Lagu : Hidup Dalam Mati
Penyanyi : Syamel AF2015
Composer : Syamel 2015
lakaran lukisan tak berwajah
merontaku didalam kesunyian
tak rela kumengejar
cinta yang hampir kelam
sendiriku di sini pilu
angin bawalah aku pergi
pergi dari kesakitan ini
tak mampu ku menahan
peritnya perpisahan
tuhan hapuskan semua kenangan
tak kumenduga kau berlalu pergi
tinggalkan semua mimpi dan janji
terluka aku menangis
tersedar kau hilang di hati
jangan diucap sesalmu berkali
tiada erti hidup ini
kuterima suratan takdir
biarkan aku sendiri
hidup dalam mati
Lagu : Kisah Dua Muka
Penyanyi : Sufi AF2015
Composer : Sufi AF2015
inikah caranya kau membunuh cinta
jiwa kuberdarah dah ditikam dusta
hanyut tak berdaya
lumpuh tak bermaya
perihnya hatiku dihukum tersiksa
disangkar terkurung meringkuk durjana
sudah cukup sudah
puasku merana
biar biarkan aku meronta
untuk menerima segalanya
lepaskanku dari jerutan kalbu
kisah dua mukamu
Hebat juga lagu ciptaan mereka berdua... melodi menarik dan lirik juga sedap... cuma lagu kisah dua muka daripada sufi seakan-akan mengingatkan lagu dari Mojo sewaktu aweera menjadi vokalis... ala2 slow rock mcm genre mojo sebelum ni.
Saya lebih suka lirik dari lagu syamel...
Tapi lagu Sufi lebih punya 'attitude'... lagu syamel pula lebih kepada feeling... and i just wondering bagaimana kalo sufi yang nyanyikan lagu syamel... mungkin lebih sedap... who knows... sebab dia punya kepelbagaian vocal... compare syamel yang lebih kepada memekik dan melepaskan vokal begitu saja... (cuma versi studio ni lebih sedap berbanding live)
Saya bukanlah pengikut tegar AF2015 saya af yang saya tonton ini pun adalah dengan khidmat rakaman dari dekoder astro... hehe tapi yang membuatkan saya mengikuti final ini adalah kerana saya mendapat tahu bahawa pelajar diberi ruang oleh pengetua untuk mencipta lagu sendiri... dan saya sangat suka orang mendengar lagu ciptaan baru.
ok itu sajalah celoteh hari ni... babai