Everyone of us has someone who is hidden in the bottom of our heart.And when we think of that person, we feel like there's always a little pain inside.But we still want to keep that person.
Sudah beberapa hari saya menonton filem ini, rasa keterujaan untuk menceritakan kisah ini di sini sangat membuak-buak.Tapi disebabkan kesibukan dengan kerja dan bermacam-macam hal kehidupan menyebabkan keterujaan itu dipendamkan buat seketika...
Saya yakin setiap orang pernah merasai 'perasaan' jatuh cinta... cinta monyet kata orang.Dan saya juga yakin bahawa ia adalah antara hal-hal terindah yang menghiasi sebahagian daripada kehidupan remaja kita.Menghairankan meski selalunya cinta monyet tidak berakhir dengan 'happy ending' namun kita akan tetap akan mengingatinya sebagai sebuah kisah terindah... :)
Apa yang boleh saya katakan setelah usai menonton filem ini....?!
SAYA MENANGIS TERISAK-ISAK!
Seriously filem ini sangat menyentuh perasaan.Menonton filem ini seolah-olah mengimbau kembali akan kesemua kisah-kisah zaman hingusan,zaman di saat mula-mula mengenal cinta.Filem ini penceritaannya amat sederhana tapi cukup untuk mencuit perasaan, terlihat jujur dan dipersembahkan dengan bersahaja.Saya pasti setiap orang menonton pasti boleh 'relate' kerana ia adalah hal-hal biasa yang setiap orang pasti menghadapinya suatu waktu dulu.
Malah tidak keterlaluan saya berani katakan bahawa menonton filem ini diakhir cerita akan membuatkan kita membayangkan alangkah bagusnya andai kita diberi satu lagi peluang untuk kembali ke zaman itu, berpeluang untuk melaluinya untuk sekali lagi.... suatu keindahan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.
Sepanjang cerita ini bergerak dalam alunan yang lembut, saya sering menguntum senyum...melihat keletah-keletah anak-anak remaja yang baru mengenal cinta... jujur, perasaan seperti yang sama saya rasai suatu waktu dulu... meski dalam kondisi yang berbeda, namun aromanya tetap sama... menyamankan.... seperti meneguk kopi panas sambil terbau aromanya...damai bukan?! :)
Filem ini berkisah tentang Nam, seorang gadis yang tinggal bersama dengan ibu dan seorang adik perempuannya.Di sekolah dia dalam diam menyukai seorang seniornya yang bernama Shone.Disebabkan tiada keyakinan dan sering merasa rendah diri kerana tiada rupa menyebabkan dia cuma mampu melihat Shone dari kejauhan.Nam mempunyai beberapa orang teman karib yang sentiasa membantunya tanpa jemu untuk cuba mendekatkan dia dengan Shone.Semua hal dia lakukan dengan harapan agar shone menyedari kewujudannya.
Tahun demi tahun berlalu, dan akhirnya apabila tiba pada hari terakhir persekolahan, Nam mengambil keputusan untuk meluahkan juga perasaan pada Shone memandangkan mungkin selepas ini dia berkemungkinan tidak dapat lagi bertemu dengan Shone.Namun saat itu Shone kelu tanpa bicara, menyebabkan Nam sedih kerana menyangkakan bahawa Shone tidak mempunyai perasaan yang sama... bahawa semakin hari mereka semakin mendekat itu hanyalah atas dasar persahabatan dan tidak lebih dari itu.....
.....TANPA sebenarnya Nam tahu bahawa saat itu Shone kelu tidak dapat berkata apa kerana dia sebenarnya terkejut, bahawa sebenarnya dia terlah berjanji dengan sahabatnya (yang juga menyukai Nam) agar mereka tidak boleh menyukai gadis yang sama...-
Malam itu Nam menangis sepuas-puasnya mengenangkan apa yang telah berlaku selama bertahun-tahun menunggu seseorang yang tak mungkin menjadi miliknya...-
Dan SEBENARNYA, di suatu sisi lain, malam itu sewaktu di meja study, Shone mengambil sebuah buku catatan, sehelai demi sehelai halaman muka surat buku itu diselak...di buku itu penuh dengan foto-foto Nam... sejak hari pertama dia berjumpa dengan Nam dia telah mula jatuh hati..setiap foto Nam yang disnapnya secara cur-curi itu ditampalkan di buku itu berserta sisipan kata yang menyentuh rasa.Dan satu persatu memori yang terakam kemas diingatan dipaparkan satu demi satu...part inilah kemuncak pada cerita ini.Dan part inilah juga saya menangis semahu-mahunya...entah kenapa saya merasa sangat tersentuh dengan scene ini...
Saya juga suka sewaktu Nam berkata bahawa :
"meskipun cinta tidak berbalas, namun saya lebih menganggap kehadiran Shone itu sebagai satu sumber inspirasi, kerana dengan dialah saya belajar bersungguh-sungguh, kerana dia jugalah saya belajar menghias diri dan kerana dia jugalah saya menjadi seperti apa yang ada sekarang... dia telah menukar rasa cinta itu menjadi satu hal yang positif... dia inspirasi saya"
Sejujurnya begitulah kehidupan kan? hanya kerana malu dan tidak yakin untuk bersuara, menyebabkan kita kehilangan sesuatu yang berkemungkinan bisa menjadi milik kita hanya dengan bersuara, namun apakan daya...tidak semua hal yang berlaku bisa terjadi seperti apa yang kita impian...- itulah kehidupan.
Filem ini terajui oleh Mario Maurer dan Pimchanok Luevisadpaibul.Saya pernah menonton filem lakonan Mario Maurer sebelum ini seperti LOVE OF SIAM (filem ini pun bes)
Hakikatnya Filem Crazy Little Thing Called Love bukan setakat digilai di Thailand, filem remaja yang 'biasa-biasa' dan dikatakan berbajet agak rendah ini berjaya melangkah jauh hingga ke China, Taiwan, Indonesia, Korea...Philipina (setakat yang saya tahu) Populariti Mario Maurer memuncak seiring dengan boomnya filem ini...membawanya ke segenap negara(seperti yang dinyatakan di atas) bagi tujuan promosi dan sesi bertemu peminat... nah! bahasa kini bukan lagi satu halangan...andai penceritaan sesebuah filem itu bagus dan boleh menyentuh rasa, sesiapapun pasti akan suka untuk menonton.
Dan perkhabaran paling baru, Mario Maurer telah dilamar oleh syarikat perfileman besar Philipina ekoran popularitinya menerusi filem tersebut di sana.Dia khabarnya bakal berlakon sebuah filem berjudul Suddenly It's Magic disisi pelakon Erich Gonzalez.
Filem Malaysia bila agaknya nak berkembang ye, kalopun bukan diperingkat antarabangsa, palingan di rantau ASIA...hurmmm...-
p/s : Dalam tempoh seminggu saya sudah menonton filem ini sebanyak 5 kali.... menonton sambil menghayati keindahan cinta zaman sekolah...INDAH!
"Even though i don't know where he is today, what he is doing, i know that he is the one who taught me this....A CRAZY LITTLE THING CALLED LOVE"
2 comments:
Assalamu alaikun...terima kasih meer, alyn pun tgk citer ni lepas bc katnblog ameer n mmg sembam mata pi keje...cerita ringan namun berjaya menyentuh perasaan.n hapoy ending...suke :-)
Pehh benci betul typo yg bnyk...uhuhu susah lah benda sesentuh ni..
Assalamu alaikum...kat blog ameer..happy
:-)....alyn
Post a Comment