Thursday, September 29, 2011

Cinta Elysa - Lestary


Sebenarnya sejak berakhirnya drama bersiri ASMARA 1&2 (hingga kini masih berharap akan wujud ASMARA 3) saya sudah tidak mengikuti lagi slot lestary atau mana-mana drama kat tv.Walaupun selepas itu ramai mengatakan NORA ELENA telah membikin fenomena, bagi saya ceritanya biasa saja... cuma yang saya sangat yakin, orang teruja menonton drama tu especially pompuan hanyalah kerana kehadiran Aaron Aziz sebagai teraju utama... itu yang membikin mereka seperti histeris... 'mungkin'

Setakat ini drama melayu yang berjaya membuat saya terpaku di tv menonton adalah ASMARA dan TRILOGI CINTA.Dan sekarang sudah muncul kembali drama yang berjaya membuatkan saya kembali memenuhi malam selasa saya dengan mengadap tv.

Ini dia, CINTA ELYSA dalam slot lestary....

Aneh yah...! dan ia sekali lagi adalah terbitan SUHAN MOVIE.

OMG! setelah sekian lama SUHAN MOVIE bertapak, saya mula menjadi yakin yang mereka semakin berjaya mengeluarkan produk-produk drama melayu yang boleh ditonton... especially oleh orang-orang seperti saya.

Sebenarnya sehingga episod ke-3 pada malam selasa lalu, saya masih belum berkesempatan menonton drama ini di kaca tv (catch up balik tru utube)... tapi apa yang sangat saya pasti untuk drama ini, SUHAN MOVIE telah menggunakan formula yang sama seperti dalam drama TRILOGI CINTA dan ASMARA.... and u noe wut?! it works... kalopun bukan pada orang lain, tp pada saya lah!

Saya tak berani nak gerenti yang drama ini akan jadi SANGAT bagus, tapi so far, saya suka dengan ceritanya.... well ekceli, ceritanya masih tipikal kisah melayu... tapi saya suka bila drama SUHAN kini pandai menyuntik elemen 'jiwa' pada dramanya...especially pada muzik latar atau scor muziknya...mereka sudah pandai meletak/memilih muzik bersesuaian pada scene-scene tertentu hingga membuatkan saya dapat merasa 'feel'nya...

Well, citarasa masing-masing kan? sekurang-kurangnya dalam lambakan drama-drama melayu kat tv, masih ada drama-drama yang boleh membuka mata saya untuk menonton :)

Selepas ini malam selasa saya sudah tidak sunyi lagik.... yay~

p/s : poster ini saya buat sendiri..hehe

Kisah Dongeng
by stacy - OST Cinta Elysa

kusedar ku tak seberapa
jika dibanding mereka
yang jauh lebih megah
dari diri ini

apa yang mampu kuberhias
hanyalah ahti yang ikhlas
terpendam simpan untuk
dia yang sudi

mencintai aku dengan seadanya
mencintai aku bukan kerna rupa
dalam waktu sedu
dalam waktu hiba
kuharapkan dia.... rela

mencintai aku dengan seadanya
sanggup menerima
insan tak sempurna
atau mungkin cinta
sebegitu hanya
kisah dongeng saja....





7 comments:

MonizaM said...

Poster buat sendiri? Wow!

Dah lama tak tengok drama melayu. Sampai rumah, bukak fb, tidur. Huhu

Meer Miller said...

lamanyanya berfb kan momo? sampai tertido..... :P haha

logorithm said...

I bukan Melayu, tapi I layan jugak drama-drama Melayu yang berkualiti. I layan Cinta Elysa. Memang best. Begitu jugak Jiwa dan Lara. Tahajjud Cinta yang paling best. Anehnya... I tak pernah pon tergerak nak menonton Nora Elena walau satu episod di kala semorang heboh mengenainya. Hmmm...

Wilayah Sepet Kuku said...

as salam..

yup!..suka drama citer yg dikeluargan oleh SUhan Movies..

klu ameer yg berlakon lg besh..weee :P

Meer Miller said...

logorithm : yerp, betul tu... saya pun tidak terasa utk mengikuti NORA ELENA walaupun ramai yg ckp drama itu bes.Tp Cinta Elysa sgt best...- ;)

Meer Miller said...

alyn@sepet_kuku : a'ah kan...? sekarang ni SUHAN MOVIE sudah mampu membikin drama yang punya nilai rasa ingin menonton... bukan sebab pelakon, tp sebab cerita dan juga elemen penceritaan itu dibawa yang membuat ia nampak menarik... haha kalo saya blakon nanti aaron aziz dh tak dpt carik makan dah... bhahaaha!! :P

Wilayah Sepet Kuku said...

ameer, bakat anugerah tu jgn dibiarkan berkarat!..

tak dpt jadi pelakon, jadi sutradara pun dah cantik!..weeee :)