Monday, September 30, 2024

WAKE ME UP WHEN SEPTEMBER END

September to Remember

Hari ni tiba sudah penghujung september, tanda 2024 pun semakin menghampiri ke penghujung. Sedar tak sedar itulah kenyataannya. September seperti biasa adalah bulan kelahiran... september juga adalah bulan hujan.... muncul september hingga penghujung hujan masih setia turun membasahkan bumi. Kadang membawa berhari-hari hujan hingga membantutkan aktiviti untuk dilakukan.

Tapi ada ketika seronok juga waktu hujan-hujan begini, merasai dinginnya hujan sambil berhibernasi di tempat tidur memang menyeronokkan. Atau setidaknya marathon menonton movie ataupun menonton youtube... watching youtube always be my favourite choice... 

Owh ya september juga saya menerima kehadiran dua orang cucu baru, yang pertama Ash Abdul Alyan nama diberi dan yang kedua adalah Muhammad Ismail Ziyyad. Selamat datang ke dunia.... semoga lahir dan membersar menjadi manusia2 hebat dan beriman.

Oh ya, buku merah pun lagi 2 bulan akan tamat tempoh. Wajib perbaharui dah ni, setidaknya jika perlu ke mana-mana senang. Hehehe.... 2025 ada perancangan... tapi kita simpan dahulu... semoga menjadi kenyataan. Semalam teman memberitahu kalau nak join pesta songkran di hatyai sudah boleh mula daftar booking tempat juga....mana tidaknya waktu itu semua hotel akan penuh... aku mmg tidak berapa gemar tempat2 yang sesak dengan orang, tapi tak tahu lah kalau nanti terasa untuk turut serta.... ppl change kan... gituuuu hehe

oleylah, oktober please be nice this time ok.

hug n kisses

No comments: