Friday, January 3, 2014

DEEP DOWN INSIDE


"sometimes i just want to scream to release all the pain....."

Kalao saya boleh menyalahkan masa silam.... wajarkah saya menyalahkan ayah dan ibu kerana gagal membesarkan saya tanpa mengajarkan saya apa itu kasih sayang yang sebenar?

Wajarkah saya meletakkan akan semua kesalahan itu kepada mereka kerana menyebabkan saya membesar dan menjadi manusia yang dungu tentang makna kasih sayang itu sebenarnya?

Tidak, mana mungkin saya letakkan itu di bahu mereka.Mungkin juga mereka pewaris kepada rasa GAGAL dalam mengecap apa itu kasih sayang dari ibu bapa mereka?

Atau sebenarnya kasih sayang itu sendiri luas pemaknaannya dalam hidup kita?

Kenapa kita tidak buka mata kita dan melihat bahawa kasih sayang itu terlahir dari segenap rasa?

Bahawa sekecil zarah sekalipun pasti ia memiliki nilai penting dalam kehidupan kita....

Saya membesar dan mencipta pemaknaan kasih sayang itu sendiri mengikut pemahaman saya sendiri.Apa yang saya fikir selayaknya... itulah yang saya perbuat.

Tapi kenapa hujung-hujungnya ia berakir dengan kerumitan? 

Saya gagal menafsir...

Satu hal yang saya akur mengenai manusia yang memiliki kuota kasih sayang sekecil zarah, jiwa mereka amat rapuh.Kamu tidak bisa memaksa untuk ia menjadi seperti apa yang kamu inginkan dalam sekelip waktu.... kerana sesuatu yang rapuh hakikatnya mudah untuk pecah.... 

Saya mohon agar Tuhan selalu memberikan saya kekuatan dalam meneruskan kehidupan.Saya tahu ujian itu pelengkap rasa... mana mungkin bisa kamu bilang bahawa kamu kuat andai belum teruji dek ujian.... 

heh! kalaulah menjalani kehidupan ini semudah mengeluarkan kata.... -

Thursday, January 2, 2014

BERDENGKUR

Seingat saya, saya tidak pernah mengalami masalah berdengkur sewaktu tidur.... iya, waktu itu saiz badan kurus...kini bila saiz badan naik... bila ada yang menegur saya berdengkur dan kemudian saya sendiri yang menyedari bahawa saya memang mengalami masalah berdengkur dalam tidur.

Saya tahu, dengkuran bukan sahaja tidak bagus untuk kesihatan tapi juga boleh mengganggu tidur orang lain.

Kesan dengkuran bagi individu :

-badan terasa lesu
-rasa sangat mengantuk
-dengkuran terganggu
-insiden tercekik ditengah malam (tidak cukup oksigen)
-tidur tidak lena
-nokturia(kerap kencing malam )
-tidak boleh menumpukan fikiran
-mengalami msalah daya ingatan
-kemurungan
-mudah terganggu
-keinginan seksual menurun
-boleh menggangu kualiti tidur dan hidup orang lain keran terganggu oleh dengkuran kuat.


Ini antara sebahagian kesan akibat permasalahan dengkuran.Patutlah saya sering merasa letih.Cepat beremosi... fokus pada kerja dan kehidupan terganggu... 

Sempena dengan datangnya tahun baru 2014... saya akan cuba berazam untuk turunkan berat badan.Semoga saya dapat jalani kehidupan yang sihat.

Chayok MM