Friday, February 8, 2013

SANA'Y WALA NANG WAKAS - ASTRO BELLA



Setelah sekian lama saya tidak menulis di sini.... tiba-tiba saya jadi punya alasan untuk menulis kembali.Juga saya tiba-tiba jadi punya alasan untuk tersenyum atau mungkin melompat setinggi langit...mungkin...

Kerana apa?

Hurmmm.... peluang selalunya tak datang berkali-kali... doa pun tak semestinya semua terkabul...tapi di celah-celah harapan menggunung yang tak pernah sedikit pun pudar itu, saya sering meletak harap agar suatu saat hal itu bisa terjadi....

Dan kini ia telah terwujud.Menghilangkan segala gundah yang selama ini bersarang di hati.

('drama' sangat kata-kata di atas kan? but honestly itulah yang sebenarnya saya rasakan)

Saya tak tahu samada kalian menyedari atau tidak tentang kewujudan drama SANA'Y WALA NANG WAKAS kat dunia ni...OVER tak kalo saya katakan drama itu adalah naskah terbaik menurut pandangan peribadi? Kamu pernah menonton sebuah drama atau filem yang kemudian meski pun jalan cerita tidak sama seperti kehidupan kamu, tapi kamu mampu menjiwai sepenuh jiwa penceritaannya dan merasa situasi itu benar-benar dekat dengan kamu? Iya, itu lah yang sering saya rasa setiap kali saya menonton drama ini.

Saya masih ingat lagi pertama kali drama ini di siarkan di astro suatu waktu dulu, saya tidak menonton kerana tidak memiliki astro.Dan kemudian drama ini di tayangkan semula melalui TV2 sedikit waktu dulu...saya cuma melihat 1 episod untuk terus akhirnya mengatakan IYA, SAYA SUKA DRAMA NI! seterusnya meskipun ceritanya disiarkan pada hari bekerja, saya sanggup berlari ulang alik dari pejabat ke worksyop semata-mata untuk menumpang menonton drama ini.Apabila iklan...saya akan berlari kembali ke pejebat.Asalkan dapat menonton 20 minit pun sudah memadai.Yang selebihnya saya bertanyakan teman2 yang berada di worksyop.

Kemudian apabila tiba2 saya menemui sebuah forum di CARI.COM.MY yang berbicara tentang drama ini saya pun turun join... dan lebih menyeronokkan bila ada yang berkesudian untuk menguploadkan setiap episod yang di tayangkan di tv.Makanya setiap petang,setelah selesai waktu bekerja saya akan stayback di opis selama sejam untuk mendownload episod demi episod.Meskipun saiz file cuma kecil dan visualnya agak kabur saya tetap jgk donlod.Akhirnya genap sehingga 100 episod.dan selama 100 hari itu juga la saya berkenalan dengan teman-teman baru di forum tu.Sangat best (mana agaknya dorang sekarang).Semenjak itu, saya menonton drama 100 episod itu berulang dan ulang... selama tempoh 2 tahun saya menonton drama itu lebih dari 6 kali....tak pernah pulak jemu, setiap scene tetap dapat saya rasakan emosinya meskipun dah tau dan tau tentang kisahnya.

Semuanya terhenti apabila hardisk saya rosak kerana terjatuh.Lebih malang ia tak dapat diselamatkan lagi dan bertambah malang sebab drama 100 episod itu saya tidak membuat back up.Perasaan waktu itu seperti nyawa disentap kuat dan tidak bisa bernafas untuk tempoh 5 minit...hurmmmm

Namun sejak itu saya berusaha menjejak dan menggoogle daerah-daerah yang boleh memberikan info atau apa saja yang berkaitan dengan drama ini.Namun yang tinggal thread2 yang terbiar... blog2 yang dah bersawang tidak berupdate.Saya faham... cerita itu pun dah lama... mana ada sesiapa yang keep updating pasal hal ni.

Saya pernah cuba mengemail seorang teman di sabah yang katanya memiliki set drama ini walaupun tiada subtitle.tapi emailnya itu sudah tak valid.Yelah, catatan yang dah pun berusia 3 tahun... bagaimana nak menjejak.

Namun di suatu hari yang sangat best, pada bulan oktober di tahun 2011 saya cuba search drama ini di YOUTUBE, walopun sebelum2 ini dah banyak kali try dan tiada pun pautan cerita ini.Namun kali ini beda, kerana ada yang uplod drama ini.Waktu itu rasa hepi yang tersangat.Meskipun episod yang diupload part by part dan saiz yang agak kecil, saya tidak peduli tentang itu semua.Setiap hari 1 episod saya download.

1 episod = 5 part
20 episod = dah berapa dah... sendiri mau tau arr

Broadband saya melebihi kuota penggunaan.Saya terpaksa tahan perasaan menunggu bulan seterusnya untuk kembali mendownload.....Bila tiba bulan November.... malang yang teramat malang...akaun manusia yang upload drama SWNW ini telah di block.Sekali lagi saya terasa nyawa bagai di sentap.Menyesal tak sudah kerana saya tidak berjaya habiskan mendownload drama ini.Andai saya tahu ini akan terjadi dha tentu saya topup volume 5GB ke... tak perlu tunggu sampai awal bulan....SH*T!

Jadi nya sejak itu dalam simpanan saya cuma ada episod 1-37.Dan saya sudah membuat back up.tak nak kejadian sama berulang.Setakat ni dah ulang tonton lebih dari 3 kali.... tapi setiap kali tiba episod yang ke 37... emosi marah menguasai diri... marah kerana tidak dapat mengikuti episod seterusnya.... double SH*T!

...saya tidak pernah menonton ASTRO BELLA, walopun channel tersebut menayangkan drama2 latin dan juga asia terutamanya dari filipina... saya selalu je berharap akan dorang tayang drama SWNW....

...hinggalah suatu hari pada beberapa bulan yang lalu, bila channel tersebut kembali menayangkan PANGAKO SAYO juga lakonan Kristin Hermosa dan Jericho Rosales... harapan saya kembali berbunga... dan berharap yang dorang akan siarkan juga nanti SWNW.

Maka akhirnya 2 hari lepas, sewaktu menonton tv dan terklik channel Bella... mata saya tertancap di skrin... Hampir menjerit sebenarnya... ASTRO BELLA BENAR-BENAR SIARKAN DRAMA SWNW OMG!! dan tayangan dah pun bermula sejak 31hb Januari lagi.

Apa yang saya buat? saya kosongkan space memory dekoder astro... delete mana2 program yang dh tak mahu dan mula merekod episod SWNW....

Saya juga terjumpa satu facebook yang menjual drama2 filipina.... saya berhubung dengan beliau dan meminta beliau merekod setiap episod dan burn kan ke cd.

Saya juga terjumpa beberapa blog yang kembali menguploadkan drama ni di blog masing-masing.Saya menunggu episod 37 untuk kembali menyambung download dan menyimpan naskah kesayangan ni smpai bila2.

Iya, saya akhirnya jadi punya alasan untuk kembali tersenyum.... cerita ini bukan sekadar cerita... tapi ia jiwa sebenarnya.Entah kenapa KEGILAAN saya kepada drama ini tak pernah hilang.... - 

Kalau nak rasa bagaimana indah, sakit, pedih atau apa tentang cinta.. ARA-CHRISTIAN-MARY ANN-LEO bisa memvisualkannya dengan sangat baik....

owh ya, terima kasih juga kepada PERFECTFRIEND200@GMAIL.COM yang memberi info tentang koleksi SWAN.Sekurang-kurangnya ada anda sebagai back up seandainya saya tidak berjaya mendownload drama ini.Apa2 akan saya hubungi anda... tq so much!

DEMAM CINTA KEMBALI LAGI.... saya rindu untuk kembali bercinta dengan SWNW


42 comments:

Anonymous said...

Sameeeeeee!!! Minat gila2 kot cerita tuu. Boleh bagi fb org yg jual koleksi SWNW???

einakpr said...

untung la ada astro bella... mcm saya tak dak astro pown... harap ada org uploadkan drma ni je...

MM said...

Einakpr : sila masuk blok helloskyblu.blogspot.com... Bleh donlod kat situ.... Araxian is back! Hehe

MM said...

syeda : masuk ke fb astro bella, kat situ dia ada promo fb yg jual vcd.tp admin bitaw bt ms skang vcd swan habis stok.tp nnti dia akan update bila stok dh dpt....apa2 nnti sy akan apdet kat sini.... :-) bes kan? Hehe

Anonymous said...

saya pun sama...minat giler..hari semalam (Rabu) saya tak masuk ofis petang..hanya semata-mata nk menonton SWNW...tapi hari nie...huhu..tak dapat tengok...sedih..sedih...camner nk download drama nie??

MM said...

anonymous : sila rujuk link yg dah sy attach kat komen di atas.... selamat mendonlod :)

Mimie Azmitabalkis said...

boleh juga nonton SWNW yg tlah saya upload di link ini http://sanaywalanangwakaslover.blogspot.com/ ataupun di channel ytube saya http://www.youtube.com/user/azmitabalkis02

MM said...

mimie azmitabalkis : tima kasih mimie untuk info ni...ayuh semarakkan kembali ARAXIAN huhu

Unknown said...

mimie azmitabalkis....nape x update episod 31 & 32 ek...kene block juga ke mcm website yg lain...?hope dpt upload sampai episod akhir...

Mimie Azmitabalkis said...

norhaslinda alias@ saya dh upload sampai episode 41....hari tu lambat sikit upload sbab perakam usb saya rosak....jadi x boleh nk rakam ke pc....

Nikee Me said...

DEAR MEER!AKU SUDAH MENONTON SUDAH MASUK 5X DARI TARIKH ARI INI....DARI TAHUN 2006 TV2 HINGGA KE TV3 SERTA KEMBALI KER ASTRO BUAT KALI KE 2..TAK PERNAH JEMU MALAH AKU KE HILTON MENJENGUK SI ECHO MARCH LALU....

MM said...

teruskan merakam ye @MIMIE AZMITABALKIS, saya tumpang donlod jgk dari site anda.... :)

MM said...

dear @NIKEE ME, untung laaa sbb dapat gi hilton.ada snap picca x? hahaha

Danial Qayyum said...

Hi.. Sy juga tgk ini cerita la. laki x bole tuka ch kalo sy da hadap cerita ni. Dgn dia sekali hanyut tgk. Kalo x dpt tgk 3pm, 8pm wajib kena tgk.. Nk tgk marathon bole la on weekend. Tp susah la nk buat.. Sekali je penah sabtu ahad hadap tv sampai 10pm. Mata panda terus..hehehe.. Btw hepi sbb jumpa juga taik sanay wala spt awak.. Selamat berkenalan :)

Unknown said...

i nak cd die...ceta ni best.x jemu tonton dr dulu hingga kini.

Unknown said...

i nak cd die...ceta ni best.x jemu tonton dr dulu hingga kini.

Anonymous said...

Episode 80-100 final episode kt mane bole tgk te?excited ni hee

Anonymous said...

Sy x jumpe episode 80-100.dh lama duk cari kt internet tp still x jumpe.mintak bantuan ye 😊

Anonymous said...

Macam mana nak dapatkan full VCD nie, help pleaseeeee..

Unknown said...

bagi sesiapa yg minat dengan drama sana'y wala nang wakas... saya masih lagi menjual dvd dia... boleh hubungi melalui HafizJunk90@gmail.com

Unknown said...

Hi...nak tanya...kenapa semua video cerita ni kat youtube dh remove ye...?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Mungkin sebab hak cipta penerbitan..

Unknown said...

Mungkin sebab hak cipta penerbitan..

Anonymous said...

ade lg x vcd ni?

Anonymous said...

sy dh merata cari vcd or dvd ni..even speedy video dh takde dh..sy tgh cari citerni dgb pangako sayo.tk tahula if sykt NSR kuarkan lg x..

Shukri said...

berapa nak jual sana wala ng wakas?dari epi 71-akhir
aku ade pangako sayo..berapa nk beli?

Unknown said...

Muhammad Shukri@ I berminat nk beli cd Pangako Sa' Yo tu... mcm mana cara I nk deal dgn u?

Unknown said...

sesiapa yg masih mencari dvd Sana'y Wala Nang Wakas & Pangako Sa' Yo with malay subtitle (full episode) boleh pm saya di HafizJunk90@gmail.com...tq

belanja....belanja.... di RN said...

Udah saya email .. gmn cara pembeliannya ?

Fans Sana'y Wala said...

Ada yang punya file Sana;y Wala ? Ada yg bisa tolong kan saya ? Susah sangat cari di youtube sudah dihapus. Help Me

Shukri said...

Nak tgk cerita ni ade mana2 source?jual dvd ke?

Unknown said...

Dvd cite ni ad lg ke??klu ad email ke hilmi_lc456@yahoo.com

Unknown said...

Saya berminat

Unknown said...

Masih ada ke VCD ni

Unknown said...

Salam.Ada lagi ke cd ni atau cara nak download cerita ni?

del said...

Sesiapa yg ada DVD Sana'y wala Nang Wakas ni dan rasa² nk jual please do contact me.. double your prize.. tak kisah ori/copy.. mohdaliizhar@gmail.com

Unknown said...

love this story❤❤❤

Unknown said...

Ara dan Christian❤

Unknown said...

Ade ke yg nak jual vcd swnw nie?

Unknown said...

masih ade ke dvd ni? sy berminat.. plz klu ade bgtau ke sy..

Anonymous said...

Masih available ke?