Friday, May 28, 2021

DRAMA MELAYU KITA


Hahaha, pelakon pun dah bosan. Kita yang menonton ni apa lagi lah. Drama melayu kat malaysia ni memang tak pernah nak berubah. Balik-balik kita di sajikan dengan konsep cerita yang hampir sama.Tak ada kelainan. Bukan tak ada langsung, ada juga drama yang lari sket daripada kebiasaan tapi tak banyak. 

Saya masih ingat dulu kat 8tv ada drama-drama melayu yang lari sket konsep dia dari kebiasaan, seperti drama Kami, drama Ghost season 1 and 2, drama the Blogger Boy dan banyak lagi.... tapi kalo cerita-cerita urban macam ni tak semua peringkat umur boleh terima, tapi atleast ada juga kepelbagaian genre.

Tengok sajalah drama-drama korea, kisah tentang friendship, history, crime, thriller, horror, revenge... banyak lagi lah kalo nak dicerita kan.

Soalan ini kalau diajukan kepada pengarah, mereka akan katakan penerbitan atau corak sesebuah drama ditentukan oleh stesen tv.Stesen tv yang akan panggil production house then akan ada perbincangan. Para pelakon pun stesen tv juga yang tentukan. Production house or director boleh suggest je. Sekarang ni based on sapa tinggi follower kat IG plak konsepnya. Pelik betol.

Sekarang kan tema adaptasi novel. Bukan nak kata semua novel kat malaysia ni tak ada kualiti, tapi kalau tak percaya cuba kau pergi kat popular book store, kau pi belek la semua novel2 melayu kat rak tu. Kau baca je sinopsis kat belakang.... boleh dikatakan 90% balik-balik itu ja isi ceritanya. Sebab tu la aku selalu assume yang novelist2 malaysia ni khasnya kakak-kakak tu create novel based on imaginasi n khayalan kaki tak jejak tanah. Memang la tak semua, tapi kalau dah kebanyakan macam tu, kau pikir la sendiri. Paling loya tekak adalah pemilihan tajuk. Konon nak catchy kot... padahal sedey.... tajuk drama pun lebih kurang mcm tu jgk la... haih!

Apa kita dah ketandusan idea or konsep cerita ke? balik-balik kes kawin paksa, cerita bisnes juta-juta.... projek tu projek ni.... kenapa tak buat cerita tentang petani ke? posmen ke... orang yang keja fastfood ke.... i mean lebih dekat dengan realiti... orang sekarang suka cerita yang dorang boleh relate.

Paling bodo and takleh terima dek akal is mak-mak n nenek-nenek yang tolak mentah-mentah menantu yang anak n cucu dorang suka, pilihan mereka hat terang-terang jahat... buta perot ka buta hati... hang nak kawenkan anak hang dengan pompuan jahat... pastu siap nak meruntuhkan kebahagiaan anak hang. Berpakat dengan menantu pilihan. Bodow... buatlah cerita yang penonton tak boleh nak persoalkan kelogikkannya.... ni setiap scene akan ada saja persoalan akan logiknya akan dipersoal.

Last-last pihak stesen tv akan kata ini adalah mengikut selera penonton... depa tak baca ke segala keluh kesah penonton yang dah muak dengan hidangan konsep cerita yang sama?

Sebab tu jugak saya tak pernah tengok tv, terutama drama-drama melayu.... drama melayu terakhir yang saya tonton adalah Takdir Yang Tertulis, sebelum tu drama 7 hari mencintaiku 2.... dan sebelum tu drama Nur 2... yang lain hanya layak masuk tong sampah je. Tapi kalau kita kondem cepat je dorang marah.... dorang tetap nak pertahankan naskah dorang. Kenapa dorang tak cuba nak dengar apa yang penonton nak. Next time jangan hasilkan karya ikut selera sendiri. Cuba selidik selera penonton.

Aku pun sekarang dalam proses nak potong ja asterok... rugi tiap-tiap bulan bayar rm178.90.... now 121.90.... satu haprak cerita pun aku tak tengok. Ingat baik boh netflix je lepas ni.

Selain korea, saya rasa drama yang semakin meningkat kualiti sekarang adalah daripada Thailand. Tak mustahil, sikit waktu lagi mereka mampu menyamai drama-drama korea. Lagian, drama-drama bersiri Thailand sekarang sedang mengumpul jumlah peminat yang makin meningkat bukan hanya di negara mereka saja, bahkan hampir seluruh asia.

Dan 10 tahun lagi malaysia akan masih bangga dengan citer kawen2 paksa dia... hahahah... time tu sinetron negara jiran pun mungkin dah stop konsep zoom in zoom out kot.

Owh ya, satu2nya production house yang selalu saya nantikan karya mereka adalah Radiusone, melalui pengarahnya Shahrulezad Mohameddin. Semoga dorang terus mengeluarkan cerita-cerita bermutu.

No comments: