Monday, November 18, 2013

THE STRANGE HOUSKEEPER - THE SUSPECIOUS HOUSKEEPER

Dah lama saya tak menulis di sini kan? sebulan dua ni macam-macam hal berlaku dalam kehidupan.. hurm.. enough of that, ok hari ni saya nak kongsikan beberapa drama yang menjadi kegemaran saya buat waktu ini...

Drama pertama yang akan saya kongsikan ialah : The Strange Housekeeper


Drama ini bersiaran setiap Isnin dan Selasa jam 9:00 malam di Channel One.Seingat saya ini drama korea pertama yang saya tonton kembali setelah sekian lama.Terakhir kali menonton drama korea adalah menerusi drama Full House.Beberapa tahun yang lepas.Accidently saya terpandang iklan drama ini sewaktu menonton tv.Gerak hati saya mengatakan bahawa drama ini agak menarik untuk ditonton.

Bermula episod pertama yang saya tonton, hati saya sudah pun terpaut.Drama ini seperti kebiasaan berkisar tentang hubungan kekeluargaan.Tapi yang menariknya ia menyuntik elemen misteri dan triller dalam kisah ini.Sehingga membuatkan saya ternanti-nanti untuk tahu lanjutan kisah di episod seterusnya.

Ia mengisahkan sebuah keluarga yang kucar kacir.Si isteri mendapati suaminya curang dan menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain.Kekecewaan itu membuatkan dia meninggalkan satu nota bunuh diri kepada suaminya.

Sejak kematian ibu mereka, si ayah (Eun Sang Chul) telah mengupah seorang pembantu rumah (Park Bok Nyeo) untuk menguruskan hal kehidupan anak-anaknya.Nah, di sinilah bermulanya episod demi episod mendebarkan dalam kisah ni.Park Bok Nyeo seorang pembantu rumah yang sosoknya dilihat misteri dan mencurigakan.Kemunculannya di rumah itu dilihat seperti mempunyai niat tersembunyi.Kebolehan beliau dalam apa juga jenis hal mendorong anak-anak Eun Sang Chul meminta dia menyiasat tentang hubungan sulit bapa mereka.

Disamping itu kehidupan misteri Park Bok Nyeo itu sendiri turut mengundang persoalan 4 kanak-kanak tersebut dan mereka berusaha pelbagai cara untuk merungkai misteri demi misteri.

Siapakah Park Bok Nyeo itu sebenarnya...
Kenapa dia tidak pernah senyum?
Bagaimana dia mempunyai 1001 kebolehan yang tidak mampu dilakukan oleh sesiapa
Bagaimanakah masa lalu dia sebenarnya?

Semua akan terungkai sedikit demi sedikit dalam setiap episod... trust me... drama remake daripada sebuah drama jepun berjudul Kaseifu No Mita ini sangat berbaloi untuk di tonton... :)