Thursday, November 6, 2014

FOREVERMORE TELESERYE

 

Selamat pagi, ceriakah korang melalui hari-hari dalam kehidupan? kalau tak feel takpe... hidup bukan selalunya hepi kan? kadang ada jugak sedihnya... turun naik dalam kehidupan.Tapi andai waktu ini kamu lagi senang dengan kehidupan, maka nikmati dan railah seolah-olah kamu tidak pernah mengenal erti sedih :)

Okey di hari yang berbahagia ini, saya teringin untuk berkongsi teleserye terbaru dari Filipina.Judulnya Forevermore, kebetulan judulnya serupa dengan filem lakonan Jericho Rosales dan Kristine Hermosa yang pernah meletop di Malaysia satu waktu dulu.Drama rantaian yang disiarkan oleh ABS-CBN ini mula ditayangkan pada 27 Oktober lalu.Dan semalam sudah pun memasuki episod yang ke-7.

Drama ini diarahkan oleh Cathy Garcia Molina.Seorang pengarah terkenal yang sering menghasilkan filem-filem box office.Genre romantik komedi memang 'makanan' beliau selama ini.Siapa boleh lupa filem-filem gandingan John Lyod Cruz bersama Sarah Geronimo dan jugak filem-filem gandingan Toni Gonzaga dan Sam Milby...hingga melayakkan mereka mendapat pasangan paling ideal di layar lebar...

Jujurnya saat pertama kali menatap trailer Forevermore ini, hati terus terpaut, Keindahan Baguio dipaparkan dalam drama ini menjadikannya sangat menarik.Kalau di Malaysia mungkin tempatnya dalam kategori Cameron Highland la kot.Eheh!

Drama ini masih tidak lari jauh dari typical soap drama philipina... tapi diberi suntikan segar dan mainan sinematografi yang menarik membuatkannya terlihat begitu indah.Saya tidak syorkan kepada bukan menggemar drama2 dari filipina... Tapi untuk orang yang seperti saya... drama ni sangat terlihat 'sweet'.Gandingan pelakon baru Enrique Gil dan Liza Soberano pun nampaknya ada chemistry.



Drama ini mengisahkan Xander pewaris Grande yang bosan dengan kehidupannya nekad melarikan diri dari keluarga dan kehidupan kaya-raya... Agnes pula gadis miskin yang tinggal bersama ayahnya.Mereka mempunyai ladang stawberi.Itulah pekerjaan mereka setiap hari.Hinggalah satu hari pemilik tanah tempat mereka menanam strawberi mengambil keputusan untuk menjual tanah tersebut.

Pertemuan berlaku tanpa diduga.Sewaktu Xander kemalangan kerana payung terjunnya gagal berfungsi dan dia terjatuh di dalam lori yang sedang dinaiki oleh Agnes dan bapanya.Kejadian itu menyebabkan bekalan-bekalan strawberi yang akan dibawa Hotel Grande menjadi rosak.Sejak itu mereka menculik Xander dengan harapan untuk menuntut ganti rugi.Tanpa mengetahui identiti sebenar Xander.

Banyak kejadian-kejadian menarik dan melucukan selepas itu....









No comments: