Wednesday, June 6, 2012

Hoore! Hoore!


Membaca akhbar Berita Harian hari ni, ada artikel mengenai kekecewaan sang sutradara Saw Teong Hin mengenai sambutan dingin filem muzikal Hoore Hoore yang menjengah ke pawagam sejak 24 mei yang lalu.Dengan hanya memungut kutipan rm500,000 setelah 10 hari tayangan sememangnya agak mendukacitakan...

Tapi, apa yang mahu dihairankan... selera penonton filem melayu sangat tidak menentu...

Bagi saya Hoore Hoore adalah naskah yang sangat menghiburkan.Tiada lawak bodoh...ceritanya bergerak secara sederhana namun mengesankan.plot ceritanya juga mudah.Tidak berserabut.Pendek kata sesuai untuk mereka yang ingin santai-sangat menonton filem di pawagam tanpa perlu mensaratkan kepala otak memikirkan itu ini.

Paling menunjangi filem ini sudah pastinya lagu-lagu malar segar daripada Allahyarham Sudirman Hj. Arsyad.Setiap lagu membuai perasaan.Dengan penyusunan semula muzik memberikan suntikan baru pada lagu-lagu tersebut.Dan nyanyian-nyanyian para pelakon juga tidak menghampakan.

Filem ini menerapkan elemen kekeluargaan yang boleh dikatakan agak meruntun perasaan.Bagi pendatang baru Farah Nazirah yang membawa watak Aiman juga dilihat bagus lakonannya walaupun baru pertama kali memikul tanggungjawab sebagai pelakon utama.

Filem ini dibarisi dengan wajah-wajah baru... namun pelakon-pelakon otai seperti Fauziah Nawi, Harun Salim Bachik serta beberapa orang lagi sememangnya tidak menghampakan.

Sesekali mata saya berpasir dengan beberapa scene yang agak menyentuh perasaan... diselang selikan dengan lagu-lagu yang sangat membuai perasaan...

Selebihnya, saya bersedih melihatkan panggung yang kosong.Hanya saya dan pasangan sahaja yang menonton.It's like saya telah menyewa satu panggung... eheh!

Akhir sekali sekalung tahniah buat sahabat saya saudara Shariman Wahab yang juga menjadi penulis skrip untuk filem ini.... banyak kata-kata indah dalam filem hoore hoore ni... ;)

3 comments:

Nick said...

Betol tu , Filem ni mmg best. ada ketawa , ada sedih , bgi sya mmg perfect filem ni. Tapi sayang , orang melayu mgkin tak suka2 filem macam ni kot. Saw Teong Hin lebih bagus dari David teo...

Meer Miller said...

@nick - yup, sangat bersetuju dengan pandangan tu, selera penonton melayu semakin sukar untuk di teka -

Anonymous said...

I waѕ ablе to find goοd іnfo from your blog ρoѕts.


Alѕο visit my web site :: payday loan