Monday, September 5, 2011

Hepi MERDEKA-RAYA

Salam semua, terima kasih kerana masih memperuntukkan waktu buat singgah di daerah ini.Lama tidak berapdet lantaran kesibukan kerja yang tak pernah berkurang malah semakin bertambah.

Menyambut lebaran saya cuma mengambil cuti sebanyak 2 hari.Dicampur tolak bahagi semua dengan cuti yang ada, dapatlah dikumpulkan menjadi 9 hari.Ok la tu kan?! eheh!

Bagaimana cuti kalian? lebaran kalian? saya pasti mesti meriah kan?! saya seperti tahun-tahun sebelumnya semua secara sederhana saja.Ditambah lagi dengan musim hujan... saya kira raya lebaran kali ini sudah pastinya beraya dalam rumah je... memandangkan sehari sebelum lebaran pun kat belakang rumah rumah sudah dinaiki air bah.

Namun alhamdulillah 1 syawal Tuhan anugerahkan sang matahari yang galak memancar terang.Langsung tiada hujan.Ajaib bukan?

Kesempatan ini, salam aidilfitri dihulur buat sahabat-sahabat yang sesekali memperuntukkan waktu buat menjengah daerah ini.Salam ukhwah.... maaf lahir bathin.... (meski lambat ucapannya takpe kan? kan kita raya sebulan) eheh!

+disebabkan tahun ini kita merayakan dua perayaan besar (aidilfitri dan hari kemerdekaan) makanya tema foto kali ini "lebaran di awal kemerdekaan" hehe!!

Makmur malaysiaku! HEPI MERDEKA DAY - 54


No comments: