Saturday, May 29, 2021

AINA ABDUL - NADA KALBU


 

bila senja labuhkan tirainya
ku menitiskan jutaan air mata
yang sepi tak bermakna

padaku kau hanya deruan ombak
yang tak pernah memilih hatiku
menjadi pelabuhan cinta

nada nada kalbu pun pergi
menyeru rindu

berikanlah hati ini satu kesempatan
untuk menerangi kembali cahaya malap
hubungan kita

dan berikanlah kasih sayang dirimu padaku
kerana memori jiwamu masih terlintas difikiran jiwaku

tiada yang berbisik di hati
seindah seruan cintamu kepadaku
kau permataku

Composer : Farouk Roman
lyric : Aisha Retno

Friday, May 28, 2021

DRAMA MELAYU KITA


Hahaha, pelakon pun dah bosan. Kita yang menonton ni apa lagi lah. Drama melayu kat malaysia ni memang tak pernah nak berubah. Balik-balik kita di sajikan dengan konsep cerita yang hampir sama.Tak ada kelainan. Bukan tak ada langsung, ada juga drama yang lari sket daripada kebiasaan tapi tak banyak. 

Saya masih ingat dulu kat 8tv ada drama-drama melayu yang lari sket konsep dia dari kebiasaan, seperti drama Kami, drama Ghost season 1 and 2, drama the Blogger Boy dan banyak lagi.... tapi kalo cerita-cerita urban macam ni tak semua peringkat umur boleh terima, tapi atleast ada juga kepelbagaian genre.

Tengok sajalah drama-drama korea, kisah tentang friendship, history, crime, thriller, horror, revenge... banyak lagi lah kalo nak dicerita kan.

Soalan ini kalau diajukan kepada pengarah, mereka akan katakan penerbitan atau corak sesebuah drama ditentukan oleh stesen tv.Stesen tv yang akan panggil production house then akan ada perbincangan. Para pelakon pun stesen tv juga yang tentukan. Production house or director boleh suggest je. Sekarang ni based on sapa tinggi follower kat IG plak konsepnya. Pelik betol.

Sekarang kan tema adaptasi novel. Bukan nak kata semua novel kat malaysia ni tak ada kualiti, tapi kalau tak percaya cuba kau pergi kat popular book store, kau pi belek la semua novel2 melayu kat rak tu. Kau baca je sinopsis kat belakang.... boleh dikatakan 90% balik-balik itu ja isi ceritanya. Sebab tu la aku selalu assume yang novelist2 malaysia ni khasnya kakak-kakak tu create novel based on imaginasi n khayalan kaki tak jejak tanah. Memang la tak semua, tapi kalau dah kebanyakan macam tu, kau pikir la sendiri. Paling loya tekak adalah pemilihan tajuk. Konon nak catchy kot... padahal sedey.... tajuk drama pun lebih kurang mcm tu jgk la... haih!

Apa kita dah ketandusan idea or konsep cerita ke? balik-balik kes kawin paksa, cerita bisnes juta-juta.... projek tu projek ni.... kenapa tak buat cerita tentang petani ke? posmen ke... orang yang keja fastfood ke.... i mean lebih dekat dengan realiti... orang sekarang suka cerita yang dorang boleh relate.

Paling bodo and takleh terima dek akal is mak-mak n nenek-nenek yang tolak mentah-mentah menantu yang anak n cucu dorang suka, pilihan mereka hat terang-terang jahat... buta perot ka buta hati... hang nak kawenkan anak hang dengan pompuan jahat... pastu siap nak meruntuhkan kebahagiaan anak hang. Berpakat dengan menantu pilihan. Bodow... buatlah cerita yang penonton tak boleh nak persoalkan kelogikkannya.... ni setiap scene akan ada saja persoalan akan logiknya akan dipersoal.

Last-last pihak stesen tv akan kata ini adalah mengikut selera penonton... depa tak baca ke segala keluh kesah penonton yang dah muak dengan hidangan konsep cerita yang sama?

Sebab tu jugak saya tak pernah tengok tv, terutama drama-drama melayu.... drama melayu terakhir yang saya tonton adalah Takdir Yang Tertulis, sebelum tu drama 7 hari mencintaiku 2.... dan sebelum tu drama Nur 2... yang lain hanya layak masuk tong sampah je. Tapi kalau kita kondem cepat je dorang marah.... dorang tetap nak pertahankan naskah dorang. Kenapa dorang tak cuba nak dengar apa yang penonton nak. Next time jangan hasilkan karya ikut selera sendiri. Cuba selidik selera penonton.

Aku pun sekarang dalam proses nak potong ja asterok... rugi tiap-tiap bulan bayar rm178.90.... now 121.90.... satu haprak cerita pun aku tak tengok. Ingat baik boh netflix je lepas ni.

Selain korea, saya rasa drama yang semakin meningkat kualiti sekarang adalah daripada Thailand. Tak mustahil, sikit waktu lagi mereka mampu menyamai drama-drama korea. Lagian, drama-drama bersiri Thailand sekarang sedang mengumpul jumlah peminat yang makin meningkat bukan hanya di negara mereka saja, bahkan hampir seluruh asia.

Dan 10 tahun lagi malaysia akan masih bangga dengan citer kawen2 paksa dia... hahahah... time tu sinetron negara jiran pun mungkin dah stop konsep zoom in zoom out kot.

Owh ya, satu2nya production house yang selalu saya nantikan karya mereka adalah Radiusone, melalui pengarahnya Shahrulezad Mohameddin. Semoga dorang terus mengeluarkan cerita-cerita bermutu.

Friday, May 7, 2021

MULTIFUNCTION HOME GYM SET

 


Hari ni seperti yang dijanjikan, pukul 12:30 tengahari tadi, TR datang rumah untuk melihat set gym yang saya bagitau dia minggu lepas. Jam 12:20 bergegas saya dari opis pulang ke rumah. Setelah dibelek-belek dia akhirnya berpuas hati. Saya bagitahu dia tempohari supaya datang tengok dulu sblm setuju nak beli, mana tau tiba-tiba rasa tak berkenan. Cuma yang jadi masalahnya ialah bagaimana nak usung menda ni keluar dari rumah. Hahahah.... yeah dats the main problem. Waktu saya beli dulu, kedai bawak part by part dan pasangkan kemudian di rumah. So nampak gayanya TR terpaksala asingkan part by part dulu sebelum boleh untuk pindahkan all the gym set ni.

Akisahnya bermula ceriteranya adalah seperti berikut.... saya sebenarnya dalam proses make over rumah.Actually takderlah ubahsuai sangat. Just plan nak make over mana yang patut je. Mata jemu dah dengan susun atur dan warna yang setelah sekian lama mewarnai rumah ni. Keputusan terburu-buru ni saya decide minggu pertama bulan ramadhan.Ini dikeranakan minggu itu saya work from home. Saya punya la bajet yang segalanya akan selesai sebelum raya. So dapatlah beraya dengan suasana baru.Tapi mencabar juga nak make over rumah time-time ramadhan ni. Sorang-sorang plak tu.... hahah 

So hal pertama yang saya lakukan adalah repainting the house. Saya pindah ke PRTB pada tahun 2010 saat menjejakkan kaki rumahnya berwarna putih.... plain and membosankan. Jadinya sebelum totally pindah dari rumah lama saya siapkan mengecat dahulu.Iya, ini bukan rumah sendiri... tapi saya tak rasa rugi pun buat itu ini...semua untuk keselesaan dan kepuasan sendiri. Buat apa nak berkira sangat. Waktu tu warna pilihan saya adalah green apple dan dark brown. Saya sukakan kombinasi dua warna ni. Tak sangka plak yang suatu hari nanti saya akan jemu dengan warna pilihan ni. Lalu akhirnya saya kembali mewarnakan rumah ini kembali kepada warna asalnya. eheh... Back to the start.

Oke, berbalik kepada hal set gym kat atas tu, akhirnya TR bersetuju dengan apa yang dia tengok. Lalu barang pun bertukar tangan... berpindah kepada pemilik baru, yelah barang yang selama ini tersimpan tanpa jarang diguna oleh saya. Hahaha dulu gigih membeli dengan harapan nak buat badan. Sempat la sado sekejap.Tapi lepas tu bila dah malas, badan kembali ke asal..haha




Okey, lepas ni dh boleh mula pikir nak beli tikar getah baru gantikan corak lama yg sedia ada tu.

Tuesday, May 4, 2021

RAYA RAYA RAYA BY DOLLA

 


ramadhan mulia berlalu
raya menjelang tiba
sebulan berhari raya
buat semua umat manusia

tawa riang gembira
sebulan ibadah
kini syawal yang kita rayakan

raya raya raya
selamat hari raya
kami ucapkan kepada satu dunia

raya raya raya
selamat hari raya
bersalam-salaman, bermaaf-maafan
sesama insan

yang jauh dah balik pulang
yang dekat sorak gembira
everybody nak selfie semua bizi raya ootd

salam aidilfitri saudara dan saudari
meraikan syawal indah ini

OOTD aku itu OMG
semua baru memang hot
everybody on IG
double tap, that lil white hot on a pic
dalam dalam sampul please doube the money

Beberapa hari ni aku asik dengar lagu ni je, walupun tak full. Especially part chorus. Mulanya ingatkan lagu lama, lah rupanya lagu baru. Sebab part chorus tu reminds me of lagu raya daripada group duo Cenderawasih... group duo india tahun 80an iaitu Helen dan Irene Savari.




BUBUR LAMBUK 2 BUNGKUS


Assalamualaikum, apa khabar korang?

Sedar tak sedar ramadhan 2021 sudah pun masuk hari yang ke 22, lamanya sudah saya tidak menjengah ke sini. Bukan lupa tapi malas barangkali...eheh! ni bila dah jenguk kembali ada lah sikit pembersihan semak samun yang lama dah tak saya bersihkan. Ubah sikit itu dan ini.

Oh ya, sebenarnya sejak tahun lepas saya tak berpeluang merasa bubur lambuk seperti kebiasaan tahun-tahun sebelum ni, maklumlah sejak dunia dilanda covid-19 ni segalanya terbatas.Kalau dulu setiap kali tibanya ramadhan masjid perai selalu menyediakan bubur lambuk untuk orang ramai.Saya pun sekali sekali ada juga ke sana mengambil. Tapi tahun ni masjid perai dalam proses pengubahsuaian.So tahun ni memang takda penyediaan bubur lambuk. Tapi hari ni tempat kerja saya buat gotong royong menyediakan bubur lambuk.Alhamdulillah tahun ni merasa jugak la.


Bukan apa, bubur lambuk kan sinonim dengan bulan ramadhan, bila takda tu rasa macam tak lengkap plak. Tempat korang macam mana? Bazar ramadhan kat seberang jaya pun terpaksa ditutup sejak 1 mei lalu disebabkan kebarangkalian jangkitan covid tinggi katanya, tapi saya okey je sebab since ramadhan pertama pun saya memang tak pernah keluar membeli juadah berbuka pun.Masak sendiri je. tapi tahun ni sama seperti tahun lepas, takdela beria-ria masak juadah gempak...kalau dulu ye la sebab nak post kat instagram lah kat facebook lah... tapi since tahun lepas saya bersederhana je la.Lagipun berazam nak kurus sket, kalo beria masak kang ke laut lepas la diet saya. Hopefully by end of ramadhan ni turun la kot 3,4 kilo.... harapnya lah. Tapi sampai hari ni belum lagi pi timbang berat. Tapi ada la rasa susut sikit. Hahahaha ayat penyedap hati.


Zakat fitrah pun alhamdulillah dah selesai bayar untuk tahun ni. RM7.00X4 ORANG. Korang camna? dah settle blom? jangan tunggu hujung-hujung nanti lupa. Okeylah esok kalo rajin saya menulis lagi. Kalau tak, jumpa lagi tahun depan. Hahahahaha jaga diri korang ok...