Wednesday, March 14, 2012

Happy Birthday Kak N

Setiap manusia yang hadir dalam kehidupan kita berbeza-beza wataknya... ada yang datang dan pergi begitu saja, tapi ada juga yang datang dan pergi dengan meninggalkan kesan mendalam pada kehidupan kita.Semua itu bergantung pada bagaimana kita mendepani sesebuah ikatan perhubungan itu.

Saya mengenali kak N sejak di bangku sekolah lagi.Antara semua kawan-kawan perempuan yang saya punya, dia antara yang paling rapat.Saya suka berkawan dengan dia kerana dia memiliki sifat positif dalam hidup yang sangat tinggi.(ini adalah salah satu ciri penting saya berkawan dengan orang, yang memiliki sifat positif dalam hidup)Orangnya suka ketawa, ceria, ramah dan sangat baik hati.Bersahabat dengannya selalu membuatkan saya merasakan diri saya istimewa pada mata orang.Dia orang yang paling rapat yang selalu memberikan 'bahu' saat saya bersedih.Selalu menyediakan telinga untuk mendengar cerita-cerita suka duka saya....walaupun pada waktu yang sama dia sendiri berdepan dengan getir kehidupan.Malah saat itu saya pula yang menjadi 'bahu' buat dia meletakkan harap.

Persahabatan kami sejak zaman sekolah tidak terhenti begitu saja... terus menginjak ke zaman universiti.Waktu tu meski berjauhan... tapi boleh dikatakan hampir setiap hari kami berhubungan di telefon.Berbual dengannya membuatkan saya lupa bahawa saya sebenarnya seorang yang pendiam...kerana dengan berbual dengannya, saya berjaya keluar dari dunia saya dan menjadi seorang yang baru...hebat kan dia.... kerana itu saya selalu ingin dan ingin dan ingin berbual dengan dia.Sehinggakan bila sudah tidak tahu apa yang nak dibualkan di telefon, dia selalunya akan meminta pula saya nyanyikan dia lagu... sweet sangat kenangan waktu tu.

Beberapa kali juga saya bertandang ke rumah dia di Baling...keluarganya semua baik dan mesra menyambut saya sehinggakan saat kali pertama berjumpa pun saya sudah tidak merasa janggal lagi.Dia juga pernah bertandang ke rumah saya di Kubang Nipah.Saya kenalkan pada keluarga, inilah sahabat saya yang paling baek pernah saya punya.

Waktu dia memutuskan untuk berkahwin, perasaan saya bercampur baur juga... takut untuk membayangkan akan berkongsi dia dan sekaligus merasai kehilangan.Kerana saya pasti perhubungan saya dan dia akan terbatas.

Agak lama juga saya terpaksa berdiam diri.Dan agak lama juga suami dia nak percaya dan menerima saya sebagai seorang sahabat kepada isterinya...namun Alhamdulillah kini semua sudah ok, saya pun sudah bisa bicara dengan suami dia, dan suami dia pun sudah bisa mengerti kisah saya dengan kak N.

Kini, sesekali telefon masih menjadi pengerat hubungan.Saya masih sesekali telefon untuk bertanya khabar... dia juga ada sesekali menghubungi saya.Cepat waktu berjalan... sudah 4 orang pun cahaya mata kak N sekarang ni.Sedangkan saya masih lagi sendiri....-

Untuk KAK N terima kasih atas sebuah persahabatan terindah selama ini.Kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR yang ke-35 semoga diberi kesehatan dan kebahagiaan hidup di dunia hingga akhirat.

Insyaallah umur panjang kita akan ketemu lagi.

1 comment:

rudy bluehikari said...

selamat hari jadi Kak N. Satu waktu dulu pernah bertemu dengan beliau semasa saya menjengah kubang nipah kali pertama.