Wednesday, September 25, 2013

AKU DAN KESAKITAN


Seperti penah saya selalu-selalu bilang....ada waktu saya lebih banyak menyimpan dari meluahkan... mempamerkan senyuman dan sembunyikan kesedihan.... bukankah itu yang sepatutnya setiap orang lakukan...??

23 september saya menyambut hari lahir... tanpa sebarang keraian.... mungkin kerana ayah sedang sakit kuat... dan pada hari itu juga di hari yang sepatutnya saya bergembira... saya telah disahkan oleh doktor menghidap penyakit **** ****** patutlah sejak 2 tahun ini sakit itu seringkali datang dan lenyap dan kemudian datang lagi... saya kira itu tanda-tanda biasa... betullah kata orang, seringan apa pun sakit kita... sebaiknya dapatkan la rawatan daripada doktor.... kerana kita tidak tahu akibatnya di kemudian hari kelak....

Jadi berita itu saya terima dengan sedikit senyum tawar... tersenyum pada insan-insan terdekat memberi isyarat bahawa saya ok, dan tidak ada apa yang perlu dikhuatirkan... meski saya sebenarnya terlalu risau.... terlalu sedih dan terlalu tertekan....  kata doktor penyakit itu ada di dua tempat.Di satu tempat itu menurut doktor insyaallah melalui pembedahan kemungkinan besar ia akan berjaya dikeluarkan.... but in another place... ada terdapat di satu bahagian yang sukar untuk di rawat.Daerah itu yang mengkhuatirkan saya.... tapi saya percaya...insyaallah doktor pasti ada cara mengubati...

Selama tempoh saya menghadapi sendirian kesakitan-kesakitan itu saya jarang kongsikan dengan sesiapa.Malah keluarga sendiri tidak mengetahui pada awalnya.... bebanan kerja yang banyak membuatkan saya jarang pulang ke kampung... ada baiknya juga... kerana waktu-waktu malam mengharungi kesakitan itu saya hadapinya sendiri di bilik tanpa mahu menyusahkan sesiapa.

Andainya kalau kamu alami sendiri betapa apa yang saya sedang rasakan saat ini... pasti kamu akan lebih mengerti apa sebenarnya perasaan saya setiap kali sakit ini datang......

bahawa di saat saya sakit saya cuma butuh sedikit ruang buat diri sendiri..untuk saya redakan kesakitan saya.bukan saya meminggirkan sesiapa atau tidak mempedulikan sesiapa...

bahawa di saat saya sakit saya lebih banyak membisu bukan kerana saya tiada apa yang ingin di ceritakan...tapi kesakitan ini membuatkan saya tidak mampu untuk ceria di hadapan kalian...

bahawa di setiap malam saat orang lain sedang enak dibuai lena... saya masih berjaga.... bukan kerana saya tidak mengantuk... tapi kesakitan ini membuatkan saya tak dapat untuk melelapkan mata...

bahawa bila berturut-turut setiap malam saya tak mampu melelapkan mata... emosi saya jadi kurang stabil... ada rasa ingin memberontak... ingin marah... sedih... stress... tapi saya kumpulkan semua itu dan saya kuncikan di mulut.... kerana apa?

kerana saya tidak gemar meletakkan amarah pada orang lain... kerana saya tidak mahu mengeruhkan keadaan.... kerana itulah sikap saya.... lalu, bila ada diantara kalian yang tidak mengerti lantas menganggap saya sebagai terlalu bersikap dingin... apa yang boleh saya katakan... selain menerima... iya, kalian tidak merasai sendiri apa yang saya tanggung... kerana itu kalian tidak mengerti...

tapi, saya tersilap percaturan... dengan harapan tidak mahu menyusahkan sesiapa akhirnya membuatkan saya semakin tertekan sendiri... kerana hujung-hujungnya kesalahan seperti terlihat dipihak saya... tapi apa boleh buat... saya terlahir dan terdidik dengan cara sebegitu.... andainya kalian mampu belajar untuk menerima diri saya seadanya seperti saya selalu belajar menerima setiap manusia-manusia yang hadir dalam hidup saya seadanya tanpa meletakkan hukum sebelum belajar menerima alangkah baiknya...-

Iya... saya manusia yang masih sangat rapuh...-

Besok, saya akan dimasukkan ke wad.... dan ditahan untuk pemeriksaan lanjut.Semoga semuanya berjalan lancar... semoga saya kembali sihat...

Sihat fizikal..... dan sihat JIWA...


2 comments:

cahaya said...

semoga cepat sihat.
mungkin ini dugaan yang harus ditempuhi, tabah dan sabar ye.

Anonymous said...

Smoga smuanya baik n brjln lancar meer. Sy doakn yg trbaik utk awk. Kuatkn semangat n doa bnyk2.. insyaAllah smuanya akn okay