Tuesday, December 5, 2017

PINJAMKAN HATIKU - MOVIE REVIEW



Ada org menonton filem atas tiket pelakon yg mereka minat... ada juga org pergi menonton sesebuah filem disebabkan nama production house yg sudah establish... dan ada juga yg pergi menonton movie disebabkan nama pengarah filem itu sendiri....

Iya, saya antara yg menonton filem Pinjamkan Hatiku atas tiket nama pengarah itu sendiri.... bukan disebabkan ayda jebat atau farid kamil ataupun shaheizy sam... maaf sebab sy tak punya pelakon pujaan... so saya tak kisah siapa pun pelakonnya asalkan filemnya bagus.

Osman Ali satu nama yg tak asing lagi dalam industri perfileman tanahair. Naskah pertama beliau yg saya suka adalah telemovie tollgate girl... hingga membawa saya mengexplore satu demi satu buah tgn beliau hinggalah kepada filem kontroversi bukak api... short movie seperti malaikat dijendela...filem puaka tebing biru.... bla... bla..bla... langit cinta.. kau yg satu... ombak rindu...bla bla bla.. dan byk lg.

Dulu masa mula2 menonton filem beliau saya suka dgn konsep yg beliau tampilkan... namun lama kelamaan konsep sebegitu dilihat agak "menjemukan" (bagi diri saya lah) sy sudah tidak tahan dengan scor music yg melatari filem2 nya.... dalam kata mudah, score musicnya mmg muzik yg menyorongkan bantal utk tido.... dan sy sendiri byk kali terlelap dalam kebosanan.... muzik latar sebegitu boleh dikatakan terdapat hampir dikesemua film beliau.

Sejak sukses Ombak Rindu formula2 beliau untuk setiap filem seakan2 sama.... sehinggakan saya merasakan seperti menonton filem yg sama cuma pelakon yg berbeza... cuma yg saya kagum dengan Osman Ali adalah beliau teliti dalam pemilihan lokasi.... dan beliau bijak memilih tempat yg pasti membuatkan kita penasaran dimanakah lokasi syuting filem2 tersebut.... beliau handal menghasilkan mood yg divisualkan melalui sinematografi yg indah.

Ok enuff abt his background, lets move to the main topic.... which is Pinjamkan Hatiku.....
Saya sebenarnya mengosongkan minda saya tanpa meletakkan harapan yg terlalu tinggi...

Dan saya sebenarnya sudah bersedia utk menangis kerana dikatakan ini filem tisu (sebab dah lama x nangis tgk filem..haha)

TAPI....

Menunggu sehingga ke akhir filem ini tiada langsung air mata yang keluar.... sebak pun tiada... terharu pun tiada.... saya seolah menontotn filem ini tanpa jiwa.... mana hilangnya pergi HATI TISU saya.... kenapa sy tidak merasa terkesan dengan setiap kesedihan yang di paparkan? Ermmm.....

Jujur bagi pandangan peribadi.... 45 minit terawal saya menonton filem ini dalam rasa resah.... dan kerap kali melihat jam... membetulkan kedudukan atas kerusi hampir 5minit sekali.... iya... 45 minit awal filem ini saya rasa kosong dan agak membosankan....bosan hingga menyebabkan sy resah. Tak pasti apakah cuma saya saja yg merasakan atau tak... 45 minit pertama filem ini terlalu memfokuskan visual dan keindahan panorama sehingga watak utama seakan terabai dan tenggelam lalu hanyut dan hilang dalam keindahan visual latar. Tidak dinafikan panorama berkembang cukup indah... tp wataknya tidak berkembang seiring dgn keindahan visualnya.

Saya tidak mampu merasakan kekuatan cinta antara naufal dan laila... x mampu merasakan sakit dan pedih rasa ditinggalkan... x mampu utk merasai semua emosi yg ada dlm filem tersebut...

Apakah kerana hati tisu saya telah bertukar menjadi hati besi?

Padahal minggu lalu sy mampu feel akan semua rasa2 tu waktu sy menonton lakonan Ogy dan Azmil Mustaffa salam filem Kisah Cinta (one of the best malay love story for me lah)...

Apa2 pun.... saya tetap akan menonton filem2 mendatang daripada OSMAN ALI.... tak kisahlah apapun genrenya... sebab beliau antara pengarah yg saya suka... sama seperti KHABIR BHATIA....

Owh ya ini hanyalah sekadar pandangan peribadi.... bkn mempersoalkan kreadibiliti para pemeran dan sang sutradara.... mereka tetap hebat... cuma jiwa filem ini x sampai kepada saya.... tu saja....

P.s igtkan hati tisu dah tukar jd hati besi.... rupanya telemovie FATONAH AZALI minggu lepas berjaya membuat saya nangis... sob sob sob... hebat lakonan nad zainal...

So bila sy tgk respon2 yg mengatakan mereka menangis kaw2... dan yg lelaki pun x segan silu dok ulang ckp yg depa nangis jgk.... buatkan sy bingung... sebab sy x jumpa part yg betul2 mengusik hati.... tak taw nak menangis waktu bila... sebab feel x sampai pada saya...

Bukan salah dorang... salah saya... sbb ada filter kot kat depan saya....

Ok chao...

5/5 star untuk sinematografi....