Monday, March 14, 2011

Filem Sang Pemimpi

Malam sabtu lalu saya diundang sahabat menonton Hikayat Merong Mahawangsa,pertama kali buat dia...dan tontotan kali kedua buat saya...selama dua hari berturut-turut.. haish!! tak sampai hati untuk saya menolak ajakan orang.

Selesai menonton HMM dan berbicara sedikit sebanyak berkongsi pandangan dan pendapat di 'Kassim Mustaffa' sambil pekena roti canai dan teh tarik, sahabat mengajak saya ke kedai DVD kat BM.Kebetulan tiada rancangan apa-apa setelah itu, saya pun bersetuju saja, memandangkan saya pun belum pernah ke situ...ermmm.... kalo pergi confirm akan terbeli jugak nanti.Kat rumah pun hampir 20 keping dvd yang masih menunggu giliran untuk ditonton.Adessss!!

Sampai saja sana... wow! heaven sangat!

Beberapa movie yang saya dambakan selama beberapa waktu ni ada ditemui di sini.Sudahnya 6 keping dvd lagi saya beli.Menjadikan semuanya 26 keping yang harus saya tonton nanti.huhu! Cerita bagus tak rugi kalau beli.Boleh buat koleksi.

Tuhan juga menemukan saya akhirnya dengan SANG PEMIMPI yang saya dambakan selama ini.Tinggal sekeping je.Ermmm... rezeki saya barangkali... (^v^)

Sampai rumah jam sudah pun menghampiri 2.00 pagi, bagai dironta-ronta... saya akhirnya terus memainkan filem ini di layar tv....Mata yang pada mulanya mengantuk, terus terasa segar....

Selesai menonton Sang Pemimpi.....tiada kata paling sesuai untuk menggambarkan filem ini kecuali SUPER HEBAT! Air mata saya tidak henti mengalir dari permulaan cerita hingga ke pengakhirannya... seriesly filem ini sangat sarat dengan emosi! hinggakan pada setiap babak saya bagaikan tak mampu menganggung rasa... keriangan... kesedihan.... keterujaan kesemuanya bergolak dan dan berkumpul menjadi satu.

Saya tidak merasakan pergolakan emosi sebegini hebat sewaktu menonton naskah Laskar Pelangi dahulu.Tapi Sang Pemimpi berjaya membawa saya mengembara jauh hingga ke dasar emosi paling dalam.Menyentuh satu rasa yang tidak saya rasai pada Laskar Pelangi.

Keterlaluankah saya menerobos ke dalam pengkisahan ini?

Bagi saya, sosok manusia bermana Arai adalah dambaan semua orang yang ingin punya sahabat.Manusia sepertinya bisa meniup kata menjadi cita... menghembus mimpi menjadi realiti...-

Menonton filem ini seperti memberi saya satu kesegaran jiwa yang sukar untuk saya jelaskan.Paling saya pasti, melihat Arai, mendengar kata-katanya... saya seperti kembali bersemangat untuk BERMIMPI lagi.Telah lama saya buang mimpi-mimpi saya...telah lama saya hidup dan cuba meyakini akan suatu kenyataan yang sukar untuk saya jelaskan.

Paling saya tersentuh dengan kata-kata Arai bila dia mengungkapkan kata :

"tanpa mimpi,orang-orang seperti kita akan mati"

Menonton filem ini juga membuatkan saya melihat kembali diri saya sedalam-dalamnya... merenung dan berfikir tentang kehidupan yang tlah saya jalani selama ini... mengingatkan tentang mimpi-mimpi... mencari kembali suara hati yang telah lama padam akibat terlalu lama memusuhi mimpi...-


Saya telah berjaya memecahkan rekod peribadi menonton sebuah filem 7 kali dalam masa satu hari.Dan ketujuh-tujuh kali itu jugalah saya ditemani air hangat dibirai mata...! Ia bukanlah filem sedih... namun bila menontonnya, kau akan bisa menangis meski pada saat mereka sedang tertawa... ia sarat dengan moment-moment yang mengharukan..-

Mungkin bagi sesetengah orang lebih menggemari SANG PEMIMPI versi novel kerna bisa lebih berpetualang dengan imaginasi... namun bagi saya, kedua-duanya punya keistimewaannya yang tersendiri.Sang Pemimpi adalah Terjemahan novel ke filem yang bagi saya berjaya dalam kelasnya yang tersendiri.

Kisah Cinta Arai dan Zakiah Nurmala mungkin sekadar sub-plot dalam filem ini.... tapi meninggalkan kesan yang sangat mendalam buat saya.Paling saya akan ingat adalah scene bermain gitar sambil mengalunkan lagu FATWA PUJANGGA dalam rendisi yang sangat memikat!
Satu lagi scene sewaktu Zakiah Nurmala melambai tangan pada Arai pada hari Arai dan Ikal akan berangkat ke Jakarta.Meski scene itu cuma sebentar, namun sangat mengesankan! hingga saya seperti baru tersedar kembali bahawa jatuh cinta itu sememangnya sangat INDAH rasanya...-
SANG PEMIMPI mengajar kita tentang mimpi....mimpi itu bukan satu kesalahan.... bermimpilah setinggi mana yang kamu mahu, tiada yang mustahil pada mimpi itu andai kamu susuli dengan usaha!

Menonton filem ini membuat saya kembali percaya pada mimpi

Friday, March 11, 2011

Rango dan Hikayat Merong Mahawangsa

Beberapa minggu lepas saya udah janjian sama teman mau menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa.Ekceli bukan hanya beberapa minggu lepas je... rasanya since tahun lepas pun dah janjian dah... nak pi menonton filem tersebut yang merupakan filem melayu wajib tonton 2011.Tapi sebelum menonton filem tersebut, saya mengusulkan kepada teman untuk menonton Rango terlebih dahulu.Selalunya kalo menonton kartun diwayang, saya hanya menonton seorang jer sebab teman-teman saya bukan 'kaki animasi'.So malam tadik maraton movielah kiranya.

Apa yang boleh saya katakan tentang Rango? ermmm..... sangat BESSSSSSSSSSSSSSTTT!! kalo sebelum ini kita dihidangkan dengan watak-watak comel... yang cantik...kisah-kisah lucu dengan gambaran-gambaran yang cantik dan menarik... Rango membawa kita meneroka satu dimensi berbeda daripada animasi-animasi terdahulu.Wataknya-watanya terlihat menakutkan....

Apa yang membuatkan saya sangat kagum dengan filem Rango ini adalah penelitian yang dibuat terhadap semua karektor.Tekstur kulit, perincian bulu pada kulit binatang-binatang dalam filem ini sangat detail...sejujurnya saya geli dan loya melihat kesemua watak-watak binatang dalam filem ini.. melihat Rango si Cicak yang kulitnya menggerutu itu sudah pun membuatkan bulu roma saya meremang.Apatah lagi tikus, sisik ular dan macam-macam lagi... dibuat dengan sangat terperinci.... memang tahniah lah kepada pembikinnya.


Menonton filem ini, tanpa sedar membuatkan saya sama-sama ikut berpetualang bersama si Rango merentasi gurun pasir yang sangat sepi itu.Saya suka elemen 'mexico' yang ada dalam filem ini.Juga suka dengan burung(apa jenis burung ntah!) yang sering mengiringi si Rango dengan bermain musik.Memperincikan lagi emosi yang sedang si Rango rasai saat tu.Cerita ini mungkin kurang sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak.Kerana menurut saya tiada elemen yang sering kita lihat pada animasi-animasi sebelum ini.

Cuma satu je yang saya sedikit terkilan..watak ikan mainan si Rango itu munculnya hanya sebentar... seharusnya petualangan si Rango paling besh kalo dia bertemankan ikan mainannya itu sehingga ke akhir cerita... tapi, seperti yang saya katakan tadi lah, tiada elemen seperti animasi-animasi terdahulu.Secara kasar, cerita ini mengangkat isu AIR sebagai permasalahan, di mana air adalah satu sumber terpenting dalam kehidupan....

**Ermmmm... balik menonton wayang semalam, rumah tingkat 4 blok saya 'kebanjiran' .setahu saya rumah tu kosong, macam mana air boleh melimpah-limpah keluar dari rumah tu.Dan takder saper-saper nak take action ke tadi siang? ermmm....SANGAT MEMBAZIR! balik keje petang nie kalo masih tak berubah jugak, biar saja je lah yang take action... boleh saya fefeeling jadi Si Rango tu.. huhu!!

Menonton Rango pada jam 6:40 petang, seterusnya pada Hikayat Merong Mahawangsa pada jam 9:30 malam.5 minit terlambat kerana kuar dinner...huhu!!

Ermmm apa yang saya nak cakap tentang filem ni eh? Oh yaaa... saya dan teman terpaksa duduk baris ke 5 dari hadapan... sakit tengkuk jugak la sebab terpaksa mendongak! dan... untuk pertama kali saya melihat panggung penuh sampai ke baris yang ke depan bagi filem melayu(macam manalah orang yang paling depan tu tgk filem tu yer, maunya berpinau bijik mata).

Saya harap untuk hari-hari yang seterusnya, panggung masih akan penuh jugak dengan orang.Atleast 8 juta yang diperuntukkan untuk membuat filem ini berbaloi bagi KRU supaya next time dorang akan berusaha LEBIH gigih untuk membikin filem-filem lain yang bermutu dan keluar dari norma kebiasaan filem-filem melayu biasa.

Menonton filem ini saya tidak meletak sebarang tanggapan yang terlalu tinggi, apatah lagi untuk membuat perbandingan dengan filem-filem berskala besar dari hollywood.Memang beza antara langit dan bumi lah kalo dihitung..

Tapi, kalopun saya membuat sedikit perbandingan pun.... saya cuma akan bandingkan mungkin dengan filem-filem daripada Thailand.... sebab industri dorang pun kurang lebih seperti kita... ataupun dorang punya 'UP' lebih sket..eheh!...sedangkan kita baru keluar satu filem seperti ini, kiranya tak perlu mempersoalkan secara berlebihan lah yer....-

Apa yang boleh saya katakan, trailernyer lebih hebat!

Yang paling tidak saya gemari dalam filem ini ialah 'voice over' yang dipakai dalam menggambarkan perjalanan cerita dari babak ke babak...suara siapa lah tu agaknya.... very annoying! sangat dbuat-buat intonasi seperti itu.... bunyi sangat kelakar kat pendengaran saya.Cara dia bercakap seolah-olah sedang bercerita kepada kanak-kanak berusia 5 tahun perihal kisah sang kancil dan kura-kura...eiouuuuu!!

Filem epic selalunya akan memerlukan sangat ramai pelakon extra... dan saya juga mengakui, orang-orang malaysia ni susah nak jumpa orang-orang yang berbadan sasa... alih-alih kerimping kering jer yang ramai... tapi itu bukan persoalannya.... saya seperti melihat pelakon pelakon extra tu tak disaring bebetul.... saya tidak nampak kesungguhan dan semangat dorang sewaktu berperang... ada yang muka poyo... ada yang muka kelakar... ada yang muka bosan waktu tengah mendengar si merong tengah memberi kata-kata semangat untuk berperang.... ada yang time rebah ramai-ramai kelihatan yang seperti senyum.... bagi saya menda-menda sebegini walaupun hanya sampingan tapi ia antara faktor terpenting jugak kerana elemen peperangan dijadikan antara fokus utama...

Satu lagi, kenapa dorang tak buang je babak or reshoot watak si Jehan Miskin yang seperti nak jatuh sewaktu berdiri atas sampan sewaktu mendengar amanat si merong! bagi saya time seperti itu harus ada penonjolan unsur 'keterujaan' kerana mereka sedang bersiap untuk berperang! dan seharusnya si jehan miskin harus berdiri gagah di atas sampan dan bukan bergoyang-goyang seperti nak jatuh je....(ato dorang mmg saja nak buat unsur lawak?)

Takpela.... tak perlu mempersoalkan terlalu banyak..... usaha dan inisiatif untuk membikin karya agung seperti ini pun sudah kira patut dibanggakan....seperti Yusri penah cakap lah, filem itu dibuat 2 tahun lepas, dan kalo masih punya ruang, dia pasti akan perbaiki banyak lagi kelemahan yang ada....-

Apapun selesai tayangan, semua orang bertepuk tangan dalam panggung... saya pun ikut tepuk tangan jugak.....sekurang-kurangnya kita punya filem seperti ini.... Tahniah untuk KRU...-

** dalam kereta sepanjang perjalanan pulang, teman menegur saya..kenapa asik bercerita tentang Rango..... baru saya tersedar.... saya lebih banyak mengingati Rango hingga terlupa bahawa semalam rupanya menonton 2 movie... adess!

Apapun, sila bagi sokongan pada filem malaysia ok ;)

Monday, March 7, 2011

Kekasihku Seru Asmara Trilogi Cinta


Sejujurnya sudah lama saya tidak mempunyai drama melayu feveret, yang membolehkan saya follow setiap minggu.Kali terakhir drama melayu kegemaran saya ialah Kekasihku Seru, drama seram yang bagi saya cukup seram, dan sehingga kini belom ada satupun drama seram melayu yang berjaya mengatasi keseraman Kekasihku Seru.Bagi saya, beza Kekasihku Seru daripada drama-drama seram melayu yang lain adalah cara penonjolan elemen seram tersebut.Kekasihku Seru tidak 'menyergah' penonton untuk menjerit ketakutan.... bagi saya elemen 'sergahan' bukanlah tindakan bijak... memang penonton akan menjerit, tapi hanya kerana terperanjat.Rasanya Mak Limah jual nasi lemak kat gerai seberang jalan pun kalo tetiba dia sergah pun of kos kita akan terperanjat RIGHT?!

Kekasihku Seru keseramannya wujud pada mood cerita itu sendiri.... sehinggakan ada ketika saya seperti dapat merasakan kewujudan WARIS dibelakang saya..... watak Waris lakonan Hairie Othman tidak memerlukan kostume berlebihan, hanya cukup berpakaian hitam dan memakai 'contact lens' namun melihat dia membuatkan kita merasa sangat gerun.... sudah 3 kali saya menonton drama bersiri ini.Dan ketiga-tiga kali itu juga saya sentiasa merasa resah..... hingga bisa mengigau dalam mimpi...-

Saya sangat berharap Kekasihku Seru akan ada kesinambungan...memandangkan pengakhiran cerita itu kelihatan agak tergantung.... namun sehingga ke hari ini saya tidak mendengar ura-ura yang kisah ini akan bersambung.... - Mira Mustaffa kekeringan idea kot.... eheh!
Ini drama kedua yang menjadi fevret saya.Seriesly saya tak tau kenapa saya suka sangat dengan drama ni... saya rasa drama ini dihadirkan dengan pakej yang agak lengkap... ada lagu tema yang sedap... pelakon yang bagus dan juga jalan cerita yang menarik.Saya memang pernah melihat Shaz Jazle dan Faezah Elai berlakon dalam drama-drama lain..... tapi bagi saya lakonan Shaz Jazle dalam drama ini paling memberi kesan.Hingga membuatkan saya terlupa dia pada drama-drama lain.Watak Asmara sangat sesuai buat dia...


Seriesly sebelum menonton drama ini saya memang pernah mendengar lagu sixth sense berjudul 'menyesal' yang menjadi lagu tema drama ini, tapi sekadar mendengar begitu je... tapi sejak lagu tersebut menjadi lagu tema drama drama ini, langsung membuatkan saya meminati lagu tersebut..... mendengar intro lagu tersebut saja sudah membuatkan saya mengingati drama asmara ini....-


Trilogi Cinta? Rosyam Nor? hohoh nie first saya betul-betul follow drama yang rosyam nor berlakon.... ekceli saya tidak tahu pun bahawa drama ini adalah adaptasi novel sehinggalah membaca artikel tentang drama ini di sokkabo... kalau sesebuah drama itu bagus, tengok pada permulaan cerita pun kita dapat merasai akan 'feel' tu.

Dulu saya tak suka fauziah ghous, sebab bila saya tengok lakonan dia, saya akan selalu teringat watak pembantu rumah 'terencat akal' yang dia bawa untuk drama arahan razak mohaideen kat tv9 dulu.Sangat meloyakan tekak bila mengingatkan bagaimana razak mohaideen boleh tergamak mewujudkan satu watak pembantu rumah yang seperti manusia terencat akal a.k.a bodoh a.k.a bangang... nak kata watak itu kelihatan komedi, takder langsung saya rasa kekomedian tue... melainkan rasa sakit hati dan menyampah yang teramat sangat...perasaan menyampah itu bukanlah membuktikan bahawa lakonan fauziah ghouse sebagai pembantu terencat akal itu berkesan, tapi menyampah kenapa dia sanggup melakonkan watak itu yang bagi saya sungguh memalukan untuk dilakonkan.

Dan setelah sekian lama... akhirnya watak NORJINAH lakonan fauziah ghous dalam drama Trilogi Cinta berjaya membuat saya melupakan watak pembantu rumah terencat akal ciptaan razak mohaideen yang begitu memualkan itu.Tahniah kepada fauziah ghouse.Gandingan buat pertama kali Fauziah Ghous - Rosyam Nor - Amyza Adnan nampaknya berjaya.Dan pastinya juga drama ini mempunya lagu-lagu tema yang sangat best.Saya baru perasan yang lagu duet Siti Nurhaliza ngan KD dalam Trilogi Cinta itu sedap rupanya... sangat kena dengan mood drama tersebut.

Nampaknya tak sia-sia tv1 mempromo habis-habisan drama ini... kerana akhirnya ramai yang ikut menonton.Dan yang paling saya sukar nak percaya, Asmara dan Trilogi Cinta adalah dibawah terbitan SUHAN MOVIE yang dimiliki oleh Rosyam....

Tahniah kepada Rosyam yang pada saya telah mula berjaya menerbitkan drama bagus.Khabarnya Begitukah Cinta yang dimainkan pada slot Akasia sekarang ini pun terbitan Suhan Movie jugak.Saya baru berpeluang menonton beberapa kali.... Ntahlah, saya dapat rasakan Suhan Movie sudah semakin kreatif dalam menerbitkan cerita...- syabas..!

Yang pastinya, malam ini.... ASMARA 2 akan mula ditayangkan.Saya tak berani nak gerenti samada kisahnya akan lagi bes atau tak dari yang sebelumnya... sama-samalah tengok macam mana nanti...-

Friday, March 4, 2011

Aku,Senja & Rindu Yg Tak Pernah Hilang


"Dulu, saya pernah janji yg saya takkan bt awak sedih.tp saya pernah langgar janji yg sy cipta.tp kesedihan awk adlh kesakitan bg sy.sy xnak awk sedih.tp sy takut nak berjanji lg.sy hanya blh janji yg sya akan bt awk gembira spt yg sy rasa"+01798**** - 21 nov 2008 10:50 pm

...kamu lihatlah betul-betul....apakah saya gembira waktu ini?bagaimana bisa saya gembira...andai bahagia itu kamu tidak kembalikan...- ia masih ada bersama kamu! pulangkan pada saya... pliss~

Tuesday, February 22, 2011

Derma DARAh

Malasnya nak nulis, letak gambo je dah ler!




Sunday, February 20, 2011

Malam Minggu D Batu Feringgi



Malam semalam saya bersama lil’ B ke Batu Feringgi.Lupakan saja tentang ‘drama-drama’ yang telah berlaku sebelum dapat pergi ke sana.Sebab kalo diingat boleh bakar hati jer…. Kalo bakar lemak takpe la jugak…atleast saya bertambah slim… hoho

Ramainya manusia, banyaknya kereta sana sini… hajat hati untuk sampai awal nampaknya tidak berhasil.Jam 11:20 baru sampai akhirnya..Ada sebahagian gerai sedang sibuk mengemas untuk tutup…. Ni semua pasal 'drama-drama' yang berlaku sblom bisa sampai ke BF.Isk! tp malam minggu memang best ke night market di Batu Feringgi.

Hajat datang memang tak lain dan tak bukan... semata-mata untuk dapatkan koleksi dvd...huhu~ takder tempat lain yang sebest batu feringgi... memandangkan saya takder transport dan saya jugak tak tahu jalan nak ke BF (alasan jer! haha) makanya saya terpaksa tunggu lil' B yang baru balik dari outstation selama berbulan-bulan...uhuk! dia ada, senang la sana nak bergerak sana sini.... kengkononnyala... nak tahu citer apa yang saya belik?


Tadaaaa!! yup... Desperate Housewive.Season 1 hingga paling latest iaitu season 7 yang baru saja ke udara episod pertama di 8tv.Saya tahu, kebanyakan orang yang menonton drama ni adalah orang pompuan.Tapi takder tulis plak "MENJADI KESALAHAN" kalo lelaki ikut menonton right?! Kalo nak tahu, saya sudah punya koleksi musim 1 - 5 dalam harddisk saya... jadi kenapa saya masih beli jugak? eheh! susah mau explain... "kalo kamu dah suka, kamu dah tak peduli yang lain dah kan?!" untuk orang yang sekadar menonton gitu-gituan... mungkin sedikit kerugian kot kalau beli,tapi kalo korang dah sampai level fanatik dan tengok ulang dan ulang dan ulang macam saya yang sudah menonton lebih dari 6 kali musim 1-5 rasanya tak rugi bila beli untuk buat koleksi.

"Best ke citer ni?" ermmm.... ini pun susah mau explain, sebab kategori penilaian setiap orang akan tahap ke'best'an sesuatu cerita itu berbeda, so pada saya... i can 'feel' dis story.... just imagine kalo sanggup beli sampai ke semua season walaopun dah ada yang versi download kat pc dan sudah menonton lebih dari 6 kali, bukan calang-calang orang yang sanggup buat wooo... ko mampoo?! haha! kalo tak nama fanatik tue tak taula nak panggil apa lagik.. :P

Sejujurnya saya paling suka dengan skrip drama nie.... saya suka dengan setiap dialog-dialog yang dilontarkan... butir-butir komunikasi dorang sangat mengesankan.... hingga ada ketika saya akan repeat same dialog sampai 3-4 kali semata-mata suka mendengar apa yang dorang cakapkan.Lagi satu saya paling suka 'gaya penceritaan' di awal dan di akhir drama nie.... bait-bait katanya sangat sedap.. sesedap eskrim cornetto! :P

Tak kurang menariknya juga adalah poster drama nie.Saya memang penunggu setia bila setiap kali tiba musim baru.Menunggu untuk melihat posternya sangat cantik dan unik itu....

Ermm... kalo nak ceritakan tentang drama nie, sampai besok pun tak habis.... agak sedih bila season 7 ini sepatutnya menjadi season finale.Saya harap drama nie lebih panjang usianya.... dan katanya ada rombakan berlaku...drama ini disambung kontrak lagi untuk 2 musim.so tahun 2013 menjadi tahun akhir citer DH nih.... sob sob!


Kat Batu Feringgi juga saya cuba dapatkan GLEE season 1 and 2... kenapa saya beli? ermmm ntah! mungkin terpengaruh dengan cakap-cakap orang yang citer nie best.... Ermmm... saya tak nafikan lagu-lagu cover yang dorang nyanyikan dalam mood dan versi tersendiri memang kedengaran sangat bes.Tapi bagi saya isi ceritanya hanya biasa-biasa saja...dialognya juga biasa-biasa saja dipendengaran telinga ni.Tiada yang menarik pun.

Sewaktu tayangan musim pertama di tv dulu pun saya cuma tengok 2 episod je...memang tak bleh masuk ngan citer ni.Dan semalam saya sudah berjaya menonton hingga episod 4... pun saya masih belum rasa teruja seperti kebanyakan orang.Saya bosan ngan teknik kamera yang asik bergerak-gerak ala-ala cameraman memegang handycam tue... tapi itu penilaian awal saya la... saper tau kan, after 6 episode nanti terus saya rasa suka... haaa saper nak jawab?

Owh ya, nak tau satu lagi drama kegemaran saya yang saya sudah khatam berulang-ulang kali?

Tadaaaa!!! yeppa... ini dia drama Ugly Betty yang cuma sempat bersiaran hanya setakat 4 season dan diberhentikan dengan cara mengejut dan sungguh tragik... huhu!! sayang yer, drama sebagus nie dihentikan tayangan dan digantikan dengan cerita lain... sungguh TIDAK ADIL! huh! Tahun lepas 8tv sepatutnya menayangkan drama ini untuk musim yang ke-4.Tapi saya pun tak tahu kenapa dorang tak tayang.Tapi mujurlah saya dapat jugak menonton season finale untuk Ugly Betty.

Walaupun drama ni kebanyakkan ceritanya dihabiskan di pejabat... tapi saya langsung tak rasa jemu...melihat reka bentuk pejabat, warna-warna yang digunakan dalam cerita ini sungguh 'ceria' dan langsung membikin hati terasa sangat bersemangat! haha bleh camtu~ walopun citer ini kata orang ala-ala 'bodoh' dan tak masuk akal... tapi bagi saya, citer nie memberi suntikan semangat dengan cara yang tidak kita sedari.... itulah yang selalu saya rasa....-

Pulang dari Batu Feringgi semalam, hati tersenyum riang... hahaha!! meski berhabis sebanyak rm140.00 membeli kesemua koleksi dvd tersebut...itu masih dikira murah, dibandingkan kat tempat lain yang jauh lebih mahal....


lil' B yang asik mengushar jam, tapi tak jugak-jugak beli! haishhh!!

Friday, February 18, 2011

Aku dan Kehidupan


Sebelum februari 2009 saya tinggal di Y&R.Bertahun-tahun saya tinggal di situ.Banyak kenangan suka dan duka selama berada di sana.Rasanya cukup untuk dibuat drama selama 5 musim.

Februari 2009 saya berpindah ke FTH kerana ingin cuba mencari sesuatu yang baru.Merasai kehidupan yang baru.Merasai berada dilingkungan baru…Mulanya saya fikir saya bisa bahagia di daerah baru itu…. Rupanya ada kesilapan yang telah saya perbuat….satu kesilapan yang akhirnya membibitkan rasa bersalah dalam diri…sehingga mengenangnya pun umpama menabur rasa kesal dalam dada.Cerita di FTH tidak lah terlalu indah, namun saya membikin keindahannya mengikut acuan saya sendiri….

Februari 2010 saya memutuskan untuk keluar dari situ.Iya, berpindah untuk sekali lagi.Berat juga keputusan ini, namun saya perlu memikirkan kebahagian buat diri saya sendiri….. kerana saya tahu saya berhak mencipta bahagia mengikut pemahaman saya sendiri…..saya tinggalkan semua kebusukan dan kejijikan di rumah itu.Dan rasa jijik itu sedikit pun tak pernah hilang sampai sekarang…. Hingga langsung membuatkan saya tidak ingin lagi mengingat bahawa saya pernah berada di daerah itu juga untuk mengingat tentang cerita-cerita yang berlaku di situ.

Saya faham, manusia memang tak pernah sunyi dari kesilapan, tapi kesilapan saya yang satu ini, iaitu membenarkan kebahagian saya dicincang-cincang halus oleh manusia-manusia busuk, adalah satu kesilapan yang sukar untuk saya maafkan.Dan hingga kini saya masih menghukum diri di atas kesilapan yang telah saya perbuat itu.Iya, kesilapan dengan membenarkan kebahagiaan saya diganggu gugat….-

….. dan hari ini…. Tahun ini…. Tanggal februari datang lagi….Februari 2011.Saya di sebuah daerah baru. Sudah lebih 8 bulan saya di sini.Ketakutan untuk hal-hal seperti dahulu senantiasa ada…. Kerana itulah sehingga kini saya memilih untuk terlalu berhati-hati dengan kehidupan.Wajar saja saya memikirkan tentang diri sendiri terlebih dahulu.Dan membelakangkan kesemua hal-hal yang bersangkutan dengan orang lain…. Kedengaran angkuh dan mementingkan diri? Ermmmm….. andai itu tanggapan diberi…. Perlukah saya peduli? Rasanya tidak kot… ini kehidupan saya… dan dahulu juga adalah kehidupan saya juga…. Kalau sekali saya melalui kepedihan hidup seperti dulu… masakan untuk kali ini saya masih mahu mengulanginya semula?

Saya lebih memahami kehidupan yang saya lalui...-

Berbekalkan keringat dan air mata, saya mulakan kembali kehidupan yang baru.Untung saja saya masih kuat mendepani kehidupan.Saya bangun untuk merasa lebih kukuh... bukan melemahkan lagi kaki untuk tegak berdiri...- saya tahu yang kehidupan bukan selalunya dihadirkan dengan warna-warna indah... maka kerana itulah saya mencorakkannya dengan pilihan-pilihan warna saya sendiri.... tapi, jauh di sudut hati saya... saya mengerti.... proses kehidupan ini ada naik turunnya.... Tuhan menemukan saya dengan kesulitan ini supaya saya lebih menghargai tatkala hadirnya bahagia buat saya....

iya... saya sedang belajar membina kembali bahagia saya...-



Ini foto yang saya snap november last year, alhamdulillah, sekarang ni saya dah tambahkan sket demi sket... betullah kata orang... baiti jannati...- rumahku syurgaku...- :)
+ buat orang-orang, ini mungkin hanyalah sebuah ceritera pindah-pindah rumah sahaja.... namun, ada hal yang sangat besar mendasari disebalik semua ini.... mungkin lebih besar dari maruah diri kamu sendiri...-

Thursday, February 10, 2011

Cinta Terhenti

song by : Melly Goeslow


tanyakanlah pada rumput yang bergoyang
sesudi apakah aku padamu
aku tak akan berhenti mencintaimu
sampai aku tak bernyawa lagi


sebagai manusia yang tau kaidah
akan ku tanamkan cinta yang sopan
sehidup semati kamu yang hidup
aku yang mati pun tak mengapa


akanku latih hatiku ini
siap menerima apa saja
tuhan ajari aku bersabar
membimbing rasa di hatiku


bila mataku tak bisa lagi
menatap wajah cintaku ini
tuhan tolong beri aku waktu
untuk merasakan cintanya


Menurut saya, cinta itu bisa saja terhenti, namun rasa itu takkan pernah padam.... baraannya akan slalu saja ada.... di hati.

- my little sweet mashimaro, pika pika really mish you

Wednesday, February 9, 2011

My Little Mashimaro

song by : melly goeslow

bayangkan bila saja
aku tak disampingmu lagi
apakah kau akan cari yang lain
penggantiku

bayangkan bila saja
kamu hidup tanpa diriku
apakah kamu sanggup dan bahagia
tanpa aku

jujur aku tak bisa
hidup tanpa dirimu
hanya kau cintaku
selamanya

kamu tak tergantikan
walaupun kematian
memisahkan kita
cinta kita abadi

tipu kalau saya bilang saya tidak langsung belajar melupakan dia, dan tipu juga sama sekali kalo saya bilang saya sudah tidak rindukan dia, kerana rasa rindu ini selalu saja ada... tak pernah hilang... ingin sangat saya curahkan semua apa yang saya rasa.. di sini... tapi untuk apa.... kita takkan bisa mendapatkan kembali apa yang sudah kita tak punya...-

Saya cemburu bagaimana dia bisa menjalani hidup dengan bahagia tanpa saya sekarang.... sedangkan saya di sini masih belum dapat hilangkan semua rasa kesakitan ni meski sudah hampir 3 tahun... dunia ini terkadang tidak terlalu adil rasanya...-

Ermmm mungkin agaknya saya tidak terlalu bersungguh untuk membuang kenangan ini.... lebih rela membiarkan semuanya bersarang dalam hati... yang akhirnya perlahan-lahan memakan diri...- secara zahir saya bisa mengatakan saya gembira melihat dia bahagia sekarang.... tapi hakikatnya yang di dalam rasanya lebih memedihkan...-

Apapun tahniah.... untuk dia, selamat bergelar pendidik... selamat memulakan tugas, meski semakin jauh jarak saya dan dia.... saya akan sering memerhatikan dia... walaupun hanya dari jauh....

my lil' mashimaro.... selamat hari lahir...-

Tuesday, February 1, 2011

Roti Tak John


Pagi ni saya bangun awal... setelah solat subuh saya lihat jam masih awal.Beginilah kalo opis letaknya hanya 5 menit dari rumah.Tidak perlu buru-buru.Juga tak perlu hadapi macet dijalanan.

Saya langsung ke dapur melihat apa yang boleh dibuat.Kadang jemu jugak kalo tiap hari harus breakfast di luar.So, tiba-tiba teringin plak nak bikin Roti John yang tak berapa nak John... haha!Soalnya mau bikin Roti John tidak la sesukar mana... ga butuh lebih waktu....

So this is my first time bikin Roti John yang tak berapa nak John...sejak perlahan-lahan belajar masuk dapur ni, ada-ada jer jenis menu yang teringin nak try... tapi setakat yang simple-simple je lah.... lebih-lebih tue tak khatam lagik..

Hahaha!! takder rupa Roti John pun... bedal je lah.... asal kenyang diperut sudah!... and tak perlu makan nasi lemak hari ni.Bosan hehari menu sama jer....-


Okey dah siap... letak elok-elok dalam tupperware and siap dibawa ke opis untuk bekal sarapan pagik nanti! confirm kenyang sampai tengahari nanti! hohoho~ Besok menu apa plak agaknya eh?! adess!

Thursday, January 27, 2011

Belon-Belon Cinta



"....... cinta itu ibarat belon, ditup kembanglah ia.... diisi gas terapung juga... dipicit-picit terasa kenyal.... bila ditusuk terus pecah! KABABOOM!...." - meer miller

Monday, January 24, 2011

First Love - Flipped


Saat orang sibuk bercerita tentang filem KHURAFAT yang ternyata memang khurafat setelah menontonnya, saya langsung tak berminat untuk mengulas cerita yang pada saya langsung tak meresahkan saya... apatah lagi untuk merasa ketakutan atau kengerian saat menontonnya.

Saya lebih berminat untuk berkongsi filem bertajuk FLIPPED dengan semua... tiada perbandingan sebenarnya antara filem ini dengan filem KHURAFAT. Kerana ia adalah 2 genre filem yang berbeza sama sekali.

Keinginan pertama yang membuat saya hati saya meronta-ronta untuk memiliki dvd ini adalah kerana posternya.Sangat indah.Tanpa berfikir panjang saya terus mendapatkan filem ini.Cuti hujung minggu akan saya habiskan menonton beberapa keping dvd yang masih belum berkesempatan untuk saya lihat.Namun yang pastinya FLIPPED menjadi pilihan pertama.
Sebelum menonton filem ini, kalau ada yang bertanyakan kepada saya apakah filem 'cinta pertama' yang bisa mengusik perasaan saya saat menontonnya, saya akan bilang sebuah filem dari thailand yang bertajuk FAEN CHAN.Namun setelah menonton FLIPPED, saya akan bilang filem ini juga termasuk dalam kategori filem 'cinta pertama' pilihan saya.
Flipped adalah kisah yang sangat simple... tidak meleret-leret.Penceritaan yang sangat luhur dan jujur.Pembikinannya tidak dibuat berlebihan...ia kelihatan sangat sederhana namun meninggalkan kesan saat menontonnya.
Cerita ini bermula apabila keluarga Bryce Loski berpindah ke kawasan pinggir bandar dimana rumahnya berjiran dengan Juli Baker.Dan buat pertama kalinya pada usia 7 tahun mereka berdua dipertemukan.Permulaan pertemuan yang sebenarnya kurang menyenangkan buat Bryce kerana dia merasakan bahawa juli adalah seorang budak perempuan yang aneh.
Sejak kecil, dihadapan rumah Juli ada sebatang pokok yang rendang (sycamore tree).Dan Juli akan menghabiskan waktu-waktunya di atas pokok itu.Melihat matahari terbenam... melihat pemandangan yang tak boleh dilihat dari tempat lain.Kadang-kadang dia akan bercakap sendirian... hal-hal beginilah yang sering membuatkan dia dipulaukan orang teman-teman sebaya yang menganggap dia kurang waras.

Hal yang sangat menyentuh perasaan saya dalam filem ini adalah saat sycamore tree ingin ditebang.Juli meminta teman-temannya untuk menolongnya mempertahankan pokok itu, namun tiada siapa mengendahkan tangisan Juli...termasuklah Bryce... dan akhirnya pokok itu ditebang.... sebagai tanda ingatan, ayahnya menghadiahkan sebuah lukisan yang dilukisnya sendiri.Dan lukisan itu Juli gantungkan dibiliknya..dan setiap saat dia memandang lukisan itu dengan perasaan sayu...itu adalah lukisan pokok sycamore.

Ada dua hal penting dalam hidup juli... Bryce dan juga Sycamore Tree....

Saya suka dengan cara Juli cuba mendekati Bryce.Pelbagai cara dia lakukan namun tidak diendahkan Bryce.Hinggalah akhirnya Juli seperti berputus asa dan akhirnya cuba menjauhi Bryce... keadaan itu akhirnya mencetuskan bibit-bibit rindu pada Bryce...... dia berasa janggal melewati hari-hari tanpa diganggu Juli... sejak itu dia mula melakukan berbagai cara untuk menarik perhatian Juli, namun Juli tidak lagi mengendahkan Bryce....

Pengakhiran cerita ini.. Sycamore Tree akhirnya menjadi penyatu mereka kembali....

Benarlah kata orang-orang...cinta pertama sukar untuk dilupa... mungkin ada benarnya.

++ saya ingin sangat sycamore tree tu... nak tanam kat kampung saya... part sycamore tree ditebang tue memang betul2 menyentuh perasaan saya.Hal ini langsung membuatkan saya teringat kes merajuk 5 bulan saya tak balik kampung kerana pokok 'Belaian Jiwa' saya kena tebang.Bukan satu, tapi 5 batang... walaupun dah hampir setahun berlalu... sampai sekarang saya masih tak boleh lupa...- marah saya masih ada! (sila google sycamore tree)

Sunday, January 23, 2011

Tararam Pam Pam


Kisah ini sebenarnya sudah beberapa hari terkebelakang...tapi sebentar tadi waktu lagi melihat-lihat koleksi foto, terjumpa beberapa keping foto yang sebenarnya saya plan nak letak di sini... namun terlupa disebabkan banyak hal.Jadi sementara masih ingat... baek saya letakkan sekarang....- ngee~



Ermmm... makasih buat pengirim tersayang.... peti es saya sudah nampak cantek sekarang..... :) apapun saya nak tabik springla kepada kekreatifan tuan pengirim membalut kotak tersebut.Berpeluh jugak la saya cuba membukanya.... tersaaaaangatlah sukarnya... sangat mencabar!Pheewww!! ahaks!

Tuesday, January 18, 2011

Aku Dan Senja


....biarkan kunikmati kerinduan ini
seperti debu yang tak pernah bertanya
kemana ia akan pergi dibawa angin...
...biarkan damai menyapa jiwa yang luka
saat mentari seakan kian sembunyi
menabur mimpi di hati yang tak lagi bernyanyi....

Monday, January 17, 2011

Ada Aku Diantaranya


Ada yang bilang, andai kita tidak bisa mendapatkan apa yang kita suka... makanya kita harus belajar untuk suka apa yang kita dapatkan... kedengarannya simple tapi apakah kita siap menerimanya tanpa ada persoalan?

"Belajar untuk suka apa yang kita dapatkan?" andai kita tidak ingin untuk suka? apa itu layak dibilang mengingkar aturan alam? bukankah manusia itu punya hak menyusun atur setiap keinginan? meskipun ujung-ujungnya yang menentukan semuanya adalah yang Di atas sana...- palingan kita usaha..... nah ternyata andai keberuntungan itu tidak ada dipihak kita.... ya terima aja! kenapa harus menyulitkan setiap hal...iya kan?

....dan buat waktu ini, saya lebih memilih untuk berada diantaranya... melihat dan menilai apa sebenarnya yang saya inginkan...-

Friday, January 14, 2011

Melayang Bersama Angin


Sejak kecil saya sering bermimpikan untuk terbang, impikan untuk merasa bagaimanakah andai dapat berbaring di atas kepulan-kepulan awan...dan dari situ dapat melihat bumi.Satu sudut pandang yang pernah dirasai selama ini....
Sejak kecil saya memang kuat bermimpi.... saya bermimpikan tentang banyak hal.... merealitikan sesuatu yang sebenarnya fantasi... mengadakan sesuatu yang sebenarnya tiada....- itulah saya....sepertinya saya mempunyai atau bahasa paling tepat, dikurniakan satu kelebihan yang tiada pada orang lain... iaitu "berdaya imaginasi tahap tertinggi"... eheh! atau mungkin juga sebenarnya kerana saya selalu merasakan kehidupan kecil saya tidak terlalu indah seperti orang lain...
Dan mungkin kerana itu sebenarnya diam-diam tanpa sedar saya telah membina satu dunia yang hanya saya sendiri sahaja yang memahami... dunia yang saya rasakan cukup indah...-
Saya tidak tahu orang lain, tapi sejak dulu.... kalo saya lagi sedih, hal yang sering saya perbuat adalah sering mengimajinasikan diri terbang ke langit nan biru...hal itu bisa membuatkan perasaan saya senang.... meski tidak lama.. namun cukuplah sekadar membuatkan saya lupa pada apa yang tidak ingin saya ingati....
Saya kira hal itu hanya terhenti di zaman kecil... rupanya tanpa sedar saya membawa keindahan itu hingga ke hari ini, dan tanpa sedar juga saya turut terbawa sejumlah rasa sedih yang tak pernah bisa hilang sejak dulu hingga ke hari ini...-
Hingga ke saat ini pun saya masih lagi mengimpikan untuk mendepakan tangan membiarkan sang angin menampar wajah.... membiarkan pada akhirnya tubuh saya meringan dan akhirnya melayang bersama angin... terbang... biarlah entah ke mana... asal saya bisa melupakan hal-hal yang tidak ingin saya ingatkan lagi...-
Kemaren petang, sebelum pulang kerja, saya naik bangunan kerja di tingkat paling atas....waktu itu angin sangat kuat.... dari situ saya bisa lihat penang bridge.... dapat lihat laut yang sangat luas.... juga dapat lihat burung yang terbang bebas... juga dapat melihat sang mentari yang kemerahan ingin terbenam....dan akhirnya perlahan-lahan saya mendepakan tangan..... membiarkan angin kuat meniup-niup wajah..... saat memejamkan mata... sekali lagi saya berimajinasi sedang terbang...- melayang entah ke mana... -

Wednesday, January 12, 2011

Haruan Oh Haruan

Petang semalam balik kerja saya ke pasar... tiba kat bahagian ikan...saya nampak ikan haruan... tiba-tiba rasa teringin plak...dah lama rasanya tak makan haruan.Kalau kat kampung, bila tiba musim ikan darat, selalu jer pergi tangkap ikan puyu, haruan, sepat di bendang.Tapi saya bukanlah penangkap yang cekap... badannya yang berlendir dan licin memang sukar untuk ditangkap.Tapi kisah menangkap ikan ni cerita waktu kecik-kecik lah... skang nie dah lama tak turun bendang... eheh!



Akibat rasa teringin, saya pun beli la seekor... ikan haruan yang dikeringkan lagi best sebenarnya kalo dibandingkan dengan yang hidup, tapi kat penang ni mana nak cari haruan kering... balik rumah, saya pun belasah la haruan tue... inilah first time saya siang ikan haruan... dan kali kedua siang ikan, sejak bertahun-tahun.Bagi saya nak buang perut ikan tue adalah hal yang boleh membuatkan saya rasa mual...apatah lagi tengok perut-perut ikan tu... keduanya ikan yang dibeli di pasar adalah ikan yang dah pun mati... so tak kisah sangat... masa kecik-kecik dulu waktu ikut ayah pergi tangkap ikan di bendang, bawak balik ikan yang hidup-hidup.Saya tengok mak saya pukul-pukul kepala ikan tu sampai ikan tue menggelupur sebelum terus memotong kepalanya.... sampai sekarang saya masih tak sampai hati nak pukul ikan macam tue... satu sebab kesian.... kedua sebab saya akan rasa mual lepas tue.... baek beli ikan dah siap siang kan? lagi senang...


Setelah selesai menggaramkunyitkan ikan haruan tersebut, tiba la masa untuk saya menggoreng ikan tersebut....pong! pong! pong! minyak meletop...! kelam kabut cari tudung periuk kaver muka!! maunya terkena minyak panas kang jatuhlah saham... hahaha!! sapa kata menggoreng ikan tue senang! payah wooo!! so kepada suami2 sila hargai isteri2 anda yang bersusah payah memasak untuk anda.... baru saya tau... memasak tue bukan senang rupanya...

Tadaaaaa!!! dah siap!! hahahaaa ini ikan ker apa nih! lancur lebur! adoilaaaa!! mau kalo ada bakal mak mertua tengok, agak-agaknya dia luluskan tak jadi calon menantu? haha! tapi kalo ada bakal mak mertua yang berfikiran positif.... dia mesti luluskan saya... nak tau sebabnya? sebab dia akan cakap... "bagus budak nie... kalo anak aku sakit ker bersalin ke nanti... boleh la dia tolong-tolong jugak kat dapur.... ringan tulang betul budak ni... walopun dah tak nampak rupa ikan, tapi nawaitu tu yang lebih penting" sekian kata-kata bakal mak mertua....hahah saya agak jer! :P

Lepas menggoreng, saya call mak kat kampung....mak gelak bila saya bitau abis kulit ikan melekat kat kuali.... dia kata awatla saya tak letak asam keping masa menggoreng tadi....-

Laaaaaaa~ mana la saya tau.....saya kan budak baru belajar... adess~

Haruan oh Haruan... nasibmu la haruan....

Tuesday, January 11, 2011

My Lil' Star

So many times I asked myself
Why was I born, and what I grew up for
Why float the clouds and rains pour...
In this world, don’t expect anything for yourself

I would have fly to the clouds, but I have no wings
That starlight lures me from far away
But to reach the star is hard,
Even though the goal is near
And I don’t know if I’ll have enough strength for the throw

I will wait a bit more
And then prepare myself for the journey
Towards my dream and hope
Don’t burn out yet, star of mine, wait

How many roads will I still have to go by
How many heights will I have to conquer tofind myself
How long will I have to fall from the cliff
How many times will I have to start all from zero,
And is there a meaning to it

I will wait a bit more(I will wait a bit more)
And then prepare myself for the journey
(And then prepare myself for the journey)
Towards my dream and hope
(Towards my dream and hope)
Don’t burn out yet, star of mine, wait
(Don’t burn out yet, star of mine, wait)

Friday, January 7, 2011

Sebuah Ketidakpastian

Mungkin ada baiknya keadaan kekal seperti itu, pada permulaan memang lah sukar...bukan semua hal bermula dengan keadaan yang memuaskan..... kelama kelamaan kita pasti akan terbiasa dengan hal itu..-

Sebetulnya aku tak pernah memperuntukkan walau sedikitpun ruang untuk memikirkan hal-hal yang sebegitu, tapi kebiasaannya hal yang paling ingin kita hindari itulah yang selalunya menghimpit-himpit... mendesak-desak akal fikiran hingga membuatkan kita teringat-ingat...

Tanpa sedar Tuhan memberikan kita pelajaran melalui pengalaman.... tapi ada ketika kenapa kita harus bermula sekali lagi dan lagi dan lagi hal yang sama..... apakah kerana Tuhan tidak terlalu yakin akan kemampuan kita untuk mendepani keadaan seperti itu?

Iya, dan seperti biasa-biasanya persoalan ini akan tetap bersarang di kepala..seperti tiada penghujungnya.....Tuhan enggan untuk menjawab... mungkin Dia memilih untuk memberikan kita ruang mentafsir dan menilai kembali akan apa yang telah kita perbuat.... iya... mungkin...-

Siapa Tahu....-

Thursday, January 6, 2011

Bintangku

"......ochen mnogo raz ya sebe zadaval vopros... dlya chego rodilsya na svet, ya vzroslel i ros...dlya chego plyvut oblaka i dut dozhdi... v etom mire ty dlya sebya nichego ne zhdi....."


"....So many times I asked myself...
Why was I born, and what I grew up for....
Why float the clouds and rains pour...
In this world, don’t expect anything for yourself.... "

I would have fly to the clouds, but I have no wings
That starlight lures me from far away
But to reach the star is hard,
Even though the goal is near
And I don’t know if I’ll have enough strength for the throw

I will wait a bit more
And then prepare myself for the journey
Towards my dream and hope
Don’t burn out yet, star of mine, wait

How many roads will I still have to go by
How many heights will I have to conquer tofind myself
How long will I have to fall from the cliff
How many times will I have to start all from zero,
And is there a meaning to it

I will wait a bit more(I will wait a bit more)
And then prepare myself for the journey
(And then prepare myself for the journey)
Towards my dream and hope
(Towards my dream and hope)
Don’t burn out yet, star of mine, wait
(Don’t burn out yet, star of mine, wait)

- BINTANGKU

Sejak beberapa minggu nie lagu nie kerap berputar kat kepala saya.... setiap kali mendengarnya buatkan hati rasa sangat pilu.... mungkin kerana sejak beberapa minggu ni saya kurang berMOOD untuk tersenyum....Terlalu banyak hal yang saya pikirkan.... saya buang mana-mana yang tak perlu untuk tidak terlalu dipikirkan.... tapi hujung-hujungnya ternyata masih ada juga yang mahu atau tidak perlu jugak difikirkan...- kalaulah saya tau bagaimana cara untuk saya keluar dari semua rasa ini, pasti saya lakukan...

Terkadang, saya terfikir alangkah seronoknya kalo menjadi anak kecil...bila ingin menangis, ada ibu atau ayah... atau kakak.. atau abg yang boleh menjadi tempat untuk kita alirkan rasa sedih tue...tp bila akhirnya kita membesar dan dewasa seiring dengan kehidupan... kita ditinggalkan oleh semua memori-memori semalam dengan begitu pantas... hingga akhirnya kita tersedar yang kita sendiri.Sendiri mendepani semua rasa sedih itu...

Setiap kali saya mengingatkan diri saya bahawa semua itu hanyalah gangguan bersifat sementara, Tuhan pula mengingatkan saya bahawa semua itu adalah hal-hal yang perlu saya depani... -
Dan seperti biasa... bila hal-hal seperti ini terjadi....LAGI, saya akan mengambil langkah berdiam... diam adalah saya... dan saya adalah diam... satu hubungan yang saling terkait rapat sejak dulu yang sukar untuk dipisahkan...-
Seperti mana yang saya pernah cakap... semua orang boleh melukis.... kita boleh melukis di kanvas dengan apa jua jenis lukisan.... cuma masalahnya lukisan yang terhasil itu adakah ia cantik atau tidak.... itu persoalannya.... kerana bukan semua orang dianugerahi bakat melukis.... saya tidak ingin menyalahkan berus lukisan, juga tidak ingin salahkan waterkaler.... lalu apakah tangan saya yang salah...?!
ERMMMM....-

Wednesday, January 5, 2011

Waktu Yang Berputar

2011 sudah pun menginjak ke hari yang ke-4, cepat betul waktu berlalu sekarang ni.Kalau tak caya tunggu je la sikit masa lagi... sedar-sedar je dah pun hujung tahun.... ermm..saya rasa mungkin waktu pun semakin bosan dengan kehidupan ini... agaknya kerana itulah cepat-cepat je dia buat kitaran waktu....

tapi...

Kesian lah kepada mereka-mereka yang masih terkejar-kejar mendapatkan waktu... yang pasti waktu tertap jugak melangkah ke depan.... tak pernah langsung nak mempedulikan sesiapa yang jatuh ke, rebah ke... tersungkur ke.... yang pasti mau atau tak... kita harus bangun dan jangan lagi biarkan kita mengejar waktu.... lupakan lah kata-kata "alangkah" 'alangkah besnya kalau waktu dapat diundur' eheh! sampai kiamat pun kita takkan mampu mengundur waktu...-


Bagi saya, ada baiknya kita belajar menghargai waktu yang ada ini.... kelak tatkala kita sudah melepasi fasa-fasa tertentu dalam kehidupan...takkan terbit sekelumit pun rasa sesal...-

Tapi, dah nama pun manusia kan.... ada je ketidakpuasan...-

Itulah kehidupan...-

Tuesday, December 21, 2010

Ceritera Lalu

Tadi entah kenapa saya sengaja menggatalkan tangah di facebook untuk mencari sahabat2 disekolah tahun 1991-1995 sebelum nie tak pernah terpikir plak tentang hal nie... eheh! sukar jgk untuk menjejak... yerlah tak semua orang nak pakai nama betul kan...? dah macam2 nama yang kita tak pernah terpikir orang boleh pakai sekarang.

Namun agak bernasib baek jgk sebab tak semena-mena bertemu 6 orang diantaranya.... menda pertama yang terkeluar dari mulut saya bila masuk fb dorang.... wahhh... kenapa semua makin bertambah bulat? eheh!! saya pun mengandaikan mereka semua mungkin tengah menjalani kehidupan dalam kondisi yang bahagia... mungkin..-

Saya pulak...?!

EHEH!!

Monday, December 20, 2010

Antara Iya dan Tidak

2011 semakin menghampiri... aku tak rasa masa cepat berjalan... juga tak merasa lambat untuk waktu berputar.Semuanya serba biasa... Atau mungkin aku banyak menghabiskan waktu yang ada dengan menjalani hidup apa adanya... tanpa sangat berfikir tentang apa yang sering aku fikir seperti lewat waktu-waktu dulu.

Emmm... sampai saat nie pun aku masih bingung samada aku masih ingin berblog atau tak... mungkin kerana aku kurang gemar daerah ni.Makanya aku sering biarkan ia sepi tanpa kata-kata....-

...atau mungkin aku sendiri yang takut untuk berkata-kata sebenarnya... takut andai ia masih sama seperti kisah-kisah lalu.... tapi apapun, aku biarkan waktu yang menentukan semuanya..... aku sudah berjanji untuk menghadapi semua apa adanya.... tak ada yang perlu dikhawatirkan bukan....?

Cuma buat waktu ini biarlah aku menulis di sini tanpa diketahui sesiapa.... belum bersedia barangkali....

antara IYA dan TIDAK..... nampaknya aku masih berdiri diantaranya..... -

Wednesday, December 1, 2010

Free? Bebas?


Seorang teman bilang, tidak ada rasa lain yang lebih nyaman selain dari rasa bebas.... FREE... tapi ya terserah gimana kita ngaturin rasa itu...

Mendingan bebas, ketimbang sedih mulu.....!!!

Barusan aku nyadar kalo semua rasa yang aku punya lewat belakangan ini... adalah terdiri dari hal-hal yang ga penting sama sekali....

Bener kok!! udah ga punya waktu lagik buat semua rasa itu... cuman yang sering kepikiran di kepala, kenapa harus terwujud sosok-sosok manusia yang sering bikin kehidupan kita berantakan?

Untuk satu bulan terakhir ini... aku pengen ngebicarain hal-hal manis... meski ujung-ujungnya harus berakhir filosofi kayak orang-orang sok pinter... eheh!!

Sebagai seorang islam, aku percaya kok... ada baek pasti ada jahatnya, ada hitam, pasti harus ada putihnya... ada suka, harus juga ada dukanya.... Tuhan itukan maha adil... biarpun kita sering lewatkan pembicaraan bersama Tuhan di atas sejadah dengan menumpahkan seluruh isi hati dalam sendu tangis... Tuhan pasti denger kok!!

Ya udah!! itu aja yang pengen aku bilang...!! belakangan ini rasa FREE ini udah bikin aku sadar akan begitu banyak hal yang selama ini aku anggap ga penting, rupanya menjadi begitu penting... hingga kepentingannya itu bisa bikin aku ga keruan!!!

Tuhan, bantuin aku yach!!

AMIN!!
++foto ehsan akungantaro

Friday, November 26, 2010

Arti Bahagia


Cuba jelaskan pada aku, definisi bahagia itu sendiri menurutmu gimana?…

Apakah dengan tertawa tanpa henti selama 24 jam itu bisa diartikan bahagia? Ataupun tersenyum sampai ke telinga hingga membikin pipimu keletihan itu bisa diandaikan pemilik rasa bahagia?

Jadi kalo itu bukan definisi sebenar tentang arti bahagia, lalu apakah bahagia itu sendiri sebenarnya? Iya, kadang tanpa sedar, Tuhan sebenarnya telah memberi sinyal-sinyal kecil buat kita…. Tentang pemaknaan bahagia itu sendiri….

Kenapa aku berkata begitu?

Bahagia itu sebenarnya datang dari hati itu sendiri…. Kamu bisa tersenyum dihadapan seribu orang…. Malah kamu juga bisa tertawa di hadapan semua orang… tapi andai itu bukan datangnya dari hati…. Lalu apalah artinya kan?

Tapi, sebetulnya juga, bahagia itu dimaknai setiap orang dengan pemaknaan tersendiri.Aku punya sahabat yang memilih untuk hidup bersama dengan orang yang aku rasa tak sepatutnya memiliki dia, manusia yang selayaknya tidak harus hidup bersama-sama sesiapa.Apalah guna hidup bersama andai setiap masa ada saja yang tidak kena pada pandangan mata, tapi dia tetap memilih kebersamaan itu.Lalu aku sendiri bingung bahagia seperti apa yang dia dapat hasil daripada hubungan seperti itu? Bila tubuh terasa sakit akibat dipukul, bila caci dan makian dihamburkan dengan sesuka hati… lalu bagaimana logiknya ada bahagia dalam kondisi seperti itu…..??-

Ermmm…palingan mereka sudah 6 tahun bersama….- aku kira itu sudah cukup memaknai kebahagiaan itu sendiri… KAN? Sebetulnya aku sendiri pun tidak layak untuk berbicara tentang bahagia itu sendiri…. kerna aku juga sebenarnya masih kabur tentang apa rasanya bila memiliki perasaan itu.

Cuma yang aku tahu, sejak aku terlepas dari satu kondisi ketidaknyamanan yang sangat menyulitkan, ada perasaan lega di situ… kelegaan yang akhirnya membuahkan sedikit senyuman… apakah itu juga bisa diandaikan bagian dari rasa bahagia? MUNGKIN…- aku tak pasti…

Cuma saat terlepas dari ketidaknyamanan itu aku masih tidak punya hala tuju yang betul-betul terarah pada bahagia itu sendiri… kerna itu juga apa saja jenis bentuk bahagia aku rebut…. palingan untuk tabungan pada saat terdesak.

Untuk beberapa sahabat yang masih mencari bahagia itu… apa kata kau ciptakan sendiri bahagia yang menurut mu dapat membuat kau merasa nyaman dalam menghadapi kehidupan...Kesukaran mungkin ada andai terlalu menunggu bahagia itu datang sendiri.

Kerana percayalah….bahawa bahagia itu tidak pernah datang dalam pakej yang lengkap.dalam kehidupan kita…. KITA REBUT…KITA CIPTA… DAN KITA DAPATKAN…-

Salam bahagia untuk semua..~
++foto ehsan akungantaro

Tuesday, November 2, 2010

Surkus Oh Surkus

Jam 10 tadik dapat email panggilan kursus plak.... musim-musim depavali pun masih ada kursus jgk.... adesss! yela... meskipun aku tak sambut deepavali... tapi time-time macam nie kompem susah nak dapat tiket bas nanti.Warghhh!! musnah harapan nak balik kg camnie...lately ngan keje yang berlambak bikin stress je... I NEED COTI! takpelah... coti sambil berkursus la nampaknya...- kl menjerit lagik... huhu

Tuesday, August 17, 2010

Sepi Itu Indah?!


izinkan kujemput senja
yang tersangkut di cakerawala
untuk kutulis ke dalam untaian aksara

dan biarkan malam tak kunjung datang
hingga tak ada satupun bulan atau bintang
yang dapat menghalangi cahaya senja
jatuh menerpa dasar paling rahasia

yang darinya aku mengenal perbedaan
antara kehilangan dan kedukaan
di sepanjang lorong kesunyian

sekuntum senja itu
kerap menjadi lentera yang mengendarai waktu
demi waktu menemaniku mengeja jalan hidupku

wahai senja sederhana penuh warna
hatimu telah menjadi sebatang pena
diantara jemari suasana

Sepi itu indah? Di mana agaknya letak keindahan dalam rasa sepi itu? Yang aku tahu, telah banyak aku menyaksikan bahawa sepi itu sering membunuh jiwa.Membawa manusia itu larut sendiri dalam kesedihan yang seperti tiada hujungnya.

Sepi itu tidak bisa dilihat… ia cuma bisa dirasai.Terkadang dalam keriuhan pun kita masih bisa merasai rasa sepi.Itu yang selalu terjadi bila logik akal enggan berkompromi dengan tuntutan hati.Makanya kita akan dipisahkan sebentar dari dunia nyata.Tenggelam dan hanyut dalam dunia ciptaan sendiri….-

Kau, aku.. kita semua pernah melalui fasa-fasa sepi dalam kehidupan.Tipulah andai tiada seorang pun tidak pernah merasainya.Cuma bezanya adalah pada cara kita menghadapi rasa sepi itu.

Jadi, andai kau tanyakan pada aku, apa benarkah SEPI ITU INDAH? Maka aku hanya akan berkata :

“Sepi itu akan menjadi indah hanya pada saat kau betul-betul menyedari bahawa diantara lautan rasa sepi itu akan terselit satu keindahan yang perlu kau fahami betul-betul.Dan apabila kau sudah fahami betul-betul… keindahan itu akan kau dapatkan….

KEKUATAN ... itulah keindahan daripada rasa sepi itu”

Buat mereka yang masih memiliki rasa sepi itu, yakinlah KEINDAHAN itu selalu ada…Cuma kau perlu menerokainya… dapatkan ia, dan jangan biarkan sepi itu melarutkan kau dalam kesedihan yang tak berpenghujung.-

Untuk KAMU juga sahabatku ( iya, aku maksudkan kamu!)

Thursday, April 1, 2010

Walk This Road Alone


Gone away
I try not to make the same mistakes
There's gotta be a better way
To live my life
Without having to move on every time
To keep from facing the lies

And I don't know if I was right
But was it worth the fight?

Cuz now I walk this road alone
Don't want nobody to slow me down
On my way to nowhere
What will I find when I get there?
And in the end
I'm still travellin'
On this road that never ends
And for a moment
I almost came crashing to my knees
But here I stand

And I don't care if you don't believe
It's not my choice, it was chosen for me

So now I walk this road alone
Don't want nobody to hold me down
On my way to nowhere
What will I find when I get there?
I don't know what I'll find when I get there
What will I find when I get there...
When I get there...
When I get to nowhere

Wednesday, July 8, 2009

Bunga Angkasa

Bunga Angkasa

indah sinar sang suria
merdu irama sang bayu
tiada seindah wajahmu
tiada semerdu suaramu

lembut bayu membelai
merdu burung berlagu
tiada selembut belaianmu
tiada semerdu kau berlagu

keindahan wajahmu
jadi sumber ilhamku
suaramu yang merdu
menghiburkan hatiku
bertambah cahaya hidupku
kau janji bersumpah setia
walaupun ribut melanda kan bersama

selagi masih ada
sinaran mentari
selagi ada getar dijiwaku
kan ku korban jiwa raga
demi cinta
untukmu BUNGA ANGKASA

p/s : apakah kau BUNGA ANGKASAKU? aku tidak ingin sekadar memandang dari kejauhan... tapi aku ingin memiliki....-

Monday, July 6, 2009

02 Julai 2009 - Kangeun!!

Kok kenapa yah tiba-tiba saya jadi kangen mau pulang kampungTapi, percaya ga, Yang Di Atas ituselalu memberikan sinyal-sinyal kecil setiap saat.Cuman kita doank yang terkadang tidak nangkap isyaratnya.

Misalnya, keponakan saya yang ga sering ngirimin es-em-es, kok tiba-tiba jasi nanyain kapan mau pulang kampung...saya kira udah kangen berat tue.. eheh!!!

Ato tiba-tiba, teman kantoran yang selama ini ga pernah peduli tentang saya, kok langsung nanyain kapan saya mau pulang kampung... seperti yang terjadi bentar tadi.


Tiba-tiba....
"another summer day

has come and gone away

in paris and rome

but i wanna go home"


Lagunya Michael Buble muterin terus di kapala! non stop! aduh!!


Petanda nih!!! saya harus segera pulang kampung!


Next week rencananya..... lalala lala lal ala....

Wednesday, July 1, 2009

01 Julai 2009 - Terkenang-Kenang part 1

Dulu, saya pengunjung setia daerahnya... semenjak dia jauh diperantauan.Di suatu daerah nun jauh di tempat sang matahari mula memunculkan sinarnya.Kemudian dengan tiba-tiba... dia menghilang bersama daerahnya.Hilang tanpa meninggalkan langsung kesan untuk dijejak.

Bukan saya tidak berusaha untuk menjejaknya.... tapi saya tidak mempunyai cara yang paling berkesan untuk mencarinya.Saya tidak mempunyai radar yang dapat mengesan ke mana dia menghilang.

Bila waktu semakin berlalu.... perlahan-lahan saya dapat menerima kehilangan itu.Kerana saat itu saya pun tidak pernah terpikir untuk mendekat, cukuplah sekadar menghabiskan waktu menjadi tetamu halimunan di daerahnya....

Itu kisah beberapa tahun yang lalu...

Tapi... sebuah keajaiban telah berlaku... beberapa bulan lalu... saya terserempak dia di sebuah kedai makan.Waktu itu saya bersama dua orang sahabat sedang minum-minum di situ.

Saya jadi betul-betul terperanjat... setelah sekian lama dia menghilang, rupa-rupanya dia berada di lingkungan daerah yang sangat dekat dengan saya.Kasihan 2 orang sahabat saya yang datang jauh dari KL ingin berjumpa dan minum-minum bersama saya malam itu.Tumpuan perbualan saya bersama mereka sedikit terganggu.Tumpuan saya terarah kepada orang lain yang duduknya cuma berjarak 2 buah meja saja dari saya.

Sewaktu saya bangun membayar duit di kaunter... tiba-tiba saya lihat meja dia sudah kosong.Ke mana dia menghilang agaknya... sama seperti dulu... hilang tanpa meninggalkan sebarang kesan untuk saya jejak.

Mulanya saya tidak terfikir untuk merasa terkilan.Disebabkan saat itu perasaan saya lebih kepada berbunga-bunga.Saya tidak pernah menyangka dapat bertembung tanpa sengaja dengan dia...

Dan pengkisahan itupun terhenti setakat itu......

Bersambung.............

Rindu Di Angin Lalu


Monday, June 29, 2009

Sunday, June 7, 2009

Menanti Cinta

MENANTI CINTA
by krisdayanti - ciptaan MELLY GOESLOW
OST - Ketika Cinta Bertasbih

sejak lama aku berdiri
dalam sepinya rongga hati
tak satupun burung
mampu menjawab

hanya padaMu kubertanya
lewat setiap sujudku ini
siapakah nanti
cinta untukku

wahai penilai hati lihat batinku
nyaris bernanah kerna luka tersayat
merana menantikan cinta dan kasih hidupku

rahasia itu hanya Kau yang tahu
namun aku tak mahu jadi tuna cinta
tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

rahasia itu hanya Kau yang tahu
namun aku tak mahu jadi tuna cinta
namun harus ku ikhlaskan semua nasib cintaku
padaMu

++++++++

Filem Ketika Cinta Bertasbih bakal ditayangkan tanggal 11 juni di Indonesia dan khabarnya di beberapa negara lagi termasuk Malaysia.Selepas kejayaan Ayat-Ayat Cinta... sekali lagi novel Habiburrahman El Shirazy diterjemahkan ke layar lebar.Saya mengikuti perkembangan pembikinan filem ini sejak tahun lepas lagi.

Filem cinta islamic mula mendapat tempat dikalangan pembikin filem di indonesia... Well, saya bukan nak bercakap tentang filem ini... kerana saya sebenarnya lebih teruja untuk bercerita tentang lagu-lagu yang terdapat dalam filem ini kerana MELLY GOESLOW telah dipertanggungjawabkan sebagai pembikin runut bunyinya.Mendengarkan nama Melly sendiri sudah cukup mengujakan saya, apatah lagi menyelami musik-musiknya... dia emang ratu soundtrack!!!

Meskipun filem ini belum diriliskan... namun lagu-lagu soundtracknya telah diriliskan satu demi satu... bermula dengan Tuhan Beri Aku Cinta yang dinyanyikan oleh Ayushita... kemudian Ketika Cinta Bertasbih duet antara Melly dan Amee....kemudian, lagu Ya Habibi yang dinyanyikan oleh Melly dan kini Krisdayanti dengan lagu Menanti Cinta.... masih PANAS lagi lagu nie...tanggal 27 Mei lalu, lagu Menanti Cinta telah mula diupload ke internet... mengapa saya kata 27? kerana boleh dikatakan hampir setiap hari saya mencari lagu ini... namun tak berjumpa.Dan tanggal 27, bila saya google jer terus keluar lagu nie.Heh!! dapat juga akhirnya saya mendengarkan lagu ini.Dan sekarang lagu ini sudah boleh diperolehi hampir di semua situs-situs lagu.Cuma sekarang masih menunggu music video lagu nie kat utube.Sudah shooting... tapi tak tau bila akan ada orang nak upload kan... uhuk!!! mungkin belum release lagik kot.

Dan dalam masa 8 hari ini... rasanya saya sudah mengulang-ulang dengar lagu Menanti Cinta hampir 400 kali.Anggaran sehari dalam 50 kali saya dengar.Sebenarnya saya memang jenis macam nie... kalo saya dah suka satu-satu lagu... saya akan dengar berulang-ulang kali.Takkan dengar lagu-lagu lain dah.Sebab tue bila orang lain baru start nak suka... saya akan cakap saya dah jemu pun dengan lagu tue.... ahaks!!!

Macam nak geget-geget jer sore kris dayanti mendengarkan dia menyanyikan lagu nie... sedap gilerrrr!!! lirik pun sangat puitis... cuma satu yang memusykilkan saya... perkataan yang saya highlightkan tue... kurang jelas kat pendengaran saya... samada GURU ataupun BURUNG... pikir-pikir balik, takkan burung kot,naper kris dayanti nak tanya kat burung?? tanya pun kat burung... manalah burung mampu nak menjawab... burungkan takleh cakap!! adeh!! pusing japs!!

Apapun... buat waktu ini, inilah lagu TERSEDAP yang sangat membuatkan saya terbuai-buai tatkala mendengarnya...

Saya suka perkataan WAHAI PENILAI HATI.... sesuatu yang sangat puitis... berbanding lirik lagu melayu... mesti dah dorang letakkan OH TUHANKU...ataupun YA ALLAH...

KREATIF DIKIT DONK!!

p/s: kalao ternyata lagu ini kedengarannya 'biasa-biasa' jer kat pendengaran korang, tak dapek la den nak nolong....- lain orang kan lain TASTEnyer.... hohoho :P

++ foto ehsan dari akungantaro...tq