Sunday, November 23, 2014

BIHUN SUP KUAH LAKSA


Selalunya setiap hujung minggulah saya selalunya berangan-angan menjadi chef.Memasak apa saja yang terlintas kat fikiran.Menjadi atau tidak itu bukan ukuran... yang penting mengisi masa yang terluang dengan hal-hal yang berfaedah....

Bihun sup kuah laksa ini adalah kegemaran isteri saya.Laksa walaupun bukan makanan feveret saya, tapi tetap antara menu yang saya suka especially laksa air tangan kakak saya.Bagi saya laksa yang sedap, kesedapannya itu diukur daripada keenakkan kuah itu sendiri... tidak semestinya yang pekat itu sedap... dan tidak jugak bermakna yang cair itu kurang sedap... sebab di sinilah letaknya kehebatan tukang masak mengadunkan rasa sehingga orang yang makan tak ingat donia... haha

Secara jujurnya pertama kali saya membuat laksa adalah hampir 5 tahun lepas itu pun dengan bantuan sahabat yang agak hebat membuat laksa... kesedapan laksa itu masih terngiang-ngiang hingga sekarang... hehe.

Kali ini tanpa bantuan sahabat...saya menuju sendiri ke pasar membeli barang keperluan memasak.Hampir berputus asa mencari bunga kantan yang sangat susah untuk didapatkan...hati kembali berbunga kerana akhirnya terjumpa juga.Setelah ada bunga kantan baru bersemangat untuk membeli barang-barang lain.Saya beli


  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • Lobak masin
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Ikan kembung + sardin
  • Sebungkus Bihun
Oh ya, disebabkan namanya juga Bihun Sup Kuah Laksa, makanya sudah semestinya heronya adalah bihun... laksanya cuma terletak pada kuahnya sahaja...Bahan-bahan hiasan pun lebih kepada bahan untuk bihun sup... tapi ikut suka penggemarlah... nak masukkan apa pun takpa... takdak sapa nak marah pun aih!

Pukul 11.00am saya bermula dengan menyiang ikan.... dan saya akhiri dengan mencuci pinggan tepat pukul 1.00pm.Jangan tanya saya kenapa ambil masa terlalu lama.Sudah kebiasaan saya setelah selesai masak adalah mengemas dapur hingga bersih dan kemas.Setelah kemas baru mandi bersihkan diri dan kemudian baru boleh makan.Dan pukul 3.30pm baru saya dapat merasa resepi BSKL hasil air tangan 100% saya sendiri.Tanpa ada bantuan siapa-siapa.

Hahaha macam hebat je... BSKL je kot! tapi untuk first timer seperti saya bila dapat masak dan menjadi masakan tu of kos la rasa seronok.... 

So kalau jemu dengan laksa yang berurat besar dan susah untuk ditelan tu, bolehlah beralih kepada BSKL(bihun sup kuah laksa) rasanya lebih menarik... yang penting HO SEK! xoxo





Thursday, November 6, 2014

FOREVERMORE TELESERYE

 

Selamat pagi, ceriakah korang melalui hari-hari dalam kehidupan? kalau tak feel takpe... hidup bukan selalunya hepi kan? kadang ada jugak sedihnya... turun naik dalam kehidupan.Tapi andai waktu ini kamu lagi senang dengan kehidupan, maka nikmati dan railah seolah-olah kamu tidak pernah mengenal erti sedih :)

Okey di hari yang berbahagia ini, saya teringin untuk berkongsi teleserye terbaru dari Filipina.Judulnya Forevermore, kebetulan judulnya serupa dengan filem lakonan Jericho Rosales dan Kristine Hermosa yang pernah meletop di Malaysia satu waktu dulu.Drama rantaian yang disiarkan oleh ABS-CBN ini mula ditayangkan pada 27 Oktober lalu.Dan semalam sudah pun memasuki episod yang ke-7.

Drama ini diarahkan oleh Cathy Garcia Molina.Seorang pengarah terkenal yang sering menghasilkan filem-filem box office.Genre romantik komedi memang 'makanan' beliau selama ini.Siapa boleh lupa filem-filem gandingan John Lyod Cruz bersama Sarah Geronimo dan jugak filem-filem gandingan Toni Gonzaga dan Sam Milby...hingga melayakkan mereka mendapat pasangan paling ideal di layar lebar...

Jujurnya saat pertama kali menatap trailer Forevermore ini, hati terus terpaut, Keindahan Baguio dipaparkan dalam drama ini menjadikannya sangat menarik.Kalau di Malaysia mungkin tempatnya dalam kategori Cameron Highland la kot.Eheh!

Drama ini masih tidak lari jauh dari typical soap drama philipina... tapi diberi suntikan segar dan mainan sinematografi yang menarik membuatkannya terlihat begitu indah.Saya tidak syorkan kepada bukan menggemar drama2 dari filipina... Tapi untuk orang yang seperti saya... drama ni sangat terlihat 'sweet'.Gandingan pelakon baru Enrique Gil dan Liza Soberano pun nampaknya ada chemistry.



Drama ini mengisahkan Xander pewaris Grande yang bosan dengan kehidupannya nekad melarikan diri dari keluarga dan kehidupan kaya-raya... Agnes pula gadis miskin yang tinggal bersama ayahnya.Mereka mempunyai ladang stawberi.Itulah pekerjaan mereka setiap hari.Hinggalah satu hari pemilik tanah tempat mereka menanam strawberi mengambil keputusan untuk menjual tanah tersebut.

Pertemuan berlaku tanpa diduga.Sewaktu Xander kemalangan kerana payung terjunnya gagal berfungsi dan dia terjatuh di dalam lori yang sedang dinaiki oleh Agnes dan bapanya.Kejadian itu menyebabkan bekalan-bekalan strawberi yang akan dibawa Hotel Grande menjadi rosak.Sejak itu mereka menculik Xander dengan harapan untuk menuntut ganti rugi.Tanpa mengetahui identiti sebenar Xander.

Banyak kejadian-kejadian menarik dan melucukan selepas itu....









Tuesday, November 4, 2014

RESEPI KUNG PAO CHICKEN


Saya tak pernah sharekan sebelum ini di sini bahawa semenjak setahun dua kebelakangan ini memasak adalah antara hobi atau minat terkini saya.Memasak juga bagi saya antara ruang untuk kita berekspressi dengan emosi...Menumpahkan seluruh rasa yang ada.Gembira.. sedih... stress dan segala macam perasaan.

Memasak antara ruang bagi saya melupakan segala rasa tidak menyenangkan yang bergayutan di fikiran.Bila kamu menumpahkan seluruh fokus maka kamu akan melupakan semua perasaan tidak enak yang ada.Trust Me!

Saya sebenarnya bukanlah pandai memasak....tapi saya minat dalam memasak.Minat dan Terrer adalah dua hal yang berbeza ok...Masak yang disusuli minat... adalah kepuasan yang susah nak xplain berbanding orang yang terrer memasak... Contohnya ibu-ibu atau isteri-isteri yang tugas harian mereka memasak di rumah...Mereka memang pakar dalam memasak...tapi di minda mereka memasak cumalah sebagai satu kewajipan dalam memenuhi tuntutan dalam kehidupan keluarga... jadi, tiada PASSION di situ... kita boleh lihat perbezaan orang yang sekadar TAHU memasak dan orang yang SUKA memasak!

Mungkin saya tergolong orang yang SUKA memasak.Tapi, alangkah bagusnya kalo kamu suami isteri yang punya minat yang sama... selain berkongsi resepi, boleh juga beradu minat di dapur... setiap hujung minggu mencuba berbagai-bagai resepi baru... tentu BestKAN? eheh

Mulai hari ini insyaallah, setiap kali saya turun ke dapur saya akan sharekan di sini apa menu pilihan saya.Mungkin bukan menu-menu terhebat... sebab saya masih dalam proses belajar and i'm pushing myself into this thing... well, we see how... hehe

Untuk hari ini saya nak sharekan menu simple tengahari saya.Resepi Kung Pao Chicken.

Nampak simple tapi rasanya memang sedap.Ini kali pertama saya mencuba masakan 'Chinese Style'

Resepinya adalah seperti foto di atas :)