Sunday, November 23, 2014

BIHUN SUP KUAH LAKSA


Selalunya setiap hujung minggulah saya selalunya berangan-angan menjadi chef.Memasak apa saja yang terlintas kat fikiran.Menjadi atau tidak itu bukan ukuran... yang penting mengisi masa yang terluang dengan hal-hal yang berfaedah....

Bihun sup kuah laksa ini adalah kegemaran isteri saya.Laksa walaupun bukan makanan feveret saya, tapi tetap antara menu yang saya suka especially laksa air tangan kakak saya.Bagi saya laksa yang sedap, kesedapannya itu diukur daripada keenakkan kuah itu sendiri... tidak semestinya yang pekat itu sedap... dan tidak jugak bermakna yang cair itu kurang sedap... sebab di sinilah letaknya kehebatan tukang masak mengadunkan rasa sehingga orang yang makan tak ingat donia... haha

Secara jujurnya pertama kali saya membuat laksa adalah hampir 5 tahun lepas itu pun dengan bantuan sahabat yang agak hebat membuat laksa... kesedapan laksa itu masih terngiang-ngiang hingga sekarang... hehe.

Kali ini tanpa bantuan sahabat...saya menuju sendiri ke pasar membeli barang keperluan memasak.Hampir berputus asa mencari bunga kantan yang sangat susah untuk didapatkan...hati kembali berbunga kerana akhirnya terjumpa juga.Setelah ada bunga kantan baru bersemangat untuk membeli barang-barang lain.Saya beli


  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • Lobak masin
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Ikan kembung + sardin
  • Sebungkus Bihun
Oh ya, disebabkan namanya juga Bihun Sup Kuah Laksa, makanya sudah semestinya heronya adalah bihun... laksanya cuma terletak pada kuahnya sahaja...Bahan-bahan hiasan pun lebih kepada bahan untuk bihun sup... tapi ikut suka penggemarlah... nak masukkan apa pun takpa... takdak sapa nak marah pun aih!

Pukul 11.00am saya bermula dengan menyiang ikan.... dan saya akhiri dengan mencuci pinggan tepat pukul 1.00pm.Jangan tanya saya kenapa ambil masa terlalu lama.Sudah kebiasaan saya setelah selesai masak adalah mengemas dapur hingga bersih dan kemas.Setelah kemas baru mandi bersihkan diri dan kemudian baru boleh makan.Dan pukul 3.30pm baru saya dapat merasa resepi BSKL hasil air tangan 100% saya sendiri.Tanpa ada bantuan siapa-siapa.

Hahaha macam hebat je... BSKL je kot! tapi untuk first timer seperti saya bila dapat masak dan menjadi masakan tu of kos la rasa seronok.... 

So kalau jemu dengan laksa yang berurat besar dan susah untuk ditelan tu, bolehlah beralih kepada BSKL(bihun sup kuah laksa) rasanya lebih menarik... yang penting HO SEK! xoxo





Thursday, November 6, 2014

FOREVERMORE TELESERYE

 

Selamat pagi, ceriakah korang melalui hari-hari dalam kehidupan? kalau tak feel takpe... hidup bukan selalunya hepi kan? kadang ada jugak sedihnya... turun naik dalam kehidupan.Tapi andai waktu ini kamu lagi senang dengan kehidupan, maka nikmati dan railah seolah-olah kamu tidak pernah mengenal erti sedih :)

Okey di hari yang berbahagia ini, saya teringin untuk berkongsi teleserye terbaru dari Filipina.Judulnya Forevermore, kebetulan judulnya serupa dengan filem lakonan Jericho Rosales dan Kristine Hermosa yang pernah meletop di Malaysia satu waktu dulu.Drama rantaian yang disiarkan oleh ABS-CBN ini mula ditayangkan pada 27 Oktober lalu.Dan semalam sudah pun memasuki episod yang ke-7.

Drama ini diarahkan oleh Cathy Garcia Molina.Seorang pengarah terkenal yang sering menghasilkan filem-filem box office.Genre romantik komedi memang 'makanan' beliau selama ini.Siapa boleh lupa filem-filem gandingan John Lyod Cruz bersama Sarah Geronimo dan jugak filem-filem gandingan Toni Gonzaga dan Sam Milby...hingga melayakkan mereka mendapat pasangan paling ideal di layar lebar...

Jujurnya saat pertama kali menatap trailer Forevermore ini, hati terus terpaut, Keindahan Baguio dipaparkan dalam drama ini menjadikannya sangat menarik.Kalau di Malaysia mungkin tempatnya dalam kategori Cameron Highland la kot.Eheh!

Drama ini masih tidak lari jauh dari typical soap drama philipina... tapi diberi suntikan segar dan mainan sinematografi yang menarik membuatkannya terlihat begitu indah.Saya tidak syorkan kepada bukan menggemar drama2 dari filipina... Tapi untuk orang yang seperti saya... drama ni sangat terlihat 'sweet'.Gandingan pelakon baru Enrique Gil dan Liza Soberano pun nampaknya ada chemistry.



Drama ini mengisahkan Xander pewaris Grande yang bosan dengan kehidupannya nekad melarikan diri dari keluarga dan kehidupan kaya-raya... Agnes pula gadis miskin yang tinggal bersama ayahnya.Mereka mempunyai ladang stawberi.Itulah pekerjaan mereka setiap hari.Hinggalah satu hari pemilik tanah tempat mereka menanam strawberi mengambil keputusan untuk menjual tanah tersebut.

Pertemuan berlaku tanpa diduga.Sewaktu Xander kemalangan kerana payung terjunnya gagal berfungsi dan dia terjatuh di dalam lori yang sedang dinaiki oleh Agnes dan bapanya.Kejadian itu menyebabkan bekalan-bekalan strawberi yang akan dibawa Hotel Grande menjadi rosak.Sejak itu mereka menculik Xander dengan harapan untuk menuntut ganti rugi.Tanpa mengetahui identiti sebenar Xander.

Banyak kejadian-kejadian menarik dan melucukan selepas itu....









Tuesday, November 4, 2014

RESEPI KUNG PAO CHICKEN


Saya tak pernah sharekan sebelum ini di sini bahawa semenjak setahun dua kebelakangan ini memasak adalah antara hobi atau minat terkini saya.Memasak juga bagi saya antara ruang untuk kita berekspressi dengan emosi...Menumpahkan seluruh rasa yang ada.Gembira.. sedih... stress dan segala macam perasaan.

Memasak antara ruang bagi saya melupakan segala rasa tidak menyenangkan yang bergayutan di fikiran.Bila kamu menumpahkan seluruh fokus maka kamu akan melupakan semua perasaan tidak enak yang ada.Trust Me!

Saya sebenarnya bukanlah pandai memasak....tapi saya minat dalam memasak.Minat dan Terrer adalah dua hal yang berbeza ok...Masak yang disusuli minat... adalah kepuasan yang susah nak xplain berbanding orang yang terrer memasak... Contohnya ibu-ibu atau isteri-isteri yang tugas harian mereka memasak di rumah...Mereka memang pakar dalam memasak...tapi di minda mereka memasak cumalah sebagai satu kewajipan dalam memenuhi tuntutan dalam kehidupan keluarga... jadi, tiada PASSION di situ... kita boleh lihat perbezaan orang yang sekadar TAHU memasak dan orang yang SUKA memasak!

Mungkin saya tergolong orang yang SUKA memasak.Tapi, alangkah bagusnya kalo kamu suami isteri yang punya minat yang sama... selain berkongsi resepi, boleh juga beradu minat di dapur... setiap hujung minggu mencuba berbagai-bagai resepi baru... tentu BestKAN? eheh

Mulai hari ini insyaallah, setiap kali saya turun ke dapur saya akan sharekan di sini apa menu pilihan saya.Mungkin bukan menu-menu terhebat... sebab saya masih dalam proses belajar and i'm pushing myself into this thing... well, we see how... hehe

Untuk hari ini saya nak sharekan menu simple tengahari saya.Resepi Kung Pao Chicken.

Nampak simple tapi rasanya memang sedap.Ini kali pertama saya mencuba masakan 'Chinese Style'

Resepinya adalah seperti foto di atas :)


Thursday, October 30, 2014

SERABUT


Indahnya andai setiap kali kebuntuan atau keserabutan datang dan kamu bisa lari dan pergi jauh-jauh dari keadaan itu.Bukan melarikan diri...Cuma untuk tenangkan diri buat seketika....

Kadang kita tidak diberi kesempatan buat memilih pilihan itu.Makanya kita diasak untuk berdepan dengannya samada kita suka ataupun tidak.

Kebelakangan ini terlalu banyak hal mengasak-asak fikiran....dan aku rasa tersangat letih dengan semua ini.

Kalaulah dapat, ingin aku hentikan masa.Biarkan aku sendirian berjalan kemana saja arah kaki ingin melangkah.Supaya semua yang terbeban dalam fikiran bisa terhapus...

Sungguh...Aku sangat letih!!

Friday, October 24, 2014

CAKRA KHAN FEAT SITI NURHALIZA - SELURUH CINTA



Seluruh Cinta
by Cakra Khan ft Siti Nurhaliza

menatap kepergian dirimu
meratap menangis sedih tak tertahan
terbayang saat bersama
lewati masa terindah
saat kau memelukku tuturkan cinta

kaulah seluruh cinta bagiku
yang slalu mententeramkan perasaanku
dirimu kan slalu ada 
di sisiku slamanya

kau bagaikan nafas di tubuhku
yang slalu menghidupkan segala gerakku
kukan slalu memujamu
biar nanti kitakan bersama

tak sanggupku memikirnya lagi
habis separuh nyawaku tangisimu
tiada lagi bait terindah
terdengar merdu terucap 
merayu menyanjungku tenangkan jiwa

tiada cinta yang setulus cintamu
tiada yang sanggup gantikan diriku

tiada rasa seindah kasihmu
tiada yang mampu temani diriku


Tuesday, October 21, 2014

MENAKLUK CINTA- TAUFIK BATISAH



Menakluk Cinta
by Taufik Batisah

Tersedar ku dari khayalan
Terpisah dunia anganku sirna segala
Tertiba bayangmu menjelama
Menemani harapanku yang kini hancur segalanya

Patutkah aku dikurnia
Sentuhan kasih darinya
Menantikan cinta yang terindah

Setinggi bintang di angkasa
Seluas lautan yang indah
Harapan tuk bertemu cinta terakhir hidupku

Sejauh ke hujung dunia
Relaku melakukan apa saja
Tuk menaklukkan cinta terakhirku

** Current favourite song  (^.^)v

Thursday, October 9, 2014

DARK SHADOW



"Don't depend too much on anyone in this world, even your shadow leaves you when you're in darkness..."


Friday, October 3, 2014

SAYAP TERLUKA




Aku jenis manusia yang menyimpan rasa luka dengan sangat lama, terkadang bernanah dan berulat-ulat tanpa ada siapa yang sedar.... Kalau dulu aku sering membiarkan diri hanyut dalam dunia sendiri yang aku sendiri tidak pernah cuba bangun untuk belajar mengubati diri...

Betapa kian hari berlalu hanya diri aku sendiri yang mengerti bagaimana aku bangun dari rasa jatuh yang sekian lama membelenggu kaki.Mengadap dan mendepani semua rasa tanpa dipapah walau sebatang tongkat sekalipun.... berdiri dengan sendiri.... sukar dan payah dan sakitnya hanya aku yang mengerti...

Lalu bila ada yang berkata bahawa seperti tiada apa perubahan... ia menambahkan lagi sakit yang sudah sedia ada... aku kira seseorang manusia itu harus melalui sendiri fasa-fasa sedemikian untuk lebih mengerti perasaan orang lain...

Mungkin kamu atau sesiapa saja tidak sedar atau mungkin tak mengambil endah atau tidak pernah faham bahawa setiap hari yang berlalu aku cuba belajar menjadi manusia yang positif... yang kuat...

Tapi hakikatnya aku juga seperti manusia biasa yang selalu inginkan sokongan waktu jatuh.

Kalau orang lebih memilih untuk melihat saya jatuh dan mempersoalkan kenapa saya jatuh... apa yang boleh saya buat...

Sedangkan saat itu yang satu hal yang paling saya perlukan adalah orang yang datang dan memeluk saya lalu membisikkan kata-kata semangat yang bisa menyembuhkan luka saya...

Tapi tak mengapa... selama hidup ini pun saya tak mengharap sangat...bukan menafikan... tapi saya tahu tidak semua manusia mengerti apa yang kita rasa...

Semoga kekuatan selalu ada dalam diri untuk menempuh kehidupan....


Wednesday, October 1, 2014

SUARA, RASA DAN KATA

Andai kita tidak punya sesuatu kata yang menyeronokkan (utk diri dan orang lain) alangkah lebih baik andai kita berdiam... itu lebih baik dari kita mengeluarkan sebarang kata yang akhirnya boleh menjadi hal yang tidak menyeronokkan.

Kadang sebelum kita mengeluarkan bicara sebolehnya gunakan kewajaran dan akal untuk memastikan apa yang kita perkatakan itu tidak mempunyai dua maksud atau senang untuk orang lain salah tafsir.... tak perlu marah atau mengeluarkan kata-kata yang kesat... kata-kata manis pun boleh menjadi sindiran yang sangat menyakitkan...

Saya sering mengingatkan diri untuk selalu berbicara baik dengan sesiapa saja...Cuma jangan berbicara dengan saya sesuatu yang saya tidak suka atau memperkatakan sesuatu yang kamu rasa wajar untuk kamu tapi sangat menyakitkan bagi pendengaran saya...Maka saya akan mengeluarkan semua kata-kata kurang enak... seandainya kamu cuba dan mahu belajar memahami saya kamu pasti mengerti dimana kelebihan dan kelemahan saya....

Tapi saya tidak akan memaksa untuk kamu atau sesiapa saja untuk menurut kehendak saya... tidak perlu... cukup sekadar untuk memahami itu sudah memadai.

Tapi hujung-hujungnya saya sedar bahawa manusia yang lebih memahami diri itu adalah diri sendiri...Jangan terlalu berharap orang untuk memahami kita walaupun kita cuba belajar memahami orang lain.. sebab ada kata-kata hikmat menyebut... memberi tidak semestinya akan mendapat balik pulangan... 

Mengharap kadang menyakitkan... 

Mungkin diam lebih menyenangkan...

Mungkin... mungkin

Wednesday, September 24, 2014

AILEE- I'LL SHOW YOU



Ailee - I'll Show You

Naega sajun oseul geolchigo
Naega sajun hyangsul ppurigo
Jigeumjjeum neon geunyeol manna
Tto utgo itgetji

Geureoke johatdeon geoni
Nal beorigo tteonal mankeum
Eolmana deo eotteoke deo
Jal haeya han geoni

Neoreul amuri jiullaedo
Hamkkehan nari eolmainde
Jinan sigani eogulhaeseo
Jakku nunmuri heureujiman

Boyeojulge wanjeonhi dallajin na
Boyeojulge hwolssin deo yeppeojin na
Babocheoreom sarang ttaemune
Tteonan neo ttaemune ulji anheullae

Deo meotjin namjal manna
Kkok boyeojulge neoboda haengbokhan na
Neo eobsido seulpeuji anha muneojijianha
Boy you gotta be aware

Santteutage meoril bakkugo
Jeongseong deullyeo hwajangdo hago
Haihire jjarbeun chima modu nal dorabwa

Uyeonhi rado neol mannamyeon
Nuni busige useojumyeo
Nollan ni moseup dwiro han chae
Ttogak ttogak georeogaryeo hae

Boyeojulge wanjeonhi dallajin na
Boyeojulge hwolssin deo yeppeojin na
Babocheoreom sarang ttaemune
Tteonan neo ttaemune ulji anheullae

Deo meotjin namjal manna
Kkok boyeojulge neoboda haengbokhan na
Neo eobsido seulpeuji anha muneojiji anha
Boy you gotta be aware

Niga jwotdeon banjil beorigo
Niga sseotdeon pyeonjil jiugo
Miryeon eobsi huhoe eobsi
Ijeo jul geoya neoreul ijeullae neoreul jiullae

Boyeojulge wanjeonhi dallajin na
Boyeojulge hwolssin deo yeppeojin na
Babocheoreom sarang ttaemune
Tteonan neo ttaemune ulji anheullae

Deo meotjin namjal manna
Kkok boyeojulge neoboda haengbokhan na
Neo eobsido seulpeuji anha muneojiji anha
Boy you gotta be aware


Beberapa hari lepas sewaktu menonton running man terdengar satu lagu yang sangat sedap.Terus tanya adik siapa penyanyi lagu tu.Katanya Ailee... terus saya google.. dan finally menemukan lagu ini...Apa yang boleh saya katakan since hari tu lagu ni melekat-lekat je kat kepala...haha!

Tak kisahlah kalo orang kata lagu ini punya aroma lagu Hush-Hush dari Pussycats Dolls.



Tuesday, September 23, 2014

BIRTHDAY BOY




- HAPPY BIRTHDAY TO ME -

Wednesday, August 13, 2014

DIAM!


Kamu bilang pada diri untuk berdiam andai itu bisa menyenangkan lingkungan.
Kamu bilang pada diri untuk menelan semua kenyataan andai itu pengorbanan kepada satu bentuk kepuasan.

Tapi kenapa hujung-hujungnya berdiam seakan menjadi senjata tajam yang menyiat-nyiat tangkai hati?

Kenapa antara berdiam dan bersuara kesannya tetap sama? lalu jalan apakah sebenarnya yang harus kamu coba?

Kamu dah terbiasa mengabaikan rasa kepedihan diri..menelan semua rasa pahit itu mentah-mentah... tapi kamu juga manusia... yang sesekali mahu mengunci mulut daripada disuap rasa pahit itu... meski tiada madu sebagai ubat sampingan, paling tidak air liur bisa menstabilkan kembali rasa pahit yang selama ini sebati dalam urat darah.

++++

Aku tidak mengeluh...
Tidak juga menyalahkan keadaan
Tidak juga menyalahkan orang lain....

Biarlah semua-semuanya aku simpan....

simpan....

dan simpan....

sampai akhirnya nanti aku yang DISIMPAN(mati)

Friday, January 3, 2014

DEEP DOWN INSIDE


"sometimes i just want to scream to release all the pain....."

Kalao saya boleh menyalahkan masa silam.... wajarkah saya menyalahkan ayah dan ibu kerana gagal membesarkan saya tanpa mengajarkan saya apa itu kasih sayang yang sebenar?

Wajarkah saya meletakkan akan semua kesalahan itu kepada mereka kerana menyebabkan saya membesar dan menjadi manusia yang dungu tentang makna kasih sayang itu sebenarnya?

Tidak, mana mungkin saya letakkan itu di bahu mereka.Mungkin juga mereka pewaris kepada rasa GAGAL dalam mengecap apa itu kasih sayang dari ibu bapa mereka?

Atau sebenarnya kasih sayang itu sendiri luas pemaknaannya dalam hidup kita?

Kenapa kita tidak buka mata kita dan melihat bahawa kasih sayang itu terlahir dari segenap rasa?

Bahawa sekecil zarah sekalipun pasti ia memiliki nilai penting dalam kehidupan kita....

Saya membesar dan mencipta pemaknaan kasih sayang itu sendiri mengikut pemahaman saya sendiri.Apa yang saya fikir selayaknya... itulah yang saya perbuat.

Tapi kenapa hujung-hujungnya ia berakir dengan kerumitan? 

Saya gagal menafsir...

Satu hal yang saya akur mengenai manusia yang memiliki kuota kasih sayang sekecil zarah, jiwa mereka amat rapuh.Kamu tidak bisa memaksa untuk ia menjadi seperti apa yang kamu inginkan dalam sekelip waktu.... kerana sesuatu yang rapuh hakikatnya mudah untuk pecah.... 

Saya mohon agar Tuhan selalu memberikan saya kekuatan dalam meneruskan kehidupan.Saya tahu ujian itu pelengkap rasa... mana mungkin bisa kamu bilang bahawa kamu kuat andai belum teruji dek ujian.... 

heh! kalaulah menjalani kehidupan ini semudah mengeluarkan kata.... -

Thursday, January 2, 2014

BERDENGKUR

Seingat saya, saya tidak pernah mengalami masalah berdengkur sewaktu tidur.... iya, waktu itu saiz badan kurus...kini bila saiz badan naik... bila ada yang menegur saya berdengkur dan kemudian saya sendiri yang menyedari bahawa saya memang mengalami masalah berdengkur dalam tidur.

Saya tahu, dengkuran bukan sahaja tidak bagus untuk kesihatan tapi juga boleh mengganggu tidur orang lain.

Kesan dengkuran bagi individu :

-badan terasa lesu
-rasa sangat mengantuk
-dengkuran terganggu
-insiden tercekik ditengah malam (tidak cukup oksigen)
-tidur tidak lena
-nokturia(kerap kencing malam )
-tidak boleh menumpukan fikiran
-mengalami msalah daya ingatan
-kemurungan
-mudah terganggu
-keinginan seksual menurun
-boleh menggangu kualiti tidur dan hidup orang lain keran terganggu oleh dengkuran kuat.


Ini antara sebahagian kesan akibat permasalahan dengkuran.Patutlah saya sering merasa letih.Cepat beremosi... fokus pada kerja dan kehidupan terganggu... 

Sempena dengan datangnya tahun baru 2014... saya akan cuba berazam untuk turunkan berat badan.Semoga saya dapat jalani kehidupan yang sihat.

Chayok MM