Wednesday, April 20, 2011

ASMARA 2 Episod 7

Seharian di pejabat semalam entah kenapa saya rasa teringin sangat nak makan bubur nasi...mungkin sebab saya skip lunch time, mungkin juga kerana saya sarapan pagi terlalu awal dan semua-semua alasan itu membuatkan saya lapar agaknya kot... biasalah, kalau perutnya mula berdendang... macam-macam keinginan pelik terlintas di fikiran.Dan pastinya keinginan yang terbit semalam ialah bubur nasi.So demi melunaskan keinginan (orang kata tak baek mengenepikan keinginan sendiri, huhu) makanya tadi malam saya pun nekad membuat bubur nasi.

Apatah lagi malam selasa... malam yang sangat best untuk menonton tv.Citer pe yang best? of kos la ASMARA 2 yang semakin hari semakin kababoom! hingga buatkan saya terpaksa mengenepikan hal-hal lain kerana tidak ingin termiss walaupun 1 episod.... hahaha over kan?!!


Asmara Episod 7 :Nenek Asmara masih lagi risau tentang keselamatan Adam memandangkan dia sering melihat ada kereta yang sering berhenti di depan rumahnya.Dia mengesyaki bahawa pengintip tersebut merupakan orang upahan Sahlan.


Melati pula masih lagi tidak senang hati memikirkan wanita yang sering dia terserempak yang menyerupai Zalia... dan keadaan bertambah rumit bila satu hari Zalia dengan tiba-tiba menyapa Melati.Dalam keadaan panik itu Zalia telah memperkenalkan dirinya sebagai Suhana.Namun Melati sukar untuk mempercayai bahawa itu bukan Zalia.Hal itu segera disampaikan kepada Asmara yang sejak sekian lama tidak mempercayai kata-kata Melati.

Sahlan masih dengan perancangan jahatnya untuk mengambil kembali Adam yang berada dalam jagaan Nenek Mah.Dia kemudian telah mengajak Rahayu untuk mengikutnya menjenguk Adam.Rahayu yang ternyata gembira dengan hal itu bersetuju mengikut Sahlan ke rumah Nenek Mah.

Nenek Mah pada mulanya sangat keberatan untuk menjemput Sahlan dan Rahayu masuk, namun setelah dipujuk-pujuk akhirnya Nenek Mah sedikit mengalah.

Zira masih dengan perancangan jahatnya untuk menggoda Asmara meskipun dia mengetahui Asmara itu adalah abang tirinya.Namun perancangannya semakin menjadi-jadi apabila dengan tidak sengaja dia terdengar perbualan auntynya yang mengatakan bahawa dia cumalah anak angkat.

Zira kemudiannya melarikan diri ke rumah Asmara dengan alasan dia bergaduh dengan abang dan makciknya.Dia mengambil kesempatan itu untuk mendekati Asmara.Sikapnya itu menimbulkan rasa kurang senang Asmara.


Kerana takut Zalia pergi menemui Melati dan Asmara secara curi-curi, Sahlan mengambil keputusan untuk mengurung Zalia.Tindakan itu membuatkan Zalia semakin memberontak.Lantas mengambil keputusan untuk melarikan diri...Bagaimanakan kisah seterusnya... bersambung di episod 8


Warghhh!! saya semakin sukakan drama ni laa... tatau kenapa!! susah saya nak sukakan drama melayu... tapi sangat beza la dengan drama nie... adess!



3 comments:

Wilayah Sepet Kuku said...

Asmara..citer mmg besh..tapi saya tak selalu nak tgk..sebab, saya feeling terlebih...terlalu kesian dgn Melati..tak habis2 kebahagian dia diuji dan asik kena mengalah jek...kesian!..hehehe

Wilayah Sepet Kuku said...

hahaha..sebenarnya nak tulis pasal bubur tadi..tertingal sudah...soE...bubur nampak sedap...klu makan dgn telur masin atau kobis jeruk...aduhaiii!!..pandai masak seh!..hehe

Meer Miller said...

MM2SepetKuku - alamak lynn, kita berbeza pandangan la nampaknya... adess~ sy lebih kesiankan zalia..and of kos asmara lah... saya tak rasa melati asik mengalah... malah asmara yg terpaksa lebih mengalah disebabkan melati yg perperangai mcm2, soh bako gambola, merajuk tak ikut timela, pehtu asik tanya asmara "abistue siapa saya pada awak" mesti dia akan asik tanya tu pada asmara..dah dpt title wife pun still nak tanya... dia seolah2 cuba menafikan hak bahawa zalia tue first wife asmara, mustahil pada saat cinta sedang berputik n then zalia pula 'mati', asmara boleh ignorekan feeling dia camtu jer pada zalia... warghh! tak suka melati~selalu berasa insecure walopun asmara dah buat itu ini... (haha terlebih emo plak seh! adess!):P

jeruk kobis? tak penah dengo plak... sedap tak? nanti ajarkan yer... bleh try ..huhu