Tuesday, June 8, 2021

EARTHMIX - TENTANG KITA

 


Sebenarnya menda ni dah hampir sebulan siap dan terperuk dalam simpanan. cuma beberapa hari kebelakangan ni saya buka kembali hanya kerana ingin mengubati rasa 'kangeun', so bila lihat kembali saya terasa seperti ingin mengubah sedikit apa yang dirasakan sesuai. Rasanya 99.50% dah complete.Takleh la nak letakkan 100%, lagian mana ada hal di dunia ini sempurna 100% betol tak? eheh!


Memang nak upload masuk ke youtube, tapi entah kenapa risau plak takut kena block. Tapi bila lihat orang lain pun ada je yang upload content yang bukan originally hak dorang dan 'OK' je, lepas mcm takde apa masalah je. Hurmmmm btw ni my own version. After BrightWin rasanya ramai je fans EarthMix kan? tambah-tambah setelah menonton 1000 stars.... tengoklah nanti esok-esok saya upload. Tapi kalau kena block mean memang takder rejeki lah nak share my own version of this MV to EarthMix fans.


Nanti nak sambung plak siapkan mv my own version of BrightWin. Yang tu pun dah 70% siap.Musim-musim PKP ni bila takder menda apa nak buat...layan menda ni je lah.Ngedit apa yang patot. Okeyla tu ada juga menda nak dibuatkan daripada nganga je takder buat apa. Pastu mengeluh bosan... durrr 

Saturday, May 29, 2021

AINA ABDUL - NADA KALBU


 

bila senja labuhkan tirainya
ku menitiskan jutaan air mata
yang sepi tak bermakna

padaku kau hanya deruan ombak
yang tak pernah memilih hatiku
menjadi pelabuhan cinta

nada nada kalbu pun pergi
menyeru rindu

berikanlah hati ini satu kesempatan
untuk menerangi kembali cahaya malap
hubungan kita

dan berikanlah kasih sayang dirimu padaku
kerana memori jiwamu masih terlintas difikiran jiwaku

tiada yang berbisik di hati
seindah seruan cintamu kepadaku
kau permataku

Composer : Farouk Roman
lyric : Aisha Retno

Friday, May 28, 2021

DRAMA MELAYU KITA


Hahaha, pelakon pun dah bosan. Kita yang menonton ni apa lagi lah. Drama melayu kat malaysia ni memang tak pernah nak berubah. Balik-balik kita di sajikan dengan konsep cerita yang hampir sama.Tak ada kelainan. Bukan tak ada langsung, ada juga drama yang lari sket daripada kebiasaan tapi tak banyak. 

Saya masih ingat dulu kat 8tv ada drama-drama melayu yang lari sket konsep dia dari kebiasaan, seperti drama Kami, drama Ghost season 1 and 2, drama the Blogger Boy dan banyak lagi.... tapi kalo cerita-cerita urban macam ni tak semua peringkat umur boleh terima, tapi atleast ada juga kepelbagaian genre.

Tengok sajalah drama-drama korea, kisah tentang friendship, history, crime, thriller, horror, revenge... banyak lagi lah kalo nak dicerita kan.

Soalan ini kalau diajukan kepada pengarah, mereka akan katakan penerbitan atau corak sesebuah drama ditentukan oleh stesen tv.Stesen tv yang akan panggil production house then akan ada perbincangan. Para pelakon pun stesen tv juga yang tentukan. Production house or director boleh suggest je. Sekarang ni based on sapa tinggi follower kat IG plak konsepnya. Pelik betol.

Sekarang kan tema adaptasi novel. Bukan nak kata semua novel kat malaysia ni tak ada kualiti, tapi kalau tak percaya cuba kau pergi kat popular book store, kau pi belek la semua novel2 melayu kat rak tu. Kau baca je sinopsis kat belakang.... boleh dikatakan 90% balik-balik itu ja isi ceritanya. Sebab tu la aku selalu assume yang novelist2 malaysia ni khasnya kakak-kakak tu create novel based on imaginasi n khayalan kaki tak jejak tanah. Memang la tak semua, tapi kalau dah kebanyakan macam tu, kau pikir la sendiri. Paling loya tekak adalah pemilihan tajuk. Konon nak catchy kot... padahal sedey.... tajuk drama pun lebih kurang mcm tu jgk la... haih!

Apa kita dah ketandusan idea or konsep cerita ke? balik-balik kes kawin paksa, cerita bisnes juta-juta.... projek tu projek ni.... kenapa tak buat cerita tentang petani ke? posmen ke... orang yang keja fastfood ke.... i mean lebih dekat dengan realiti... orang sekarang suka cerita yang dorang boleh relate.

Paling bodo and takleh terima dek akal is mak-mak n nenek-nenek yang tolak mentah-mentah menantu yang anak n cucu dorang suka, pilihan mereka hat terang-terang jahat... buta perot ka buta hati... hang nak kawenkan anak hang dengan pompuan jahat... pastu siap nak meruntuhkan kebahagiaan anak hang. Berpakat dengan menantu pilihan. Bodow... buatlah cerita yang penonton tak boleh nak persoalkan kelogikkannya.... ni setiap scene akan ada saja persoalan akan logiknya akan dipersoal.

Last-last pihak stesen tv akan kata ini adalah mengikut selera penonton... depa tak baca ke segala keluh kesah penonton yang dah muak dengan hidangan konsep cerita yang sama?

Sebab tu jugak saya tak pernah tengok tv, terutama drama-drama melayu.... drama melayu terakhir yang saya tonton adalah Takdir Yang Tertulis, sebelum tu drama 7 hari mencintaiku 2.... dan sebelum tu drama Nur 2... yang lain hanya layak masuk tong sampah je. Tapi kalau kita kondem cepat je dorang marah.... dorang tetap nak pertahankan naskah dorang. Kenapa dorang tak cuba nak dengar apa yang penonton nak. Next time jangan hasilkan karya ikut selera sendiri. Cuba selidik selera penonton.

Aku pun sekarang dalam proses nak potong ja asterok... rugi tiap-tiap bulan bayar rm178.90.... now 121.90.... satu haprak cerita pun aku tak tengok. Ingat baik boh netflix je lepas ni.

Selain korea, saya rasa drama yang semakin meningkat kualiti sekarang adalah daripada Thailand. Tak mustahil, sikit waktu lagi mereka mampu menyamai drama-drama korea. Lagian, drama-drama bersiri Thailand sekarang sedang mengumpul jumlah peminat yang makin meningkat bukan hanya di negara mereka saja, bahkan hampir seluruh asia.

Dan 10 tahun lagi malaysia akan masih bangga dengan citer kawen2 paksa dia... hahahah... time tu sinetron negara jiran pun mungkin dah stop konsep zoom in zoom out kot.

Owh ya, satu2nya production house yang selalu saya nantikan karya mereka adalah Radiusone, melalui pengarahnya Shahrulezad Mohameddin. Semoga dorang terus mengeluarkan cerita-cerita bermutu.

Friday, May 7, 2021

MULTIFUNCTION HOME GYM SET

 


Hari ni seperti yang dijanjikan, pukul 12:30 tengahari tadi, TR datang rumah untuk melihat set gym yang saya bagitau dia minggu lepas. Jam 12:20 bergegas saya dari opis pulang ke rumah. Setelah dibelek-belek dia akhirnya berpuas hati. Saya bagitahu dia tempohari supaya datang tengok dulu sblm setuju nak beli, mana tau tiba-tiba rasa tak berkenan. Cuma yang jadi masalahnya ialah bagaimana nak usung menda ni keluar dari rumah. Hahahah.... yeah dats the main problem. Waktu saya beli dulu, kedai bawak part by part dan pasangkan kemudian di rumah. So nampak gayanya TR terpaksala asingkan part by part dulu sebelum boleh untuk pindahkan all the gym set ni.

Akisahnya bermula ceriteranya adalah seperti berikut.... saya sebenarnya dalam proses make over rumah.Actually takderlah ubahsuai sangat. Just plan nak make over mana yang patut je. Mata jemu dah dengan susun atur dan warna yang setelah sekian lama mewarnai rumah ni. Keputusan terburu-buru ni saya decide minggu pertama bulan ramadhan.Ini dikeranakan minggu itu saya work from home. Saya punya la bajet yang segalanya akan selesai sebelum raya. So dapatlah beraya dengan suasana baru.Tapi mencabar juga nak make over rumah time-time ramadhan ni. Sorang-sorang plak tu.... hahah 

So hal pertama yang saya lakukan adalah repainting the house. Saya pindah ke PRTB pada tahun 2010 saat menjejakkan kaki rumahnya berwarna putih.... plain and membosankan. Jadinya sebelum totally pindah dari rumah lama saya siapkan mengecat dahulu.Iya, ini bukan rumah sendiri... tapi saya tak rasa rugi pun buat itu ini...semua untuk keselesaan dan kepuasan sendiri. Buat apa nak berkira sangat. Waktu tu warna pilihan saya adalah green apple dan dark brown. Saya sukakan kombinasi dua warna ni. Tak sangka plak yang suatu hari nanti saya akan jemu dengan warna pilihan ni. Lalu akhirnya saya kembali mewarnakan rumah ini kembali kepada warna asalnya. eheh... Back to the start.

Oke, berbalik kepada hal set gym kat atas tu, akhirnya TR bersetuju dengan apa yang dia tengok. Lalu barang pun bertukar tangan... berpindah kepada pemilik baru, yelah barang yang selama ini tersimpan tanpa jarang diguna oleh saya. Hahaha dulu gigih membeli dengan harapan nak buat badan. Sempat la sado sekejap.Tapi lepas tu bila dah malas, badan kembali ke asal..haha




Okey, lepas ni dh boleh mula pikir nak beli tikar getah baru gantikan corak lama yg sedia ada tu.

Tuesday, May 4, 2021

RAYA RAYA RAYA BY DOLLA

 


ramadhan mulia berlalu
raya menjelang tiba
sebulan berhari raya
buat semua umat manusia

tawa riang gembira
sebulan ibadah
kini syawal yang kita rayakan

raya raya raya
selamat hari raya
kami ucapkan kepada satu dunia

raya raya raya
selamat hari raya
bersalam-salaman, bermaaf-maafan
sesama insan

yang jauh dah balik pulang
yang dekat sorak gembira
everybody nak selfie semua bizi raya ootd

salam aidilfitri saudara dan saudari
meraikan syawal indah ini

OOTD aku itu OMG
semua baru memang hot
everybody on IG
double tap, that lil white hot on a pic
dalam dalam sampul please doube the money

Beberapa hari ni aku asik dengar lagu ni je, walupun tak full. Especially part chorus. Mulanya ingatkan lagu lama, lah rupanya lagu baru. Sebab part chorus tu reminds me of lagu raya daripada group duo Cenderawasih... group duo india tahun 80an iaitu Helen dan Irene Savari.




BUBUR LAMBUK 2 BUNGKUS


Assalamualaikum, apa khabar korang?

Sedar tak sedar ramadhan 2021 sudah pun masuk hari yang ke 22, lamanya sudah saya tidak menjengah ke sini. Bukan lupa tapi malas barangkali...eheh! ni bila dah jenguk kembali ada lah sikit pembersihan semak samun yang lama dah tak saya bersihkan. Ubah sikit itu dan ini.

Oh ya, sebenarnya sejak tahun lepas saya tak berpeluang merasa bubur lambuk seperti kebiasaan tahun-tahun sebelum ni, maklumlah sejak dunia dilanda covid-19 ni segalanya terbatas.Kalau dulu setiap kali tibanya ramadhan masjid perai selalu menyediakan bubur lambuk untuk orang ramai.Saya pun sekali sekali ada juga ke sana mengambil. Tapi tahun ni masjid perai dalam proses pengubahsuaian.So tahun ni memang takda penyediaan bubur lambuk. Tapi hari ni tempat kerja saya buat gotong royong menyediakan bubur lambuk.Alhamdulillah tahun ni merasa jugak la.


Bukan apa, bubur lambuk kan sinonim dengan bulan ramadhan, bila takda tu rasa macam tak lengkap plak. Tempat korang macam mana? Bazar ramadhan kat seberang jaya pun terpaksa ditutup sejak 1 mei lalu disebabkan kebarangkalian jangkitan covid tinggi katanya, tapi saya okey je sebab since ramadhan pertama pun saya memang tak pernah keluar membeli juadah berbuka pun.Masak sendiri je. tapi tahun ni sama seperti tahun lepas, takdela beria-ria masak juadah gempak...kalau dulu ye la sebab nak post kat instagram lah kat facebook lah... tapi since tahun lepas saya bersederhana je la.Lagipun berazam nak kurus sket, kalo beria masak kang ke laut lepas la diet saya. Hopefully by end of ramadhan ni turun la kot 3,4 kilo.... harapnya lah. Tapi sampai hari ni belum lagi pi timbang berat. Tapi ada la rasa susut sikit. Hahahaha ayat penyedap hati.


Zakat fitrah pun alhamdulillah dah selesai bayar untuk tahun ni. RM7.00X4 ORANG. Korang camna? dah settle blom? jangan tunggu hujung-hujung nanti lupa. Okeylah esok kalo rajin saya menulis lagi. Kalau tak, jumpa lagi tahun depan. Hahahahaha jaga diri korang ok...

Tuesday, February 18, 2020

RESEPI MEE GORENG ALA SEMPOI



Sudah Februari 2020 pun... Pejam celik cepat je masa beredar kan. Ada ketika rasa banyak yang ingin di tulis. Tapi setelah ditapis2 ada yang sesuai dan ada jgk yang dirasakan tidak perlu. Since aku dh berjanji x ingin lagi menulis seperti di Akunganto dlu makanya terstop mcm tu saja. Haha..  Lagipula komuniti blog dh x serancak  mcm dlu. Generasi seangkatan aku je yg masih berminat dgn blog. Skang budak suka main tiktok ja... Hahaha mcm sakai.

Oh ya mulai 2020 ni aku ingat nak isi blog ni dgn review film or series yang aku dh tonton yerlah berkongsi info. Maybe ada filem best yg aku blom tonton korang bleh suggest kat aku contohnya. Or Any film best yg aku dh tgk bleh aku share dgn korang kat sini.. .. Di samping itu jgk sekali skala boleh la aku share kat sini menu2 sempoi yg aku masak.. Untuk first edition ni aku nak share menu mee goreng sempoi.... Haha nak bt video pun bkn senang... Editing, lighting, angle semua Nak kena amik kira. Hahaha xpalah baru blajo. Lama2 nanti dh terer br senang sket. Setakat skang kita bt je apa yg tawu.

OKlah ini dlu utk hari ini. Nanti kita sembang lg. Chao

Saturday, February 16, 2019

MAX BARSKIH - 7


Im happy to annouce that his latest album was release already! Sejak 2011 pertama kali dengar lagu teryayu tebya (lost in love) sampai la sekarang aku terus follow semua lagu2 max barskih.... muziknya sangat sesuai dengan citarasa aku... 

First single dalam album ni yang dirilis terlebih dahulu penghujung tahun lepas berjudul Berega ala-ala music disco terus menangkap telinga, dengan tampilan mv yang unik mmg mengena dengan konsep lagu....

Dan 8 Februari 2019 full album telahpun release.... ada 7 lagu dalam album ni

1. Berega
2. Nikto
3. Zachem
4. Strannaya
5. Nezemnaya
6. Nu I Chto
7. Vspominat

Maigad... semua lagu dalam album ni sedap gilerr.... berapa hari ni aku layan dulu lagu track no 6.... takmo dengar semua serentak... dengaq smpai jemu satu2... bhahaha!!! then baru tukaq another track.... huhu

Jom layan lagu track nombor 6 dulu :

Nu I Chto (So What)
by Max Barskih


Chuvstvo neznakomoye
YA k tebe prikovanyy,
no tol'ko izdaleka
Na menya obizhena,
ya nechayanno broshennyy
Ishchu, chto tebe skazat'

YA naydu paru slov i sukhoe «Privet, kak tvoi dela?»
I uslyshu opyat' — lyubvi bol'she net Poslushay menya:
Nu i chto? Ne pozdno nikogda vso nachat' s nulya, izmenit'sya
Nu i chto? Mne nechego teryat' — ya seychas pered toboy
Nu i chto? YA nemnogo opozdal i zanovo v tebya vlyubilsya
Nu i chto? Ne vazhno s kem ty zdes' — segodnya ty uydosh' so mnoy, domoy

Nichego lichnogo, noty bezrazlichiya
ya vizhu v tvoikh glazakh
Bylo ili ne bylo my ostalis' prezhnimi?
Ty vso yeshcho lyubish' menya
YA naydu paru slov i sukhoe «Privet, kak tvoi dela?»
I uslyshu opyat' — lyubvi bol'she net Poslushay menya:


Nu i chto? Ne pozdno nikogda vso nachat' s nulya, izmenit'sya
Nu i chto? Mne nechego teryat' — ya seychas pered toboy
Nu i chto? YA nemnogo opozdal i zanovo v tebya vlyubilsya
Nu i chto? Ne vazhno s kem ty zdes' — segodnya ty uydosh' so mnoy, domoy
 
Nu i chto? Ne pozdno nikogda vso nachat' s nulya, izmenit'sya
Nu i chto? Mne nechego teryat' — ya seychas pered toboy
Nu i chto? YA nemnogo opozdal i zanovo v tebya vlyubilsya
Nu i chto? Ne vazhno s kem ty zdes' — segodnya ty uydosh' so mnoy, domoy


Tuesday, January 29, 2019

AISYAH AZIZ - BILA ENTAH


Song Title : Entah Bila
Singer : Aisyah Aziz
Composer : Ezra Kong / Hael Husaini

Entah bertemu tah' tidak
Ngapa bila ku mahu kau elak

Dari mana ke mana
Rumput tawan padi
Di tahun bila bulan apa
Kan bersua lagi?

Rumah laksamana
Pasang dian tiga
Gadai hati tuk dikasihi
Hingga tua nanti

Sayang
Hilangnya di mata
Sayang
Di hati jangan

Entah bertemu tah tidak
Makin hiba hati yang terdesak
Entah bertemu tah tidak
Ngapa bila ku mau kau elak

Bila-ah ah bila tah tah bertemu tidak
Bila-ah ah ku mahu kau elak

Oh bulan mana bintang
Atas pucuk ara
Rajinnya kanda yang ku sayang
Sampai tak mau pulang

Since semalam dh berapa ratus kali ntah aku dok pasang lagu nie... soo addicted.

VROOM-VROOM - NABILA RAZALI



KELMARIN
KURASA JANGGAL GILA
KENALI DIRIMU PUJAAN WANITA

KELMARIN 
KAU CUBA PERPUJANGGA
KENALI DIRIMU SUDAH PUTUS ASA

HAMPANYANYA BILA KU INGAT SEMULA
SIA-SIA BAZIR MASA
KAU SEKEJAP SAJA

WOOO
ENTAH BAGAIMANA HARUS AKU JATUH CINTA
WOOO
SEBESAR MANA TAKKAN KUULANG SEMULA

KELMARIN
KAU CUBA BERPUJANGGA
TETAPI DIRIKU SUDAH PUTUS ASA

KHABARNYA BILA KU INGAT SEMULA
SIA SIA BAZIR MASA
KAU SEKEJAP SAJA

song / lyric by : Hael Hussaini / Ezra Kong

Sunday, November 25, 2018

POLIS EVO 2 - MOVIE REVIEW




Tidak dapat utk saya membuat perbandingan antara yg pertama dengan yg kedua kerana sampai saat ini saya blom berkesempatan menonton yg pertama meski sudahpun beberapa kali tayangannya di layar kaca tv.

Cuma setahu saya naskah kali ini bertukar tgn sang sutradaranya.... oleh sebab apakah, tidak pula saya ketahui. Filem yg terdahulu diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar kini diwakili oleh 2 pengarah berbangsa cina sekaligus dengan berbajetkan kos sebanyak rm8juta....

Perlu dijelaskan tujuan yg menggerakkan saya utk menonton filem ini adalah kerana kehadiran si cantik manis Raline Shah actress dari seberang yg turut berperan dalam filem ini sebagai Rian... selebihnya teringin jgk nak menonton naskah yg katanya sebuah filem yg sarat aksi....

Kalau ada yg kata filem ini bagus hanya kerana letup sana letup sini... then bagus la kot based on keminatan korang yg sukakan aksi tembak menembak.... entah kenapa saya merasakan filem ini "try sooo hard" hinggakan saya tidak merasa apa2 dari mula menonton hingga penghujung cerita... tapi salute wajar diberikan kepada Hasnul Rahmat.... bagi saya watak beliau paling menonjol.

Maaf kalau saya katakan scene berperang di pulau antara pasukan polis dan pengganas terlihat seakan mereka dalam permainan "paintball" dengan segala props yg sgt kelihatan ala kadar dan set up tempat yg langsung tidak menampakkan "real place" jadinya aturan strategi berperang itu tidak meninggalkan kesan pada saya sebab ia seperti team paintball yg tengah bermain game perang. Iya filem ini penuh dengan Letupan...tapi entah kenapa ia tiada nilai 'wow'...

Ending filem ini berakhir begitu saja.... memperlihatkan dua watak utama berbual berlatarkan pantai....

Rian mana?

Rian hilang cenggitu jaa.... demmmmmmn

Selain kronologi cerita yg bagi saya agak mendatar filem ini dibazirkan dengan scene perang yg terlalu panjang hingga saya merasa agak terganggu.. 2 jam 15 minit durasi yg agak panjang.... tapi tidak dikemaskan dengan baik hingga menyebabkan it look messy all over the place.... one more thing saya agak terganggu dengan mainan kamera yg bergoyang2... saya taw ada scene perlu...tp ada jgk scene yg tak perlu....

Tp kenapa scene2 yg tak perlu pun kawwww goyangkan jugakkkkkkk!

Bukan nak kata filem ini tak bagus... mcm saya ckp td.... siapa yg suka filem yg ada tembak menembak yg nonstop mesti enjoy..... 😅

Dalam semua2 pelakon dalam filem ini... saya kesian dengan watak sofi jikan.... "NOBODY" giler dia dalam filem ini.... last2 mati cenggitu jaaa hahahahaha dia ada dalam poster filem ini... but trust me... org hampir xkan perasan dia dalam filem ini..... and then suddenly out of nowhere ada plak watak di hairi othman dan rusdi ramli.... ahaks!

Orang kata Paskal lebih bagus... saya tiada komen utk itu sebab belum menonton....

Tapi kalau ada next polis evo mungkin blh tuko pengarah lain kot....(just a suggestion)


Overall : 2.8 star out of 5

Pelakon : 4.5 star out of 5


Again, lain org lain citarasanya... so just enjoy the movie ok....


Cau

Wednesday, November 14, 2018

KAFIR : BERSEKUTU DENGAN SYAITAN - MOVIE REVIEW



Selepas sukses dengan Pengabdi Setan, ini adalah seram kedua yang ditunggu2 oleh seorang penggemar genre horror seperti saya. Malah saya sudah menonton trailer filem ini sejak ia belom di tayangkan lagi di bioskop indonesia. Trailernya emang keren... tapi apakah ceritanya sekeren trailernya??

Pengabdi Setan mmg phenomenal malah untuk setiap filem genre seram di indonesia setelah itu pasti menjadikan Pengabdi Setan sebagai penanda aras dalam menghasilkan naskah seram...namun tidak semuanya berjaya mengikuti ramuannya joko anwar.

Berita baik buat saya adalah apabila filem ini akhirnya menjengah juga pawagam Malaysia meski agak telat kerana beberapa filem yg di tayangkan kemudian di tayangkan terlebih dulu di Malaysia....

Pertama sekali sewaktu duduk di seat pawagam saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi utk mengelakkan rasa kecewa meski saya sebenarnya cukup teruja kerana diam2 saya memang jatuh cinta dengan trailernya....

Kalau Pengabdi Setan adalah Reboot dari filem era 80an... Kafir meski menggunakan judul yang sama dengan sebuah filem awal tahun 2000an tapi beda jalan ceritanya.

Kafir mengetengahkan tentang ilmu santet atau santau. Dimana sebuah keluarga awalnya terlihat harmonis suatu hari ditimpa musibah bilamana sewaktu makan malam, sang ayah tersedak makanan... batuk yg hanya sesekali berlarutan menjadi buruk hingga akhirnya mengeluarkan darah dan kemudian serpihan kaca.... sang bapa akhirnya meninggal. Semenjak itu keluarga malang itu terus dirundung duka. Sang ibu kelihatannya tidak mampu menerima kenyataan telah kehilangan sang suami hingga hari2nya penuh dengan duka dan larut dalam kesedihan. Dua orang anaknya dina dan andi yg masing2 masih sekolahan sesekali turut terbeban dengan permasalahan si ibu....

Hinggalah suatu hari si andi membawa pulang seorang teman bernama hanum yg sebetulnya baru beberapa bulan bekerja di cafe makanan tempat kuliahan andi. Cinta pertama barangkali.... sejak itu keberadaan hanum menjadi sosok penting hadir dalam keluarga mereka... semakin lama sang ibu kerap di datangi hal2 aneh dan menggerikan... andi yg awalnya tidak mempercayai tentang hal2 mistis akhirnya dikejutkan oleh sebuah kenyataan besar yang harus ditelannya...

Siapakah hanum? Siapakah yang menghantui kehidupan keluarganya ibu sri? Semua terjawab di hujung cerita....

Jujur daripada pandangan mata kasar filem ini mahu menampilkan keseriusan dalam pembikinannya namun keliatannya masih kurang kemas longgar. Ada Kelompongan antara babak ke babak yg ternyata syg kerana ia seperti mencacatkan alur ceritanya. Saat Andi masih kacau bilau tentang hal keluarganya, Dina ternyata sudah berpetualang dengan menjejak apa sebenarnya yg menjebak keluarganya hingga terjadi sebegitu... namun syg sekali apabila penonton tidak diajak berpetualangan. Segala maklumat yg ditemukan Dina seakan asal asalan. Hal ini wajar diperincikan agak terpercik rasa keingintahuan penonton. Kerana entah di mana silapnya penonton seakan tidak diberi ruang utk ikut berpetualangan bersama Dina. Hujung2nya segalanya tersingkap begitu je... hurmmnm

Namun pujian yg tinggi melangit harus saya berikan kepada art of cinematographynya yg superb melangkaui dari apa yg saya jangkakan. Hampir kesemua scene sangat terlihat indah buat saya.... kesuraman.... permainan cahaya... color gradingnya... mood 80an yg dibangunkan cukup terasa.... bayangkan scene dikuburan sewaktu mayat sang ayah di tanam cukup indah dan memukau mata.... terus segala set dan props dalam rumah itu sendiri cukup utk menghadirkan rasa 80an.... scene andi berlari di dalam hutan... berlari di atas pokok dan hutannya cukup memukau... camera work yg sgt sempurna..... bersyukur kerana indonesia masih byk lokasi2 syuting yg super indah... ladang tebu... even kawasan pergunungannya mmg cukup dramatik....jalan yg sunyi...ruang waktu yang seakan tertutup memberikan rencah rasa pada filem itu. Hingga saya bisa mengabaikan ketidaksempurnaan alur ceritanya karena tlah dicantikkan oleh sang pengarah seni.

Filem seram sering tidak terlepas daripada elemen jumpscare... namun filem ini lari dari kebiasaannya.... malah score music juga tidak dihadirkan secara berlebihan.... cukup saja suara alam seperti hujan... bunyi angin dan sebagainya dijadikan elemen keseraman...

Akhir sekali, sumpah saya jatuh cinta bangett dengan soundtracknya filem ini... tembang 70/80an berjudul Mawar Berduri nyanyian tetty kadi digubah semula dan dinyanyikan oleh siapa saya tak sure. Nafas baru yg diberi pada lagu ini ternyata berjaya mewujudkan sisi seram...dark dan melankolis pada lagu ini hingga membuat saya terbuai dan hanyut entah ke mana. Dan paling membanggakan apabila lagu Renjana nyanyian Noh (hujan) turut dimuatkan dalam filem ini. Sumpah lagu renjana mmg sedap giler... sekali dengar boleh buatkan kau rasa seakan terapung dan terawang2 smpai langit ke7..... dan kerana lagu renjana lah saya download(sori) semua lagu2 dalam album solo Noh..... semoga lepas ni dia akan buat lagi lagu2 genre mcm album ni..... sumpah best!

Bagi saya filem seram tak semestinya diisi dengan ketakutan yg berlebihan.... paling tidak filem sesimple Kafir ini pun sudah mampu membikin saya jatuh cinta......


Overall - 6.5
Visual - 9
Soundtrack - 9
Alur cerita - 4.5
Acting 7.5

Friday, July 27, 2018

SICCIN - HORROR MOVIE FROM TURKI




Saya barusan selesai mendownload this four movie, 4 buah filem seram dari Turki.Bagi yang tidak mengetahui, ini antara filem seram terbaik yang jarang-jarang sekali umum ketahui, antara lain kita sendiri pun jarang didedahkan dengan filem2 yang berasal dari turki... cuma mungkin sekarang astro bella ada juga sesekali menayangkan drama dari negara tersebut.

Saya baru selesai menonton Siccin 1, apa yang boleh saya katakan mood seram filemnya betul2 terasa.... apatah lagi bila menggunakan ayat2 al quran membuatkan kita sebagai penonton terasa lebih dekat.... filem-filem mereka lebih menjurus hal berkaitan dengan jin dan syaitan, makhluk halus, buatan orang... dan sebagainya.. ye la takkan nak buat kisah pontianak or langsuir plak kan? tu hantu masyarakat melayu... ahaks!

Insyallah nanti kalo ada masa saya akan bikin review tentang filem-filem ini... sementara itu kalo kalian pun berkelapangan bolehlah ikut menonton filem ini... kalo yang penakut tu sila tgk spongebob ja... ahaks!!

Atau ada sesapa yang dah tgk? so how? baper rate utk filem2 ni?! ce ceghiter...

Wednesday, July 11, 2018

CINTA TIADA GANTI ADAPTASI SANA'Y WALA NANG WAKAS


Apa khabar kalian? Sudah lama tidak bersiaran di sini. Ada sebab sebenarnya kenapa saya kembali ke sini... kerana ingin berkongsi yang SWAN kini kembali lagi...namun dalam acuan yang berbeza....

Dulu saya pernah ckp kat diri sendiri bagaimana agaknya kalo teleserye ini di adaptasi ke bahasa melayu.... namun saya tercari-cari sapakah gerangan artis yang sesuai utk setiap watak dalam drama ini... haha mungkin waktu itu saya terlalu terikut2 sangat dengan acuan drama ni... sehinggakan pelakonnya pun harus memiliki karaktor or atleast iras wajah yang sama dengan pelakon asal.... hahaha... mana mau cari!

Setelah bertahun-tahun menunggu akhirnya impian itu terkabul juga.. haha.. Nelydia Senrose membawakan watak Ara yang dilakonkan oleh Kristine Hermosa dan Aedy Ashraff membawakan watak Christian yang dilakonkan oleh Jericho Rosales... saya kurang pasti tentang pemilihan Aedy Ashraff sebab dalam kepala otak saya watak Christian hanya milik Aliff Satar je... dia je yang saya rasa mampu membawakan watak poyo tu dengan cemerlang... tapi apapun harap Aedy mampu bawak watak tu sebaik mungkin...

Teleserye ini mula bersiaran pada 10 Julai 2018 - Saya harap takkan banyak sangat perubahan yang akan dibuat hingga mencacatkan kisah tragik ni dan menghilangkan keaslian ceritanya.

Iya, kisah cinta agung kini kembali lagi....

Welkambek ARAXIAN...

Mana semua pecinta-pecinta SWAN...?! 15 tahun sudah usia kisah cinta ni... ditayangkan buat pertama kali pada tahun 2003 di philipine, dan 2006 di malaysia, kemudian sekali lagi ditayangkan pada 2010 kemudian sekali lagi pada 2013 dan kini muncil lagi versi adaptasi.... BBNU kompem tak tahu kisah ni.... sebab release je lagu Khai Bahar as an OST teleserye ini depa cuma pakat syok lagi tu ja... padahal depa tak tau kisah drama ini lebih hebat dari KHAI BAHAR tu sendiri lagi... wakakaka! Aku rasa generasi yang lahir sebelum 1980an je yang tahu ttg ini... sebab yang lahir selepas 1980an waktu drama ni main di tv dorang maybe bz nek basikal kat luar umah... or main pondok2 kat tepi umah... or bizi study.. or bertungkus lumus dgn exam bagai.... or main apa je yang seangkatan waktu tu.... haha oklah merepek plak....!



Saturday, February 3, 2018

ALONG WITH THE GOD - REVIEW


Saya tidak pernah menonton filem korea di panggung. Kali terakhir drama korea yg saya tgk di tv adalah The Strange Housekeeper lakonan Choi Ji Woo.... tp entah kenapa semalam tergerak hati nak pi menonton filem korea ni.

Seusai menonton filem ini apa yg blh saya katakan adalah WOWWW!

Belom pernah lg saya menonton filem yg memberi emosi bercampur aduk.... sekejap kau ketawa.... tp x smpai 2 minit kau akan menangis pula... bgitulah hebat alur cerita yg dipersembahkan melalui filem ini.

Tak keterlaluan kalo filem ini boleh berdiri setanding filem2 hollywood... teknik kesan cgi boleh dikatakan memonopoli hampir 90% latar filem ini....

Filem ini menceritakan tentang seorang ahli bomba yg bernama ja hong mati secara tidak sengaja dalam misi menyelamatkan seorang mangsa kebakaran.Kemudian dia dijemput oleh 2 org malaikat maut utk membawanya ke alam baqa. Tp ja hong tidak dpt menerima kenyataan bahwa dia telah mati. Satu hal yg dia mahu saat itu adalah utk bertemu dgn ibunya.....

Mengikut kepercayaan agama buddha manusia yg berkeperibadian baik akan dilahirkan semula selepas 49 hari perhitungan nasib. Begitulah jg nasib ja hong bilamana dia telah mendapat gelaran insan mulia disebabkan sewaktu hidup dia byk menolong org. Namun bgitu dia tetap harus merentasi 7 cabaran bertemu tuhan untuk diadili bermula dari rintangan pertama utk kesalahan kecil hinggalah ke kesalahan terbesar iaitu yg ke tujuh. Sepanjang pengembaran merentasi alam baqa menuju penghakiman ja hong di temani oleh 3 org pengawal/malaikat yg membantu dia utk menyelamatkan dia dalam proses kelahiran semula mereka bgitu bersungguh2 menolong kerana mereka jgk diberi peluang utk dilahirkan semula.

Filem ini sarat dengan pesan moral. Ada ketika kita terhibur dan ketawa tp dgn sekelip mata tangkai hati kita bagai dijentik hingga air mata bisa berjuraian laju.... jujur personally saya terhibur dgn filem ini, mungkin ia antara filem terbaik utk tahun 2018 setakat ni yg saya tonton.

Cerita ini bkn hanya tentang syurga dan neraka.... meski kita dibawa mengembara ke alam baqa. Tp ia mengetuk hati dgn rasa kasih sayang... kekeluargaan... adik beradik...dan antara sahabat jgk... tak mustahil selepas menonton filem ini korang akan tiba2 terasa nk call mak korang.... betapa ja hong menyesali kesilapan dia.... hilang selama 15 tahun. Betapa mak dia menanggung rs bersalah krn tidak mampu memberi bahagia pada anak2 dia.... dan juga betapa seorang adik yg menyimpan dendam terhadap seorang abg yg pd sangkaannya salah kerana meninggalkan dia saat dia memerlukan....

Apakah ja hong berjaya dilahirkan semula? Siapakah yg menggangu proses perjalanan dia di alam baqa? Kenapa tiba2 dia diputuskan bersalah tanpa perbicaraan di pengadilan yg ketujuh? Apakah akhirnya yg tersingkap disebalik kehilangan dia selama 15 tahun...?? pheww......

Para pelakon filem ini memberikan mutu lakonan yg begitu hebat... tidak berlebih dan tidak juga berkurang.... PART TWO katanya akan menyusul tahun ini jg... can't wait for that.

Owh ya... kalo last year BAD GENIUS dari thailand membuatkan saya menonton 6 kali di pawagam... ALONG WITH THE GOD setakat ini sudah 3 kali saya tonton... selama 3 hari berturut2.... hahaha ate khoje giler....

Sebelum tayangan ni habis yg blom menonton saya highly recommend pi tgk and plis sediakan tisu byk2..... kalo sblm ada filem melayu yg pesan soh bwk tisu ms pi menonton.... tu propah je.... takat buat lap peluh bolehlah.. tp yg ni gerenti kalo ko bkn spesis yahudi hati batu, pasti kau akan (atleast) bergenang ayaq mata.

9.9/10 star

Tuesday, December 5, 2017

PINJAMKAN HATIKU - MOVIE REVIEW



Ada org menonton filem atas tiket pelakon yg mereka minat... ada juga org pergi menonton sesebuah filem disebabkan nama production house yg sudah establish... dan ada juga yg pergi menonton movie disebabkan nama pengarah filem itu sendiri....

Iya, saya antara yg menonton filem Pinjamkan Hatiku atas tiket nama pengarah itu sendiri.... bukan disebabkan ayda jebat atau farid kamil ataupun shaheizy sam... maaf sebab sy tak punya pelakon pujaan... so saya tak kisah siapa pun pelakonnya asalkan filemnya bagus.

Osman Ali satu nama yg tak asing lagi dalam industri perfileman tanahair. Naskah pertama beliau yg saya suka adalah telemovie tollgate girl... hingga membawa saya mengexplore satu demi satu buah tgn beliau hinggalah kepada filem kontroversi bukak api... short movie seperti malaikat dijendela...filem puaka tebing biru.... bla... bla..bla... langit cinta.. kau yg satu... ombak rindu...bla bla bla.. dan byk lg.

Dulu masa mula2 menonton filem beliau saya suka dgn konsep yg beliau tampilkan... namun lama kelamaan konsep sebegitu dilihat agak "menjemukan" (bagi diri saya lah) sy sudah tidak tahan dengan scor music yg melatari filem2 nya.... dalam kata mudah, score musicnya mmg muzik yg menyorongkan bantal utk tido.... dan sy sendiri byk kali terlelap dalam kebosanan.... muzik latar sebegitu boleh dikatakan terdapat hampir dikesemua film beliau.

Sejak sukses Ombak Rindu formula2 beliau untuk setiap filem seakan2 sama.... sehinggakan saya merasakan seperti menonton filem yg sama cuma pelakon yg berbeza... cuma yg saya kagum dengan Osman Ali adalah beliau teliti dalam pemilihan lokasi.... dan beliau bijak memilih tempat yg pasti membuatkan kita penasaran dimanakah lokasi syuting filem2 tersebut.... beliau handal menghasilkan mood yg divisualkan melalui sinematografi yg indah.

Ok enuff abt his background, lets move to the main topic.... which is Pinjamkan Hatiku.....
Saya sebenarnya mengosongkan minda saya tanpa meletakkan harapan yg terlalu tinggi...

Dan saya sebenarnya sudah bersedia utk menangis kerana dikatakan ini filem tisu (sebab dah lama x nangis tgk filem..haha)

TAPI....

Menunggu sehingga ke akhir filem ini tiada langsung air mata yang keluar.... sebak pun tiada... terharu pun tiada.... saya seolah menontotn filem ini tanpa jiwa.... mana hilangnya pergi HATI TISU saya.... kenapa sy tidak merasa terkesan dengan setiap kesedihan yang di paparkan? Ermmm.....

Jujur bagi pandangan peribadi.... 45 minit terawal saya menonton filem ini dalam rasa resah.... dan kerap kali melihat jam... membetulkan kedudukan atas kerusi hampir 5minit sekali.... iya... 45 minit awal filem ini saya rasa kosong dan agak membosankan....bosan hingga menyebabkan sy resah. Tak pasti apakah cuma saya saja yg merasakan atau tak... 45 minit pertama filem ini terlalu memfokuskan visual dan keindahan panorama sehingga watak utama seakan terabai dan tenggelam lalu hanyut dan hilang dalam keindahan visual latar. Tidak dinafikan panorama berkembang cukup indah... tp wataknya tidak berkembang seiring dgn keindahan visualnya.

Saya tidak mampu merasakan kekuatan cinta antara naufal dan laila... x mampu merasakan sakit dan pedih rasa ditinggalkan... x mampu utk merasai semua emosi yg ada dlm filem tersebut...

Apakah kerana hati tisu saya telah bertukar menjadi hati besi?

Padahal minggu lalu sy mampu feel akan semua rasa2 tu waktu sy menonton lakonan Ogy dan Azmil Mustaffa salam filem Kisah Cinta (one of the best malay love story for me lah)...

Apa2 pun.... saya tetap akan menonton filem2 mendatang daripada OSMAN ALI.... tak kisahlah apapun genrenya... sebab beliau antara pengarah yg saya suka... sama seperti KHABIR BHATIA....

Owh ya ini hanyalah sekadar pandangan peribadi.... bkn mempersoalkan kreadibiliti para pemeran dan sang sutradara.... mereka tetap hebat... cuma jiwa filem ini x sampai kepada saya.... tu saja....

P.s igtkan hati tisu dah tukar jd hati besi.... rupanya telemovie FATONAH AZALI minggu lepas berjaya membuat saya nangis... sob sob sob... hebat lakonan nad zainal...

So bila sy tgk respon2 yg mengatakan mereka menangis kaw2... dan yg lelaki pun x segan silu dok ulang ckp yg depa nangis jgk.... buatkan sy bingung... sebab sy x jumpa part yg betul2 mengusik hati.... tak taw nak menangis waktu bila... sebab feel x sampai pada saya...

Bukan salah dorang... salah saya... sbb ada filter kot kat depan saya....

Ok chao...

5/5 star untuk sinematografi....

Sunday, November 26, 2017

PENGABDI SETAN - MOVIE REVIEW


Org bilang kalo mau bikin remake sesebuah film maka harusnya yg diremake itu perlu lebih bagus dari yg sebelumnya... atau paling tidak harus setanding sama yg asli.

Tapi setelah usai menonton Pengabdi Setan 2017 ternyata film ini bagusnya 10 kali lipat dari yg asli... sebuah film yg menggunakan judul yg sama lewat tahun 80an..

Pengabdi Setan di tangan sutradara Joko Anwar berjaya membawa era baru dan segar dalam perfileman horror indonesia.

Joko Anwar memperkemaskan lagi film ini yg dahulunya kelihatan longgar... menambahkan unsur seram hampir disemua scene berbanding film terdahulu yg tidak saya temukan mood seram.. bila saya mengatakan menambahkan mood seram hampir di semua scene itu bkn bermakna semua babak harus punya hantu.... tapi ia dirasai dari mood film itu sendiri.... lokasi shuting... visualnya... nuansa muram.... rumah 'antik' yg mereka diami.... even lagu2 yg diputarkan juga bila bergabung dan menjalar menjadi satu dan mewujudkan perasaab seram. Scor musiknya juga tidak kalah seram....

Meski jika diamati nuansa filem ini... dan mungkin rumahnya jgk bisa merasakan seperti menonton conjuring dan insidious cuma keseramannya beda...tp mood dan rasa yg hampir sama... namun kalo di bandingkan sama2 film2 seram indonesia yg terdahulu saya mengatakan ini yg terbaik so far....

Jika ditanya manakah scene paling menyeramkan di film ini... jujur menurut saya adalah scene sewaktu para2 pemuja setan yg datang beramai2 dalam pakaian serba hitam berdiri mengelilingi rumah bront palarae (sori lupa nama watak) mereka hanya berdiri kaku tanpa ada penampakan wajah dan sebarang expressi... namun cukup memberikan perasaan merinding pada diri saya.... byk lagi scene2 menarik... tp ada juga sebahagian scenenya yg sudah bisa kita tebak kerana bagi penggemar filem horror anda wajib taw waktu bilakah anda akan diterpa dgn kejutan itu....

Filem remake ini tidak mengikut 100% film asli..jadi kalo yg udah pada nonton filmnya...masih bisa enjoy yg baru ini. Watak pembantu rumah yg memuja setan itu tiada... watak pembantu lelaki tua yg berpenyakit astma digantikan dgn watak nenek... dan beberapa hal lagi.

Menurut saya andai saudara Joko Anwar tidak bilang bahawa beliau meremake the old pengabdi setan for me this new movie i think ia boleh berdiri di atas filmnya sendiri.... malah tidak keterlaluan kalo Joko Anwar mahu menghasilkan sekual dari filem2 ini....

Tapi menurut saya setelah ini beliau harus menghasilkan PREKUAL film ini.... sy mau melihat bagaimana perjanjian2 setan yg dibuat oleh watak si ibu... bagaimana dia menghambakan diri pada setan2 berkenaan... hingga setiap anak yg dilahirkan itu bukan dari zuriat si bapa sendiri... nah setelah dijelaskan semuanya di prekual maka perlu ada SEKUALnya juga... malah masih wujud pemuja2 setan yg masih ingin mendamping anak2 waris kepada setan itu sendiri... (aku yakin watak fachri albar di 5 menit terakhir film ini bakal menceritakan sesuatu yg lebih besar utk film2 ini seterusnya...

Sukses utk filmnya... 2 jempol!

Monday, May 22, 2017

FOREVERMORE VS HERO SEORANG CINDERELLA



6 November 2014 dulu, di sini...saya pernah menulis tentang kisah ini, setelah cuma berjaya menonton hanya 15 episod dan kemudian blog yang saya follow untuk menonton drama ni kena block, terus harapan terkubur....

Tapi siapa sangka setelah lebih 2 tahun menunggu, 2017 buat julung kalinya teleserye ni bakal muncul di Astro Mustika dan Bella pada 22 mei 2017 iaitu hari ini, petang ini pada jam 4.00 - 5.00pm.

Apa yang boleh saya katakan... hahahaha it's like impian menjadi kenyataan.... 

Tadi waktu datang kerja mode dekoder astro telah saya setkan utk record this series petang ni. So malam ni berpeluang menyaksikan lagi drama ni....

Saya juga berharap satu hari nanti drama Dolce Amore lakonan mantap mereka berdua akan turut disiarkan juga.... seriously can't wait!


Tapi Eh... jangan buat2 lupa pulak, malam ni Hero Seorang Cinderella jugak akan mula ditayangkan... haha 

Honestly saya dah lama tak menonton drama melayu, kali terakhir adalah 7 Hari Mencintaiku (itu pun gigih mendonload drama itu, sebab kata orang drama tu best) tapi HSC ofkos saya akan save the date sebab FAZURA kot... haha



Oklah cakap banyak tak mau, malam nanti kita tonton ok.... chao~

Thursday, June 23, 2016

CAKRA KHAN - MENCARI CINTA SEJATI



MENCARI CINTA SEJATI
by Cakra Khan
ost Rudy Habibie (Habibie & Ainun)
song by Melly Goeslow
music by Anto Hoed

hembusan angin meniup wajah alam
mataku tak berkedip menatap langit
terlalu luas tak bertepi pandang
bisakah aku menyentuh awan

berwaktu-waktu aku mengasuh rasa
mendengarkan jiwaku berkata-kata
tak mungkin aku abaikan kata hati
kuharus jujur pada hatiku

kau dan aku tak bisa bersama
bagai syair lagu tak berirama
selamat tinggal kenangan denganmu
senyumku melepaskan kau pergi

engkau bukanlah sebuah kesalahan
tak pernah aku menyesal mengenalmu
tapi biarkanlah aku terbang bebas
mencari cinta sejati


Tahun ini film Indonesia AADC 2 dan My Stupid Boss di tayangkan di Malaysia... agaknya bagaimana dengan filem ni? nak sangat tgk! aktingnya Reza Rahadian SUPER BAGUS!



Friday, May 20, 2016

AKU DAN KESENDIRIAN



Ada byk hal yg membuat aku berpikir,
Tentang nasib dan keberuntungan...
Tentang tawa dan kesedihan...
Tentang hati juga perasaan...
Namun hujung-hujung yang terkesan adalah aku sendiri... dilabel sebagai manusia yg tak punya rasa...
Dingin dalam suamnya rasa,
Beku dalam mencairnya emosi...
Lalu apa salah aku andai terlahir dari jiwa yg sukar dimengertikan?
Apa salah aku juga andai segala ruang rasa enggan berkompromi dgn waktu?
Lalu apakah salah hujan andai membasahi bumi saat hangat mentari dibutuhkan?
Lalu apakah salah pelangi andai gagal muncul saat terik panas memancar?
Lalu APA?
Ada apa dengan semua rasa?
Hingga akhirnya kelihatan seperti aku seakan sang pendosa?
Agak sulit barangkali memahami seorang manusia bernama AKU...
Tak mengapa... letaklah salah semahunya dibahuku...
Bahu aku terbuat dari besi mungkin...
Tapi besi pun mungkin bengkok kan?
Eheh!! Ketawa lah mungkin itu bisa menyenangkan semua...
Kesedihan simpan saja dalam poket waktu
Hahaha ha ha ha ha
1549
20052016