Tuesday, July 2, 2013
RAMADHAN YANG HILANG
Seperti Dia
by : Amylea
ost Ramadhan Yang Hilang
kulakukan semua hanya untukmu
biar kau tak mengerti apa maksudku
namun masa terlalu singkat
untuk aku buktikan padamu
untukku buktikan padamu...
kujejak tiap haluan dia tuju
kerna kuhanya mahu
menjadi seperti dia
kuharap malam tak muncul bintang
kerna mereka tahu
aku tak sama
jalani hidupku menjadi dirimu
mencari sesuatu yang pernah hilang
namun hidup terlalu singkat
untuk aku buktikan semua
untukku buktikan semua
Setelah sekian lama menyepi, Amylea kembali dengan buah tangan baru.Lagu ciptaan beliau sendiri yang berjudul Seperti Dia telah diangkat sebagai runut bunyi (soundtrack) untuk drama Ramadhan Yang Hilang sangat bertepatan.Saya percaya sedikit hari lagi lagu ini akan menjadi perhatian ramai.Melodi ringkas dan suara comel Amylea membuatkan lagu ini menjadi enak dipendengaran.
Meski tiada persamaan, tapi tatkala pertama kali mendengar lagu ini... otak saya cepat mengingati lagu Denting dari Melly Goeslow... mungkin kerana lagu itu juga bermelodi simple dan menghanyutkan sama seperti lagu Amylea ini...
Oh ya, semalam saya berkesempatan mengikuti episod kedua drama bersiri Ramadhan Yang Hilang ini.Agak menarik juga ceritanya.Mungkin ini menjadi pengganti drama-drama yang saya ikuti yang telah tamat dan bakal tamat seperti Cinta Jangan Pergi dan Sebenarnya Saya Isteri Dia... (Teduhan Kasih?? Owh Nooo... not in my list!)
Dah lama tak menulis kat sini... Btw Sanay Wala Nang Wakas kat Astro Bella pun dah tamat ceritanya minggu lalu, tak berkesempatan saya nak menulis kat sini..(walaupun dah beberapa kali menonton, last episod tetap nangis jugak! warghhh!) Paling penting saya ingin ambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kat Channel Azmitabalkis kerana susah payah mengupload lagi drama EPIC ini...alhamdulillah akhirnya saya dapat mendownload kembali sehingga episod ke 100.Kali ini saya sudah pun buatkan back up file.Taknak dah kejadian dulu berulang lagi... Paling utama terima kasih Astro Bella kerana menyiarkan kembali.Saya sendiri tak sangka setelah hampir berputus harap untuk kembali mendapatkan drama ini tiada sumber... akhirnya semua keinginan itu bisa terpenuhi... terima kasih untuk mereka.I really appreciate it!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment