Monday, July 2, 2012

Aku Kau dan Dia - CINTA


cinta,
adapun sukar untuk dimengertikan...
bukan sekadar lafaz,


wujud pecinta bagaikan tiada wujud
tatkala manusia mengeluarkan kesesatan


wajah bertemu wajah
tersenyum manis pecinta sejati
lebur dalam pelukan damai sang kekasih
belajarlah menghargai apa yang di depan kita
sebelum terlambat...-

saya tak tahulah sama ada orang lain sedar ataupun tidak, pierre andre kalo berlakon, wataknya mesti ala2 bodoh, nerd...lurus bendul saya pun tak tau kenapa dia gemar dengan watak sebegini... agaknya mungkin dia terasa aksi sebegitu terlihat comel kot... untuk sesetengah orang pelakon mungkin iye kot... tapi untuk dia... saya rasa tak sesuai la ngan dia! walopun saya tak minat dia as an actor, tp ada drama ato filem dia saya tengok jugak... tak adilla kalo kita nak judge orang tapi kita tak tengok lakonan dia...tol tak? atleast saya tak cakap sembarangan.

Oklah, ekceli saya nak bercerita tentang filem AKU, KAU & DIA... saya sudah berkesempatan menonton.Saya menonton ini bukan kerana pengarahnya Pierre Andre, juga bukan kerana ia terbitan Tayangan Unggul, Juga bukan kerana hero filem ini Remy Ishak... tapi saya pergi menonton filem ini cumalah kerana saya terpikat dengan trailer filem ini yang sering dimainkan di tv.Saya sukakan intro trailer ini disulami dengan bait-bait puisi berserta iringan musik latar yang sangat indah.Sumpah saya terpaku.

Makanya saya gagahkan juga kaki menuju ke Golden Screen Cinema untuk menonton filem ini.Sebelum masuk saya mengosongkan pemikiran saya untuk menerima filem ini apa adanya... tanpa membandingkan filem ini dengan mana-mana filem.... tapi sejujurnya puisi itu mengingatkan saya kepada filem2 indonesia....

Cerita ini dibuka dengan emosi yang agak mendamaikan...

Maaf, saya tidak dapat mengatakan filem ini bagus atau tidak kerana itu penilaian masing-masing.Tapi secara jujur, saya suka dengan konsep penceritaan dalam filem ini.Tapi saya kurang gemar dengan pengisian ceritanya... perjalanan ceritanya membosankan... saya tidak bosan dengan scene-scene termenung panjang tanpa sebarang dialog... saya juga tidak bosan dengan scene-scene main piano tapi saya bosan dengan perjalanan watak-watak dalam filem ni.Saya rasa macam ada yang tak kena... tapi saya tak tau apa.Hingga saya tertanya-tanya akan relevennya sesetengah scene yang saya rasakan tidak perlu kot!

Owh ya, watak mamat yang kerja di kedai musik yang pakai spek tebal ala-ala nerd n bendul tu saya rasa itu watak impian pierre andre... dan rasanya kalo bukan sebab dia pengarah filem ini, mungkin dia yang akan memegang watak tu.Saya sedih la ngan watak sebegitu diwujudkan...nak kata kelakar pun tak, apa fungsi watak sebegitu diwujudkan pun ntah laa.... sebagai penyeri? saya tak rasa berseri pun.Sebagai penghilang kebosanan? tak kot! lagi bosan ada lah...


Tapi saya suka dengan watak Mia... gadis yang berduka akibat kematian tunang tersayang,walaupun saya tak kenal siapa pelakon tu, walaupun lakonan dia masih dalam kategori biasa-biasa..tapi saya suka imej yang cuba di tonjolkan oleh pengarah melalui watak Mia.saya suka karekter dia.... saya suka dengan pakaian dia... saya suka dengan ekpressi wajahnya yang kelihatan murung dan berduka....(untuk waktu-waktu tertentu) saya suka melihat saat-saat dia terlarut dengan kesedihan...keberdukaan... kesepian... kekosongan dan keterasingan tu saya dapat rasa....-


Tapi yang PALING saya suka dalam filem ini adalah skor musiknya.... musik latar yang muncul pada waktu-waktu tertentu sangat membantu scene tersebut.Saya tak sangka lagu Pendam dari Syahir rupanya sangat indah melodinya bila dimainkan secara instrumental...juga lagu dejavu dari Shila Amzah.Saya seakan-akan hanyut sebentar dengan melodi lagu ini... kalolah ada skor musik lagu ni kat mana-mana nak je saya download.Sumpah MEMANG sangat membuai perasaan....


Filem ini membuatkan saya mengingati filem Tentang Dia...juga membuatkan saya mengingati filem Thailand berjudul Februari... saya tak tahu kenapa...mungkin kerana MOOD keterasingan yang melankolik kot.Jujurnya saya suka filem yang bermoodkan seperti itu...kesepian yang melankolik! hehe~


Bagi saya ini adalah filem biasa-biasa yang menjadi luar biasa hanya kerana SKOR musiknya yang maha indah.... itu saja yang dapat saya katakan.