Friday, November 18, 2011

Romantis

Romantis...romantik...romance... atau apa pun jenis sebutannya.... ia adalah hal yang sering meniti dibibir manusia-manusia.... tidak kira lelaki atau wanita.Sebenarnya apa ukuran sesebuah romantis itu ya?

Seringkali kita disogokkan di kaca tv menerusi drama atau filem mengenai sikap atau perbuatan yang dianggap romantis(yang bagi saya ada ketikanya agak klise) dan ada ketikanya agak memualkan...- alah, takkan tak biasa tengok di kaca tv kan? scene-scene 'candle light dinner' dan sebagainya...- klise kan?

Iya, romantis itu bisa ditunjukkan melalui sikap.Ada juga melalui kata-kata....

Tapi, hakikatnya bukan semua orang memiliki sikap atau bijak menyusun kata untuk mempamerkan sisi romantis diri mereka.Kadang-kadang sifat itu tersorok nun jauh di dasar hati.Tidak tahu dengan cara apakah untuk mengeluarkannya agar ia bisa ditunjukki.

Pun begitu bukanlah bermakna orang yang tidak memiliki sifat itu harus dilabel sebagai orang yang 'mati rasa'... kerana terkadang kita dibentuk oleh kehidupan dan persekitaran yang banyak mempengaruhi siapa diri kita 'kini'.

Menurut saya perasaan romantis ini perlu ada pada setiap orang... cuma kalo boleh janganlah berlebihan.Sebagai pasangan pula janganlah terlalu berharap akan pasangan anda menunjukkan rasa ini setiap waktu.... hal-hal seperti ini kalo di'ada'kan dengan secara terpaksa akhirnya akan mengundang rasa kecewa juga.

Wanita selalu berkata... bahawa kaum lelaki selalunya romantik hanya pada saat bercinta.... atau pada waktu-waktu diawal perkenalan... dan apabila telah menjejakkan kaki di alam perkahwinan... semua itu sedikit demi sedikit menghilang...-

Ingin saya katakan di sini samada suka ataupun tidak,hakikatnya bahawa semua rasa atau sikap romantis yang ditunjukkan di awal percintaan ataupun diawal sesebuah perkenalan itu lebih kepada memikat.Untuk memikat seseorang bukanlah hal mudah.Manusia menggunakan pelbagai cara buat mendekati seseorang.Mencuba bermacam cara untuk menarik perhatian orang yang ingin dimilikinya.Sehinggakan cara memikat paling KEJI menurut saya ialah dengan 'menabur' wang dan kemewahan.

So kalo KAMU terpikat dengan cara itu sudah pastinya kamu akan mudah dipikat... dan seterusnya apabila kamu sudah dimiliki... apakah perlu lagi untuk seorang lelaki itu terlalu berusaha untuk melakukan hal yang sama sewaktu kamu masih belum 'dimiliki'? tepuk dada tanya diri sendiri...-

Sejujurnya saya memang akui saya tidak memiliki sisi romantis yang bagus...- memang itu semulajadi sifat saya.Bila saya 'berkawan' dengan seseorang, saya senang menjadi 'diri' saya sendiri tanpa perlu memaksa untuk cuba menjadi orang lain hanya untuk memuaskan hati orang lain.Saya suka pasangan saya mengenal sifat saya sama ada diawal perkenalan, sewaktu tempoh 'berkawan' dan juga sesudah 'menjejakkan' kaki ke alam perkahwinan.

Tapi, kehidupan inikan proses pembelajaran... setiap hari kita belajar dan belajar tentang kehidupan... jika dengan cara ini kita gagal....maka kita akan mencuba pula cara itu...begitulah seterusnya dan seterusnya...- dan hal ini sebenarnya bukanlah kerja satu belah pihak... kedua-dua harus memainkan peranan yang sama banyak.... -

Saya mendapatkan buku ini bukan kerana saya ingin menjadi ROMANTIS tapi sekurang-kurangnya saya punya inisiatif untuk mengenal apa itu romantis melalui pemahaman orang lain...

Ada manusia yang membesar dengan jiwa yang kucar kacir.... hidup dalam lingkungan manusia-manusia yang tidak tahu mempamerkan apa itu romantis...- apa perhatian...- jadi biarkan lah saya belajar perlahan-lahan daripada tidak mengenal langsung.

1 comment:

Wilayah Sepet Kuku said...

as salam..

alah, nnti dah kahwin..mesti romantik lah ameer..tak caya??..cer kahwin cecepat...hehehe

biasanya org kreatif dia romantik...

:)