Friday, February 22, 2013

Bunga Merah Punya - TV9


ost - Bunga Merah Punya
lagu - Merah
by - Zulhuzaimy

Indah harumnya bungaku

merah dikelopak madu
tanya hati siapa mahu
bila cinta diam membisu

kau bunga yang penuh durinya

ku selalu memuja...

biarpun terluka diriku

namun bungaku tetap dihati
selalu...

Kasih adalah satu rasa, sayang juga adalah satu rasa dan cinta adalah satu rasa yang lain. Mana mungkin kesemunya boleh digabungkan. Tapi ianya akan tercantum bila adanya rasa rindu dan cemburu. Benarkah begitu?

Merah seorang remaja 20an yang mencari rezeki dengan menyanyi dan bermain gitar bersama tiga lagi temannya Ajit, dan Itam. Kopitiam milik abang Cu menjadi tempat mereka ‘perform’. Di atas kopitiam adalah bilik sewa yang disewa oleh Bunga.

Rutin harian Bunga adalah membeli sekuntum bunga ros yang dijual oleh seorang budak perempuan, Niki yang lalu di hadapan kopitiam sebelum dia ke tadika untuk mengajar setiap pagi. Setiap pagi juga Bunga akan sarapan di kopitiam Abang Cu sambil mendengar petikan gitar dan nyanyian dari Merah dan kawan-kawannya.

Bunga memikul amanat Tok Baen untuk mencari Merah sejak merah melarikan diri dari rumah ketika berumur 10 tahun kerana merajuk dengan Tok Baen. Bunga masih ingat akan Merah, tapi tidak Merah.

Untuk mengetahui kesudahan cerita ini, jangan lupa saksikan setiah hari Khamis jam 8:30 malam di TV9 (jarang gila saya menonton tv 9)


Saya tak gerenti drama ini akan bagus atau tidak hingga kepenghujungnya, tapi untuk episod pertama yang saya saksikan semalam...saya terus jatuh hati... mungkin kerana saya sememangnya sukakan drama yang berlatar belakangkan kampung, kisah keriangan kanak-kanak... keindahan pemandangan.... sulaman lagu-lagu latar yang enak dipendengaran.... gabungan kesemua elemen di atas sudah cukup menarik perhatian saya....



+++++++

Pandangan saya terhadap Suhan Movie & Trading Sdn. Bhd. sekarang sangat jauh beza berbanding awal-awal kemunculannya dahulu.Saya masih ingat lagi drama-drama 'korporat'(keparat) yang sering disajikan oleh Suhan Movie yang boleh dikatakan semuanya hampir sama ceritanya dan sangat membosankan.Teraju utama setiap drama-drama Suhan dah tentunya la 'empunya' kampeni kan... eheh!


Tapi setahun dua kebelakangan ini Suhan Movie sudah bijak menarik dan mencuri hati-hati peminat-peminat drama melayu di tv dengan memberi variasi kepada setiap drama-drama terbitannya.Sekarang ni kalau ada drama baru dan terbitan Suhan Movie, pandangan saya sudah tidak skeptikal seperti dulu lagi.


Meski saya tidak punya banyak waktu buat menonton drama-drama di tv... tapi beberapa drama terbitan Suhan yang berjaya saya ikuti dan saya menyukai antaranya Asmara 1,2 ,Trilogi Cinta 1,2, Begitukah Cinta, Cinta Elysa, Gelora Di Hati Sara, Setia Hujung Nyawa dan yang terbaru ini Bunga Merah Punya... antara yang berjaya mencuit minat saya untuk ikutan menonton.Dan kalau saya termiss mana-mana episod saya usahakan menonton secara online.Yang saya senaraikan di atas merupakan serpihan-serpihan kecil antara drama-drama melayu yang menarik, dan saya yakin ada lagi yang bagus-bagus.


Untuk orang-orang yang agak skeptikal dengan drama-drama melayu, berilah sedikit ruang untuk menghayati.Meski bukan semua yang bagus, namun di celah-celah ketidakbagusan itu masih ada yang mampu menarik perhatian.Saya yakin drama rantaian melayu sekarang ini semakin hari semakin baik.Malah terlalu baik berganda jika dibandingkan dengan sinetron-sinetron beratus episod yang disiarkan oleh stesen tv.


One more thing, sekarang ni dah menjadi satu trend kan sejak kejayaan Ombak Rindu, rata-rata ramai melahirkan filem atau drama adaptasi novel.... 


KITA ADA BANYAK DRAMA CINTA, TAPI BAGUS ATAU TIDAKNYA SESUATU KISAH CINTA ITU TERLETAK KEPADA KEKREATIFAN PENGARAH UNTUK MENGADUN SEMUA ELEMEN DAN MOMENT CINTA HINGGA MEMBUAT IA TERLIHAT SWEET N TOUCHING...



No comments: