Monday, March 30, 2026
SLOWLY HEALING
Thursday, September 11, 2025
SEPTEMBER HADIR LAGI
Sebenarnya ada saja kata untuk ditaip, ada saja kisah untuk diceritakan, meski tak semua, setidaknya ada.Tapi faktor usia barangkali bila jari jadi kaku untuk mengetik papan keyboard untuk meluah rasa akhirnya semua cerita tersimpan saja dalam diri...
Cepat ye 2025 sudah menginjak ke September, bulan kelahiran yang kadang-kadang aku sendiri pun terlupa....
September ini sepertinya mendung dan sesekali hujan. Tanah dibulan september ada ketika berdebu dek kepanasan membahang. Tapi sesekali adem disiram sang hujan... meski kadang sebentar tapi aroma tanah yang sesekali basah membuat jiwa terasa tenang.
Eh korang ada ikut kasus Nikita Mirzani? Aku follow kes tu since Februari lalu, sampai sekarang pun masih belum selesai lagi. Dia dan assistantnya Mail masih kekal sebagai tersangka. Ni sekarang waktu menaip ni pun aku masih ikuti live sidang dari mahkamah, setiap khamis pagi.
Korang rasa dia bersalah ke tak? mungkin ada yang bilang kalo kes ini tak penting untuk diliput, tapi menurut aku banyak sangat keganjilan dalam kes ni. Seperti kes yang dipaksakan sangat untuk menutup kes lain yang lagi besar.... tengok la nanti kalo rajin aku bahas isu ni.
p/s : btw tak sangka ada jgk orang malaysia yang sokong NEPOS ek! si nenek judol ittewww -
Monday, September 30, 2024
WAKE ME UP WHEN SEPTEMBER END
September to Remember
Hari ni tiba sudah penghujung september, tanda 2024 pun semakin menghampiri ke penghujung. Sedar tak sedar itulah kenyataannya. September seperti biasa adalah bulan kelahiran... september juga adalah bulan hujan.... muncul september hingga penghujung hujan masih setia turun membasahkan bumi. Kadang membawa berhari-hari hujan hingga membantutkan aktiviti untuk dilakukan.
Tapi ada ketika seronok juga waktu hujan-hujan begini, merasai dinginnya hujan sambil berhibernasi di tempat tidur memang menyeronokkan. Atau setidaknya marathon menonton movie ataupun menonton youtube... watching youtube always be my favourite choice...
Owh ya september juga saya menerima kehadiran dua orang cucu baru, yang pertama Ash Abdul Alyan nama diberi dan yang kedua adalah Muhammad Ismail Ziyyad. Selamat datang ke dunia.... semoga lahir dan membersar menjadi manusia2 hebat dan beriman.
Oh ya, buku merah pun lagi 2 bulan akan tamat tempoh. Wajib perbaharui dah ni, setidaknya jika perlu ke mana-mana senang. Hehehe.... 2025 ada perancangan... tapi kita simpan dahulu... semoga menjadi kenyataan. Semalam teman memberitahu kalau nak join pesta songkran di hatyai sudah boleh mula daftar booking tempat juga....mana tidaknya waktu itu semua hotel akan penuh... aku mmg tidak berapa gemar tempat2 yang sesak dengan orang, tapi tak tahu lah kalau nanti terasa untuk turut serta.... ppl change kan... gituuuu hehe
oleylah, oktober please be nice this time ok.
hug n kisses
Tuesday, February 6, 2024
DAN WAKTU PUN BERLALU
Dalam hidup ini, antara sedar dan tidak...ada banyak yang telah kita tinggalkan jauh dibelakang seiring dengan berjalannya waktu. Ada hal yang kita pilih untuk meninggalkan dan ada juga yang harus ditinggalkan dan ada juga lagi yang tanpa sedar kita telah meninggalkannya tanpa membekas rasa di hati, itu lah kehidupan.
Kian kedepan perjalanan waktu ini, kian mencabar rupanya hal-hal yang harus kita hadapi, terasa betapa kerasnya hidup. Terasa betapa kadang kita lemah dan seperti tidak mampu untuk terus melangkah, tapi tanpa sedar juga kita sebenarnya masih kuat. Buktinya iya sampai saat ini kita masih bertahan dengan hidup, bukankah itu tandanya kita bukanlah selemah seperti yang ada difikiran? Mungkin kerana ada waktu kita dihadirkan dengan hal-hal yang memenatkan yang membutuhkan diri untuk berehat sejenak.
Ada orang yang terus berjalan ke hadapan tanpa mau langsung menoleh sedikit pun ke belakang. Membiarkan hal yang namanya kenangan itu tetap berlalu tanpa perlu untuk dikenang...
Tapi ada juga manusia (seperti aku contohnya) yang sesekali (kerap juga) menoleh dan merindui kehidupan yang lalu, kenangan yang lalu... menoleh dan merasa rindu, tapi dalam satu-satu keadaan bukan merasa untuk kembali, tapi cukup hanya merindukan.
Cukup seketika mengenang, dan tidak membiarkan diri terlarut-larut dalam emosi yang berkepanjangan. Harusnya tiada apa yang perlu diubah kerana itu semuanya lah telah membentuk siapa diri kita di saat ini.Tiada yang salah kerana itulah aturan Tuhan... kita hanya jalaninya saja.
Cuma sesekali bila rasa kesunyian itu datang, aku teringatkan arwah mak dan ayah... segunung rasa rindu yang takkan mampu digantikan meski dengan apa sekalipun.And for those who know me in person, aku memang jarang sekali bercakap atau bercerita abt my parents... i kept all those feeling inside me, terasa seperti ada batu yang tersangkut di kerongkongan menghalang diri untuk terus berbicara. Lalu yang hadir cumalah segugus air bening yang menitis dari satu sudut dan meleleh hingga menitik.
Arghhhh rindu mereka sangat-sangat!
Friday, January 19, 2024
2024 - SEMOGA BAIK-BAIK SAJA
Walaupun masih terasa belum 100% baik dan pulih seperti dulu, tapi setidaknya 80% sudah bisa dilalui dengan senang hati. Setidaknya tidak lagi terlantar dirumah hingga sukar untuk bergerak seperti diawal fasa aritu.
Alhamdulillah juga aku mampu menghadapi keserabutan emosi disepanjang tempoh itu. Bukanlah bermakna aku kuat, setidaknya aku berusaha setiap hari menepis ketirisan emosi yang datangnya sukar ditebak. Aku simpan dan telan sendiri je, sebab aku tau andai aku luah aku yakin mereka dengan senang akan memilih untuk tidak mau memahami. Hanya orang yang benar-benar melalui satu2 fasa getir saja yang akan mengerti.
Hidup ini apalah sangat diharap padanya orang.. kebergantungan emosi hanya bisa melelahkan.
Di 2024 ini sebenarnya punya banyak keinginan dan harapan. Tapi entahlah semakin lama kehidupan ini semakin mencabar dan menuntut banyak kesabaran kan? takpalah yang penting jangan membebankan diri dgn hal yang diluar kemampuan. Semakin bertambah usia ni kalo boleh nak hidup tenang-tenang je.... itu kata yang sering ramai orang ucapkan. tapi dengan keadaan sekarang ketenangan seperti apakah yang boleh dikecap?
Tapi buat aku setakat ini alhamdulillah semuanya masih seperti biasa, tidak berkurang dan tidak juga terlalu bertambah-tambah.... seadanya saja...
Tahun 2024 ini satu hal yang ingin aku belajar ialah tentang ikhlas dan berdamai dengan diri....insyaallah semoga dipermudahkan.
Wednesday, October 18, 2023
PERUBAHAN DALAM HIDUP
Setidaknya semakin bertambah usia, akan ada perubahan yang akan kita lakukan dan jalani. Paling tidak akan terbit sedikit kesedaran bahawa masa lalu takkan dan tidak seharusnya sama seperti dengan yang sekarang, apatah lagi untuk di masa hadapan.
Some people said that life begins at 40, ntahlah... lalui je lah dengan bagaimana pun setidaknya makin ke sini makin ada perubahan ke arah yang lebih membaik.
Bersederhana Dalam Bekerja
Sudah tiba waktu mungkin untuk tidak terlalu kuat bekerja, kerana itu ada yang mengingatkan agar bekerja lah sekuat mungkin diwaktu usia masih muda kerana di hujung usia dapat kita perhatikan hal lain yang mungkin lebih penting yang kita terlepas pandang atau terabaikan... seperti mendekatkan diri dengan Allah dan meluangkan lebih waktu bersama keluarga.
Manfaatkan Waktu Cuti
Lupakan sejenak beban kerja. Isikan dengan hal-hal lain yang boleh mendatangkan kegembiraan atau faedah untuk diri sendiri dan lingkungan persekitaran.
Masalah Kerja Bukan Di rumah
Ini antara hal yang aku kerap lakukan dahulu dan kadang-kadang di waktu ini... atau setidaknya aku pulang dengan sebeban kepenatan mental dan emosi yang berlebihan hinggakan hal-hal lain tidak bisa terkawalkan. Patutnya rumah menjadi tempat kita berehat dan bertenang...
Lebih Menghargai Masa
Tak perlu untuk kita korbankan masa untuk orang-orang yang dirasakan kurang penting. Pilihlah untuk menjadi lebih selektif dalam memilih agar apa yang kita korbankan tidak menjadi sia-sia... bukankah saat ini seharunya yang dipilih adalah meluangkan masa dengan keluarga dan Allah?
Say No Untuk Hal Yang Tidak Terlalu Penting
Jangan takut untuk berkata tidak, bukan semua hal harus kita katakan Iya... kan? kerana hujung-hujungnya kita yang akan penat sendirian... Diusia sebegini kita sebolehnya ingin untuk bekerja dengan tenang tanpa ada keserabutan. Jadi katakan NO sekiranya ia tidak terlalu penting buat kau.
Jangan Mudah Dipengaruhi Dan Ditindas
Pilih dan tinggalkanlah manusia-manusia toksik yang suka mengambil kesempatan, tidak rugi mengecilkan circle pertemanan andai ia lebih membawa kebaikan daripada keburukan.
Zaman Sekarang Ramai Manusia Fake
Mengelak dari dari rasa sakit hati adalah dengan menhindari fake people, sekian lama hidup takkan kita masih tak mampu untuk membezakan jenis-jenis manusia.... betul tak?
Menjaga Kesihatan
Menginjak usia semakin kita akan mengalami keterbatasan dalam melakukan sesuatu... itu tandanya bukan muda lagi tubuh kita.
Selamat Tinggal Dunia Tipu-Tipu
Inilah hal pertama yang aku lakukan... sejak hampir 11 tahun lepas, sedikit demi sedikit aku tinggal dan aku buang, iya orang tak perlu tahu apa dan apa yang telah aku perbuat, tapi aku tahu... telah banyak yang aku tinggalkan dalam hidup ini demi mengejar tenangnya rasa melalui kehidupan di hujung-hujung kehidupan. Bukankah itu yang semua dari kita inginkan?
____________
Kadang aku terfikir, adakah sesiapa pun yang mencecah usia 40an akan mengalami perubahan fikiran, berfikir akan sesuatu yang dulunya tidak pernah terfikir.... mengandai dan menyimpulkan sesuatu yang dahulunya biasa dibiarkan kusut tanpa perlu diuraikan.... Tapi makin kita ke sini, sebolehnya kita mencuba untuk menguraikan semua jenis kekusutan yang ada dengan harapan agar perasaan tenang dan damai dapat kita kecap.
Tapi, tak jugak...masih ada juga orang-orang yang aku lihat masih sama dan tidak ada apa pun yang mahu di ubah... tapi itu zahirnya lah... tapi aku percaya dalam hati setiap manusia akan tiba waktu dia mahu lakukan sesuatu ke arah yg lebih baik cuma mungkin kita keliru atau tidak tahu bagaimana....-
Selagi kita hidup tiada istilah terlambat... kesedaran didatangkan oleh Tuhan kepada tiap orang tidak seiring waktu.... ada cepat dan ada juga sebaliknya.
Wednesday, October 11, 2023
AKU HATI DAN PERASAAN
Friday, September 23, 2022
SELAMAT ULANG TAHUN
Wednesday, August 31, 2022
KAU PERGI JUA
wajahmu seindah serinya pelangi nan indah
seharum mawar putih segar berkembang
wajahmu... mengapa sering terbayang di mataku
sehingga terbawa di dalam mimpiku
Kau pergi jua akhirnya...
Hampir 3 tahun kau terlantar dan sakit, 10 Ogos 2022 setelah isya' Tuhan memanggilmu menghadap.Meninggalkan kami 6 orang untuk menempuhi hidup ini tanpa lagi kau di sisi.
Petang itu kakcik menelefon khabarkan keadaan mu yg agak tenat di kampung. Waktu itu Tok, Makngah, Maklang ada bersama di sisimu mengajarkan kau mengucap, membacakan kau surah....
Kalau sebelum ini selang beberapa minit kemudian kakcik akan telefon memberitahu keadaanmu sudah pulih, tapi berbeza kali ini.... melalui panggilan seterusnya ada sedikit tangisan di hujung talian...
"mak dah takda..."
Aku blank seketika.... aku tidak bisa memberi apa-apa reaksi.seusai itu aku lantas memberitahu S bahawa mak dah tiada. Dan malam itu juga kami pulang ke kampung.
Otak aku masih belum mampu mencerna kata-kata yang aku dengar sebentar tadi.
Sampainya di kampung, kelihatan ramai orang di rumah. Lalu terlihatlah sekujur tubuh tertutup rapat. Tiada langsung air mata bertakung di birai mata, sangkaku aku kuat... sangkaku aku tabah.
Kemudian duduk di sisi kau, aku membaca lembaran demi lembaran yassin... cuma ini yang mampu aku sedekahkan kepadamu di saat ini. Terakhir kali bersua dan berbicara denganmu adalah pada aidiladha lalu.
Sepatutnya hujung bulan ini aku akan kembali pulang ke kampung menjagamu kerana aku bercuti selama 5 hari. Tapi nampaknya perancangan Tuhan lebih mendahului.
2013 Ayah pergi...
2022 Ibu pergi...
...dan aku kini, yatim piatu
Alatihah untuk arwah ayah dan ibu.... semoga dalam rahmat Tuhan sentiasa...
Berehatlah kalian dengan tenang di sana, insyaallah setiap kali pulang ke kampung akan aku jengah kalian buat melampiaskan rasa rindu yang bersarang di hati....
Tuesday, June 8, 2021
EARTHMIX - TENTANG KITA
Saturday, May 29, 2021
AINA ABDUL - NADA KALBU
Friday, May 28, 2021
DRAMA MELAYU KITA
Hahaha, pelakon pun dah bosan. Kita yang menonton ni apa lagi lah. Drama melayu kat malaysia ni memang tak pernah nak berubah. Balik-balik kita di sajikan dengan konsep cerita yang hampir sama.Tak ada kelainan. Bukan tak ada langsung, ada juga drama yang lari sket daripada kebiasaan tapi tak banyak.
Saya masih ingat dulu kat 8tv ada drama-drama melayu yang lari sket konsep dia dari kebiasaan, seperti drama Kami, drama Ghost season 1 and 2, drama the Blogger Boy dan banyak lagi.... tapi kalo cerita-cerita urban macam ni tak semua peringkat umur boleh terima, tapi atleast ada juga kepelbagaian genre.
Tengok sajalah drama-drama korea, kisah tentang friendship, history, crime, thriller, horror, revenge... banyak lagi lah kalo nak dicerita kan.
Soalan ini kalau diajukan kepada pengarah, mereka akan katakan penerbitan atau corak sesebuah drama ditentukan oleh stesen tv.Stesen tv yang akan panggil production house then akan ada perbincangan. Para pelakon pun stesen tv juga yang tentukan. Production house or director boleh suggest je. Sekarang ni based on sapa tinggi follower kat IG plak konsepnya. Pelik betol.
Sekarang kan tema adaptasi novel. Bukan nak kata semua novel kat malaysia ni tak ada kualiti, tapi kalau tak percaya cuba kau pergi kat popular book store, kau pi belek la semua novel2 melayu kat rak tu. Kau baca je sinopsis kat belakang.... boleh dikatakan 90% balik-balik itu ja isi ceritanya. Sebab tu la aku selalu assume yang novelist2 malaysia ni khasnya kakak-kakak tu create novel based on imaginasi n khayalan kaki tak jejak tanah. Memang la tak semua, tapi kalau dah kebanyakan macam tu, kau pikir la sendiri. Paling loya tekak adalah pemilihan tajuk. Konon nak catchy kot... padahal sedey.... tajuk drama pun lebih kurang mcm tu jgk la... haih!
Apa kita dah ketandusan idea or konsep cerita ke? balik-balik kes kawin paksa, cerita bisnes juta-juta.... projek tu projek ni.... kenapa tak buat cerita tentang petani ke? posmen ke... orang yang keja fastfood ke.... i mean lebih dekat dengan realiti... orang sekarang suka cerita yang dorang boleh relate.
Paling bodo and takleh terima dek akal is mak-mak n nenek-nenek yang tolak mentah-mentah menantu yang anak n cucu dorang suka, pilihan mereka hat terang-terang jahat... buta perot ka buta hati... hang nak kawenkan anak hang dengan pompuan jahat... pastu siap nak meruntuhkan kebahagiaan anak hang. Berpakat dengan menantu pilihan. Bodow... buatlah cerita yang penonton tak boleh nak persoalkan kelogikkannya.... ni setiap scene akan ada saja persoalan akan logiknya akan dipersoal.
Last-last pihak stesen tv akan kata ini adalah mengikut selera penonton... depa tak baca ke segala keluh kesah penonton yang dah muak dengan hidangan konsep cerita yang sama?
Sebab tu jugak saya tak pernah tengok tv, terutama drama-drama melayu.... drama melayu terakhir yang saya tonton adalah Takdir Yang Tertulis, sebelum tu drama 7 hari mencintaiku 2.... dan sebelum tu drama Nur 2... yang lain hanya layak masuk tong sampah je. Tapi kalau kita kondem cepat je dorang marah.... dorang tetap nak pertahankan naskah dorang. Kenapa dorang tak cuba nak dengar apa yang penonton nak. Next time jangan hasilkan karya ikut selera sendiri. Cuba selidik selera penonton.
Aku pun sekarang dalam proses nak potong ja asterok... rugi tiap-tiap bulan bayar rm178.90.... now 121.90.... satu haprak cerita pun aku tak tengok. Ingat baik boh netflix je lepas ni.
Selain korea, saya rasa drama yang semakin meningkat kualiti sekarang adalah daripada Thailand. Tak mustahil, sikit waktu lagi mereka mampu menyamai drama-drama korea. Lagian, drama-drama bersiri Thailand sekarang sedang mengumpul jumlah peminat yang makin meningkat bukan hanya di negara mereka saja, bahkan hampir seluruh asia.
Dan 10 tahun lagi malaysia akan masih bangga dengan citer kawen2 paksa dia... hahahah... time tu sinetron negara jiran pun mungkin dah stop konsep zoom in zoom out kot.
Owh ya, satu2nya production house yang selalu saya nantikan karya mereka adalah Radiusone, melalui pengarahnya Shahrulezad Mohameddin. Semoga dorang terus mengeluarkan cerita-cerita bermutu.
Friday, May 7, 2021
MULTIFUNCTION HOME GYM SET
Hari ni seperti yang dijanjikan, pukul 12:30 tengahari tadi, TR datang rumah untuk melihat set gym yang saya bagitau dia minggu lepas. Jam 12:20 bergegas saya dari opis pulang ke rumah. Setelah dibelek-belek dia akhirnya berpuas hati. Saya bagitahu dia tempohari supaya datang tengok dulu sblm setuju nak beli, mana tau tiba-tiba rasa tak berkenan. Cuma yang jadi masalahnya ialah bagaimana nak usung menda ni keluar dari rumah. Hahahah.... yeah dats the main problem. Waktu saya beli dulu, kedai bawak part by part dan pasangkan kemudian di rumah. So nampak gayanya TR terpaksala asingkan part by part dulu sebelum boleh untuk pindahkan all the gym set ni.
Akisahnya bermula ceriteranya adalah seperti berikut.... saya sebenarnya dalam proses make over rumah.Actually takderlah ubahsuai sangat. Just plan nak make over mana yang patut je. Mata jemu dah dengan susun atur dan warna yang setelah sekian lama mewarnai rumah ni. Keputusan terburu-buru ni saya decide minggu pertama bulan ramadhan.Ini dikeranakan minggu itu saya work from home. Saya punya la bajet yang segalanya akan selesai sebelum raya. So dapatlah beraya dengan suasana baru.Tapi mencabar juga nak make over rumah time-time ramadhan ni. Sorang-sorang plak tu.... hahah
So hal pertama yang saya lakukan adalah repainting the house. Saya pindah ke PRTB pada tahun 2010 saat menjejakkan kaki rumahnya berwarna putih.... plain and membosankan. Jadinya sebelum totally pindah dari rumah lama saya siapkan mengecat dahulu.Iya, ini bukan rumah sendiri... tapi saya tak rasa rugi pun buat itu ini...semua untuk keselesaan dan kepuasan sendiri. Buat apa nak berkira sangat. Waktu tu warna pilihan saya adalah green apple dan dark brown. Saya sukakan kombinasi dua warna ni. Tak sangka plak yang suatu hari nanti saya akan jemu dengan warna pilihan ni. Lalu akhirnya saya kembali mewarnakan rumah ini kembali kepada warna asalnya. eheh... Back to the start.
Oke, berbalik kepada hal set gym kat atas tu, akhirnya TR bersetuju dengan apa yang dia tengok. Lalu barang pun bertukar tangan... berpindah kepada pemilik baru, yelah barang yang selama ini tersimpan tanpa jarang diguna oleh saya. Hahaha dulu gigih membeli dengan harapan nak buat badan. Sempat la sado sekejap.Tapi lepas tu bila dah malas, badan kembali ke asal..haha
Okey, lepas ni dh boleh mula pikir nak beli tikar getah baru gantikan corak lama yg sedia ada tu.
Tuesday, May 4, 2021
RAYA RAYA RAYA BY DOLLA
ramadhan mulia berlalu
raya menjelang tiba
sebulan berhari raya
buat semua umat manusia
BUBUR LAMBUK 2 BUNGKUS
Assalamualaikum, apa khabar korang?
Sedar tak sedar ramadhan 2021 sudah pun masuk hari yang ke 22, lamanya sudah saya tidak menjengah ke sini. Bukan lupa tapi malas barangkali...eheh! ni bila dah jenguk kembali ada lah sikit pembersihan semak samun yang lama dah tak saya bersihkan. Ubah sikit itu dan ini.
Oh ya, sebenarnya sejak tahun lepas saya tak berpeluang merasa bubur lambuk seperti kebiasaan tahun-tahun sebelum ni, maklumlah sejak dunia dilanda covid-19 ni segalanya terbatas.Kalau dulu setiap kali tibanya ramadhan masjid perai selalu menyediakan bubur lambuk untuk orang ramai.Saya pun sekali sekali ada juga ke sana mengambil. Tapi tahun ni masjid perai dalam proses pengubahsuaian.So tahun ni memang takda penyediaan bubur lambuk. Tapi hari ni tempat kerja saya buat gotong royong menyediakan bubur lambuk.Alhamdulillah tahun ni merasa jugak la.
Bukan apa, bubur lambuk kan sinonim dengan bulan ramadhan, bila takda tu rasa macam tak lengkap plak. Tempat korang macam mana? Bazar ramadhan kat seberang jaya pun terpaksa ditutup sejak 1 mei lalu disebabkan kebarangkalian jangkitan covid tinggi katanya, tapi saya okey je sebab since ramadhan pertama pun saya memang tak pernah keluar membeli juadah berbuka pun.Masak sendiri je. tapi tahun ni sama seperti tahun lepas, takdela beria-ria masak juadah gempak...kalau dulu ye la sebab nak post kat instagram lah kat facebook lah... tapi since tahun lepas saya bersederhana je la.Lagipun berazam nak kurus sket, kalo beria masak kang ke laut lepas la diet saya. Hopefully by end of ramadhan ni turun la kot 3,4 kilo.... harapnya lah. Tapi sampai hari ni belum lagi pi timbang berat. Tapi ada la rasa susut sikit. Hahahaha ayat penyedap hati.
Zakat fitrah pun alhamdulillah dah selesai bayar untuk tahun ni. RM7.00X4 ORANG. Korang camna? dah settle blom? jangan tunggu hujung-hujung nanti lupa. Okeylah esok kalo rajin saya menulis lagi. Kalau tak, jumpa lagi tahun depan. Hahahahaha jaga diri korang ok...
Tuesday, February 18, 2020
RESEPI MEE GORENG ALA SEMPOI
Sudah Februari 2020 pun... Pejam celik cepat je masa beredar kan. Ada ketika rasa banyak yang ingin di tulis. Tapi setelah ditapis2 ada yang sesuai dan ada jgk yang dirasakan tidak perlu. Since aku dh berjanji x ingin lagi menulis seperti di Akunganto dlu makanya terstop mcm tu saja. Haha.. Lagipula komuniti blog dh x serancak mcm dlu. Generasi seangkatan aku je yg masih berminat dgn blog. Skang budak suka main tiktok ja... Hahaha mcm sakai.
Oh ya mulai 2020 ni aku ingat nak isi blog ni dgn review film or series yang aku dh tonton yerlah berkongsi info. Maybe ada filem best yg aku blom tonton korang bleh suggest kat aku contohnya. Or Any film best yg aku dh tgk bleh aku share dgn korang kat sini.. .. Di samping itu jgk sekali skala boleh la aku share kat sini menu2 sempoi yg aku masak.. Untuk first edition ni aku nak share menu mee goreng sempoi.... Haha nak bt video pun bkn senang... Editing, lighting, angle semua Nak kena amik kira. Hahaha xpalah baru blajo. Lama2 nanti dh terer br senang sket. Setakat skang kita bt je apa yg tawu.
OKlah ini dlu utk hari ini. Nanti kita sembang lg. Chao
Saturday, February 16, 2019
MAX BARSKIH - 7
Im happy to annouce that his latest album was release already! Sejak 2011 pertama kali dengar lagu teryayu tebya (lost in love) sampai la sekarang aku terus follow semua lagu2 max barskih.... muziknya sangat sesuai dengan citarasa aku...
First single dalam album ni yang dirilis terlebih dahulu penghujung tahun lepas berjudul Berega ala-ala music disco terus menangkap telinga, dengan tampilan mv yang unik mmg mengena dengan konsep lagu....
Dan 8 Februari 2019 full album telahpun release.... ada 7 lagu dalam album ni
1. Berega
2. Nikto
3. Zachem
4. Strannaya
5. Nezemnaya
6. Nu I Chto
7. Vspominat
Maigad... semua lagu dalam album ni sedap gilerr.... berapa hari ni aku layan dulu lagu track no 6.... takmo dengar semua serentak... dengaq smpai jemu satu2... bhahaha!!! then baru tukaq another track.... huhu
Jom layan lagu track nombor 6 dulu :
Nu I Chto (So What)
by Max Barskih
Chuvstvo neznakomoye
YA k tebe prikovanyy,
no tol'ko izdaleka
Na menya obizhena,
ya nechayanno broshennyy
Ishchu, chto tebe skazat'
YA naydu paru slov i sukhoe «Privet, kak tvoi dela?»
I uslyshu opyat' — lyubvi bol'she net Poslushay menya:
Nu i chto? Ne pozdno nikogda vso nachat' s nulya, izmenit'sya
Nu i chto? Mne nechego teryat' — ya seychas pered toboy
Nu i chto? YA nemnogo opozdal i zanovo v tebya vlyubilsya
Nu i chto? Ne vazhno s kem ty zdes' — segodnya ty uydosh' so mnoy, domoy
Nichego lichnogo, noty bezrazlichiya
ya vizhu v tvoikh glazakh
Bylo ili ne bylo my ostalis' prezhnimi?
Ty vso yeshcho lyubish' menya
YA naydu paru slov i sukhoe «Privet, kak tvoi dela?»
I uslyshu opyat' — lyubvi bol'she net Poslushay menya:
Nu i chto? Ne pozdno nikogda vso nachat' s nulya, izmenit'sya
Nu i chto? Mne nechego teryat' — ya seychas pered toboy
Nu i chto? YA nemnogo opozdal i zanovo v tebya vlyubilsya
Nu i chto? Ne vazhno s kem ty zdes' — segodnya ty uydosh' so mnoy, domoy
Nu i chto? Ne pozdno nikogda vso nachat' s nulya, izmenit'sya
Nu i chto? Mne nechego teryat' — ya seychas pered toboy
Nu i chto? YA nemnogo opozdal i zanovo v tebya vlyubilsya
Nu i chto? Ne vazhno s kem ty zdes' — segodnya ty uydosh' so mnoy, domoy
Tuesday, January 29, 2019
AISYAH AZIZ - BILA ENTAH
Song Title : Entah Bila
Singer : Aisyah Aziz
Composer : Ezra Kong / Hael Husaini
Entah bertemu tah' tidak
Ngapa bila ku mahu kau elak
Dari mana ke mana
Rumput tawan padi
Di tahun bila bulan apa
Kan bersua lagi?
Rumah laksamana
Pasang dian tiga
Gadai hati tuk dikasihi
Hingga tua nanti
Sayang
Hilangnya di mata
Sayang
Di hati jangan
Entah bertemu tah tidak
Makin hiba hati yang terdesak
Entah bertemu tah tidak
Ngapa bila ku mau kau elak
Bila-ah ah bila tah tah bertemu tidak
Bila-ah ah ku mahu kau elak
Oh bulan mana bintang
Atas pucuk ara
Rajinnya kanda yang ku sayang
Sampai tak mau pulang
Since semalam dh berapa ratus kali ntah aku dok pasang lagu nie... soo addicted.
VROOM-VROOM - NABILA RAZALI
KELMARIN
KURASA JANGGAL GILA
KENALI DIRIMU PUJAAN WANITA
KELMARIN
KAU CUBA PERPUJANGGA
KENALI DIRIMU SUDAH PUTUS ASA
HAMPANYANYA BILA KU INGAT SEMULA
SIA-SIA BAZIR MASA
KAU SEKEJAP SAJA
WOOO
ENTAH BAGAIMANA HARUS AKU JATUH CINTA
WOOO
SEBESAR MANA TAKKAN KUULANG SEMULA
KELMARIN
KAU CUBA BERPUJANGGA
TETAPI DIRIKU SUDAH PUTUS ASA
KHABARNYA BILA KU INGAT SEMULA
SIA SIA BAZIR MASA
KAU SEKEJAP SAJA
song / lyric by : Hael Hussaini / Ezra Kong
Sunday, November 25, 2018
POLIS EVO 2 - MOVIE REVIEW
Tidak dapat utk saya membuat perbandingan antara yg pertama dengan yg kedua kerana sampai saat ini saya blom berkesempatan menonton yg pertama meski sudahpun beberapa kali tayangannya di layar kaca tv.
Cuma setahu saya naskah kali ini bertukar tgn sang sutradaranya.... oleh sebab apakah, tidak pula saya ketahui. Filem yg terdahulu diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar kini diwakili oleh 2 pengarah berbangsa cina sekaligus dengan berbajetkan kos sebanyak rm8juta....
Perlu dijelaskan tujuan yg menggerakkan saya utk menonton filem ini adalah kerana kehadiran si cantik manis Raline Shah actress dari seberang yg turut berperan dalam filem ini sebagai Rian... selebihnya teringin jgk nak menonton naskah yg katanya sebuah filem yg sarat aksi....
Kalau ada yg kata filem ini bagus hanya kerana letup sana letup sini... then bagus la kot based on keminatan korang yg sukakan aksi tembak menembak.... entah kenapa saya merasakan filem ini "try sooo hard" hinggakan saya tidak merasa apa2 dari mula menonton hingga penghujung cerita... tapi salute wajar diberikan kepada Hasnul Rahmat.... bagi saya watak beliau paling menonjol.
Maaf kalau saya katakan scene berperang di pulau antara pasukan polis dan pengganas terlihat seakan mereka dalam permainan "paintball" dengan segala props yg sgt kelihatan ala kadar dan set up tempat yg langsung tidak menampakkan "real place" jadinya aturan strategi berperang itu tidak meninggalkan kesan pada saya sebab ia seperti team paintball yg tengah bermain game perang. Iya filem ini penuh dengan Letupan...tapi entah kenapa ia tiada nilai 'wow'...
Ending filem ini berakhir begitu saja.... memperlihatkan dua watak utama berbual berlatarkan pantai....
Rian mana?
Rian hilang cenggitu jaa.... demmmmmmn
Selain kronologi cerita yg bagi saya agak mendatar filem ini dibazirkan dengan scene perang yg terlalu panjang hingga saya merasa agak terganggu.. 2 jam 15 minit durasi yg agak panjang.... tapi tidak dikemaskan dengan baik hingga menyebabkan it look messy all over the place.... one more thing saya agak terganggu dengan mainan kamera yg bergoyang2... saya taw ada scene perlu...tp ada jgk scene yg tak perlu....
Tp kenapa scene2 yg tak perlu pun kawwww goyangkan jugakkkkkkk!
Bukan nak kata filem ini tak bagus... mcm saya ckp td.... siapa yg suka filem yg ada tembak menembak yg nonstop mesti enjoy..... 😅
Dalam semua2 pelakon dalam filem ini... saya kesian dengan watak sofi jikan.... "NOBODY" giler dia dalam filem ini.... last2 mati cenggitu jaaa hahahahaha dia ada dalam poster filem ini... but trust me... org hampir xkan perasan dia dalam filem ini..... and then suddenly out of nowhere ada plak watak di hairi othman dan rusdi ramli.... ahaks!
Orang kata Paskal lebih bagus... saya tiada komen utk itu sebab belum menonton....
Tapi kalau ada next polis evo mungkin blh tuko pengarah lain kot....(just a suggestion)
Overall : 2.8 star out of 5
Pelakon : 4.5 star out of 5
Again, lain org lain citarasanya... so just enjoy the movie ok....
Cau






















