Tuesday, July 5, 2011

Masak Laksa

Hye kalian, beberapa hari tidak menulis di sini... bukan apa... dihambat dengan kesibukan kerja membuat segala yang ingin dikisahkan di sini jadi terganggu.Hari sabtu lalu entah kenapa saya menyahut cabaran seorang sahabat yang katanya teringin sangat nak makan laksa.With ZERO knowledge about laksa saya pun berusaha sebaik mungkin untuk memastikan semuanya berjalan mengikut perancangan.Inilah kali pertama saya cuba membuat laksa.Kalau tak cuba tak tahu kan? sampai bila nak makan kat kedai kalau takder inisiatif mencuba sendiri.

So dalam pukul 8 pagi sabtu lalu, saya bergegas ke pasar SBJ... selalunya saya suka ke 'PASAR K4' je.Bukan apa... keadaan bersih... bau pun harum.Kat pasar basah, bau tempat boleh tahan jugak laaa harumnya...huhu.Tapi menurut teman, membeli di pasar lebih murah.Makanya saya mengikut je...

Ini kali kedua saya siang ikan selepas entry ikan haruan tu.Bukan apa... saya tak suka siang ikan.Sahabat yang tukang snap pic di atas asik gelak je bila saya 2-3 kali hampir muntah! saya bukan takut tengok darah... tapi saya geli kat bahagian perut! YUCK!

Tapi, itu bukan alasan...semakin sukar sesuatu hal, kalo kita masih cuba berusaha... kita pasti akan berjaya.Betul tak? Selama ini kita makan ikan, sesekali apa salahnay kita mengambil tahu proses di sebalik lauk yang kita makan tue... eheh!

14 ekor ikan akhirnya berjaya saya siang dengan penuh bergaya! hahaa! 10 ekor ikan sardin dan 4 ekor ikan kembung.... walaupun menurut teman kalo di beri bintang 1-10 kepada skill saya siang ikan hanya pada tahap 4.5 star, atleast saya try kan?! well it better than nothin rite?! ;)




Nyum-nyum! yummilicious kan?! hahaha!! beria-ia ni mencari bunga kantan akhirnya bertemu jugak.Daun pudina, nenas, bawang besar, limau kasturi, timun, salad dan sebagainya....segala perencah telah siap tersedia.... cuma menunggu masa untuk membuat kuah laksa pulak.


Langkah seterusnya ikan-ikan yang saya siang dengan penuh bergaya tadi selepas direbus, kenalah carik-carikkan isinya dari tulang pulak.Satu kerja yang boleh tahan jugak menuntut kesabaran ni.huhu!! well.... bagi sesetengah orang yang malas, blender je semer isi termasuk tulang.... tapi bagi sesetengah orang yang RAJIN (merujuk saya ler tu) better leraikan elok2 isi ngan tulang... senang skettt.....



Tiba waktu merebus laksa....sebungkus jadi laaa... nama pun proses percubaan...kalo buat banyak nanti tak menjadi rugi pulak kan?


Well! bukan nak puji laaa.... tapi seriesly kuah laksa ni saaaaaaaaaaaangatttlaahh sedapnya!!! saya kagum okeh! bleh nak riak camtu? bhahahahaa!!

Daripada plan asal menjemput cuma 2 orang teman kemudian bertukar menjadi 4 orang.... semua gara-gara tahap kekonfidenan laksa tu sedap.... kalo tak, takdernya saya nak panggil orang datang.Jawabnya 3 hari 3 malam la saya harus berhempas pulas menghabiskan laksa sendirian.Eheh!

Sudahnya mereka asik ulang alik tambah je laksa, saya cuma sempat makan sekali je... alih-alih licin....Naib baikla kuahnya saya buat lebih.... waktu semua orang dah balik, pelan-pelan saya masuk dapur dan capai mee segera cap kari.Celur meggi tersebut, after toskan airnya terus saya tuang kuah laksa dan makan....

Ermmmmm boleh tahan jugak sedapnya megi berkuah laksa! kalo ada bihun pun cantek jugak! takpa, next time saya try menu lain pulak...



Sebelum melelapkan mata... 3-4 kali menerima sms bernada pujian daripada teman2-teman yang merasai laksa.... bhahaha! sapa yang tak sukakan pujian... habaq mai sat cheq! :P