Jangan terkejut pulak bila tiba-tiba saya meletakkan gambar sebegini.... eheh! sebenarnya ada kisah menarik semalam.... semalam saya bermimpi... satu mimpi yang bagi saya sangat menarik penceritaannya... hebat ya mainan minda ni... ia boleh membawa kita meneroka cerita demi cerita yang terkadang tak pernah kita sangka.
Lalu apakah kaitannya foto di atas dengan mimpi saya?
Iya, semalam saya bermimpi tentang zombie.... apapun, memang takda kena mengena langsung dengan kisah zombie kampung pisang.Dan saya pun tak pernah menonton filem zombie kampung pisang lalu bagaimana minda saya membawa saya meneroka alam zombie ni, saya pun tak mengerti....
Tapi seriesli, penceritaannya boleh dikatakan hampir sempurna.... saya seperti dibawa masuk ke satu dimensi yang mana saya merasakan ia seperti betul-betul kenyataan.
Kalau boleh saya namakan mimpi saya ni, tajuknya adalah ZOMBIE KUBANG NIPAH.Lokasinya of kosla di kampung saya...-
Ceritanya bermula apabila orang kampung yang baru balik dari mengerjakan sawah singgah di sebuah gerai makan yang mana gerai tu terletak kat tengah2 bendang(saya pun tak tau mcm mana gerai tu bleh wujud kat tengah-tengah bendang)disebabkan mereka semua dahaga dan lapar so dorang pun makan di gerai tu.... tanpa dorang sendiri tahu apa yang dorang makan tu....
Last-lastnya.... orang yang makan tu pada malam harinya telah bertukar menjadi zombie.... bukan seorang dua... ramai lak tu.... mmg kecoh giler kat kampung.... so macam2 kejadian berlaku.
Kejadian satu malam itu betul-betul membuatkan saya berpetualang.Saya ingat lagi bagaimana saya, mak anak sedara saya lari daripada rumah dan memanjat pokok untuk overnight kat situ... (bila pikir balik mcm kelakar plak, mak PANJAT pokok?! hahaha!) satu yang bes zombie ni tak dapat mencari manusia kalo manusia tu tidak bernafas.So korang just imagine... saya terpaksa berlari sambil tahan nafas... sedangkan penat tercungap2! memang giler kan?!
Too bad coz mimpi saya berakhir separuh jalan... tak sampi kepenghujung.... saya terjaga disebabkan rasa terkejut! penat giler berpetualan dalam mimpi!
Apapun mimpi mlm tadi memang besh! kalaula saya boleh sambung mimpi tu, memang saya nak sambung lagi malam ni... kat dunia nyata mana boleh merasai pengalaman macam tue... seriesli memang gempak la, ada perasaan takut, cemas, kelakar... menggerikan.....
p/s : bulan puasa hantu kena rantai... tp zombie plak mengasak dalam mimpi... adoilaa mcm2!!
No comments:
Post a Comment