Wednesday, May 16, 2012

8 Tahun Terindah


Ahad lalu berakhirlah sudah drama rantaian Desperate Housewives setelah 8 tahun lebih bersiaran.Dan di Malaysia siaran musim ke-8 ini baru bersiaran di 8TV.Saya tidak mengikuti di televisyen kerana awal-awal lagi saya sudah menonton setiap episod.Terlalu lama untuk menunggu drama ini di tayangkan di tv Malaysia.Makanya saya menggunakan saluran lain untuk menjadi antara yang terawal menyaksikan drama ini.

Di Us, episod akhir ini di tayangkan selama 2 jam pada malam Ahad lalu, dan alhamdulillah hari Isnin lepas saya berjaya juga menyaksikan episod terakhir drama tersebut...

Apa yang boleh saya katakan... hurmmm... it's really hard to say goodbye.... 8 tahun terindah bersama drama ini sukar untuk diungkap dengan kata-kata.Saban tahun saya menjadi penunggu setia, menunggu kemunculan drama ni tanpa jemu.Tak cukup dengan itu, saban tahun juga saya pasti akan membeli boxset dvd DH bagi setiap musim.Yang nyata, ini drama pertama yang saya berjaya mengikuti sehingga penamat cerita.

Dan yang nyata juga selepas ini rutin kehidupan saya pasti berubah... PASTI

Banyak hal tentang kehidupan dapat saya lihat dalam kisah ini.... setiap kisah terasa dekat...mungkin kerana setiap cerita itu adalah hal-hal seharian yang seringkali kita lakukan dalam kehidupan kita....

Susan, Lynnete, Bree dan Gaby... mereka menghiburkan saya dengan setiap kisah mereka... cerita kehidupan mereka yang penuh suka duka berjaya menimbulkan rasa kerinduan pada saya.

Betullah kata orang, setiap permulaan pasti akan ada pengakhiran.... dan yang nyata pengakhiran ini bejaya menimbulkan kesedihan... gosh! i'm gonna miss this series damn much!


TERIMA KASIH UNTUK 8 TAHUN YANG TERINDAH INI, MENEMANI SETIAP 'KESUNYIAN' SAYA.... seriesly saya akan merindui Wisteria Lane! (crying) sob sob!

No comments: