Monday, June 18, 2012

Suatu Hari Nanti - Keroz Nazri



Suatu Hari Nanti
by Keroz Nazri

tersentuh hatiku
bila terfikirkan kamu
kau sering bersandar padaku
disaat kau lelah

ingatkah dirimu
pada waktu-waktu dulu
aku sering menyambutmu
disaat kau jatuh

akulah aku
yang slalu membuat kau tersenyum
walaupun seringku terluka
tapi tak mengapa

akulah aku
kan slalu hadir untukmu
moga nanti suatu hari
kau akan sedari

KEBAHAGIAN ITU BUKAN HANYA MENERIMA, TAPI JUGA MEMBERI.... titik!

Thursday, June 14, 2012

Maverick Sabre - No One


No Oneby : Maverick Sabre
I changed myself for youi opened up all them  doors i lockedto let you in and now i feel a fool
you played so many gamesi was sitting here just blind to itfrom the start i should have seen everything you did
every time you smile i wonder whyevery time you say you love me, lieevery time we touch i break inside
coz no one else could dry these tearsyou left me broken nothing more to givewhen i kiss you on your cheaty lipsall i ever picture is you with him
no one else could dry these tearsyou left me broken nothing more to givewhen i kiss you on your cheaty lipsall i ever picture is you with him
does he feel the same as meas you lay right there just holdin' himunderneath the sheetsand do i need nothingcause i gave you everyhthing i couldand you never gave a thing
every time you smile i wonder whyevery time you say you love me, lieevery time we touch i break inside
coz no one else could dry these tearsyou left me broken nothing more to givewhen i kiss you on your cheaty lipsall i ever picture is you with him
no one else could dry these tearsyou left me broken nothing more to givewhen i kiss you on your cheaty lipsall i ever picture is you with him
so many night i'm waiting for youso many times i tried to doeverything but think of you and himbut never ever could
Ada sapa-sapa kenal tak dengan si Maverick Sabre ni... i mean kenal melalui lagu-lagunya la... 
OMG.... lagu-lagunya besh giler! especially No One! dah main berpuluh-puluh kali dah ni... selain lagu No One, antara yang paling saya suka adalah I Need, Let Me Go, Cold Game dan juga Running Away...  
Mendengar lagu-lagunya mengingatkan saya pada ADELE, DANIEL MERRIWEATHER dan juga AMY WINEHOUSE... ia seperti gabungan ketiga-tiga manusia ini dan menghasilkan Maverick Sabre,
but most off all...-
...Maverick Sabre = Amy Winehouse male version





Wednesday, June 13, 2012

Dahil May Isang Ikaw - Destined Hearts



Ikaw
by : Martin Nievera

Ikaw ang bigay ng Maykapal
Tugon sa aking dasal
Upang sa lahat ng panahon
Bawat pagkakataon
Ang ibigin ko’y ikaw

Ikaw ang tanglaw sa ‘king mundo
Kabiyak nitong puso ko
Wala ni kahati mang saglit
Na sa iyo’y may papalit
Ngayo’t kailanma’y ikaw

Ang lahat ng aking galaw
Ang sanhi ay ikaw
Kung may bukas mang tinatanaw
Dahil may isang ikaw

Kulang ang magpakailan man
Upang bawat sandali ay…
Upang muli’t muli ay…
Ang mahalin ay ikaw

Kalau di Philipina, pasangan hero dan heroin di filem/tv siries yang menurut saya sangat secocok bersama adalah Sam Milby dan Toni Gonzaga... John Lloyd De Cruz dan Sarah Geronimo dan sudah pastinya pasangan 'cinta' paling serasi di filem/tv adalah Kristine Hermosa dan juga Jericho Rosales.

Siapa yang boleh melupakan kehebatan cinta mereka di Pangako Sa'yo dan Kemudiannya di Sana'y Wala Nang Wakas...

Namun saya lebih menyukakan Sana'y Wala Nang Wakas sehinggakan drama bersiri 100 epsod itu sudah saya tonton lebih daripada 6 kali... Dan kalo bukan kerana hard disk saya rosak, tentu sampai sekarang saya masih boleh menonton100 episod itu dan lagi dan lagi dan lagi.... hurmmm :( kalo sesape terbaca entry ni dan mempunyai koleksi vcd 100 episod or kepada sesiapa yang pernah donwnload 100 episod drama ni kat cari.com.my dulu... let me noe k... saya sanggup bayar... juz to hv that drama back! huhu

Ok2, back to Dahil May Isang Ikaw atau dalam tajuk englishnya Destined Hearts.... beberapa hari ni saya berpeluang menyaksikan drama ini di saluran Astro Bella...(alamak! kantoi plak amik pakej mustika) :P melihatkan Kristine Hermosa dan Jericho Rosales kembali disatukan setelah 5 tahun tidak digandingkan...membuatkan saya kembali mengingatkan kisah Ara dan Christian.... membuatkan saya kembali rindu untuk menonton sanay wala nang wakas.Gosh! miss that drama damn much! 

Saya cuba menjejak kembali si RY_HT yang jadik tukang upload drama SWAN kat cari.com.my dulu...TAPI hilang jejak.... kalo la dia baca catatan ni.... harap hubungi la saya...dulu ada yang uplod drama ni kat youtube, tapi dah kena tarik balik - :( kalo tak, dah lama saya download kembali... hmmm

Oh ya by the way, this Dahil May Isang Ikaw was nominated in 2010 international Emmy Awards dalam kategori telenovela fyi.... HEBAT KAN?! drama Seindah Sakura mampoo kah?! ahaks! :P


Monday, June 11, 2012

Drama Waris - Kekasih Ku Seru


Setelah hampir 1 tahun dan 3 bulan, since last week saya TERperasan yang catatan blog saya berkenaan drama Kekasih Ku Seru kembali 'diselak', tidak diketahui atas alasan apa... kemudian baru-baru ini saya juga TERperasan yang drama itu kembali disiarkan di tv3... wah menarik! pun begitu saya tidak berkesempatan untuk ulang menonton disebabkan masih di pejabat waktu drama itu diulang siarkan.

Sehinggalah pagi tadi sewaktu membaca akhbar Berita Harian dan melihat artikal berkenaan Kuza yang turut menyisipkan berita yang dia baru selesai menjalani drama bersiri terbaru arahan Khabir Bhatia berjudul Waris....-

OMG! saya terus meletakkan suratkhabar dan langsung google di internet.Sangkaan saya rupanya tepat!Waris ada kaitan dengan Kekasih Ku Seru.Dan lebih menggembirakan lagi, Waris adalah Sekuel kepada drama seram yang paling saya suka...Kekasih Ku Seru.

Tak meleset rupanya harapan untuk melihat drama ini mempunyai kesinambungan, sementelah dipengakhiran drama itu dulu, pengarah sengaja menamatkan jalan ceritanya 'tergantung'.

Tak sangka, secara senyap-senyap drama ini telahpun selesai pembikinannya dan sudah bersedia untuk tayangan pada 14 Jun 2012 ini.Bertahun juga menunggu....-akhirnya waktunya telah tiba..

Apakah kisahnya semakin rumit dan menarik dan dapat mengatasi kekuatan Kekasih Ku Seru? itu penilaian masing-masing.Yang penting setelah sekian lama meninggalkan slot SERAM di TV3, bermula minggu ini saya akan menjadi pengikut setia kembali selama 13 episod mendatang... yippi!!

*Rindu untuk kembali merasa seram di rumah!


Wednesday, June 6, 2012

Hoore! Hoore!


Membaca akhbar Berita Harian hari ni, ada artikel mengenai kekecewaan sang sutradara Saw Teong Hin mengenai sambutan dingin filem muzikal Hoore Hoore yang menjengah ke pawagam sejak 24 mei yang lalu.Dengan hanya memungut kutipan rm500,000 setelah 10 hari tayangan sememangnya agak mendukacitakan...

Tapi, apa yang mahu dihairankan... selera penonton filem melayu sangat tidak menentu...

Bagi saya Hoore Hoore adalah naskah yang sangat menghiburkan.Tiada lawak bodoh...ceritanya bergerak secara sederhana namun mengesankan.plot ceritanya juga mudah.Tidak berserabut.Pendek kata sesuai untuk mereka yang ingin santai-sangat menonton filem di pawagam tanpa perlu mensaratkan kepala otak memikirkan itu ini.

Paling menunjangi filem ini sudah pastinya lagu-lagu malar segar daripada Allahyarham Sudirman Hj. Arsyad.Setiap lagu membuai perasaan.Dengan penyusunan semula muzik memberikan suntikan baru pada lagu-lagu tersebut.Dan nyanyian-nyanyian para pelakon juga tidak menghampakan.

Filem ini menerapkan elemen kekeluargaan yang boleh dikatakan agak meruntun perasaan.Bagi pendatang baru Farah Nazirah yang membawa watak Aiman juga dilihat bagus lakonannya walaupun baru pertama kali memikul tanggungjawab sebagai pelakon utama.

Filem ini dibarisi dengan wajah-wajah baru... namun pelakon-pelakon otai seperti Fauziah Nawi, Harun Salim Bachik serta beberapa orang lagi sememangnya tidak menghampakan.

Sesekali mata saya berpasir dengan beberapa scene yang agak menyentuh perasaan... diselang selikan dengan lagu-lagu yang sangat membuai perasaan...

Selebihnya, saya bersedih melihatkan panggung yang kosong.Hanya saya dan pasangan sahaja yang menonton.It's like saya telah menyewa satu panggung... eheh!

Akhir sekali sekalung tahniah buat sahabat saya saudara Shariman Wahab yang juga menjadi penulis skrip untuk filem ini.... banyak kata-kata indah dalam filem hoore hoore ni... ;)