Tuesday, June 8, 2021
EARTHMIX - TENTANG KITA
Saturday, May 29, 2021
AINA ABDUL - NADA KALBU
Friday, May 28, 2021
DRAMA MELAYU KITA
Hahaha, pelakon pun dah bosan. Kita yang menonton ni apa lagi lah. Drama melayu kat malaysia ni memang tak pernah nak berubah. Balik-balik kita di sajikan dengan konsep cerita yang hampir sama.Tak ada kelainan. Bukan tak ada langsung, ada juga drama yang lari sket daripada kebiasaan tapi tak banyak.
Saya masih ingat dulu kat 8tv ada drama-drama melayu yang lari sket konsep dia dari kebiasaan, seperti drama Kami, drama Ghost season 1 and 2, drama the Blogger Boy dan banyak lagi.... tapi kalo cerita-cerita urban macam ni tak semua peringkat umur boleh terima, tapi atleast ada juga kepelbagaian genre.
Tengok sajalah drama-drama korea, kisah tentang friendship, history, crime, thriller, horror, revenge... banyak lagi lah kalo nak dicerita kan.
Soalan ini kalau diajukan kepada pengarah, mereka akan katakan penerbitan atau corak sesebuah drama ditentukan oleh stesen tv.Stesen tv yang akan panggil production house then akan ada perbincangan. Para pelakon pun stesen tv juga yang tentukan. Production house or director boleh suggest je. Sekarang ni based on sapa tinggi follower kat IG plak konsepnya. Pelik betol.
Sekarang kan tema adaptasi novel. Bukan nak kata semua novel kat malaysia ni tak ada kualiti, tapi kalau tak percaya cuba kau pergi kat popular book store, kau pi belek la semua novel2 melayu kat rak tu. Kau baca je sinopsis kat belakang.... boleh dikatakan 90% balik-balik itu ja isi ceritanya. Sebab tu la aku selalu assume yang novelist2 malaysia ni khasnya kakak-kakak tu create novel based on imaginasi n khayalan kaki tak jejak tanah. Memang la tak semua, tapi kalau dah kebanyakan macam tu, kau pikir la sendiri. Paling loya tekak adalah pemilihan tajuk. Konon nak catchy kot... padahal sedey.... tajuk drama pun lebih kurang mcm tu jgk la... haih!
Apa kita dah ketandusan idea or konsep cerita ke? balik-balik kes kawin paksa, cerita bisnes juta-juta.... projek tu projek ni.... kenapa tak buat cerita tentang petani ke? posmen ke... orang yang keja fastfood ke.... i mean lebih dekat dengan realiti... orang sekarang suka cerita yang dorang boleh relate.
Paling bodo and takleh terima dek akal is mak-mak n nenek-nenek yang tolak mentah-mentah menantu yang anak n cucu dorang suka, pilihan mereka hat terang-terang jahat... buta perot ka buta hati... hang nak kawenkan anak hang dengan pompuan jahat... pastu siap nak meruntuhkan kebahagiaan anak hang. Berpakat dengan menantu pilihan. Bodow... buatlah cerita yang penonton tak boleh nak persoalkan kelogikkannya.... ni setiap scene akan ada saja persoalan akan logiknya akan dipersoal.
Last-last pihak stesen tv akan kata ini adalah mengikut selera penonton... depa tak baca ke segala keluh kesah penonton yang dah muak dengan hidangan konsep cerita yang sama?
Sebab tu jugak saya tak pernah tengok tv, terutama drama-drama melayu.... drama melayu terakhir yang saya tonton adalah Takdir Yang Tertulis, sebelum tu drama 7 hari mencintaiku 2.... dan sebelum tu drama Nur 2... yang lain hanya layak masuk tong sampah je. Tapi kalau kita kondem cepat je dorang marah.... dorang tetap nak pertahankan naskah dorang. Kenapa dorang tak cuba nak dengar apa yang penonton nak. Next time jangan hasilkan karya ikut selera sendiri. Cuba selidik selera penonton.
Aku pun sekarang dalam proses nak potong ja asterok... rugi tiap-tiap bulan bayar rm178.90.... now 121.90.... satu haprak cerita pun aku tak tengok. Ingat baik boh netflix je lepas ni.
Selain korea, saya rasa drama yang semakin meningkat kualiti sekarang adalah daripada Thailand. Tak mustahil, sikit waktu lagi mereka mampu menyamai drama-drama korea. Lagian, drama-drama bersiri Thailand sekarang sedang mengumpul jumlah peminat yang makin meningkat bukan hanya di negara mereka saja, bahkan hampir seluruh asia.
Dan 10 tahun lagi malaysia akan masih bangga dengan citer kawen2 paksa dia... hahahah... time tu sinetron negara jiran pun mungkin dah stop konsep zoom in zoom out kot.
Owh ya, satu2nya production house yang selalu saya nantikan karya mereka adalah Radiusone, melalui pengarahnya Shahrulezad Mohameddin. Semoga dorang terus mengeluarkan cerita-cerita bermutu.
Friday, May 7, 2021
MULTIFUNCTION HOME GYM SET
Hari ni seperti yang dijanjikan, pukul 12:30 tengahari tadi, TR datang rumah untuk melihat set gym yang saya bagitau dia minggu lepas. Jam 12:20 bergegas saya dari opis pulang ke rumah. Setelah dibelek-belek dia akhirnya berpuas hati. Saya bagitahu dia tempohari supaya datang tengok dulu sblm setuju nak beli, mana tau tiba-tiba rasa tak berkenan. Cuma yang jadi masalahnya ialah bagaimana nak usung menda ni keluar dari rumah. Hahahah.... yeah dats the main problem. Waktu saya beli dulu, kedai bawak part by part dan pasangkan kemudian di rumah. So nampak gayanya TR terpaksala asingkan part by part dulu sebelum boleh untuk pindahkan all the gym set ni.
Akisahnya bermula ceriteranya adalah seperti berikut.... saya sebenarnya dalam proses make over rumah.Actually takderlah ubahsuai sangat. Just plan nak make over mana yang patut je. Mata jemu dah dengan susun atur dan warna yang setelah sekian lama mewarnai rumah ni. Keputusan terburu-buru ni saya decide minggu pertama bulan ramadhan.Ini dikeranakan minggu itu saya work from home. Saya punya la bajet yang segalanya akan selesai sebelum raya. So dapatlah beraya dengan suasana baru.Tapi mencabar juga nak make over rumah time-time ramadhan ni. Sorang-sorang plak tu.... hahah
So hal pertama yang saya lakukan adalah repainting the house. Saya pindah ke PRTB pada tahun 2010 saat menjejakkan kaki rumahnya berwarna putih.... plain and membosankan. Jadinya sebelum totally pindah dari rumah lama saya siapkan mengecat dahulu.Iya, ini bukan rumah sendiri... tapi saya tak rasa rugi pun buat itu ini...semua untuk keselesaan dan kepuasan sendiri. Buat apa nak berkira sangat. Waktu tu warna pilihan saya adalah green apple dan dark brown. Saya sukakan kombinasi dua warna ni. Tak sangka plak yang suatu hari nanti saya akan jemu dengan warna pilihan ni. Lalu akhirnya saya kembali mewarnakan rumah ini kembali kepada warna asalnya. eheh... Back to the start.
Oke, berbalik kepada hal set gym kat atas tu, akhirnya TR bersetuju dengan apa yang dia tengok. Lalu barang pun bertukar tangan... berpindah kepada pemilik baru, yelah barang yang selama ini tersimpan tanpa jarang diguna oleh saya. Hahaha dulu gigih membeli dengan harapan nak buat badan. Sempat la sado sekejap.Tapi lepas tu bila dah malas, badan kembali ke asal..haha
Okey, lepas ni dh boleh mula pikir nak beli tikar getah baru gantikan corak lama yg sedia ada tu.