Monday, April 9, 2012

SITI NURHALIZA - ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN

Bagi sesetengah orang, kedatangan ABPBH -Anugerah Bintang Popular Berita Harian, sememangnya dinanti-nanti.Kerana menurut sesetengah orang, ia antara acara berprestij yang dianjurkan oleh akhbar Berita Harian selama ini.

Itu menurut kata orang lah, tapi entah kenapa ye, saban tahun saya melihat anugerah ini seakan semakin hilang prestijnya.... tidak keterlaluan penganjuran tahun ini adalah yang paling menyedihkan menurut saya.Sepatutnya untuk ulangtahun ke-25 majlisnya haruslah lebih gilang gemilang....sejajar dengan ulangtahun jubli perak.

Paling mengganggu tumpuan saya adalah keadaan stage/props yang kelihatan terlalu simple dan ala kadar.Namun masih boleh dikatakan sedikit baguslah jika dibandingankan dengan APM-Anugerah Planet Muzik 2011.

Saban tahun Siti Nurhaliza tidak pernah terkecuali ikut serta dalam mengadakan persembahan untuk ABPBH.Setiap tahun ada saja kejutan menarik yang dia buat.Kalau tahun lalu dia muncul dengan lagu Bukan Cinta Biasa versi K-POP, kali ini gabungan lagu FALLING IN LOVE dan QUEEN OF THE NIGHT memang sangat menarik(kalaupun bukan bagi orang lain, bagi saya cukup menarik).Malah diantara semua persembahan di dalam ABPBH 2012 Siti tetap yang paling menonjol.


Cuma sedikit terkilan beliau muncul membuat persembahan dengan waktu yang sangat terhad a.k.a pendek.Sepatutnya 'living lagend' ini diberi penghormatan untuk membuat persembahan 'beliau sendiri', bukannya secara madley bersama-sama artis lain.Apatah lagi pada malam itu buat pertama kalinya beliau dianugerahkan Anugerah Seri Perak sempena ABPBH ke-25.Seharusnyalah beliau diberi penghormatan sama seperti Datuk Sheila Majid yang mendapat anugerah sepanjang zaman untuk mempunyai slot persembahan sendiri.


Apapun, seperti tahun-tahun sebelumnya, saya cuma menonton ABPBH hanyalah kerana persembahan Dato Siti.Agaknya selepas ini kalo Dato Siti sudah tidak membuat persembahan pada acara kemuncak itu, mungkin saya sudah tiada hati lagi untuk ikutan serta menonton.


SITI NURHALIZA OWES QUEEN OF MY HEART



No comments: