Friday, October 28, 2011

Kisah Sedih Part 1 - Portable Hard Disk

Hye guys... hari ini saya nak bercerita tentang satu hal... tajuknya adalah Kisah Sedih Portable Hard Disk (PHD).Sebenarnya saya tak tahu nak memulakan kisah ini dari mana...
dan kalo dibikin list tentang kisah sedih dalam kehidupan saya, sudah pastinya saya akan masukkan kisah PHD ini sebagai salah satu item dalam list tersebut.


Nak tau tak kenapa saya sangat sayangkan PHD ni? kerana di dalamnya tersimpan banyak hal-hal yang sangat saya sayang.Tersimpan di situ bermacam jenis lagu.... puisi-puisi yang saya karang... movie-movie yang saya download, music video.... dan paling berharga adalah foto-foto yang telah saya hasilkan menggunakan kamera sendiri.


Kepada yang pernah membaca blog saya sejak 10 tahun dahulu pasti tahu bahawa disetiap cerita, saya suka meletakkan gambar yang saya buat sendiri sebagai pelengkap kisah... saya tidak suka mengambil foto-foto orang atau dalam istilah lain 'copy & paste'.Saya suka bila semuanya adalah hasil dan karya saya sendiri.Banyak foto-foto penting di dalam PHD tersebut.Foto yang takkan mungkin boleh saya dapatkan kembali.Foto wajah-wajah Kubang Nipah suatu waktu dahulu.... sewaktu begitu banyak 'pokok-pokok Belain Jiwa' di tanam (dan kini sudah ditebang)foto-foto waktu saya kurus... waktu saya gemok... waktu rambut saya pendek... waktu rambut saya panjang melepasi bahu.... semua ada di situ....and now... it's all gone! :(


Wajah-wajah kubang nipah dahulu sudah tiada lagi dalam simpanan saya.... bagaimana lagi nanti untuk saya buktikan kepada orang bahawa satu waktu dahulu wajah kubang nipah sangat cantik.Keindahan yang sudah tidak lagi kelihatan kini.Saya teringat foto-foto Am dan Ipan yang telah saya snap sejak mereka kecil hingga mereka sudah besar.... seriesly, banyak foto-foto cantik di dalam PHD yang sekarang ni sumpah sudah tidak bisa ada lagi keadaan seperti itu... :(


Sejak Geocities memberitahu dia akan menutup 'service', saya telah 'copy' kesemua entry blog saya di 'http://akungantaro.cjb.net' selama 10 tahun saya menulis di situ...segala kisah suka duka segala cerita yang manis dan pahit... semua saya simpan di dalam PHD....and now, it's all gone!


Kisah Ini bermula awal 2008... waktu tu saya masih di tempat kerja lama.PC saya rosak atas sebab yang saya sendiri tidak tahu kenapa.... waktu itu sedihnya saya Tuhan saja yang tahu.. banyak 'menda' yang saya simpan di situ.Tapi alhamdulillah berkat bantuan seorang sahabat, kesemua dokumen saya berjaya diselamatkan semula.Setelah itu saya menjadi takut yang kemungkinan untuk hal seperti itu berulang makanya saya telah membeli PHD sebagai 'back up'.Saya simpan kesemua dokumen saya di situ.


Saya kira segalanya sudah kembali seperti sediakala.....


Namun saya silap.... Pada awal 2010... waktu itu saya membawa PHD ke sebuah CC.Saya meletakkannya di dalam helmet.Leka berbual menyebabkan saya terlupa bahawa saya meletakkan PHD di situ.Sewaktu cuba memakai helmet, tidak semena-mena PHD itu terjatuh.Keesokkan harinya sewaktu saya cuba membuka PHD... ia tidak berfungsi.Ada bahagian yang pecah.Waktu itu dada saya terasa seakan ingin pecah.... selalunya orang kalo bersedih, dia akan menangis kan? tapi saya, kesedihan tu meledak terlalu pantas hingga membuatkan saya tidak bisa menangis.Saya jadi tergamam hingga tidak mampu berfikir untuk beberapa ketika.


Saya mengambil masa hampir 21 bulan untuk menceritakan hal ini di sini.Setiap hari saya cuba menahan rasa sedih tu dan setiap hari juga saya mencari cerita gembira untuk membuatkan saya melupakan tentang PHD saya tu.Dan ada ketika saya masih juga mencuba membuka kembali PHD, siapa tahu mungkin ada keajaiban, tiba-tiba PHD dapat berfungsi.Hingga sampai ke satu tahap saya berdoa pada Tuhan agar PHD ini dapat berfungsi, sekali pun cukuplah.Agar saya dapat copy kesemua dokumen-dokumen yang terdapat di dalamnya.Namun sehingga kini permintaan saya itu masih terbiar menjadi sebuah permintaan.... hurmmm


Sekarang ni, walaupun perlahan-lahan saya sudah dapat menerima kenyataan tu...tapi sesekali saya tetap akan merasa sedih dan sedikit terkilan.


PHD itu ibarat kotak kenangan buat saya kerana kesemua arkib penghisahan hidup tersimpan di situ.Hilang ia ibarat hilang juga separuh daripada jiwa saya.... MATI


Saya tak tahu apakah hikmah disebalik semuanya ini... saya juga tidak tahu kenapa saya dipilih untuk merasai sebuah kehilangan yang maha dasyat ini.Sesuatu yang bagi saya sangat penting.Malah kalo boleh saya tak nak tahu pun....


...tapi apapun.... saya sudah belajar untuk ikhlas dan redha....


Kalian mungkin tidak mengerti.... apalah sangat kehilangan PHD... itu bukanlah halnya, tapi ISInya....


ITU BAHAYANYA tentang kehidupan ini bila kamu telah meletakkan jiwa dan hati kepada sesuatu.Bila mana ia menghilang dan lenyap dari kehidupan kamu...maka kamu akan merasakan ada ruang kosong di dalam hati... ruang kosong yang takkan mampu untuk di isi oleh hal apapun...


sekian

Thursday, October 27, 2011

Light Graffiti

Sudah lama saya tidak menulis di sini lantaran kesibukan kerja dan kehidupan peribadi yang sedikit agak 'up side down turn around' eheh! bukan apa, bahaya kalo menulis dengan emosi yang kurang stabil... nak tau sebab apa? sebab nanti kita akan menulis mengikut kata hati dan bukan kewarasan akal fikiran.So saya ambik masa berehat sekejap daripada menulis.... :)

Oh ya, kalian mesti tau tentang light graffiti kan? (kalo tak tau jugak sila google la ) haha

Saya suka melihat 'lukisan cahaya' yang dipanggil light graffiti ini.Manusia-manusia yang mampu melakukan ini dengan begitu 'seni' sekali bagai saya memang manusia yang cukup kreatif.Kerana menurut saya bukan senang untuk melakukannya.Kalau tak percaya lihat saja di utube ataupun google.Bermacam jenis lukisan cahaya yang mereka boleh hasilkan....-

Pulang ke kampung tempohari saya juga teringin untuk mencuba.Tanpa pengetahuan langsung tentang light graffiti dan juga setting pada camera, makanya saya mencuba juga.Tidak mampu menghasilkan lukisan yang menarik kerana melakukan lukisan cahaya ini memerlukan idea cerdas dan juga kepantasan melukis.... mungkin kalo saya merancang atau melakar terlebih dahulu apa yang hendak dilukis mungkin segalanya menjadi senang...MUNGKIN...eheh!

So saya berjaya juga menulis sayapkecilku menggunakan cahaya.... sukar juga... 3 kali juga la nak dapatkan hasil seperti gambar di bawah.... hahha takpa... prektis make perfect.. betul tak? nanti nak try lagi... tapi lagi gempak kalo ada berbagai warna lampu.... eheh!

Oklah, tu je nak cerita... malas nak tulis panjang-panjang... hehe u guyz take care ok ;)