Friday, December 20, 2013

AKU DAN SEBIJI EPAL BERSAMA A DAN JUGA B



Mungkin aneh kedengarannya bila sebiji epal yang dimakan oleh 2 orang.. 

A dan B.... 

A berkata epal itu enak... tapi B mengatakan epal itu tidak, malah katanya epal itu akan enak rasanya cuma apabila dimakan dengan mayonis... atau sedap bila ditaburkan gula dan garam... atau bila epal itu dikupas dan dipotong kecil2.... 

Tapi bukankah epal itu tetap sama juga rasanya sekalipun digigit begitu saja? Iya, cara makan berbeza... mungkin B merasa seronok bila mencecah epal bersama mayonis... tapi bagi A... ia mungkin sedikit janggal rasanya.Pun begitu, meski janggal rasanya, andai B menyuapi A dengan epal yang bersalut mayonnis, dia tetap juga makan... bukan menolak.

Cuma selepas itu kalo dia ke kedai lagi, bila dia membeli epal... dia akan kembali memakan begitu saja.Kerana itu memang dirinya.Menggemari epal dengan menjamah begitu sahaja.Dan andai waktu itu B meletakkan piring yang berisi garam dan gula dengan harapan A akan mencecah epal itu dengan perasa-perasa itu... A tetap akan terlupa dan memakan epal itu begitu saja....dan sekali lagi B perlu menyuapkan A dengan epal yang bersalut garam/gula itu.Dan A tetap akan membuka mulutnya untuk merasai epal itu.

Tapi sekali lagi kalo A buka peti ais dan melihat ada epal... dia tetap akan mengambil epal itu dan menjamah begitu saja...

Kerana apa? kerana itu A.... dan A bukan B....

Bukan menolak... bukan juga menidakkan tentang rasa antara epal yang dimakan begitu saja atau epal yang bersalut dengan perasa-perasa tadi... tapi keupayaan belajar menerima...

Sejak sekian lama saya belajar untuk menerima kelebihan dan kekurangan orang lain dalam hidup saya seadanya... tapi mengapa sukar untuk diri saya diterima seadanya dalam hidup orang lain?

Terukkah saya? 

Ada ketika kesedihan membuatkan separuh dari jiwa saya lumpuh seketika... 

No comments: