Monday, May 28, 2012

Seperti Dulu - Forteen


Seperti Dulu
by Forteen
ost - 29 Februari

sehari terasa bagai seminggu
sebulan terasa bagai setahun
mencari cinta yang gugur dari genggamanku

sejengkal terasa bagai sebatu
saujana bagai tiada penghujung
namunku tak putus harapan
untuk berdampingan lagi

seandainya nanti
kita bertemu kembali
masihkah kau akan mengenali
diriku seperti dulu

dan ketika itu
mungkinkah di hati sudi
izinkan ku mencintai
ataupun perasaanmu tak seperti dulu

setiap langkahku makin percaya
dirimu menantiku diakhirnya
walaupun jauh berliku
terbentang menunggu

Filem terbaru daripada KRUfilm - 29 Februari lakonan Remy Ishak... lagu tema dinyanyikan oleh Forteen.Ini juga merupakan single kedua Forteen setelah Berdua Bersatu.

Ermmm.... buat MM, berdua bersatu lagi sedap kowt!

Tuesday, May 22, 2012

Untuk Aku - OST Seindah Sakura


Untuk Aku
by Zehra Zambri
Song by Mimi Hamzah


masih adakah bahagia
yang akan datang dalam hidupku
puas sudah hatiku merintih sedih

disaat kau hulurkan tanganmu
mengubati luka di hatiku
kau berikan aku kekuatan untuk menjalani hidup ini

kini kau tinggalkan aku dan lepaskan genggamanmu
aku sendiri melayari hariku dalam duka
kuingin kau mengerti
hati dan cintaku hanya milikmu
selamanya

dekat denganku curahkan cintamu
sepenuh hatimu untuk aku

Harapan
by Hyper Act
song by Hyper Act


bicara mimpi itu
mengheretku ke dasar
gelapn tangannya menggapai tanganmu
dan munculnya dirimu
di pinggir laman itu
hangatmu menyambutku kembali
dan kumengerti mengapa masih berdiri
hadirnya siang berteman mentari
dan ku bersama bintang malammu mencari kasihku..

harapan
harapan menjadi layu
inginku bahagia bersama
menjadi kenangan memburu impian masa kita selamanya

dan anginkan memanggil
bagai ada musafir
hadirnay pergi tiada berjanji
mungkin seketika
kumerasa cintanya
bagai dibelai mimpi sempurna
dan taman ini tak bererti dan bersemi
tiada indah tanpamu di sini
dan ku jejaki walaupun hanya secebis kasihmu

+++++

Terima kasih, dengan adanya YOUTUBE saya dapat catch up kembali episod-episod lepas drama Seindah Sakura.Saya baru berkesempatan menonton 2 kali di tv lantaran kesibukan.Semalam saya berjaya menyudahkan empat episod sekaligus hingga jam 2:30 pagi.So far saya suka la dengan drama ni.Tak keterlaluan kalau saya katakan cerita ini sangat 'SWEET', dan menjadikan ini drama melayu pertama yang sanggup saya tengok dan sesekali sabar menunggu buffering di youtube.Ini drama melayu kedua yang betul-betul saya follow selepas drama Asmara.

** Meski bukan peminat Fasha Sandha... saya akui sangat suka tgk dia dalam drama ini... tahniah untuk sebuah lagi drama melayu yang menarik :)

Thursday, May 17, 2012

Buatku Di Sana ost Seindah Sakura


Buatku Di Sana
Mafa feat Roni
ost Seindah Sakura


Sering harungi sendiri kekurangan diri
Hanya tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia

Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

Masihkah hadir jua menepis gelora
Tatkala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa

Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang dihati

Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku disana

Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta

Lagu sedih yang bermesej positif... one word... S.U.K.A!

p/s : baru sempat menonton 2 episod, mcm besh je...~ huhu

Wednesday, May 16, 2012

8 Tahun Terindah


Ahad lalu berakhirlah sudah drama rantaian Desperate Housewives setelah 8 tahun lebih bersiaran.Dan di Malaysia siaran musim ke-8 ini baru bersiaran di 8TV.Saya tidak mengikuti di televisyen kerana awal-awal lagi saya sudah menonton setiap episod.Terlalu lama untuk menunggu drama ini di tayangkan di tv Malaysia.Makanya saya menggunakan saluran lain untuk menjadi antara yang terawal menyaksikan drama ini.

Di Us, episod akhir ini di tayangkan selama 2 jam pada malam Ahad lalu, dan alhamdulillah hari Isnin lepas saya berjaya juga menyaksikan episod terakhir drama tersebut...

Apa yang boleh saya katakan... hurmmm... it's really hard to say goodbye.... 8 tahun terindah bersama drama ini sukar untuk diungkap dengan kata-kata.Saban tahun saya menjadi penunggu setia, menunggu kemunculan drama ni tanpa jemu.Tak cukup dengan itu, saban tahun juga saya pasti akan membeli boxset dvd DH bagi setiap musim.Yang nyata, ini drama pertama yang saya berjaya mengikuti sehingga penamat cerita.

Dan yang nyata juga selepas ini rutin kehidupan saya pasti berubah... PASTI

Banyak hal tentang kehidupan dapat saya lihat dalam kisah ini.... setiap kisah terasa dekat...mungkin kerana setiap cerita itu adalah hal-hal seharian yang seringkali kita lakukan dalam kehidupan kita....

Susan, Lynnete, Bree dan Gaby... mereka menghiburkan saya dengan setiap kisah mereka... cerita kehidupan mereka yang penuh suka duka berjaya menimbulkan rasa kerinduan pada saya.

Betullah kata orang, setiap permulaan pasti akan ada pengakhiran.... dan yang nyata pengakhiran ini bejaya menimbulkan kesedihan... gosh! i'm gonna miss this series damn much!


TERIMA KASIH UNTUK 8 TAHUN YANG TERINDAH INI, MENEMANI SETIAP 'KESUNYIAN' SAYA.... seriesly saya akan merindui Wisteria Lane! (crying) sob sob!