Sunday, November 25, 2018

POLIS EVO 2 - MOVIE REVIEW




Tidak dapat utk saya membuat perbandingan antara yg pertama dengan yg kedua kerana sampai saat ini saya blom berkesempatan menonton yg pertama meski sudahpun beberapa kali tayangannya di layar kaca tv.

Cuma setahu saya naskah kali ini bertukar tgn sang sutradaranya.... oleh sebab apakah, tidak pula saya ketahui. Filem yg terdahulu diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar kini diwakili oleh 2 pengarah berbangsa cina sekaligus dengan berbajetkan kos sebanyak rm8juta....

Perlu dijelaskan tujuan yg menggerakkan saya utk menonton filem ini adalah kerana kehadiran si cantik manis Raline Shah actress dari seberang yg turut berperan dalam filem ini sebagai Rian... selebihnya teringin jgk nak menonton naskah yg katanya sebuah filem yg sarat aksi....

Kalau ada yg kata filem ini bagus hanya kerana letup sana letup sini... then bagus la kot based on keminatan korang yg sukakan aksi tembak menembak.... entah kenapa saya merasakan filem ini "try sooo hard" hinggakan saya tidak merasa apa2 dari mula menonton hingga penghujung cerita... tapi salute wajar diberikan kepada Hasnul Rahmat.... bagi saya watak beliau paling menonjol.

Maaf kalau saya katakan scene berperang di pulau antara pasukan polis dan pengganas terlihat seakan mereka dalam permainan "paintball" dengan segala props yg sgt kelihatan ala kadar dan set up tempat yg langsung tidak menampakkan "real place" jadinya aturan strategi berperang itu tidak meninggalkan kesan pada saya sebab ia seperti team paintball yg tengah bermain game perang. Iya filem ini penuh dengan Letupan...tapi entah kenapa ia tiada nilai 'wow'...

Ending filem ini berakhir begitu saja.... memperlihatkan dua watak utama berbual berlatarkan pantai....

Rian mana?

Rian hilang cenggitu jaa.... demmmmmmn

Selain kronologi cerita yg bagi saya agak mendatar filem ini dibazirkan dengan scene perang yg terlalu panjang hingga saya merasa agak terganggu.. 2 jam 15 minit durasi yg agak panjang.... tapi tidak dikemaskan dengan baik hingga menyebabkan it look messy all over the place.... one more thing saya agak terganggu dengan mainan kamera yg bergoyang2... saya taw ada scene perlu...tp ada jgk scene yg tak perlu....

Tp kenapa scene2 yg tak perlu pun kawwww goyangkan jugakkkkkkk!

Bukan nak kata filem ini tak bagus... mcm saya ckp td.... siapa yg suka filem yg ada tembak menembak yg nonstop mesti enjoy..... 😅

Dalam semua2 pelakon dalam filem ini... saya kesian dengan watak sofi jikan.... "NOBODY" giler dia dalam filem ini.... last2 mati cenggitu jaaa hahahahaha dia ada dalam poster filem ini... but trust me... org hampir xkan perasan dia dalam filem ini..... and then suddenly out of nowhere ada plak watak di hairi othman dan rusdi ramli.... ahaks!

Orang kata Paskal lebih bagus... saya tiada komen utk itu sebab belum menonton....

Tapi kalau ada next polis evo mungkin blh tuko pengarah lain kot....(just a suggestion)


Overall : 2.8 star out of 5

Pelakon : 4.5 star out of 5


Again, lain org lain citarasanya... so just enjoy the movie ok....


Cau

No comments: