Wednesday, June 19, 2013

SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA


KITA
by Forteen

kau renunglah wajahku
di manakah hilangnya raut seperti dulu
bila dicemar air mata

ku tak mahu berpisah
kerana hati masih sayang pada dirimu
tapi harapan makin kabur

manakah kita jika kau dan aku tidak sekata
sepi walaupun bila bersama
dekat pun tetapi berjauh hati

manakah kita bila sering bertentangan sahaja
walaupun bibir cuba menafi
hati tak percaya tanya dengan jujur
manakah kita

di jiwa ku sengsara
menanggung derita kerana cinta berubah
tapi tak mahu kehilanganmu

Drama yang bersiaran setiap hari Jumaat jam 9.00 mlm di TV3 ini sudahpun bersiaran sehingga episod 10.Diawalnya saya tidak mengikuti cerita ini.Mungkin kerana saya berpendapat bahawa kisahnya juga sama seperti kisah-kisah sedia ada..atau dalam erti kata lain, klise.. atau dalam erti kata lain, recycle punya cerita...

Namun apa yang menariknya tentang cerita ini.... walaupun kisah sebegini sebenarnya sudah pun ada banyak dipertontonkan, tapi pengarah bijak menyuntik elemen lucu dan sweet dalam penceritaannya.Ala-ala korean drama gittewww... alah mcm drama full house tu... sweet ngat! hohohoh.Pemilihan izzue islam dan tizz zaqyah memang mengena.

Sayangnya drama ni cuma 13 episod sahaja.Sepatutnya 25 or 28 ke baru best.Banyak konflik atau moment2 lucu boleh di tambah lagi...kisah tentang keluarga dorang pun macam kabur je...tak silap novel SSID ni sangat tebal.Tapi ceritanya divisualkan cuma 13 episod je? ermmmmm.

Naik lagi la 'saham' izzue islam dengan drama ni.

Apapun satu lagi drama melayu yang saya suka.

**rumahtangga yang bahagia itu bergantung kepada kedua manusia yang melayarinya.Bukan kerana buku-buku rahasia rumah tangga... bukan juga kerana ustaz kadzim atau pun sapa-sapa.... kehidupan ini adalah sekolah... pembelajaran berterusan... manusia harus melalui SILAP dahulu untuk lebih tahu yang BETUL...terlalu banyak kita memasukkan input yang kononnya pembawa kebahagiaan boleh menjadi alat yang memusnahkan kebahagiaan.Jadi lalui hidup dengan sederhana itu sudah membahagiakan buat saya.... PEACE!

Monday, June 17, 2013

AKU DAN KEKUATAN


"Don't pray for life to be easy... but pray for yourself to be strong"

Dalam hidup, tiada jalan pintas untuk mengecap sesuatu rasa yang indah.Seperti mendaki gunung yang curam... untuk mendaki hingga kepuncak sememangnya payah... tapi untuk jatuh dan tersungkur memang mudah.... begitu keadaan andai bisa diibaratkan...

Untuk mengumpul sejumlah kekuatan dalam diri bukan hal yang bisa kamu bina dalam waktu sehari.... pengalaman hidup banyak membantu menentukan hala arah kita... sama ada menjadikan kamu tabah mendepani kehidupan... atau sebaliknya.

Saya sering memberitahu diri untuk selalu ingat akan semua kepayahan dan keperitan dan kepedihan yang saya lalui sejak dulu... mengingat untuk selalu menyedarkan bahawa saya harus menjadi kuat..

Tapi...

Terkadang kamu kuat.... tapi lingkungan kamu tidak mendukung... lalu menjadikan kamu sama seperti mereka-mereka.Saya selalu berusaha menyingkirkan manusia-manusia seperti itu dari kehidupan saya...kerana saya tahu... saya tidaklah sekuat mana... saya mudah menyerap energy 'negatif' dari lingkungan.

Jadinya saya sering mengimpikan sosok manusia yang mahu berusaha untuk menjadi kuat... agar bisa seiring saya untuk mendepani segala situasi.

Wujudkah sosok sebegitu?

Ah, tak perlu terlalu memikirkan hal itu... apa yang penting.... fikirkan bahawa di jalan-jalan mendatang masih banyak lagi hal yang menuntut kamu untuk kuat... 

Insyaallah... kita dikurniakan akal kan? fikirlah apa yang terbaik buat kamu.... 

Thursday, June 13, 2013

KISAH HIDUP


Dalam hidup ini ada ketika hal-hal remeh bisa terlihat berat andai kita sering merasakan bahawa ia adalah suatu kemestian dalam hidup.Sesuatu yang terwajibkan untuk bisa dipenuhi.Seakan menjadi kekurangan andai ia tidak terpenuhkan.Pada hal... semua itu tergantung gimana kita menanggapinya.

Adakah wajar memberatkan hal-hal yg sekecil kuman demi tuntutan kepuasan hati.Lalu seperti apakah rasanya andai keburukan terbesar melanda hidup.Apa bisa kamu tanganinya....?Ada hal yang terkadang sukar difahami antara dua jiwa manusia....

"perlukah saya desak suami bersikap romantis sedangkan dia mmg x romantik dr zaman bercinta lg.Kadang2 saya teringin dan cemburu tgk pasangan lain yang nampak sweet.Kami pasangan br setahun berkahwin.saya kdg2 bersedih.suami tak romantik.tak pernah belikan bunga untuk saya atau ckp yang romantik pd saya.puji jarang sekali walaupun saya buat yg terbaik utk dia."

Rada tersenyum saat membaca kenyataan di atas.Gini ya mbak... emang kalo dari waktu pacaran dulu kok udah tau yang pacarnya ga romantisan banget... harusnya mbak persiapkan diri lho... lagian itukan emang sikapnya...pokoknya dia ga selindung kalo itu mmg karakter dirinya.Ga semua cowok itu romantis lho mbak... seperti cewek jg ga semua yang bisa masak kan? nah seperti itu lho kalo bisa diumpamakan.Lagian, gimana mbah tau kalo temen-temen mbak itu emangnya heppy banget? gimana kalo mereka juga sama seperti mbak.Dan senyuman itu sebagai satu simbol menguatkan jiwa bahawa masih ada hal terbesar dalam hidup yang harus diutamakan... ngebanding bunga segala macam.Iya saya tau, hal-hal seperti itu penambah rasa sayang... tapi mbak juga harus tau lho... lelaki itu beda jiwanya...- kalo itu ini semua nya salah... tidak menepati kepuasan mbak... mendingan mbak kahwin aja sama diri sendiri.... nak lebih seru kan?! 

Nah lagi satu, mbak harapkan pujian? itu udah ga ikhlas lho mbak... lalu gimana mbak bisa bilang kalo mbak udah ngelakuin yang terbaik buat dia sedangkan ga dipuji aja mbak udah beginian? tenang aja mbak.lakukan rutinitas seikhlasnya yah? anggap aja kalo dipuji itu satu bonus... kalo ga, setiap kerjaan yang dilakukan itu ibadah... mendapat pahala lho mbak.... :)

PEACE-