Saturday, February 3, 2018

ALONG WITH THE GOD - REVIEW


Saya tidak pernah menonton filem korea di panggung. Kali terakhir drama korea yg saya tgk di tv adalah The Strange Housekeeper lakonan Choi Ji Woo.... tp entah kenapa semalam tergerak hati nak pi menonton filem korea ni.

Seusai menonton filem ini apa yg blh saya katakan adalah WOWWW!

Belom pernah lg saya menonton filem yg memberi emosi bercampur aduk.... sekejap kau ketawa.... tp x smpai 2 minit kau akan menangis pula... bgitulah hebat alur cerita yg dipersembahkan melalui filem ini.

Tak keterlaluan kalo filem ini boleh berdiri setanding filem2 hollywood... teknik kesan cgi boleh dikatakan memonopoli hampir 90% latar filem ini....

Filem ini menceritakan tentang seorang ahli bomba yg bernama ja hong mati secara tidak sengaja dalam misi menyelamatkan seorang mangsa kebakaran.Kemudian dia dijemput oleh 2 org malaikat maut utk membawanya ke alam baqa. Tp ja hong tidak dpt menerima kenyataan bahwa dia telah mati. Satu hal yg dia mahu saat itu adalah utk bertemu dgn ibunya.....

Mengikut kepercayaan agama buddha manusia yg berkeperibadian baik akan dilahirkan semula selepas 49 hari perhitungan nasib. Begitulah jg nasib ja hong bilamana dia telah mendapat gelaran insan mulia disebabkan sewaktu hidup dia byk menolong org. Namun bgitu dia tetap harus merentasi 7 cabaran bertemu tuhan untuk diadili bermula dari rintangan pertama utk kesalahan kecil hinggalah ke kesalahan terbesar iaitu yg ke tujuh. Sepanjang pengembaran merentasi alam baqa menuju penghakiman ja hong di temani oleh 3 org pengawal/malaikat yg membantu dia utk menyelamatkan dia dalam proses kelahiran semula mereka bgitu bersungguh2 menolong kerana mereka jgk diberi peluang utk dilahirkan semula.

Filem ini sarat dengan pesan moral. Ada ketika kita terhibur dan ketawa tp dgn sekelip mata tangkai hati kita bagai dijentik hingga air mata bisa berjuraian laju.... jujur personally saya terhibur dgn filem ini, mungkin ia antara filem terbaik utk tahun 2018 setakat ni yg saya tonton.

Cerita ini bkn hanya tentang syurga dan neraka.... meski kita dibawa mengembara ke alam baqa. Tp ia mengetuk hati dgn rasa kasih sayang... kekeluargaan... adik beradik...dan antara sahabat jgk... tak mustahil selepas menonton filem ini korang akan tiba2 terasa nk call mak korang.... betapa ja hong menyesali kesilapan dia.... hilang selama 15 tahun. Betapa mak dia menanggung rs bersalah krn tidak mampu memberi bahagia pada anak2 dia.... dan juga betapa seorang adik yg menyimpan dendam terhadap seorang abg yg pd sangkaannya salah kerana meninggalkan dia saat dia memerlukan....

Apakah ja hong berjaya dilahirkan semula? Siapakah yg menggangu proses perjalanan dia di alam baqa? Kenapa tiba2 dia diputuskan bersalah tanpa perbicaraan di pengadilan yg ketujuh? Apakah akhirnya yg tersingkap disebalik kehilangan dia selama 15 tahun...?? pheww......

Para pelakon filem ini memberikan mutu lakonan yg begitu hebat... tidak berlebih dan tidak juga berkurang.... PART TWO katanya akan menyusul tahun ini jg... can't wait for that.

Owh ya... kalo last year BAD GENIUS dari thailand membuatkan saya menonton 6 kali di pawagam... ALONG WITH THE GOD setakat ini sudah 3 kali saya tonton... selama 3 hari berturut2.... hahaha ate khoje giler....

Sebelum tayangan ni habis yg blom menonton saya highly recommend pi tgk and plis sediakan tisu byk2..... kalo sblm ada filem melayu yg pesan soh bwk tisu ms pi menonton.... tu propah je.... takat buat lap peluh bolehlah.. tp yg ni gerenti kalo ko bkn spesis yahudi hati batu, pasti kau akan (atleast) bergenang ayaq mata.

9.9/10 star