Thursday, February 21, 2013

Sehangat Asmara - Mustika HD


Saya hanya menonton 3 episod penuh drama Adam dan Hawa di permulaan cerita yang akhirnya menyimpulkan bahawa drama itu tersangatlah LEMBS...cerita yang dah boleh difahami dalam hanya 5 minit tapi di panjangkan hingga menjadi 1 episod.... ntah apa-apa! mujurlah slot drama ini cumalah setengah jam.Kalaulah berdurasi 1 jam... mungkin orang yang tiada ketahanan jiwa boleh muntah hijau.

Ok, berbalik kepada drama Sehangat Asmara yang menggantikan slot cerita Adam dan Hawa yang telah pun masuk episod ke-15 (semalam).Saya berpeluang menonton drama ini sejak episod pengenalan.Dan sehinggalah semalam di episod yang ke 15, saya cuma termiss menonton 1 episod.

Sebenarnya ada ketidakpuasan yang ingin saya suarakan pada episod semalam (episod 15.Juga episod 14).Kalau ada yang menonton Sehangat Asmara di episod ke 14/15, berikut adalah ketidakpuasan saya :

  • Kamalia Najwa(kay) pengsan, dan kemudian disahkan mengandung.Sewaktu dia tidur, sahabat baiknya telah menghubungi ibu Kay dan memberitahu bahawa Kay telah mengandung.Kemudian apabila Kay terjaga dari tidur dia mendapati dirinya telah berada di Kuala Lumpur.Di rumah ibubapanya.Sangat menghairankan bukan.Macam mana boleh Kay berada di rumah parents dia? oklah kita terima situasi itu, mungkin waktu tu Kay pengsan dan dibawa balik oleh parent dia sewaktu dia tak sedar(tapi bukan dia tidur je ke?) 
  • Ok lah kalo kita assume yang parent Kay bawak dia balik waktu dia tak sedar (kenapa saya katakan WAKTU DIA TIDAK SEDAR adalah kerana waktu dia terjaga dia sendiri terkejut yang dia berada di rumah parent dia.Kalau dia balik dlm keadaan sedar takkan dia nak terkejut camtu plak kan? errrm) then bagaimana plak di episod semalam ada dua kotak barang kay berserta barang-barang milik Zainal Arif?Macam mana plak si Kay ni bawak balik Malaysia kalo dia tak sedar? 
  • Kisah dicepatkan di dalam episod 15 dengan memaparkan si Kay telah mengandung, melahirkan, dan anak telah pun membesar.(saya terima scene ini, walopun saya sangat berharap agar dapat melihat bagaimana Kay belajar menghadapi kesendirian hidup tanpa Zainal Arif, insan yang sangat dicintainya itu.Bagaimana dia belajar menerima kenyataan bahawa insan yang disayanginya itu telah menghilang tanpa sebarang khabar - bukankah scene begini lagi penting jika dibandingkan menghabiskan hampir 14 episod dengan scene2 di Australia yang tah pa per... 
  • Kemuncak ketidakpuasan hati yang paling ketara semalam adalah, tiba-tiba Kay mendatangi bapanya dengan memberitahu bahawa Zainal Arif sedang dalam proses untuk mendapatkan hak penjagaan anak mereka.WHAT THE FFF.....!! apakehalnya citer ni? dorang tak tau ke...moment kemuncak paling penting dalam cerita ini adalah pertemuan antara KAMALIA NAJWA dan ZAINAL ARIF... kenapa scene penting ni tak dihighlight kan? kenapa tau2 je si Kay cakap yg mereka dah pun berjumpa... siap berhubung telefon bagai? apa ni? APA??!!
Saya harap saya silap, saya harap saya terlepas pandang beberapa scene penting pada episod 14/15 yang menyebabkan saya tidak memahami ceritanya walaupun sebenarnya saya betul-betul menonton dan cuba memahami cerita ini.Saya rasa seolah-olah episod semalam dipendekkan a.k.a dipotong.... hurmmmm

Apa-apa jelah... sekadar menyuarakan ketidakpahaman dan ketidakpuasan... tu je...

OKBAI

No comments: