Friday, February 18, 2011

Aku dan Kehidupan


Sebelum februari 2009 saya tinggal di Y&R.Bertahun-tahun saya tinggal di situ.Banyak kenangan suka dan duka selama berada di sana.Rasanya cukup untuk dibuat drama selama 5 musim.

Februari 2009 saya berpindah ke FTH kerana ingin cuba mencari sesuatu yang baru.Merasai kehidupan yang baru.Merasai berada dilingkungan baru…Mulanya saya fikir saya bisa bahagia di daerah baru itu…. Rupanya ada kesilapan yang telah saya perbuat….satu kesilapan yang akhirnya membibitkan rasa bersalah dalam diri…sehingga mengenangnya pun umpama menabur rasa kesal dalam dada.Cerita di FTH tidak lah terlalu indah, namun saya membikin keindahannya mengikut acuan saya sendiri….

Februari 2010 saya memutuskan untuk keluar dari situ.Iya, berpindah untuk sekali lagi.Berat juga keputusan ini, namun saya perlu memikirkan kebahagian buat diri saya sendiri….. kerana saya tahu saya berhak mencipta bahagia mengikut pemahaman saya sendiri…..saya tinggalkan semua kebusukan dan kejijikan di rumah itu.Dan rasa jijik itu sedikit pun tak pernah hilang sampai sekarang…. Hingga langsung membuatkan saya tidak ingin lagi mengingat bahawa saya pernah berada di daerah itu juga untuk mengingat tentang cerita-cerita yang berlaku di situ.

Saya faham, manusia memang tak pernah sunyi dari kesilapan, tapi kesilapan saya yang satu ini, iaitu membenarkan kebahagian saya dicincang-cincang halus oleh manusia-manusia busuk, adalah satu kesilapan yang sukar untuk saya maafkan.Dan hingga kini saya masih menghukum diri di atas kesilapan yang telah saya perbuat itu.Iya, kesilapan dengan membenarkan kebahagiaan saya diganggu gugat….-

….. dan hari ini…. Tahun ini…. Tanggal februari datang lagi….Februari 2011.Saya di sebuah daerah baru. Sudah lebih 8 bulan saya di sini.Ketakutan untuk hal-hal seperti dahulu senantiasa ada…. Kerana itulah sehingga kini saya memilih untuk terlalu berhati-hati dengan kehidupan.Wajar saja saya memikirkan tentang diri sendiri terlebih dahulu.Dan membelakangkan kesemua hal-hal yang bersangkutan dengan orang lain…. Kedengaran angkuh dan mementingkan diri? Ermmmm….. andai itu tanggapan diberi…. Perlukah saya peduli? Rasanya tidak kot… ini kehidupan saya… dan dahulu juga adalah kehidupan saya juga…. Kalau sekali saya melalui kepedihan hidup seperti dulu… masakan untuk kali ini saya masih mahu mengulanginya semula?

Saya lebih memahami kehidupan yang saya lalui...-

Berbekalkan keringat dan air mata, saya mulakan kembali kehidupan yang baru.Untung saja saya masih kuat mendepani kehidupan.Saya bangun untuk merasa lebih kukuh... bukan melemahkan lagi kaki untuk tegak berdiri...- saya tahu yang kehidupan bukan selalunya dihadirkan dengan warna-warna indah... maka kerana itulah saya mencorakkannya dengan pilihan-pilihan warna saya sendiri.... tapi, jauh di sudut hati saya... saya mengerti.... proses kehidupan ini ada naik turunnya.... Tuhan menemukan saya dengan kesulitan ini supaya saya lebih menghargai tatkala hadirnya bahagia buat saya....

iya... saya sedang belajar membina kembali bahagia saya...-



Ini foto yang saya snap november last year, alhamdulillah, sekarang ni saya dah tambahkan sket demi sket... betullah kata orang... baiti jannati...- rumahku syurgaku...- :)
+ buat orang-orang, ini mungkin hanyalah sebuah ceritera pindah-pindah rumah sahaja.... namun, ada hal yang sangat besar mendasari disebalik semua ini.... mungkin lebih besar dari maruah diri kamu sendiri...-

5 comments:

Nizam Ahmad said...

pindah rumah bukan sekadar pindah barang2..

MM said...

MM2Nizam : like da statement! huhu ;)

addyaholix said...

hijrah itu dituntut. hijrah dari keburukan kepada kebaikan. hijrah dari yang busuk dan jijik kepada yang membahagiakan. tapi tahukah kamu bahagia itu subjektif? ;)

moga bahagia selalu buat kamu bang. doa itu akan selalu ada.

MM said...

mm2addy : yup, sgt subjektif... kerana itu kita berhak menentukan bahagia seperti apa yg kita inginh kan ;) bhagia buat kamu jg yer :)

Ad Rifza said...

Wahh sungguh cantik..colourfull lagi..idamkan rumah seperti ini tapi duk sini tak sesweii mcm tu..kekal apa yg adoo jer la..haha..Tggu rumah sendiri nanti..:-)