Saat orang sibuk bercerita tentang filem KHURAFAT yang ternyata memang khurafat setelah menontonnya, saya langsung tak berminat untuk mengulas cerita yang pada saya langsung tak meresahkan saya... apatah lagi untuk merasa ketakutan atau kengerian saat menontonnya.
Saya lebih berminat untuk berkongsi filem bertajuk FLIPPED dengan semua... tiada perbandingan sebenarnya antara filem ini dengan filem KHURAFAT. Kerana ia adalah 2 genre filem yang berbeza sama sekali.
Keinginan pertama yang membuat saya hati saya meronta-ronta untuk memiliki dvd ini adalah kerana posternya.Sangat indah.Tanpa berfikir panjang saya terus mendapatkan filem ini.Cuti hujung minggu akan saya habiskan menonton beberapa keping dvd yang masih belum berkesempatan untuk saya lihat.Namun yang pastinya FLIPPED menjadi pilihan pertama.
Sebelum menonton filem ini, kalau ada yang bertanyakan kepada saya apakah filem 'cinta pertama' yang bisa mengusik perasaan saya saat menontonnya, saya akan bilang sebuah filem dari thailand yang bertajuk FAEN CHAN.Namun setelah menonton FLIPPED, saya akan bilang filem ini juga termasuk dalam kategori filem 'cinta pertama' pilihan saya.
Flipped adalah kisah yang sangat simple... tidak meleret-leret.Penceritaan yang sangat luhur dan jujur.Pembikinannya tidak dibuat berlebihan...ia kelihatan sangat sederhana namun meninggalkan kesan saat menontonnya.
Cerita ini bermula apabila keluarga Bryce Loski berpindah ke kawasan pinggir bandar dimana rumahnya berjiran dengan Juli Baker.Dan buat pertama kalinya pada usia 7 tahun mereka berdua dipertemukan.Permulaan pertemuan yang sebenarnya kurang menyenangkan buat Bryce kerana dia merasakan bahawa juli adalah seorang budak perempuan yang aneh.
Sejak kecil, dihadapan rumah Juli ada sebatang pokok yang rendang (sycamore tree).Dan Juli akan menghabiskan waktu-waktunya di atas pokok itu.Melihat matahari terbenam... melihat pemandangan yang tak boleh dilihat dari tempat lain.Kadang-kadang dia akan bercakap sendirian... hal-hal beginilah yang sering membuatkan dia dipulaukan orang teman-teman sebaya yang menganggap dia kurang waras.
Hal yang sangat menyentuh perasaan saya dalam filem ini adalah saat sycamore tree ingin ditebang.Juli meminta teman-temannya untuk menolongnya mempertahankan pokok itu, namun tiada siapa mengendahkan tangisan Juli...termasuklah Bryce... dan akhirnya pokok itu ditebang.... sebagai tanda ingatan, ayahnya menghadiahkan sebuah lukisan yang dilukisnya sendiri.Dan lukisan itu Juli gantungkan dibiliknya..dan setiap saat dia memandang lukisan itu dengan perasaan sayu...itu adalah lukisan pokok sycamore.
Ada dua hal penting dalam hidup juli... Bryce dan juga Sycamore Tree....
Saya suka dengan cara Juli cuba mendekati Bryce.Pelbagai cara dia lakukan namun tidak diendahkan Bryce.Hinggalah akhirnya Juli seperti berputus asa dan akhirnya cuba menjauhi Bryce... keadaan itu akhirnya mencetuskan bibit-bibit rindu pada Bryce...... dia berasa janggal melewati hari-hari tanpa diganggu Juli... sejak itu dia mula melakukan berbagai cara untuk menarik perhatian Juli, namun Juli tidak lagi mengendahkan Bryce....
Pengakhiran cerita ini.. Sycamore Tree akhirnya menjadi penyatu mereka kembali....
Benarlah kata orang-orang...cinta pertama sukar untuk dilupa... mungkin ada benarnya.
++ saya ingin sangat sycamore tree tu... nak tanam kat kampung saya... part sycamore tree ditebang tue memang betul2 menyentuh perasaan saya.Hal ini langsung membuatkan saya teringat kes merajuk 5 bulan saya tak balik kampung kerana pokok 'Belaian Jiwa' saya kena tebang.Bukan satu, tapi 5 batang... walaupun dah hampir setahun berlalu... sampai sekarang saya masih tak boleh lupa...- marah saya masih ada! (sila google sycamore tree)
1 comment:
yup! posternya sangat2 cantik! :)
Post a Comment