Wednesday, April 3, 2013

Aku dan Perasaan


Kesunyian itu sebahagian dari diri kan? wujud dalam diri mememenuhi ruang-ruang kosong yang ada andai kita tidak memenuhkan ia dengan rasa kegembiraan.

Terkadang ada waktu saya kerap berfikir, memenuhi ruang minda dengan berbagai-bagai persoalan yang terkadang saya sendiri tidak punya jawaban.Menyedihkan bukan andai orang tidak pernah mahu atau cuba memahami diri kita sendangkan kita belajar memahami dan menerima dengan seboleh mungkin.

Hidup ini bukan hanya sekadar memberi tapi juga menerima.Tapi tiada guna juga menerima andai tidak dengan rela hati.... keterpaksaan tidak dibutuhkan dalam memenuhi kuota perasaan...-

Bertahun saya cuba bangun, bangkit dan lari dari kisah silam.... membuangkan semuanya hingga tidak satu pun yang tersisa.... belajar untuk membina semula sesuatu berasaskan logik akal yang mana kegembiraan boleh diperolehi dengan cara apa sekalipun mengikut kemahuan kita....mengikut acuan kita...lalu mengapa perlu kita fikirkan kemahuan dan kehendak orang lain andaikata ia langsung tak menjurus kearah yang memberikan impak gembira buat kita?

Bukan kedegilan tunjang utama, bukan juga egois disandarkan sebagai alasan.Tapi manusia berhak dalam mendepani kehidupan sendiri mengikut seperti apa yang dimahukannya.

Saya takkan mudah mengalah lagi...dan saya takkan biarkan lagi keadaan seperti dulu berulang... saya akan selalu meyakinkan diri bahawa segala apa yang berlaku ada kisahnya... 

....cuma mungkin belum waktu untuk kita memahami penceritaannya....

jalani hidup apa adanya... tidak perlu terlalu pusing memikirkan itu ini... lagipula hidup terlalu pendek untuk dibebankan dengan hal-hal yang bukan dari kita masalahnya.... 

let it go... let it go....- :)