Friday, March 11, 2011

Rango dan Hikayat Merong Mahawangsa

Beberapa minggu lepas saya udah janjian sama teman mau menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa.Ekceli bukan hanya beberapa minggu lepas je... rasanya since tahun lepas pun dah janjian dah... nak pi menonton filem tersebut yang merupakan filem melayu wajib tonton 2011.Tapi sebelum menonton filem tersebut, saya mengusulkan kepada teman untuk menonton Rango terlebih dahulu.Selalunya kalo menonton kartun diwayang, saya hanya menonton seorang jer sebab teman-teman saya bukan 'kaki animasi'.So malam tadik maraton movielah kiranya.

Apa yang boleh saya katakan tentang Rango? ermmm..... sangat BESSSSSSSSSSSSSSTTT!! kalo sebelum ini kita dihidangkan dengan watak-watak comel... yang cantik...kisah-kisah lucu dengan gambaran-gambaran yang cantik dan menarik... Rango membawa kita meneroka satu dimensi berbeda daripada animasi-animasi terdahulu.Wataknya-watanya terlihat menakutkan....

Apa yang membuatkan saya sangat kagum dengan filem Rango ini adalah penelitian yang dibuat terhadap semua karektor.Tekstur kulit, perincian bulu pada kulit binatang-binatang dalam filem ini sangat detail...sejujurnya saya geli dan loya melihat kesemua watak-watak binatang dalam filem ini.. melihat Rango si Cicak yang kulitnya menggerutu itu sudah pun membuatkan bulu roma saya meremang.Apatah lagi tikus, sisik ular dan macam-macam lagi... dibuat dengan sangat terperinci.... memang tahniah lah kepada pembikinnya.


Menonton filem ini, tanpa sedar membuatkan saya sama-sama ikut berpetualang bersama si Rango merentasi gurun pasir yang sangat sepi itu.Saya suka elemen 'mexico' yang ada dalam filem ini.Juga suka dengan burung(apa jenis burung ntah!) yang sering mengiringi si Rango dengan bermain musik.Memperincikan lagi emosi yang sedang si Rango rasai saat tu.Cerita ini mungkin kurang sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak.Kerana menurut saya tiada elemen yang sering kita lihat pada animasi-animasi sebelum ini.

Cuma satu je yang saya sedikit terkilan..watak ikan mainan si Rango itu munculnya hanya sebentar... seharusnya petualangan si Rango paling besh kalo dia bertemankan ikan mainannya itu sehingga ke akhir cerita... tapi, seperti yang saya katakan tadi lah, tiada elemen seperti animasi-animasi terdahulu.Secara kasar, cerita ini mengangkat isu AIR sebagai permasalahan, di mana air adalah satu sumber terpenting dalam kehidupan....

**Ermmmm... balik menonton wayang semalam, rumah tingkat 4 blok saya 'kebanjiran' .setahu saya rumah tu kosong, macam mana air boleh melimpah-limpah keluar dari rumah tu.Dan takder saper-saper nak take action ke tadi siang? ermmm....SANGAT MEMBAZIR! balik keje petang nie kalo masih tak berubah jugak, biar saja je lah yang take action... boleh saya fefeeling jadi Si Rango tu.. huhu!!

Menonton Rango pada jam 6:40 petang, seterusnya pada Hikayat Merong Mahawangsa pada jam 9:30 malam.5 minit terlambat kerana kuar dinner...huhu!!

Ermmm apa yang saya nak cakap tentang filem ni eh? Oh yaaa... saya dan teman terpaksa duduk baris ke 5 dari hadapan... sakit tengkuk jugak la sebab terpaksa mendongak! dan... untuk pertama kali saya melihat panggung penuh sampai ke baris yang ke depan bagi filem melayu(macam manalah orang yang paling depan tu tgk filem tu yer, maunya berpinau bijik mata).

Saya harap untuk hari-hari yang seterusnya, panggung masih akan penuh jugak dengan orang.Atleast 8 juta yang diperuntukkan untuk membuat filem ini berbaloi bagi KRU supaya next time dorang akan berusaha LEBIH gigih untuk membikin filem-filem lain yang bermutu dan keluar dari norma kebiasaan filem-filem melayu biasa.

Menonton filem ini saya tidak meletak sebarang tanggapan yang terlalu tinggi, apatah lagi untuk membuat perbandingan dengan filem-filem berskala besar dari hollywood.Memang beza antara langit dan bumi lah kalo dihitung..

Tapi, kalopun saya membuat sedikit perbandingan pun.... saya cuma akan bandingkan mungkin dengan filem-filem daripada Thailand.... sebab industri dorang pun kurang lebih seperti kita... ataupun dorang punya 'UP' lebih sket..eheh!...sedangkan kita baru keluar satu filem seperti ini, kiranya tak perlu mempersoalkan secara berlebihan lah yer....-

Apa yang boleh saya katakan, trailernyer lebih hebat!

Yang paling tidak saya gemari dalam filem ini ialah 'voice over' yang dipakai dalam menggambarkan perjalanan cerita dari babak ke babak...suara siapa lah tu agaknya.... very annoying! sangat dbuat-buat intonasi seperti itu.... bunyi sangat kelakar kat pendengaran saya.Cara dia bercakap seolah-olah sedang bercerita kepada kanak-kanak berusia 5 tahun perihal kisah sang kancil dan kura-kura...eiouuuuu!!

Filem epic selalunya akan memerlukan sangat ramai pelakon extra... dan saya juga mengakui, orang-orang malaysia ni susah nak jumpa orang-orang yang berbadan sasa... alih-alih kerimping kering jer yang ramai... tapi itu bukan persoalannya.... saya seperti melihat pelakon pelakon extra tu tak disaring bebetul.... saya tidak nampak kesungguhan dan semangat dorang sewaktu berperang... ada yang muka poyo... ada yang muka kelakar... ada yang muka bosan waktu tengah mendengar si merong tengah memberi kata-kata semangat untuk berperang.... ada yang time rebah ramai-ramai kelihatan yang seperti senyum.... bagi saya menda-menda sebegini walaupun hanya sampingan tapi ia antara faktor terpenting jugak kerana elemen peperangan dijadikan antara fokus utama...

Satu lagi, kenapa dorang tak buang je babak or reshoot watak si Jehan Miskin yang seperti nak jatuh sewaktu berdiri atas sampan sewaktu mendengar amanat si merong! bagi saya time seperti itu harus ada penonjolan unsur 'keterujaan' kerana mereka sedang bersiap untuk berperang! dan seharusnya si jehan miskin harus berdiri gagah di atas sampan dan bukan bergoyang-goyang seperti nak jatuh je....(ato dorang mmg saja nak buat unsur lawak?)

Takpela.... tak perlu mempersoalkan terlalu banyak..... usaha dan inisiatif untuk membikin karya agung seperti ini pun sudah kira patut dibanggakan....seperti Yusri penah cakap lah, filem itu dibuat 2 tahun lepas, dan kalo masih punya ruang, dia pasti akan perbaiki banyak lagi kelemahan yang ada....-

Apapun selesai tayangan, semua orang bertepuk tangan dalam panggung... saya pun ikut tepuk tangan jugak.....sekurang-kurangnya kita punya filem seperti ini.... Tahniah untuk KRU...-

** dalam kereta sepanjang perjalanan pulang, teman menegur saya..kenapa asik bercerita tentang Rango..... baru saya tersedar.... saya lebih banyak mengingati Rango hingga terlupa bahawa semalam rupanya menonton 2 movie... adess!

Apapun, sila bagi sokongan pada filem malaysia ok ;)

5 comments:

yut said...

nak tgk jugak laaa mlm nie...^^

Ad Rifza said...

AD tak bleh tgok sbb sini wayang takde..huhu..so tak bleh nilai..dengar jer sesiapa yg menilai..dari nilaian org buat justifikasi..Boleh diperbaiki lagi mana2 part yg dirasakan kureng sesweii itu..Harap2 pengarah2 filem lain hasilkan filem2 yg camni..Byk sejarah boleh digarap untuk jadi filem..Thailand rasanya pernah buat filem ttg sejarah kita..so larilah dari filem2 cinta dan hantu yg membosankan..

Meer Miller said...

yut : sila tgk.... aku dah 2 malam berturut-turut menonton HMM, takderlah teruk sangat citer tue.... untuk filem melayu, kira boleh dibanggakan lah.....

ad : yup btol tue.... filem kat malaysia nie speerti kekurangan tema.kalo sekali pengarah BOOM dengan citer hantu, semer orang pulun nak buat hantu.... pehtue BOOM plak ngan citer seram komedi, semer pulun nak buat seram komedi....time boom citer merempit n drift semer pulun buat jgk kurang variasi.... atleast KRU variasi dengan filem2 dia walopun ada kelemahan teknikal...

addyaholix said...

HMM. bolehlah. tapi ia jauh tersasar dari apa yang bermain di fikiran. satu pencapaian yang baik untuk filem malaysia. tapi ya, HMM seolah longgar bila terlalu banyak perkara yang sepatutnya tidak ada, tetapi ada dalam HMM. dan ada scene yang nampak terlalu fake (baca : palsu).

maaf. ini cuma pendapat peribadi. jangan terpengaruh. beli tiket dan tonton. kemudiannya nilai sendiri ;)

Meer Miller said...

addy : btol tue... tp untuk level filem melayu.. kira masih boleh dibanggakan lah.MM pun dua hari berturut2 menonton filem nie.Bukan apa, sekadar menyokong usaha yang jarang pembikin malaysia nak buat..