Tuesday, December 6, 2011

Ombak Rindu

Tuhan tolong lembutkan hati dia
untuk terima cintaku seadanya
kernaku tak sanggup
kernaku tak mampu
hidup tanpa dia disisiku

Tuhan aku tahu banyak dosaku
hanya ingat Kamu kala dukaku
namun hanya Kamu yang mampu membuka
pintu hatinya tuk cintaku

malam kau bawalah rinduku
untuk dirinya yang jauh dariku
agar dia tidak kesepian
slalu rasa ada cinta aku

hujan bawa air mataku yang mengalir
membasuh lukaku
agar dia tahu kutersiksa
tanpa cinta dia di hatiku

hanya mampu berserah
moga cahaya tiba nanti


Sana sini orang sibuk bercakap tentang Ombak Rindu, kat facebook takyah cakap lah... ada je status update tentang ombak rindu, petikan dialog la, komentar peribadi la.... tentang pelakon la... macam-macam lah.... dasyat juga penangan ombak rindu kan?

Minggu lalu saya sudah berkesempatan ikutan menonton.Percayalah, saya menonton filem ini di atas 'tiket' kesedihan yang diperkatakan kebanyakan orang.Saya tidak dapat mengingati terakhir kali saya menangis saat menonton filem melayu di pawagam.

Tapi kalo di tanya filem melayu apa paling sedih yang pernah saya lihat, jawapan saya masih tetap tak berubah sejak dulu... 'Esok Untuk Siapa'.Sebuah filem yang sangat menyentuh perasaan,Lakonan Jins Samsuddin dan Noorkumalasari.Filem itu mampu membuat mata sata membengkak keesokkan harinya.

Secara jujur Ombak Rindu masih tidak mampu menggugat air mata lelaki saya....- jadi update status teman-teman di facebuk yang menangis menonton filem ini serapuh apakah hati mereka ya? eheh! silap saya kot menilai.... siapa tahu hati mereka semua penuh dengan taman kan?! eheh!

Tapi yang pasti, filem berdurasi 2 jam lebih ini ternyata tidak membosankan.Saya mampu mengikutinya sehingga kepenghujung cerita... meskipun filem ini bergenre drama mellow tapi ia tidak meleret-leret.Penonton dihidangkan dengan scene-scene menarik..latar tempat, sawah padi dan perkampungan nelayan memang sangat hebat.(Jemu sudah sebenarnya mata ini melihat GAHnya kuala lumpur).

Satu lagi yang menarik tentang Ombak Rindu, lagu temanya ternyata banyak membantu untuk menghanyutkan emosi penonton dengan kesedihan... letaknya mengena pada satu-satu scene itu....

Cuma yang mengganggu saya dalam filem ini adalah watak mila lakonan Lisa Surihari.Watak itu sangat annoying... terjerit-jerit, terpekik terlolong.... histeria tanpa sebab musabab... tone suara yang membingitkan telinga... aduhhh! sakit otak sangat.Saya tau watak dia dibina sebegitu... tapi, bagi saya kalo dibuat secara berlebih-lebihan menampakkan ketidakseimbangan terhadap watak lain.

Bila saya melihat tenaga pengajar untuk watak2 dalam citer ini adalah ellie suriati, terus saya cakap dalam hati.... ermmm 'NO WONDER' laaa.... saya rasa dia bukan ngajar, tapi dia letakkan diri dia dalam watak mila lakonan lisa surihani tu.... biasala elli suriati dengan watak menjerit-jerit...melalak-lalak yang sangat annoying tu....

Kalo saya katakan saya benci watak mila lakonan lisa surihani tu, ia bukanlah disebabkan lakonannya berkesan... tapi kerana saya muak tengok lakonan sebegitu....

Apapun ini cumalah pemahaman saya yang menonton sebagai penonton.... setiap orang melihat satu-satu hal dari sisi yang berbeda... ;)

Favret scene korang apa dalam ombak rindu?

Fevret scene saya dalam filem ini adalah sewaktu izzah membuka stoking haris yang sedang tidur, dan kemudian pelan2 dia duduk dan meletakkan kepalanya di dada haris, then haris terjaga lalu mengusapkan kepala izzah.... the most memorable scene for me... sangat menyentuh perasaan....- sob sob sob! ahaks!

Dengar cerita kutipan filem ini dah mencecah 4 juta... kompem lepas ni semua produser beralih arah menerbitkan filem adaptasi plak... biasalah.... produser filem kat malaysia nie kan suka terikut-ikut~ adess!




5 comments:

Nizam Ahmad said...

kamu tidak menangis, barangkali kerana kamu tidak berada dalam jiwa rindu ketika menontonnya. orang tengah bahagia kan? hehehe

apapun saya suka lisa. bising2 tu memberi impak ketika dia menyerah di akhir cerita. terasa betapa dia sangat kuat untuk akhirnya pasrah :)

rudy bluehikari said...

Saya menilai watak yg dibawa oleh Lisa sangat2 berjaya. DIa menjiwai watak dengan berkesan dan bernilai. Saya seperti melihat dia berlakun teater sebenarnya. Sangat bagus dan baik berbanding lakonan Fasha Sanda yang tah hapa2.

Anonymous said...

[url=http://howtobuyclomidwithoutprescription.com] order Clomid online[/url]

http://howtobuyclomidwithoutprescription.com


Buy Clomid online

Anonymous said...

Once we consider the specification of the word appreciate, installing terms of a close relationship along with a further, however as the experiencing that may be engendered should you have miltchmonkey a much better relationship with ourselves very ( blank ) or even just as the feeling of higher unity with your loved ones or maybe the human race - it then gets to be all the more crystal clear that each one everyone is seeking in your life is definitely appreciate.

Anonymous said...

We're a group of volunteers and starting a new scheme in our community.

Your web site provided us with valuable information to work on. You've
done a formidable job and our entire community will be thankful to you.


Also visit my site ... London outcall massage ()