Wednesday, November 4, 2015

MEATBALL ALA IKEA - HOMEMADE


Hahahaha... ini funny! actually pergi ikea pun tak pernah. Tapi tetap feeling-feeling nak buat meatball ala ikea.... alah, tak semestinya nak kena pergi dlu baru nak feeling-feeling buat kan? dengar dari mulut ke mulut pun sudah boleh membuat kita merasa teringin nak mencuba.... daripada jauh nun di KL nak merasa, baik dok kat penang ni dendiam dan bikin sendiri di rumah.... lagi pun bukannya susah mana pun.


Nak lagi senang pergi je Tesco atau Giant cari meatball yang dah siap.Tak perlu susah payah nak gentel-gentel.... tapi untuk orang yang suka menggentel mcm saya ni (oppsss!!) lebih seronok kalau dibikin sendiri di rumah. Feel the experience katanya!


Beginilah rupa bentuk meatball yang telah siap digentel-gentel menggunakan jari-jemari ni... untuk first timer kira ok lah kan? bukan senang woo... Oklah dah malas nak menaip... biar gambar pula berbicara... hehe!! owh ya lupa nak cakap!! sooo yummieh~ hehe








Monday, October 12, 2015

SYAMEL AF2015 HIDUP DALAM MATI


Lagu : Hidup Dalam Mati
Penyanyi : Syamel AF2015
Composer : Syamel 2015

lakaran lukisan tak berwajah
merontaku didalam kesunyian
tak rela kumengejar 
cinta yang hampir kelam
sendiriku di sini pilu

angin bawalah aku pergi
pergi dari kesakitan ini
tak mampu ku menahan
peritnya perpisahan
tuhan hapuskan semua kenangan

tak kumenduga kau berlalu pergi
tinggalkan semua mimpi dan janji
terluka aku menangis
tersedar kau hilang di hati

jangan diucap sesalmu berkali
tiada erti hidup ini
kuterima suratan takdir
biarkan aku sendiri
hidup dalam mati



Lagu : Kisah Dua Muka
Penyanyi : Sufi AF2015
Composer : Sufi AF2015

inikah caranya kau membunuh cinta
jiwa kuberdarah dah ditikam dusta
hanyut tak berdaya
lumpuh tak bermaya

perihnya hatiku dihukum tersiksa
disangkar terkurung meringkuk durjana
sudah cukup sudah
puasku merana

biar biarkan aku meronta
untuk menerima segalanya
lepaskanku dari jerutan kalbu
kisah dua mukamu


Hebat juga lagu ciptaan mereka berdua... melodi menarik dan lirik juga sedap... cuma lagu kisah dua muka daripada sufi seakan-akan mengingatkan lagu dari Mojo sewaktu aweera menjadi vokalis... ala2 slow rock mcm genre mojo sebelum ni.

Saya lebih suka lirik dari lagu syamel...

Tapi lagu Sufi lebih punya 'attitude'... lagu syamel pula lebih kepada feeling... and i just wondering bagaimana kalo sufi yang nyanyikan lagu syamel... mungkin lebih sedap... who knows... sebab dia punya kepelbagaian vocal... compare syamel yang lebih kepada memekik dan melepaskan vokal begitu saja... (cuma versi studio ni lebih sedap berbanding live)

Saya bukanlah pengikut tegar AF2015 saya af yang saya tonton ini pun adalah dengan khidmat rakaman dari dekoder astro... hehe tapi yang membuatkan saya mengikuti final ini adalah kerana saya mendapat tahu bahawa pelajar diberi ruang oleh pengetua untuk mencipta lagu sendiri... dan saya sangat suka orang mendengar lagu ciptaan baru.

ok itu sajalah celoteh hari ni... babai