Wednesday, October 18, 2023

PERUBAHAN DALAM HIDUP



Setidaknya semakin bertambah usia, akan ada perubahan yang akan kita lakukan dan jalani. Paling tidak akan terbit sedikit kesedaran bahawa masa lalu takkan dan tidak seharusnya sama seperti dengan yang sekarang, apatah lagi untuk di masa hadapan.

Some people said that life begins at 40, ntahlah... lalui je lah dengan bagaimana pun setidaknya makin ke sini makin ada perubahan ke arah yang lebih membaik.

Bersederhana Dalam Bekerja

Sudah tiba waktu mungkin untuk tidak terlalu kuat bekerja, kerana itu ada yang mengingatkan agar bekerja lah sekuat mungkin diwaktu usia masih muda kerana di hujung usia dapat kita perhatikan hal lain yang mungkin lebih penting yang kita terlepas pandang atau terabaikan... seperti mendekatkan diri dengan Allah dan meluangkan lebih waktu bersama keluarga.

Manfaatkan Waktu Cuti

Lupakan sejenak beban kerja. Isikan dengan hal-hal lain yang boleh mendatangkan kegembiraan atau faedah untuk diri sendiri dan lingkungan persekitaran.

Masalah Kerja Bukan Di rumah

Ini antara hal yang aku kerap lakukan dahulu dan kadang-kadang di waktu ini... atau setidaknya aku pulang dengan sebeban kepenatan mental dan emosi yang berlebihan hinggakan hal-hal lain tidak bisa terkawalkan. Patutnya rumah menjadi tempat kita berehat dan bertenang...

Lebih Menghargai Masa

Tak perlu untuk kita korbankan masa untuk orang-orang yang dirasakan kurang penting. Pilihlah untuk menjadi lebih selektif dalam memilih agar apa yang kita korbankan tidak menjadi sia-sia... bukankah saat ini seharunya yang dipilih adalah meluangkan masa dengan keluarga dan Allah?

Say No Untuk Hal Yang Tidak Terlalu Penting

Jangan takut untuk berkata tidak, bukan semua hal harus kita katakan Iya... kan? kerana hujung-hujungnya kita yang akan penat sendirian... Diusia sebegini kita sebolehnya ingin untuk bekerja dengan tenang tanpa ada keserabutan. Jadi katakan NO sekiranya ia tidak terlalu penting buat kau.

Jangan Mudah Dipengaruhi Dan Ditindas

Pilih dan tinggalkanlah manusia-manusia toksik yang suka mengambil kesempatan, tidak rugi mengecilkan circle pertemanan andai ia lebih membawa kebaikan daripada keburukan.

Zaman Sekarang Ramai Manusia Fake

Mengelak dari dari rasa sakit hati adalah dengan menhindari fake people, sekian lama hidup takkan kita masih tak mampu untuk membezakan jenis-jenis manusia.... betul tak?

Menjaga Kesihatan

Menginjak usia semakin kita akan mengalami keterbatasan dalam melakukan sesuatu... itu tandanya bukan muda lagi tubuh kita.

Selamat Tinggal Dunia Tipu-Tipu

Inilah hal pertama yang aku lakukan... sejak hampir 11 tahun lepas, sedikit demi sedikit aku tinggal dan aku buang, iya orang tak perlu tahu apa dan apa yang telah aku perbuat, tapi aku tahu... telah banyak yang aku tinggalkan dalam hidup ini demi mengejar tenangnya rasa melalui kehidupan di hujung-hujung kehidupan. Bukankah itu yang semua dari kita inginkan?

____________

Kadang aku terfikir, adakah sesiapa pun yang mencecah usia 40an akan mengalami perubahan fikiran, berfikir akan sesuatu yang dulunya tidak pernah terfikir.... mengandai dan menyimpulkan sesuatu yang dahulunya biasa dibiarkan kusut tanpa perlu diuraikan.... Tapi makin kita ke sini, sebolehnya kita mencuba untuk menguraikan semua jenis kekusutan yang ada dengan harapan agar perasaan tenang dan damai dapat kita kecap.

Tapi, tak jugak...masih ada juga orang-orang yang aku lihat masih sama dan tidak ada apa pun yang mahu di ubah... tapi itu zahirnya lah... tapi aku percaya dalam hati setiap manusia akan tiba waktu dia mahu lakukan sesuatu ke arah yg lebih baik cuma mungkin kita keliru atau tidak tahu bagaimana....-

Selagi kita hidup tiada istilah terlambat... kesedaran didatangkan oleh Tuhan kepada tiap orang tidak seiring waktu.... ada cepat dan ada juga sebaliknya.


1 comment:

Anonymous said...

hi, saya nk tanya awak ada simpan lagi tak full eps sana’y wala nang wakas dgn pangako sayo? kalau ada nanti boleh hantar dekat email tak?