Wednesday, August 31, 2022

KAU PERGI JUA



wajahmu seindah serinya pelangi nan indah
seharum mawar putih segar berkembang
wajahmu... mengapa sering terbayang di mataku
sehingga terbawa di dalam mimpiku

Kau pergi jua akhirnya...

Hampir 3 tahun kau terlantar dan sakit, 10 Ogos 2022 setelah isya' Tuhan memanggilmu menghadap.Meninggalkan kami 6 orang untuk menempuhi hidup ini tanpa lagi kau di sisi.

Petang itu kakcik menelefon khabarkan keadaan mu yg agak tenat di kampung. Waktu itu Tok, Makngah, Maklang ada bersama di sisimu mengajarkan kau mengucap, membacakan kau surah....

Kalau sebelum ini selang beberapa minit kemudian kakcik akan telefon memberitahu keadaanmu sudah pulih, tapi berbeza kali ini.... melalui panggilan seterusnya ada sedikit tangisan di hujung talian...

"mak dah takda..."

Aku blank seketika.... aku tidak bisa memberi apa-apa reaksi.seusai itu aku lantas memberitahu S bahawa mak dah tiada. Dan malam itu juga kami pulang ke kampung.

Otak aku masih belum mampu mencerna kata-kata yang aku dengar sebentar tadi.

Sampainya di kampung, kelihatan ramai orang di rumah. Lalu terlihatlah sekujur tubuh tertutup rapat. Tiada langsung air mata bertakung di birai mata, sangkaku aku kuat... sangkaku aku tabah.

Kemudian duduk di sisi kau, aku membaca lembaran demi lembaran yassin... cuma ini yang mampu aku sedekahkan kepadamu di saat ini. Terakhir kali bersua dan berbicara denganmu adalah pada aidiladha lalu.

Sepatutnya hujung bulan ini aku akan kembali pulang ke kampung menjagamu kerana aku bercuti selama 5 hari. Tapi nampaknya perancangan Tuhan lebih mendahului.

2013 Ayah pergi... 

2022 Ibu pergi...

...dan aku kini, yatim piatu

Alatihah untuk arwah ayah dan ibu.... semoga dalam rahmat Tuhan sentiasa...

Berehatlah kalian dengan tenang di sana, insyaallah setiap kali pulang ke kampung akan aku jengah kalian buat melampiaskan rasa rindu yang bersarang di hati....


1 comment:

i'm shin... i'm inesen said...

semoga roh arwah di tempatkan di kalangan orang yang beriman.. Dan semoga kalian bersatu semula seisi keluarga di syurga InsyaAllah