Tuesday, June 14, 2011

Burung Yang Kembali ke Sarang part 1

June 2011 genaplah setahun saya tinggal di KPT... saya tidak pernah menyangka akan kembali lagi ke situ.11 tahun lalu saya pernah hidup di situ.Ia ibarat 'seekor burung yang terbang jauh mengembara dan akhirnya telah kembali semula ke sarang'.

Cuma bezanya kini burung itu tidak lagi lemah seperti dulu.Sepanjang pengembaraan dia selama hampir 12 tahun terbang menjelajah ke segenap ruang angkasa... dia melihat kehidupan ini dari sudut pandang yang berbeda dari dulu.Kerana dari atas, bila dia melihat ke bawah..... barulah pelahan-lahan dia mengerti bahawa kehidupan ini sebenarnya terlalu banyak liku-liku suka dan duka.

Saya masih ingat 12 tahun yang lalu saya meninggalkan KPT dengan penuh kisah tragik.Saya masih ingat kisah 6 bulan di BD.Dan saya juga masih ingat kisah-kisah di BC.Sekecil zarah pun saya tidak pernah melupakan apa yang pernah berlaku pada kehidupan saya dulu.... semua itu membentuk siapa diri saya sehingga hari ini.Kalau 11 tahun lalu saya pernah menangis dengan mengatakan bahawa Tuhan tidak pernah bersama saya..... tapi kini saya mulai sedar, mungkin Tuhan mahu mengajar saya untuk menjadi lebih kuat.Dan kekuatan itu bukanlah hal yang boleh dibina dalam masa sehari.... ia dibentuk dan terbentuk perlahan-lahan dalam diri.... 12 tahun lalu mungkin saya terlalu naif dalam kehidupan.... tapi perlahan-lahan saya belajar semuanya sendiri... jadi untuk hal-hal tertentu, jangan tanya saya kenapa dan mengapa... proses pembelajaran itu telah membentuk dan menjadikan siapa diri saya yang sekarang.


Daripada KPT saya berpindah ke RKPP...lama saya tinggal di situ.Dan di situ saya mengenal dengan pelbagai jenis manusia....yang cerdik, yang bengap.... yang lelaki tapi tak serupa lelaki... yang perempuan nampak seperti belum kawin tapi lelaki sering masuk keluar bilik...dan bermacam jenis lagi jenis manusia.Seriesly...inilah pengalaman pertama saya melihat bahawa manusia ni punya bermacam-macam jenis watak.Saya banyak mengenal kehidupan berbeza ini dari RKPP.Tapi, orang selalu cakap.... "kita adalah siapa kawan-kawan kita" atau dengan bahasa mudah, kalau nak tahu siapa kita, kena lihat siapa kawan-kawan kita....- bagi saya pendapat tu agak salah... takpun ia hanya digunakan sebagai satu alasan untuk menutup salah sendiri.Sejak di RKPP saya berkawan dengan bermacam jenis orang.... but at the end, saya masih lagi saya yang biasa.... mungkin sejak dulu saya memang tidak suka diri saya dipengaruhi sesiapa.Semuanya harus berlaku atas kehendak diri dan bukan disebabkan orang lain.

Dan setelah bertahun saya tingal di RKPP saya mengambil keputusan untuk berpindah.Actually disebabkan tuan rumah ingin menetap kembali di situ.So takder pilihan kenalah berpindah kan... eheh!

Daripada RKPP saya kemudian tinggal di FTTH.Di situ saya tinggal bertiga.Tidak lama selepas itu dua orang rakan ini berpindah.... dan saya tinggal sendiri.Tidak lama selepas itu saya menerima seorang teman rumah baru.Tapi kehidupan di FTTH tidaklah seindah yang cuba saya gambarkan dalam hari-hari saya meniti kehidupan.Terlalu banyak cerita pelbagai rasa di situ.Tidak perlulah saya menyingkap semua kisah-kisah itu, cukup andai saya katakan cerita di situ cukup membuatkan saya mengambil keputusan untuk keluar dari situ.


Genap setahun saya di FTTH, saya di tawarkan untuk kembali menetap di KPT. Tanpa memikirkan terlalu banyak hal, saya bersetuju....


Dan akhirnya jun 2010 saya telah kembali ke KPT.Setelah hampir 12 tahun 'melarikan' diri daripada daerah itu.Kini, jun 2011... sedar tak sedar genap setahun saya telah berada di KPT.Mulai hari pertama saja menjejakkan kaki semula ke situ, saya telah berjanji pada diri sendiri untuk tidak lagi membenarkan diri saya mengulangi semua kisah-kisah 12 tahun lalu.Bukan serik, malah jauh sekali untuk menyesal kerana semua yang berlaku itu ada hikmahnya.... saya mungkin tidak sekuat sekarang menghadapi kehidupan seandainya saya tidak berhadapan dengan semua kisah-kisah itu.


Sejak kembali ke KPT saya cuma mahu menjalani hidup seminimal mungkin... merasai betul-betul keindahan kehidupan yang tidak saya perolehi hampir 12 tahun ini.... tidak keterlaluan andai saya katakan.... setelah hampir 12 tahun berlalu... saya terpaksa memulakan kembali kehidupan pada anak tangga pertama semula.Cuba membentuk kembali kehidupan seperti apakah yang saya inginkan.....



Saya menyimpan terlalu banyak cerita sedih dan rasa sakit sepanjang tempoh 12 tahun ini.....Dan rasa ini takkan ada seorang pun yang akan faham.... saya cuma ingin jadi manusia yang bebas daripada cengkaman rasa-rasa itu.... dan saya telah berusaha sekuat yang boleh untuk menjauh dari hal-hal yang bisa menjebakkan saya kembali pada keadaan seperti itu.Manusia boleh menghukum dan menilai seseorang berdasarkan apa yang dia lihat.... tapi manusia sering lupa bahawa merasai itu tidak sama seperti melihat.... kamu perlu merasai sesuatu untuk mengetahui sesuatu.


Saya melihat kehidupan sepanjang 12 tahun ini seperti roller coster.... tapi saya tidak menyesal untuk merasai semua pengalaman-pengalaman itu..... kerasa semua itulah yang menjadikan siapa saya hari ini.


*Ini bukanlah sekadar cerita pindah rumah sahaja... ia lebih daripada itu.... ia cerita tentang sebuah KEHIDUPAN -

3 comments:

Wilayah Sepet Kuku said...

rumah cantik...
kisah kehidupan juga menarik...roller coster pun kdg2 boleg tersangkut kat tengah2...tapi itu semua pelajaran dan pembelajaran yg berguna kan... (:

meer miller said...

btol tue alyn... dan pembelajaran tu takkan prnah selesai sampai ujung nyawa kan? ;)

Wilayah Sepet Kuku said...

betul ameer...tiap2 hari belajar..belajar menjadi orang besar...uhuhuhu...selagi tak matang..selagi tue budak kecik ek...hehehe