ceritanya walaupun sebenarnya saya betul-betul menonton dan cuba memahami cerita ini.Saya rasa seolah-olah episod semalam dipendekkan a.k.a dipotong.... hurmmmm

Apa-apa jelah... sekadar menyuarakan ketidakpahaman dan ketidakpuasan... tu je...

OKBAI

Monday, February 18, 2013

Jericho Rosales Ke Malaysia - Astro Bella


Saya pasti peminat-peminat wanita yang pernah dan masih menggilai Hero dari Filipina ini pasti teruja dengan perkhabaran bahawa aktor ini akan kembali ke Malaysia dalam waktu terdekat ini.Di bawakan khas sempena Ulangtahun Astro Bella yang pertama.

Mungkin bagi orang lain (ataupun seperti yang di war-warkan oleh Astro Bella), kedatangan beliau ke Malaysia kali ini semata-mata untuk Meraikan ulangtahun Astro Bella...-

... tapikan, kan lebih menarik sekiranya kedatangan beliau ke sini bagi MERAIKAN ULANGTAHUN SANA'Y WALA NANG WAKAS yang kembali ditayangkan di Malaysia.

Buat yang tidak tahu, tahun ini genaplah 10 tahun ulangtahun SWNW... dan Astro kembali menayangkan drama ini pada ulangtahunnya yang ke-10...SEDEKAD sudah usia kisah cinta tragik yang penuh suka dan duka ini.

Dan lebih bagus seandainya mereka turut mengundang Kristine Hermosa bersama... :-(




Friday, February 8, 2013

SANA'Y WALA NANG WAKAS - ASTRO BELLA



Setelah sekian lama saya tidak menulis di sini.... tiba-tiba saya jadi punya alasan untuk menulis kembali.Juga saya tiba-tiba jadi punya alasan untuk tersenyum atau mungkin melompat setinggi langit...mungkin...

Kerana apa?

Hurmmm.... peluang selalunya tak datang berkali-kali... doa pun tak semestinya semua terkabul...tapi di celah-celah harapan menggunung yang tak pernah sedikit pun pudar itu, saya sering meletak harap agar suatu saat hal itu bisa terjadi....

Dan kini ia telah terwujud.Menghilangkan segala gundah yang selama ini bersarang di hati.

('drama' sangat kata-kata di atas kan? but honestly itulah yang sebenarnya saya rasakan)

Saya tak tahu samada kalian menyedari atau tidak tentang kewujudan drama SANA'Y WALA NANG WAKAS kat dunia ni...OVER tak kalo saya katakan drama itu adalah naskah terbaik menurut pandangan peribadi? Kamu pernah menonton sebuah drama atau filem yang kemudian meski pun jalan cerita tidak sama seperti kehidupan kamu, tapi kamu mampu menjiwai sepenuh jiwa penceritaannya dan merasa situasi itu benar-benar dekat dengan kamu? Iya, itu lah yang sering saya rasa setiap kali saya menonton drama ini.

Saya masih ingat lagi pertama kali drama ini di siarkan di astro suatu waktu dulu, saya tidak menonton kerana tidak memiliki astro.Dan kemudian drama ini di tayangkan semula melalui TV2 sedikit waktu dulu...saya cuma melihat 1 episod untuk terus akhirnya mengatakan IYA, SAYA SUKA DRAMA NI! seterusnya meskipun ceritanya disiarkan pada hari bekerja, saya sanggup berlari ulang alik dari pejabat ke worksyop semata-mata untuk menumpang menonton drama ini.Apabila iklan...saya akan berlari kembali ke pejebat.Asalkan dapat menonton 20 minit pun sudah memadai.Yang selebihnya saya bertanyakan teman2 yang berada di worksyop.

Kemudian apabila tiba2 saya menemui sebuah forum di CARI.COM.MY yang berbicara tentang drama ini saya pun turun join... dan lebih menyeronokkan bila ada yang berkesudian untuk menguploadkan setiap episod yang di tayangkan di tv.Makanya setiap petang,setelah selesai waktu bekerja saya akan stayback di opis selama sejam untuk mendownload episod demi episod.Meskipun saiz file cuma kecil dan visualnya agak kabur saya tetap jgk donlod.Akhirnya genap sehingga 100 episod.dan selama 100 hari itu juga la saya berkenalan dengan teman-teman baru di forum tu.Sangat best (mana agaknya dorang sekarang).Semenjak itu, saya menonton drama 100 episod itu berulang dan ulang... selama tempoh 2 tahun saya menonton drama itu lebih dari 6 kali....tak pernah pulak jemu, setiap scene tetap dapat saya rasakan emosinya meskipun dah tau dan tau tentang kisahnya.

Semuanya terhenti apabila hardisk saya rosak kerana terjatuh.Lebih malang ia tak dapat diselamatkan lagi dan bertambah malang sebab drama 100 episod itu saya tidak membuat back up.Perasaan waktu itu seperti nyawa disentap kuat dan tidak bisa bernafas untuk tempoh 5 minit...hurmmmm

Namun sejak itu saya berusaha menjejak dan menggoogle daerah-daerah yang boleh memberikan info atau apa saja yang berkaitan dengan drama ini.Namun yang tinggal thread2 yang terbiar... blog2 yang dah bersawang tidak berupdate.Saya faham... cerita itu pun dah lama... mana ada sesiapa yang keep updating pasal hal ni.

Saya pernah cuba mengemail seorang teman di sabah yang katanya memiliki set drama ini walaupun tiada subtitle.tapi emailnya itu sudah tak valid.Yelah, catatan yang dah pun berusia 3 tahun... bagaimana nak menjejak.

Namun di suatu hari yang sangat best, pada bulan oktober di tahun 2011 saya cuba search drama ini di YOUTUBE, walopun sebelum2 ini dah banyak kali try dan tiada pun pautan cerita ini.Namun kali ini beda, kerana ada yang uplod drama ini.Waktu itu rasa hepi yang tersangat.Meskipun episod yang diupload part by part dan saiz yang agak kecil, saya tidak peduli tentang itu semua.Setiap hari 1 episod saya download.

1 episod = 5 part
20 episod = dah berapa dah... sendiri mau tau arr

Broadband saya melebihi kuota penggunaan.Saya terpaksa tahan perasaan menunggu bulan seterusnya untuk kembali mendownload.....Bila tiba bulan November.... malang yang teramat malang...akaun manusia yang upload drama SWNW ini telah di block.Sekali lagi saya terasa nyawa bagai di sentap.Menyesal tak sudah kerana saya tidak berjaya habiskan mendownload drama ini.Andai saya tahu ini akan terjadi dha tentu saya topup volume 5GB ke... tak perlu tunggu sampai awal bulan....SH*T!

Jadi nya sejak itu dalam simpanan saya cuma ada episod 1-37.Dan saya sudah membuat back up.tak nak kejadian sama berulang.Setakat ni dah ulang tonton lebih dari 3 kali.... tapi setiap kali tiba episod yang ke 37... emosi marah menguasai diri... marah kerana tidak dapat mengikuti episod seterusnya.... double SH*T!

...saya tidak pernah menonton ASTRO BELLA, walopun channel tersebut menayangkan drama2 latin dan juga asia terutamanya dari filipina... saya selalu je berharap akan dorang tayang drama SWNW....

...hinggalah suatu hari pada beberapa bulan yang lalu, bila channel tersebut kembali menayangkan PANGAKO SAYO juga lakonan Kristin Hermosa dan Jericho Rosales... harapan saya kembali berbunga... dan berharap yang dorang akan siarkan juga nanti SWNW.

Maka akhirnya 2 hari lepas, sewaktu menonton tv dan terklik channel Bella... mata saya tertancap di skrin... Hampir menjerit sebenarnya... ASTRO BELLA BENAR-BENAR SIARKAN DRAMA SWNW OMG!! dan tayangan dah pun bermula sejak 31hb Januari lagi.

Apa yang saya buat? saya kosongkan space memory dekoder astro... delete mana2 program yang dh tak mahu dan mula merekod episod SWNW....

Saya juga terjumpa satu facebook yang menjual drama2 filipina.... saya berhubung dengan beliau dan meminta beliau merekod setiap episod dan burn kan ke cd.

Saya juga terjumpa beberapa blog yang kembali menguploadkan drama ni di blog masing-masing.Saya menunggu episod 37 untuk kembali menyambung download dan menyimpan naskah kesayangan ni smpai bila2.

Iya, saya akhirnya jadi punya alasan untuk kembali tersenyum.... cerita ini bukan sekadar cerita... tapi ia jiwa sebenarnya.Entah kenapa KEGILAAN saya kepada drama ini tak pernah hilang.... - 

Kalau nak rasa bagaimana indah, sakit, pedih atau apa tentang cinta.. ARA-CHRISTIAN-MARY ANN-LEO bisa memvisualkannya dengan sangat baik....

owh ya, terima kasih juga kepada PERFECTFRIEND200@GMAIL.COM yang memberi info tentang koleksi SWAN.Sekurang-kurangnya ada anda sebagai back up seandainya saya tidak berjaya mendownload drama ini.Apa2 akan saya hubungi anda... tq so much!

DEMAM CINTA KEMBALI LAGI.... saya rindu untuk kembali bercinta dengan SWNW