Wednesday, June 19, 2013

SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA


KITA
by Forteen

kau renunglah wajahku
di manakah hilangnya raut seperti dulu
bila dicemar air mata

ku tak mahu berpisah
kerana hati masih sayang pada dirimu
tapi harapan makin kabur

manakah kita jika kau dan aku tidak sekata
sepi walaupun bila bersama
dekat pun tetapi berjauh hati

manakah kita bila sering bertentangan sahaja
walaupun bibir cuba menafi
hati tak percaya tanya dengan jujur
manakah kita

di jiwa ku sengsara
menanggung derita kerana cinta berubah
tapi tak mahu kehilanganmu

Drama yang bersiaran setiap hari Jumaat jam 9.00 mlm di TV3 ini sudahpun bersiaran sehingga episod 10.Diawalnya saya tidak mengikuti cerita ini.Mungkin kerana saya berpendapat bahawa kisahnya juga sama seperti kisah-kisah sedia ada..atau dalam erti kata lain, klise.. atau dalam erti kata lain, recycle punya cerita...

Namun apa yang menariknya tentang cerita ini.... walaupun kisah sebegini sebenarnya sudah pun ada banyak dipertontonkan, tapi pengarah bijak menyuntik elemen lucu dan sweet dalam penceritaannya.Ala-ala korean drama gittewww... alah mcm drama full house tu... sweet ngat! hohohoh.Pemilihan izzue islam dan tizz zaqyah memang mengena.

Sayangnya drama ni cuma 13 episod sahaja.Sepatutnya 25 or 28 ke baru best.Banyak konflik atau moment2 lucu boleh di tambah lagi...kisah tentang keluarga dorang pun macam kabur je...tak silap novel SSID ni sangat tebal.Tapi ceritanya divisualkan cuma 13 episod je? ermmmmm.

Naik lagi la 'saham' izzue islam dengan drama ni.

Apapun satu lagi drama melayu yang saya suka.

**rumahtangga yang bahagia itu bergantung kepada kedua manusia yang melayarinya.Bukan kerana buku-buku rahasia rumah tangga... bukan juga kerana ustaz kadzim atau pun sapa-sapa.... kehidupan ini adalah sekolah... pembelajaran berterusan... manusia harus melalui SILAP dahulu untuk lebih tahu yang BETUL...terlalu banyak kita memasukkan input yang kononnya pembawa kebahagiaan boleh menjadi alat yang memusnahkan kebahagiaan.Jadi lalui hidup dengan sederhana itu sudah membahagiakan buat saya.... PEACE!

No comments: